♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, October 20, 2012

Family Day FKP USIM | Day 2 | Pulau Pangkor

Hari kedua!

Pagi ni enche Neezam ada meeting. Lepas sarapan, aku bawa Niesreena & Naufal gi swimming pool. Seronok betul diorang!

Lepas lunch, kitorang semua ke naik bas USIM ke Jeti Lumut untuk ke Pulau Pangkor! Yey! Niesreena & Naufal memang happy sangat. First time naik feri!

Aku dulu pernah sampai Pulau Pangkor ni. Tapi dah lamaaaaaa sangat dengan mak abah dan adik-adik. Dah tak ingat dah. Nasib baik ada gambar jer... hehe..

~Jom! Cepat!~

~Lama jugak nak tunggu feri ni~

~Penat berdiri, kiter duduk plak~

~Masa untuk berlepas!~

~Naufal & Nuha~

Alhamdulillah, cuaca hari ni sangat baik. Tak hujan tapi agak panas...

Tiba ajer di Pulau Pangkor, kitorang naik van warna pink. Van ni akan jadi pemandu pelancong kitorang pada hari ni.

Destinasi pertama kat Pangkor ni ialah ke Kota Belanda. Kat Kota Belanda ada bekas peninggalan bangunan lama yang didirikan oleh orang-orang Belanda. Bangunan tu dulu adalah untuk menyimpan bijih timah. Aiseh... dah macam cikgu sejarah plak... Huhu...

Destinasi kedua ialah ke muzium Pangkor. Mini muzium! Kecik jer muzium ni tapi banyaklah barang-barang peninggalan orang-orang lama kat sini.

Kemudian kitorang dibawa ke Foo Lin Kong temple. Kawasan temple ni macam kat kaki bukit, makin tinggi kitorang naik, makin cantik pemandangan sekeliling pulau yang dapat kitorang tengok. Kat temple ni jugak banyak sangat ikan besar-besar dan kura-kura yang diorang bela. Memang banyak giler!

Next, pakcik teksi tu bawak kitorang gi shopping hasil makanan laut kat salah satu kedai makanan laut yang agak besar ni. Kat sini harga dia murah-murah sangat. Memang jauh lebih murah kalau kat tanah besar.

Haaa... kat sini memang tak sempat nak tangkap gambar. Sebab... haha... biasalah... sibuk sangat shopping dan makan tester sampai kenyang. Muahahahha... tak lah sampai kenyang... tapi sampai puas hati jer... Banyak jugak borong kat sini. Tu yang sampai tak sempat nak tangkap gambar! ;p

Sebelum berangkat balik, kitorang sempat solat dan makan tengahari dan shopping lagi! Pantai-pantai di Pulau Pangkor ni memang cantik. Airnya bersih dan pasirnya putih! Rasa nak mandi jer!

Kitorang balik ke Lumut menaiki feri jam 5.45 petang. Penat! Tapi best!

Malam tu ada bbq dinner di hotel penginapan kitorang. Lagi sekali! Tak der gambar! Dah tu masing-masing makan tak hengat dunia... Adoiiii... Huhu...

Malam tu jugak

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Niesreena demam!!! :(

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top