♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, January 7, 2013

Dapur oh dapur...

Bulan Januari ni memang banyak benda nak buat... banyak benda nak fikir...

Awal bulan hari tu sibuk dengan sessi persekolahan Niesreena dan Naufal. Alhamdulillah... Semua dah settle dengan mudah. Sekarang ni, kena fikir nak berpindah ke rumah baru pulak.

Sejak dapat kunci rumah bulan lepas, kitorang dah survey-survey barang-barang untuk rumah baru. Bukan survey perabot baru tau. Perabot baru tak der dalam budget lagi. ;p Just survey lampu, kipas dan barang-barang basic jer. Pastu dah upah orang pasang grill rumah. Insya Allah dalam seminggu dua ni akan dipasang. Banyaknya $$$$$$ keluar...

Hmmm... lepas ni, kitorang nak cari quotation untuk dapur plak. Lepas dah pasang grill nanti, baru boleh pasang kabinet dapur plak. Tapi macam tak sempat jer nak siapkan semua sebelum akhir bulan ni. Acanner?

Dalam kepala hotak aku ni, macam-macam angan-angan nak buat kat dapur. Kalau boleh, mestilah nak selesa dan modern. Barulah bertambah rajin nak ke dapur, memasak. Huhuhuhu... Tapi... cukup ker budget ni? Ada orang nak bagi dana tak??? Huhuhuhu... Mimpi jer laaaaa...

Ni dapur rumah baru kitorang. Masa ni tangkap gambar ni rumah masih belum 100% siap lagi. Tingkap pun tak pasang lagi. Lantai dan dinding pun masih kotor lagi.

~Dry kitchen~

~Wet kitchen~

Kalaulah dapat transform **kalau boleh dalam sekelip mata ;p** dapur ni jadi dapur-dapur macam kat bawah ni... alangkah best nyewwwww!!! Haaaa... masa tu mesti hari-hari, pagi petang siang malam, aku dok masak jer...

Bagi aku, ruang dalam rumah yang paling peting untuk renovate dulu ialah ruang dapur. Bagi aku lah... Tak tau lah korang kan. Sebab aku rasa, selain bilik tidur, dapur adalah tempat kedua yang selalu para isteri habiskan masa diorang. Dan juga, antara ruang yang tetamu yang datang rumah suka lepak selain ruang tamu. So, mestilah nak selesa kan...

Tak per lah... Tak salah berangan dulu kan. Yang penting kena usaha! Insya Allah... angan-angan pasti akan menjadi kenyataan. Ye dok?

Chaiyok!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top