♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, November 13, 2012

Kita enjoy!

Sepanjang minggu ni aku dan little Khairuns lepak kat KL; kat rumah mak. Enche Neezam plak sepanjang minggu ni outstation. Cuti cuti pun terpaksa kerja. 2 in 1 plak tu... Nasib baik tak boleh kerat badan tu. Kalau tak, mesti separuh badan kat Kem Permata Insan... Separuh badan lagi kena hibernate menanda kertas final exam budak-budak matrikulasi... Shian enche Neezam... Banyak betul komitmen...

Cuti Diwali ni tak der plan nak kemana-mana tapi kesian plak kat Niesreena dan Naufal kalau dok jer kat rumah. Hmmmm... So, kitorang gi berpoya-poya kat KL Festival!

Bagi diorang main puas-puas dulu. Then, mama dan wan nak cuci mata... ;)

Kalau ikutkan Niesreena dan Naufal ni, memang diorang ni tak reti puas. Dah sejam pun masih tak nak keluar lagi. Tapi kalau nak main berjam-jam... Terbanglah duit mama... Huhu...

Nasib baik bila diajak keluar, diorang ok jer. Niesreena siap cakap, "TQ mama sebab bawa Reena datang sini..." :) Sejuk telinga mama mendengarnya...

Tak perlah Niesreena dan Naufal... Next time kiter datang lagi ok! Petang ni kalau tak hujan, kiter pergi playground tak perlu bayar plak k! :)

posted from Bloggeroid

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top