♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, July 20, 2012

Bulan Ramadhan tiba lagi... :)

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

1433 Hijrah

Semoga tahun ini kiter sama-sama dapat mengumpul lebih banyak pahala dari tahun-tahun lepas... Insya Allah...

Amin...

Thursday, July 19, 2012

Puasa bermula hari Sabtu ini



Insya Allah kiter akan mula berpuasa pada hari Sabtu ni... Selamat berpuasa dan bertarawih semua... :)

posted from Bloggeroid

Lecture by Niesreena - Karnivor, Herbivor, Omnivor

Dalam kereta pagi tadi...

Niesreena : Mama tau tak binatang karnivor, herbivor dan satu lagi apa ek? Lupa plak..

Mama Niesreena : **apa ek? aku pun lupa** Hmmmm... Omnivor kan? **Tetiba teringat... Selamat...**

Niesreena : Betul! Pandai mama! Mama tau tak haiwan-haiwan tu makan apa?

Mama Niesreena : Ada yang makan daging sahaja, ada yang makan tumbuhan sahaja, ada yang makan semua! Tapi mama tak ingatlah yang mana satu...

Niesreena : Karnivor tu yang makan daging sahaja, contohnya harimau... bla... bla... bla... Herbivor yang makan tumbuhan sahaja, contohnya... bla... bla... bla... dan omnivor yang makan tumbuh-tumbuhan dan haiwan, contohnya kucing, bla... bla.. bla....

Ya! Pagi tadi aku mendengar lecture tentang kumpulan haiwan mengikut makanan oleh pelajar tadika, Niesreena!

Tq lah sayang... mama pun dah lupa. Tapi seingat mama, mama tak belajar semua tu masa sekolah tadika. Rasanya, masa darjah 3 atau 4 atau 5 kot... baru belajar...

Advance budak-budak zaman sekarang... And good for you to remember it all!

Sunday, July 15, 2012

Tidurlah anak-anakku...

Masing-masing masih bertenaga lagi... Bila nak tidur ni? Mama dah ngantuk dah ni. Ayah... Tolong...

;p

posted from Bloggeroid

Friday, July 13, 2012

Buat apa tuuuu?

Haaaaiiiiillaaaaa anak-anakku... Baru tinggalkan sekejap, gi mandi, diorang dah buat kerja haru...

Nak tau diorang buat apa? Hmmmm... Cubalah teka...

Ha! Tau diorang buat apa?

Nampak tak Naufal pengang apa tu? Petai!

Diorang kopek petai!!!

Adoi ai! Manalah dapat idea mengarut ni? Dah tak der kerja lain ker sayang...

Sukati koranglah Niesreena dan Naufal... Ayah dah lah tak der... Sajer nak buat mama pening kepala... *sigh*

Haaaiiissshhhh... layannnnn...

posted from Bloggeroid

Left me for Dubai

Pagi ni enche Neezam berangkat ke Dubai bersama anak-anak Permata Insan.

Hmmmm... sedihlah jugak sebab dah lama tak berpisah jauh-jauh lama-lama macam ni. Pening jugak bila memikirkan nak handle Niesreena dan Naufal tanpa enche Neezam. Kena jadi Super Mama lah gamaknyer... Chaiyok Mama Julie!!! ;p

Apa-apapun, semoga enche Neezam selamat pergi, selamat diperantauan dan selamat kembali. Do enjoy and have fun k! Tapi jangan sampai lupakan kitorang kat sini! Huhuhu... Dan yang penting, sila jaga amanah yang telah diberikan dengan sebaik mungkin k! Anak-anak orang tu... Or... "Adik-adik... silalah tolong jagakan uncle Neezam baik-baik k... " :)

Dan ooooo jangan lupa bawak balik berlian sebijik yer! Ahakkksss... ;p

Wednesday, July 11, 2012

Hari sukan taska Miftahul Ulum 2012

Hari ni hari sukan taska Niesreena. Aku memang teruja sangat nak pergi sebab nak tengok macam mana Niesreena bersukan dengan kawan-kawan dia.

