♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, October 16, 2012

Felix si hati kering

Mungkin ramai yang dah tahu pasal daredevil 'Fearless Felix'. Warganegara Austria yang aku boleh kata hati kering ni buat rekod dunia semalam, 15 Oktober, dengan terjunan tertinggi iaitu dari stratosphere! 39 km dari paras bumi! Dan terjunan dia mengambil masa lebih kurang 9 minit!

Aaaiiii memang tak takut mati berkecai mamat ni... Aku tengok video dia pun aku seram... Ni kan pulak dia kan... Apalah perasaan dia masa nak terjun tu kan? Tak kan tak der perasaan kot? Haiiiisshhhhh... jom tengok!

Terjunan yang dibuat oleh Felix Baumgartner ni mencecah kelajuan 1,100km/sejam! Iaitu mengatasi kelajuan bunyi! Haaaiiissshhhh... nasib baik tak bersepai tubuh badan dia....

Aku tak dapat bayangkan kalau pada masa akan datang ada lagi mamat hati kering kontang yang nak pecahkan rekod dia ni. Dari aras manakah orang tu nak terjun? Mungkin terjunan yang mengambil masa 1 jam? Atau 1 hari? Haiiisshhh... giler...

Apa-apapun... Tahniah! Bravo! Congrats! Gefeliciteerd, Felix! Kalau dia ni orang Malaysia, dah tentu bulan depan dia dapat pangkat Dato'. Hahaha...

Chiow! :)

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top