♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, November 25, 2012

Surprise family outing | Aquaria - Nandos - Gerrett - Books - Toys

Today, we're headed to...

KLCC!!!

Pagi-pagi buta lagi dah keluar ok! Bukan nak gi shopping tapi sebab nak bawa our beloved little Khairuns ke Aquaria!

Aku dan enche Neezam memang plan buat surprise outing hari ni. Tak bagitau Niesreena dan Naufal pun kitorang nak kemana. Niesreena macam biasalah, kalau nak keluar mesti sibuk tanya "Kiter nak pergi mana ni, Mama? Ayah?" Dan aku dok jawab, "Rahsia... Surprise ni... Nanti Reena teka k..." Reena boleh kata, "Oooooo... mesti kiter nak pergi tempat yang ada binatang..." Terkesima kejap. Hahahahaha... dah dekat dah tekaan Niesreena tu. Tapi kurang tepat. ;p

Niesreena ingat kitorang nak bawa diorang gi zoo. Excited betul diorang. Hmmm... ari tu memang ada plan nak ke zoo tapi takut hujan. So kitorang cari indoor. Akhirnya kitorang putuskan ke Aquaria.

Bila tengok enche Neezam drive masuk ke KLCC, Niesreena mulalah bertanya balik. Compiuslah tu... Mana ada zoo dalam KLCC, kan? Huhuhu... Kitorang senyap jer. Tapi bila dah masuk dalam KLCC, barulah Niesreena tahu yang kitorang nak bawa diorang ke Aquaria!

Guess what?! We are the first customers who bought the tickets today! Muahahahhahaha... Harga tiket untuk masuk ke Aquaria ni untuk dewasa ialah RM35 dan kanak-kanak ialah RM25. Kitorang ambil harga pakej untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak iaitu RM99.

Memula masuk, Naufal memang nampak excited sangat tengok banyak ikan, tapi Niesreena nampak agak takut-takut. Mana taknyer, masuk-masuk jer ada aquarium ikan-ikan piranha yang banyak giler. Welcoming us! Muka dah lah ganas. But then aku dan enche Neezam brain wash Niesreena, barulah dia ok dan enjoy. Huhuhu...

Di awal pintu masuk ni jugak ada seksyen DNA. Kat sini pengunjung boleh pegang binatang-binatang kat situ. Ada belangkas, gamat, tapak kaki sulaiman dan yu pasir. Enche Neezam suruh Niesreena dan Naufal sentuh semua binatang yang ada kat situ. Aku tunjuk tapak kaki sulaiman kat Niesreena dan bagitau "Ni lah Patrick, kawan Spongebob" huhu... Niesreena kata, "Ya, Reena tau". Dan hari ni baru aku tahu yang belangkas, gamat dan tapak kaki sulaiman ni persamaannya ialah diorang ni tak mempunyai hati. Hmmm... tapi ada perasaan tak? ;p

Yu pasir tu, aku takut nak pegang, walaupun dia diam jer. Enche Neezam jer yang sempat belai-belai yu tu. Takut ar... Sekali dengan ngap jari ku... sia-sia jew... ;p

Di sini jugak ada info secara interaktif. So, Niesreena dan Naufal seronoklah dok tekan-tekan kat pc tu. Bagus jugak... Selain ada info mengenai binatang, ada jugak bunyi - suara binatang tu.

Yang paling best kat sini, tentulah aquarium tunnel! Bukan takat Niesreena dan Naufal, aku dan enche Neezam pun suka sangat kat situ. Dua kali kitorang pusing! Huhuhu... Seronok bila ikan pari, ikan jerung dan penyu dok lalu. Memang ada banyak jenis ikan sangat kat sini. Ikan yang muka pelik-pelik pun banyak.

Haaa... Naufal ni memang enjoy lah. Dia siap boleh baring kat jalan yang bergerak tu and enjoying the view. Bijak betul! Sukati ko lah nak...

Dan session yang paling best ialah feeding time! Waktu ni semua pengunjung akan duduk kat depan satu akurium yang besar ni. Then ada 2 orang penyelam yang akan bagi ikan-ikan ni makan. Memang best sangat! Dan yang paling penting, Niesreena dan Naufal memang enjoy sangat waktu tu. Tergelak-gelak diorang tengok gelagat ikan-ikan yang nak makan. Yang kelakarnya, ada ikan yang terus curi makan dari besen simpan makan tu. Tak tunggu-tunggu nak bersuap dah! Huhuhu...

Oh ya... Dan bersempena nak Krismas ni, diorang bagi special surprise. Penyelam yang bagi makan tu berpakaian seperti Santa Claus! Double surprise for Niesreena & Naufal! :) Loike!

Lepas daripada feeding time, staf aquaria bagi sebuah buku cerita kat budak-budak. Cerita tentang Santa Claus bagi makan kat ikan. Sama macam yang diorang tengok tadi. Niesreena seronoklah bila dapat buku. Memang favorite dia. Terus mengadaplah si ulat buku tu...

Naufal sempat tambah tenaga dengan sebotol susu. Nasib baik ada tempat duduk.

Di akhir perjalanan dalam Aquaria ni ialah kedai cenderamata. Banyak betul soft toys berbentuk binatang dan haiwan-haiwan laut. Tapi kitorang tak beli satu pun. Mahal... Huhu... Kiter tengok jer lah yer anak-anak...

Overall, kitorang spent 2 jam dalam Aquaria. Penat tapi puas. Yang paling penting, Niesreena dan Naufal seronok dan enjoy sangat. Dan diorang dapat tengok haiwan-haiwan laut ni secara life. Dapat belajar jugak serba sedikit.

Hmmmm... aku memang dah lama tak jejak kaki kat KLCC walaupun tiap-tiap bulan balik rumah parents kat KL. Tapi tak sempat nak shopping even window shopping pun. Sebab Naufal dah mengantuk! Nap time! Tapi sempatlah ke restoran kegemaranku sebelum balik. Nandos! Nyum nyum...

Oh... my favorite peri-peri chicken! Yummilious!

Opppsss... Sebelum tinggalkan KLCC... Sempat grab crispy caramel Garret yang manis itew... Nyum nyum... But believe me, it's not 'Gone in 60 Seconds'. It takes us 2 days to finish the small Garret. Sangat maniiiisssss... tapi sedapppp...

Sebelum mengakhiri surprise family outing hari ini, kitorang sempat singgah ke AEON Seremban 2 dan aku sempat menyambar beberapa buah buku lagi untuk si ulat buku Niesreena. Pilihannya sendiri...

Dan enche Neezam pun sempat jugak blanjer bebudak ni toys pilihan diorang.

Haaa... bertungkus lumus enche Neezam memasang transformers Naufal.

Dough untuk Niesreena.

Lepas mandi masing-masing tak sabar nak main dengan mainan baru. Silalah ignore rambut Niesreena tu yer. Tu sebab dah tak sabar lah tu... Sikat rambut pun dah tonggang langgang. Huhuhu...

Penatnya hari ni. Tapi sangat sangat sangat seronok! Dan tambah seronok lagi bila tengok anak-anak dan jugak enche Neezam seronok. Enjoy sangat! Bersyukur ke hadrat Allah sebab diberi kesempatan untuk menikmati hari ni dengan penuh keseronokan dengan rahmat dariNya.

Happy!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top