Alhamdulillah... Team rambutan Niesreena menjadi pemenang Perak! Nombor 2! Oklah tuuu... Yang penting Niesreena enjoy and have fun!

Antara upacara hari sukan hari ni sudah tentulah didahului dengan upacara perbarisan. Niesreena pemengang sepanduk kumpulannya. Kumpulan Rambutan Merah! Lagu diorang... "Rambutan! Rambutan! Insya Allah boleh!" Inilah part yang diorang dok nyanyi dalam kereta setiap kali balik dari taska... ;p

Ada upacara senamrobik yang turut disertai oleh guru-guru dan ibu bapa yang sporting...

Berbagai acara sukan yang Niesreena sertai...

~ Acara lari dalam guni. Standardlah... kalau sukan bebudak tadika, mesti ada acara ni... ~

~ Ooopppsss... bola Niesreena jatuh! Cepat!!!~

~ Tarik bola dengan gelung ni bleh tahan susah gak rupanyer...~

~ Acara terowong keretapi... Tudung Niesreena tercabut sudah... ~

Dan acara kemuncak tentulah upacara penyampaian hadiah!

Selain Niesreena, ada sorang budak yang terlebih enjoy hari ni. Hmmmm... Siapa lagi kalau bukan budak ni...

Si Naufal!!!

Macam-macam gelagat budak-budak hari ni. Mostly diorang memang seronoklah. Tapi ada jugak yang menangis sebab kalah, sebab jatuh, sebab hilang mak bapak... Macam-macamlah bebudak ni...

Alhamdulillah walaupun cuaca agak tak menentu sepanjang program tadi, tapi segalanya berjalan dengan baik. Terima kasih dan tahniah kepada semua guru-guru yang telah bertungkus lumus menjayakan program hari ni!

And of course... Tahniah Niesreena! Mama proud of you sayang!

posted from Bloggeroid

Sunday, July 8, 2012

Reunion ;)




Thanks korang sebab sudi datang menyerbu ke teratak buruk kitorang. ;)

Dulu masa sama-sama kat Melbourne, boleh kata tiap-tiap minggu dok berkumpul chatting-chatting, joking-joking, shopping-shopping, sama-sama. Sekarang ni tersangatlah jarang berjumpa. Alhamdulillah, hari ni lepas hajat nak berkumpul sesama semula. Memang seronok!

Insya Allah, kalau ada rezeki kiter berkumpul lagi. Bak kata kak Gee, "tunggu open house" :) Rayalah nanti lah yer... ;)


posted from Bloggeroid

Friday, July 6, 2012

Grab of the day! Yeeehaaaa!!



Hasil dalam masa satu jam **curi waktu lunch hour** kat Metrojaya raya sales tadi. ;)

Aku sangat puas hati sebab dapat semua barang-barang kat atas dengan harga yang tersangat murah! Seriously! Especially frame gambar, compartment tray dan sudu garfu tu, memang murah! Sudu dan garfu tu 4 dosen RM20. Takder jenama pun... Tapi stenless steel dan tak mudah lentur. Ok lah! Suka!





Sebenarnya barang yang dijual tadi taklah banyak sangat tapi kalau pandai cari dapatlah barang dengan harga yang murah. Baju-baju baby dan kanak-kanak pun banyak.

So korang! Tunggu apa lagi? Jom serbu stadium Malawati Shah Alam! Masih sempat lagi nak pergi ni... Sales sampai 8hb!

Jumpa di sana... Di sanaaa... Di saanaaaaaaaaa... ;)

posted from Bloggeroid

From him on my birthday



Thanks abang! Loving it! And love you sooo much!

posted from Bloggeroid

Thursday, July 5, 2012

Hadiah dari emak



Thanks emak! Julie suka sangat! :*

posted from Bloggeroid

Tuesday, July 3, 2012

Huishhh... Sawang...

Lebih setahun tak aktif berblog. Banyak betul sawang nak kena dibersihkan... huish...

Might need some time and effort... Chaiyok!



posted from Bloggeroid

Monday, July 2, 2012

Pressie

On my working table this morning. Thank you guys!



Sunday, July 1, 2012

My 1st entry after... How many months?

We are about to check out!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top