♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, January 13, 2013

Lepaksssss @ Bagan Lalang

Salah satu sebab little Khairuns suka ikut ayah Khairuns gi outstation ialah sebab nak mandi swimming pool! Hujung minggu ni outstation pertama enche Neezam dalam tahun ni. Outstation pun tak jauh. Kat Bagan Lalang jer... Reena dan Naufal bila dah tau dapat ikut ayah gi outstation, memanglah tersangat excited.

Reena dan Naufal ni memang tak takut air. Tak takut langsung nak terjun dalam swimming pool. Sebabnya diorang ni memang selalu sangat masuk pool. Kadang tu ikut enche Neezam gi outstation, kadang tu gi rumah mak su diorang ada swimming pool dan kadang tu kitorang bawak diorang gi Wet World & Kolam Air Panas kat Pedas. Hmmmmm... ye lah... dah lama tak gi sana... Jom ayah!

Diorang ni kalau dah masuk pool, memang payah sikit nak ajak naik. So, kenalah tunggu sampai diorang surrender sendiri.

Niesreena dan Naufal ni sebenarnya dah ada ciri-ciri boleh berenang. Diorang dah pandai menyelam, bernafas dalam air dan buka mata dalam air. Kadang-kadang tu tak sengaja terapung jugak. Cuma teknik yang betul jer tak der.

Aku ada plan nak hantar diorang gi kelas berenang, tapi kat Nilai ni, kat mana plak tempat belajar berenang yang terdekat? Kalau ada aku pun nak join sekaki. Huhuhu... Aku tak pandai berenang... tenggelam sokmo! ;p

Ni lah favorite diorang. Lompat masuk air!

Memang tak tau takut. Orang yang takut tengok dia!

Malam tu kitorang sempat gi pekena ikan bakar kat 'Senandung Malam'. Punyalah ramai orang. Serba serbi kena que; nak dapatkan meja kena que, nak dapatkan ikan kena que, nak ABC kena que, nak bayar kena que, nak masuk toilet pun kena que! Dua jam tunggu punyer tunggu punyer tunggu baru dapat makanan. Reena dan Naufal dah sampai tertidur-tidur. Sian diorang. Tapi tempat tu mesti special dan terkenal kan?*Aku jer tak pernah dengar sebelum ni* Kalau tak, takkanlah orang sanggup beratur panjang dan tunggu berejam-jam untuk dapatkan ikan bakar. Ye tak?

Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang ni terletak tak sampai 1 km dari pantai. Cantik tempat ni. Memang sesuai untuk piknik... lepak-lepak rehatkan minda.

Minggu ni je lah boleh berehat pun. Release tention dulu... Refresh... Tambah tenaga dulu... Insya Allah minggu depan dah busy dengan benda lain.

Seperti

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

PINDAH RUMAH!!!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top