♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, September 30, 2012

Wii time!

Biasanya setiap hujung minggu kitorang memang jaraaaaannnnggg sangat lekat kat rumah. Ada jer plan berjalan-jalan; balik KL, balik Segamat, gi lepak rumah adik-adik, gi cuci mata **& cuci duit** (^^)v

Tapi minggu ni dapat lepak kat rumah sendiri... Nikmat rasanya... Lebih-lebih lagi enche Neezam pun ada berhujung minggu kat rumah. Kesian enche Neezam. Banyak sangat komitmen pada kerja... Hujung minggu pun kerja... Read KERJA tau... Bukan komitmen pada Neelofa atau yang sewaktu dengannya... Huhu...

Tapi sebenarnya, duduk rumah di hujung minggu ni lagi penat tau. Akulah... tak tau lah korang... Mana tak nyer... Buat kerja rumah dari celik mata, sampailah kepala letak atas katil, kerja tak siap-siap! Mengemas, memasak, membasuh, uruskan kain baju... Adoi! Penat! Enche Neezam plak cuci luar dan dalam 3 bijik kereta! Tq sayang... Berkilat kereta I :)

Anak-anak pulak... exercise! Jangan kacau mama dan ayah ok! Mama dan ayah kacau korang, tak per... Huhu...

Naufal & Niesreena main tennis tau. Jangan tak cayer... Huhu... Selalunyer, Niesreenalah yang menang. Niesreena pandai main tennis.

Penuh gayaaaaaalah sangat!

Boxing plak! Jangan boxing betul-betul sudahlah yer anak-anakku...

Ayah vs Naufal @ bowling!

Strike!

Naufal hebat main bowling tapi of course lah tak boleh beat ayah! :)

posted from Bloggeroid

Friday, September 28, 2012

Voucher... Voucher... Dan voucher lagiiii!!!!

From Mr. Concorde...

From Mrs. Lucky Draw...

From Ms. Cici...

Alhamdulillah...

Enche Neezam, bila nak shopping ni?

posted from Bloggeroid

Wednesday, September 26, 2012

Selamat malam

Haaaiiiisshhh... Tidur bersepah!

Macam ni lah diorang kalau tidur. Niesreena bagus. Kalau dekat situ Niesreena tidur, kat situ jugaklah bila bangun nanti. Walau setepi atau sesipi mana kat tepi katil sekalipun Niesreena tidur, dia tak kan jatuh katil.

Berbanding dengan Naufal... Haishhh... Punyalah lasak! Satu katil dia jelajah! Siap boleh jatuh katil lagi. ;p Kesian kat Niesreena yang jadi mangsa kelasakkan Naufal.

Naufal ni manja sikit. Sebelum tidur, selalunya dia nak mama atau ayah dia ada baring atas katil sama-sama dengan dia. Padahal kakak dia ada jer tidur sekali.

Satu tabiat tidur Naufal yang paling aku dan enche Neezam paling menyampah @ jengkel @ meluat @ sakit hati dan sewaktu dengannya ialah si Naufal ni sukaaaaaaaaa sangat selit jari-jari kaki dia berkali-kali kat bawah badan kitorang. Berkali-kali! Naufal akan buat ni bila keadaan dia separa sedar dan waktu tidur. Adoiiiai! Memang sakit badan bila Naufal buat macam ni. Hati pun sakit! Tapi nasib baik Naufal tak buat pada kakak dia macam ni. Kalau tak... mesti Niesreena tak nak tidur dengan dia.

Buat masa ni Niesreena dan Naufal masih tidur sebilik lagi, sekatil dan kadang tu sebantal. Diorang pun kecik lagi kan... Masing-masing memang tak nak tidur sorang-sorang. Kalau nak tidur mesti serentak! Insya Allah bila pindah rumah baru nanti masing-masing akan tidur kat bilik masing-masing yer...

Masa kat Melbourne dulu, semua orang tidur sebilik walaupun bilik tidur ada 3. 4 beranak sekatil. Hehe... Nasib baik katil besar & kitorang ni kecik-kecik belaka... Huhu... Ioyoooolah tu, kan... Balik jer ke Malaysia, diorang tidur dengan atok-atok. Bila pindah masuk rumah ni, diorang tidur bilik berasingan dengan kitorang. Alhamdulillah... Senang nak suruh diorang tidur bilik sendiri. Tak der drama langsung...

Sebenarnya proses nak mengasingkan anak-anak tidur dengan ibubapa ni mengambil masa jugak dan sesetengah tu agak payah. Anak-anak yang dah terbiasa tidur dengan ibubapa memang susah nak lepaskan ketiak ibubapa diorang. Tapi mesti cuba jugak! Takkan satu katil nak tidur 4 orang kot... Huhu...

posted from Bloggeroid

Monday, September 24, 2012

Puding caramel di tengah malam

Haaa... Apa cer? Tengah-tengah malam bute ni wat puding caramel... Huhu...

Tapi serius sedap! Haha... Masak bakul angkat sendiri. Kelassssss kau Julie... Bak kata Niesreena "Mama buat mestila sedap" :)

Ye... memang sedap... tak tipu.. huhu.. ;p

Tengokkk.. Nampak menarik tak?

Niesreena habis semangkuk...

Naufal pun semangkuk...

Update!

Memandangkan ada kengkawan yang mintak resepi. So, aku kongsikan kat sini yer. Ini untuk ukuran 10 mangkuk macam dalam gambar yer...

Bahan-bahannya mudah ajer... Gula pasir, telur 5 biji, vanila essence, 500ml susu segar, 500ml air.

