♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, January 25, 2013

Kronologi pindah rumah... :)

Ini kali ke berapa ek nak pindah?

Hmmmmm... first dulu... masa baru kahwin... masuk rumah kat Nilai Perdana. Masa tu senang je masuk rumah. Sebab... barang tak der... beli barang pun sempoi-sempoi, kecik-kecik jer... semua serba basic je sebab tau nak duduk sekejap jer.

Lepas setahun duduk situ, masa Niesreena baru usia 2 bulan... kitorang pindah keluar... Enche Neezam sambung phD kat Melbourne... Bila pindah... baru perasan yang barang rumah dah banyak. Huhuhu... Nasib baik banyak barang rumah kitorang let go ada yang membeli... :)

Masa kat Melbourne banyak kali gak pindah.

Rumah first kat Reservoir. Rumah tu kitorang sewa dengan Vietnamese students. Unit lain-lain tapi kawasan rumah yang sama. Unitnya pun kecik sangat sebab garage diorang jadikan unit. Sadis betul! Pulak tu dia kira sewa bilik. Dah lah kecik... Mahal plak tu... Tapi yang best tu kat kawasan rumah ada pokok-pokok buah; pokok buah tin, buah kiwi, buah zaitun... best!

~#185, Reservoir~

~Niesreena masa ni baru beberapa bulan. Cuteeee sangat!~

Tapi sebab kesian kat Niesreena yang terpaksa membesar kat rumah yang sekangkang kera tu, kitorang cari rumah lain. Dapatlah apartment 1 bilik, besarlah sikit. Tapi tak lah besar sangat... cuma sekangkang king kong jer... Tapi sangattttt selesa. Aku suka sangat Uni Mews ni. Environment best! Dekat dengan tramp stop, dekat dengan safeway & coles, dekat dengan park, dekat dengan bukit, komuniti pun best... Jiran Malaysia pun ramai... Ada family kak June, ada Diana, ada family Chit, Kak Niza... Best sangatlah!

~Niesreena dan setahun lebih. Bam bam sangat!~

~Kat kawasan rumah ada pokok prun. Bila masuk spring, pokoknya berbunga-bunga pink macam pokok sakura. Sangat cantik!~

~Masa ni pregnant Naufal~

Then bila tahu aku pregnant, kitorang decide untuk cari rumah yang besar sikit. Pindah lagi! Kat Waterdale Apartment; rumah 3 bilik. Pun best! Dan sangat selesa dan dekat dengan La Trobe.

Kat sini pun ramai jugak kengkawan dari Malaysia; ada kak Tasha, Umi & the girls, family Nita dan ramai lagi lah...

~Naufal membesar kat rumah ni~

Ni lah rumah terakhir kitorang kat Melbourne... Sedih sangat tinggalkan Melbourne... Banyak sangat memori terindah! :') Rindu...

~Hari terakhir di Waterdale sebelum berangkat balik ke Malaysia~

Balik Malaysia, kitorang menumpang kat rumah mertua. Jadilah orang Johor kejap ek :)

Bila enche Neezam dan mula bertugas dan aku dah dapat kerja, kitorang cuba cari rumah kat area Nilai.

Ingatkan senang jer nak cari rumah. Tapi... sangkaan ku meleset. Pusing punyer pusing dari pagi sampai ke petang sampai ke malam kat Nilai dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya, taaaaaakkkk jugak dapat rumah. Sampai muntah! Serius! Muntah sebab pening dok toleh kiri kanan cari rumah untuk disewa. Huhuhu...

Harga rumah sewa rumah kat Nilai pun sangatlah mahal. Paling murah kitorang jumpa masa tu ialah RM950. Mintak kurang tak dapat. Kata tuan rumah tu, kalau kitorang tak nak, diorang senang-senang jer boleh dapat penyewa yang sanggup bayar sewa RM1k! Huish! Sombong dan bongkak betul.

Ye lah... aku rasa diorang aim student USIM. Kalau rumah 3 bilik, kongsi 6-7 orang, baru +-170 sorang kan? Tapi kalau dah famili macam aku ni, nak bayar RM950 sebulan... hmmmm... baik bayar rumah beli sendiri, ye tak? Baru puas hati.

Akhirnya... enche Neezam surf kat mudah.com dan dapat menyewa rumah teres 3 bilik di Bandar Baru Sendayan. Memang jauh sikit dari rumah ke tempat kerja enche Neezam dan tempat kerja aku tapi sewa rumahnya cuma RM300 sebulan. Kawasan rumah baru. So, diorang memang nak sangat penyewa daripada dibiarkan kosong.

Diam tak diam, 2 tahun jugak kitorang menetap kat sini. Hinggalah ke hari ni kitorang akan tinggalkan rumah ni. Sebenarnya aku suka jugak environment kat sini. Cuma jauh sangat untuk enche Neezam dan aku ke tempat kerja dan jauh jugak Niesreena dan Naufal nak ke sekolah. Kesian diorang. Banyak habiskan masa dalam kereta jer.

Insya Allah... lepas pindah ni, semua dekat. Dekat dengan USIM, dekat dengan sekolah Niesreena dan Naufal dan aku jimat 20 minit ke tempat kerja. Suka! Suka! Sukaaaaa!!!

Lepas ni aku gi kerja dah tak lalu kat Felda LBJ... tak sempat nak rasa jalan baru yang tengah dalam pembinaan sekarang... Dah tak lalu kat AKEPT... Dah tak lalu kat bandar Enstek... Dah tak lalu kat litar F1 Sepang... Dah tak lalu kat LCCT... Dah tak boleh nak beli otak-otak sedap kat Taman Sendayan Indah... Dah tak nampak pakcik yang suka dok tahan kereta orang kat LBJ tu... Dah tak terserempak dengan Myvi Pink yang selalu selisih kat jalan LBJ... Dah jauh nak ke AEON Seremban 2... Dan yang paling sedih... dah jauh nak gi makan kat restoran favorite kitorang kat Garden Avenue dan stimbot kat PD! HuWaaaaaaaaaaa....

Sorry... sorry... teremo plaks! ;p

Apapun aku bersyukur sangat. Akhirnya dapat jugak berpindah ke rumah sendiri. Insya Allah lepas ni lama lagilah nak pindah ke tempat lain pulak. Kalau ditakdirkan pindah jugak. Insya Allah akan ke rumah sendiri jugak tapi mungkin yang lebih besar! Lebih selesa! Dan lebih lebih lebih best!!! Amin....

Hmmm... hari ni aku cuti... banyak urusan nak kena settle. Korang kerja ker??? Selamat bekerja yer...

So, sekarang... nak kumpul kekuatan... banyak benda nak settlekan hari ni, hari esok, hari selepas esok dan hari-hari yang mendatang. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami... Semoga Allah murahkan rezeki kami... Semoga apa yang kami lakukan mendapat keredhaan Allah swt... Amin... Amin ya Rab!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top