♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, October 15, 2012

Apa yang hangat pagi ni?

Tentunya hanya di hotfm...

Setiap pagi on the way ke tempat kerja, aku memang dengar hotfm. Aku memang suka sangat dengar hot chat...

Memandangkan hari ni Hari Cuci Tangan Sedunia, Hot chat pagi ni tentang "Hari apa yang anda nak wujudkan?"

Macam-macamlah pemanggil-pemanggil ni bagi idea; ada idea yang kelakar, ada idea yang tak logik dan ada idea yang HANGAT!!!

Dan yang paling HANGAT... Cer dengar...

Perempuan ni, Hani desperado, nak wujudkan Hari Poligami, dimana pada hari tersebut kalau suami nak berpoligami, dia boleh kahwin tanpa tandatangan isteri pertama.

Adoiii... memang hangat membara-bara aku mendengarnya... Rasa geram sangat! Rasa nak cili jer mulut pemanggil tak sedar diri tadi.

Aku paling tak tahan bila dia kata "kalau suami tu dah ada orang lain, maksudnya suami tu dah tak sayang la... tak payah nak simpan lagi... mintak jer cerai..."

Dan menyampah giler masa dia cakap yang pada hari poligami tu nanti, DENGAN BANGGANYA dia akan berkahwin dengan suami orang tanpa tandatangan isteri pertama! Haaiiiissshhhh... tak sayang mulut betul minah ngok ngek ni...

Sebenarnya dia tak sedar, kalau lelaki tu tak sayang dengan isteri dia, sebenarnya dah lama dia ceraikan isteri dia tu dan kahwin dengan pemanggil tu. Betul tak? Talak di tangan suami... Ni tak.. dah tunggu 2 tahun, tapi masih tak dapat kahwin jugak. Eeee bongok!!! Bongok! Bongok sangat!!!

Aku rasa bukan aku ajer yang hangin dengar pemanggil ni... tapi ramai lagi... aku tengok komen-komen kat fb hotfm pasal ni lagi dasyat-dasyat... huhu... Aku rasa kalau orang tau siapa perempuan ni, mau kena bom rumah dia! Haha!

Apa-apa pun, aku doakan pemanggil tu agar dipertemukan jodoh yang lebih baik, kalau boleh jangan lah kahwin suami orang. Buat apa nak bina istana dari air mata wanita lain, hancurkan kebahagian dan hati wanita lain, hati anak-anak... Lainlah kalau isteri pertama tu redha dan bersedia untuk mendapatkan payung emas di syurga nanti...

2 comments :

cT zAiLeHa said...

setuju!!!!bongok jugak pompuan ni kan... tak terpk perasaan pompuan lain ke?? Kalau kena btg hidung dia..baru padan muka ..huhu...

*juliet le sweetheart said...

Tu lah zai... dia tak perasan ke sebenarnyer lelaki tu yang tak sayang dia... terpaksa tunggu 2 tahun tuuuuu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top