♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, November 16, 2012

Deghian... Ooooooo deghian...

Sekarang dah musim durian balik. Merata-rata orang jual durian. Dekat-dekat dengan rumah mak, banyak betul kedai durian. Kalau lalu, memang terliur tengok durian-durian yang tersusun ni... Bau dia... adoiaaai... menggiurkan!!!

Memang rezeki kitorang hari ni, ada orang nak belanja makan durian. Maklumlah... beloved wifey sedang mengidam. Mengidam nak makan durian. Alhamdulillah... dapatlah tumpang sekaki! ;p Hehehe...

Niesreena dan Naufal pun hantu durian. Bila dengar uncle dia nak blanjer makan durian, bukan main happy lagi diorang...

Sekarang ni macam-macam jenis durian ada. Biasanya durian kampunglah kan; macam-macam jenis gred. Sekarang ni durian IOI lah... Durian Udang Merah... Dan yang terbaik dan mahal tentulah durian musang king! Malam ni kitorang pekena 2 biji musang king. Sekilo RM25. Huiiishhhh... pengsan sekejap! Dan jugak beberapa biji durian lain...

~Mai pilih... mai pilih... Wan tolong pilih durian yang best-best untuk anak, menantu dan cucu-cucu~

Kalau ikut tekak aku, aku suka durian yang agak pahit, isi yang lembut dan warna oren. Macam musang king! Sedapnyer!!! Tapi kalau durian isi manis pun aku suka jugak!

~Naufal dah tak sabar dah!~

~Niesreena pun sama... :)~

~"Niesreena & Naufal nak makan semua durian ni, mama!"~

~Uncle Joy blanjer ni...~

~Mak Su pun hantu durian jugak. Pak Su tak makan durian... Rugi... rugi...~

~Sedap!~

~Tercapai hasrat orang mengidam!~

Tapi sejak dari berkenalan dan cayang-cayang dengan orang Segamat, aku selalulah disajikan dengan durian-durian Segamat. Durian Segamat memang terbaek!!! Macam mana rupapun durian tu, isinya pasti sedap! Serius! ;)

~Jemput tengok!~

Malam ni, enche Neezam dan beloved abah missed the event. Insya Allah, bila abah dah balik dari Sabah dan enche Neezam free bolehlah kiter gather-gather lagi makan durian. :)

Missed this moment!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top