Mula-mula kena buat caramelnya dulu. Cara-caranya... masukkan <> 2 cawan gula pasir dalam periuk then panaskan dengan api kecil. Kacau jer sampai gula bertukar cair dan perang. Api jangan kuat sangat. Takut hangus, kang kena plak cari resepi kek gula hangus. ;p

Masukkan gula yang masih panas tu dalam mangkuk yang tahan untuk dikukus atau masuk dalam loyang besi. Hati-hati jangan terkena gula yang masih panas. Boleh melecur kulit!

Untuk adunan puding; pecahkan telur-telur tu dan pukul sehingga kembang. Masukkan 1 sudu vanilla essence, susu segar, air dan sedikit garam. Kalau nak manis, masukkan sikit susu pekat manis. Tapi aku tak suka pudingnya manis sebab caramel tu nanti akan cair dan memang manis.

Pastu kukuskan selama 15-20 minit.

Tadaaaaa... Sedia untuk dimakan!

Yummmmmilicious!!!

posted from Bloggeroid

Tuesday, September 18, 2012

N.I.E.S.R.E.E.N.A L.A.N.C.A.R B.A.C.A

Alhamdulillah... Sekarang ni Niesreena dah semakin lancar membaca. Dari perkataan yang mudah sehinggalah yang susah, Niesreena dah boleh sebut dengan lancar.

Jom tengok video ni... Oh ya... Jom tengok aksi Naufal dalam ni jugak! Macam biasalah... Si Naufal suka sangat ngusik kakak dia... Nak enterprem jugak! Hmmm... layannnn...

Aku memang bersyukur dan senang sangat tengok progress Niesreena. Walaupun baru tahun ni Niesreena ke sekolah, Niesreena dapat 'tangkap' semuanya dengan cepat.

Masa awal tahun dulu, Niesreena memang dah kenal huruf dan angka. Tapi Niesreena masih tak boleh mengeja lagi. Selalunya dalam kereta, aku akan banyak buat ejaan dengan Niesreena. Tu pun bila dia rajin jer... Hmmmm... bila datang malas... perkataan senang-senang pun dia malas nak eja... Tapi bagi aku, kalau sekali-sekala malas, tak per lah... Kalau asyik malaaaaaassss jer... Haaa... jagalah!!!

Permulaan dulu, aku dan enche Neezam banyak belikan buku yang setiap patah perkataannya dibezakan dengan warna. Contohnya: SAYA SUKA MEMBACA BUKU. So, Niesreena dapat eja dengan mudah. Tapi sekarang, Niesreena dah boleh membaca terus tanpa warna. Alhamdulillah...

Ok... Ok... Mungkin anak orang ada yang 3,4 tahun dah boleh membaca... Macam enche Neezam dulu pun 3 tahun lebih dah boleh membaca. Tapi Niesreena 6 tahun baru pandai membaca. Apa pun, aku tetap bangga dengan Niesreena... :)

Sunday, September 16, 2012

Niesreena and Naufal on Malaysia Day

Niesreena with her rubics!

Super checky Naufal! Naughty as always!

posted from Bloggeroid

Saturday, September 15, 2012

Otomen Naufal

Sejak dua menjak ni Naufal minat sangat dengan Ultramen. Sikit-sikit otomen... Sikit-sikit otomen...

Astro ceria pun sekarang ni selalu sangat tayang dan ulang cerita otomen. Ultramen Mebius lah... Ultramen Zero lah... Ultramen Max lah... Apa yang best sangat cerita otomen ni pun tak tau lah.

Kejap-kejap ada raksaksa... Kang Ultramen datang... Lepas lampu kat dada Ultramen kelip-kelip dari biru ke merah sebab dah 3 minit lawan tapi raksaksa tak mati-mati gak. Haaiiissshhhh... Ehem... Aku pun dah terikut sekali bila diorang layan... Adoiiaiiii... ;p

Tapi... Ye lah kan... Budak-budak besar Naufal ni memang sukalah cerita-cerita macam ni. Lebih-lebih lagi budak lelaki...

Naufal, kalau tengok cerita otomen, memang nampak kusyuk bebenorlah! Bersungguh-sungguh sangat! Memang tak boleh kacau. Bila time otomen beraksi lawan dengan raksaksa (Naufal panggil semua raksaksa sebagai raksaksa gorgon) Naufal mesti berdiri! Dan beraksi sekali! Hmmm.. Kalau boleh Naufal nak masuk sekali dalam tv tu nak tolong otomen yang tengah berlawan tu... Huhu...

~Naufal tengah kushyuk ni! Jangan kacau!~

Bukan setakat tu ajer... Kalau bergambar pun sebuk nak buat aksi otomen... Haishhh... Sabar je lah...

~ Ooppsss... Aksi otomen tengah bersiram. Huhu...~

Haaa... Ni pulak antara otomen milik Naufal... Ehemmm... Sila ignore frame gambar yang separuh perfect tu yer... Itu angkara orang dalam gambar tersebut...

Sebenarnya aku memang seronok tengok bila Naufal tengah tengok cerita Ultramen ni. Memang muka dia kusyuk sangatlah! Hmmmm... Harap-harap masa belajar nanti pun kusyuk macam ni jugaklah yer sayang...

Naufal... Naufal...

posted from Bloggeroid

Wednesday, September 12, 2012

| DIY | Magnetic Wall

Macam best jer kalau ada magnetic wall ni kat rumah kan?

Jom buat!

Boleh klik kat bawah ni.

http://ohhappyday.com/2012/08/magnet-wall-diy/

Monday, September 10, 2012

Niesreena nak rabbitlah mama...

Niesreena: Mama, Reena rasa macam nak rabbitlah, macam Aulya...

Mama Niesreena: OOooookkkkk... Pastu saper nak bersihkan ***** dia..

Niesreena: Mamalah!

Mama Niesreena: Hmm dah. Lupakan ajerlah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top