♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, October 19, 2012

Family Day FKP USIM | Day 1| Teluk Batik

Hari ni ialah hari yang ditunggu-tunggu oleh Niesreena & Naufal. **Well, actually mama & ayah diorang jugak! ;p** Sebabnya, hari ni kitorang akan bercuti ke Teluk Batik sempena dengan Hari Keluarga warga FKP, USIM.

Niesreena dan Naufal ni yang sebenarnya tak sabar nak naik bas. Maklumlah, diorang ni jarang sangat-sangat naik kenderaan awam. So, bila kata nak naik bas excited sangatlah diorang... Siap request nak bas 2 tingkat! Huhu... tak dapeklah nak oiiii!

Kitorang bergerak dari USIM dalam pukul 9.30 pagi, konvoi 2 buah bas. Separuh perjalanan, hujan turun lebat sangat. Masa berhenti makan tengahari kat Lumut, orang kedai tu siap cakap kat sana hujan pagi petang siang malam.... Hmmmm... macam mana nak enjoy ni? Tapi tetap berharap agar cuaca ok jer lepas ni....

~Sejuklah dalam bas ni, mama...~

Di Teluk Batik, kitorang menginap di Teluk Batik Resort. Honestly, resort ni tak lah best sangat. Tapi oklah... So... So... Yang penting ada swimming pool!

~Penyambut tetamu... Selamat datang ke Teluk Batik Resort!~

Petang tu diadakan acara sukaneka. Kitorang semua ambil bahagian. Niesreena dan Naufal pun sama! Biasalah... acara sukaneka kalau tak der acara tiup dan pecahkan belon, memang tak sah.

Seronok tengok Niesreena main. Naufal... haiiisshhhh... dia sayang nak pecahkan belon!

~Niesreena dan Naufal dalam kumpulan masing-masing untuk acara sukaneka.~

~Bersungguh-sungguh pecahkan belon!~

~Warga FKP yang super sporting~

**Credit pic @Kak Ina

~Enche Neezam mempengerusikan majlis penyampaian hadiah dengan penuh ceria dan santai!~

~Group enche Neezam!~

First day! Seronok! Alhamdulillah... hujan pun tak turun lagi...

No comments :

back to top