♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, January 18, 2013

Simple but nice! :)

Ramainya dok tanya... "dah packing nak pindah rumah?" Jawapannya haruslah....... "BELOM!!!!" Waaaaaa... saper nak tolong ni???

Dalam hati ni sebenarnya memang dah excited giler nak pindah. Tapi bila pikirkan nak menyerak rumah, nak mengemas rumah... Adoiiiaaiii... tak larat rasanya...

Rumah baru tu pun sebenarnya kitorang tak sempat nak buat apa pun lagi. Serius! Lampu, kepala paip, apa pun pun tak pasang lagi... kat dapur pun tak sempat nak buat apa lagi. Tapi disebabkan kekangan masa dan jarak yang jauh rumah sewa sekarang ni, so kitorang gagahkan jugak untuk pindah masuk rumah sendiri. Insya Allah bila dah masuk nanti baru buat renovation atau interior sikit-sikit. Terpaksalah begitu keadaannya...

Apapun! Sebelum masuk rumah, perkara yang penting tidak boleh tidak pasang dulu tentulah gril rumah. Penting! Untuk keselamatan semua insan kesayangan... Ye dak?

Alhamdulillah gril rumah dah siap pasang semalam... seperti yang dijanjikan... sebelum 20hb Januari. Aku dan enche Neezam tak tau pun yang diorang dah gi pasang semalam. Ni gara-gara enche Neezam tertinggal iPhonenya kat rumah. Orang yang nak pasang grill tu contact enche Neezam tak dapat-dapat dan dia terus ke rumah kitorang. Rumah plak kebetulan tak berkunci. So, diorang dengan selambanya teruskan kerja-kerja memasang grill.

So, pagi ni enche Neezam pergi wat inspection. Alhamdulillah enche Neezam berpuas hati dengan kerja diorang. Oklah kot... Esok, aku plak nak wat inspection. Hehehehe...

Design yang kitorang pilih simple jer... Memang dari mula aku dan enche Neezam sepakat sehati dah sejiwa untuk memilih design dan warna seperti ini. Simple but nice! Like! Like! Like! :)

Tingkap, alhamdulillah semuanya tinted hitam. So tak payah pening-pening nak tinted lagi. Tapi kalau diberi pilihan sebenarnya kitorang lebih suka tinted warna ala-ala hijau gitu. Tak per lah... may be next time... kalau ada terlebih duit tak tau nak buat apa nanti bolehlah tukar cermin kot. Entah bilalah tu kan? ;p

Alhamdulillah... urusan gril rumah dah settle. Banyak benda lagi nak buat hujung minggu ni. Next chapter ----------------------> LANGSIR!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top