♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, November 2, 2012

Happy Hour! Bowling time!

Aku dan enche Neezam sejak zaman berkawan hinggalah sekarang memang suka sangat gi main bowling. Dulu masa mengandungkan Niesreena dan Naufal pun aku ligat main bowling. Menang plak tu! Muahahahahaha... *gelak riak!*

Cuma sejak akhir-akhir ni masing-masing busy. Lepas kerja, penat. Hujung minggu plak jarang-jarang ada kat rumah. Kalau ada kat rumah pun, busy buat kerja lain. Buat kerja-kerja rumah... itu lah... ini lah... enche Neezam kerja lah... haiiissshhhh...

So, malam ni, aku kuatkan niat nak gi membowling! Huhuhu... dah 'cop' enche Neezam awal-awal dah! Huhuhu... Ke AEON Seremban 2! Ngeeeee... :D

Sempatlah kitorang lawan 3 set... Naik lengun tangan...

~Tak per... first set... baru warming up!

~Set kedua... Yezza!!!~

~Set ketiga... set bagi can... huhuhu...~

Eh korang jangan salah anggap eh... Aku bukan gi main dengan Neelofa... Huhuhu...

Pada sesaper yang tak tau tu, enche Neezam ni memang minat kat cik Lofa tu. Sampaikan nama pun guna nama cik Lofa. Hmmmm... selalunya enche Neezam markah bleh cecah 200 point. Tapi sebab kali ni guna nama cik Lofa, terus mata merundum... Huhuhu... Padan muka! ;p

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top