♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, November 22, 2012

Permata Insan | Buku cute...

Bila mula jer musim cuti sekolah, aku dan little Khairuns pasti akan ditinggalkan oleh enche Neezam. Enche Neezam ada komitmen lain setiap kali masuk musim cuti sekolah. Tapi tak lama... dalam seminggu dua ****lama gak tuuuuu**** ;p

Dah beberapa tahun ni enche Neezam mengabdikan diri untuk Permata Insan ni. Abdilah sangatkan... Huhuhu... Aku tengok enche Neezam pun memang seronok dengan program ni.

Last time enche Neezam berpeluang gi Dubai untuk program Giftedness 2012 sebagai pegawai pengiring 3 student Permata Insan. Pas tu jelajah negeri untuk interview student yang nak join Permata Insan. Best kan jalan! Jeles I!

Memang banyak program Permata Insan ni. Ye lah... musim cuti sekolah kan... So, kenalah ada aktiviti sikit. Selain dapat jumpa kawan-kawan yang 'sama bijak', diorang dapat jugak mengembangkan bakat. Antaranya menghasilkan buku penerbitan karya diorang sendiri. Haaa... kecik-kecik lagi dah ada buku cerita tulisan sendiri. Bangga kan...

Ni kali kedua enche Neezam menjadi editor bagi penghasilan buku hasil karya budak-budak permata ni. Cute jer...

Harap-harap akan datang, Niesreena dan Naufal pun dapat peluang untuk join Permata Insan ni. Amin... :)

2 comments :

zaity zaliza said...

Meet your enche neezam masa lawatan DS Rosmah ke SMS Banting. Very cute person. My dear dother peserta super junior 4 this year. Macam mane yer nak dapatkan buku2 oleh permata insan tu yer?

Juliet Le Sweetheart said...

Salam Zaity... eche Neezam kata setakat ni buku-buku tu bukan untuk dijual. Insya Allah akan datang diorang akan usahakan untuk jual buku-buku ni. :)

back to top