♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, November 6, 2010

Mainan masa kecik-kecik dulu

Biasanya, hari Isnin hingga hari Jumaat, pukul 4 petang, aku akan teman Niesreena layan citer Upin dan Ipin kat Disney channel. Aku dan Niesreena memang suka tengok Upin dan Ipin. Suka tengok keletah diorang dan kengkawan diorang yang kecik-kecik tu. Suka lagi bila tengok diorang ucap 'Selamat Pagi, cikgu!'. Comel! Niesreena pun suka tiru.

Hari ni, dalam Upin dan Ipin, diorang main konda-kondi! Ohhhh... dah lama aku tinggalkan permainan tu. Dulu, masa kecik, aku selalu main dengan kengkawan kat bawah rumah kitorang. Hmmmm... sekarang ni, aku dah tak ingat lagi macam mana cara main konda-kondi. Even tengok Upin dan Ipin main tadi pun aku tetap tak ingat cara mainnya. Yang aku ingat, kalau nak main konda-kondi, kena korek lubang dan ada dua batang kayu. Hmmmm... cara mainnya memang dah tak berapa nak ingat.

Masa kecik-kecik dulu, selain konda-kondi, aku dan adik-adik serta kengkawan aku selalu main lompat getah, main guli, baling selipar, teng teng, tepuk kad, police and thief dan macam-macam lagi. Ha... patung kertas pun kitorang main. Selalunya patung kertas dan kad tepuk tu kitorang beli kat kedai sekeping 20 sen. Kalau patung kertas tu, biasanya ada satu bentuk orang dan beberapa helai baju dia dan aksesori macam beg dan topi. Kalau kad tu, biasanya depan ada gambar dan belakang ada nombor. Alaa... macam daun terup.

Main lompat getah best! Selalunya lompat getah ni mainan bebudak perempuanlah. Beli getah 50 sen dan sambungkan. Dapatlah jadi tali getah sepanjang 1 meter. Pastu ada macam-macam cara nak langkah getah tu. Dan yang bestnya, ada macam-macam lagu dia jugak. Antaranya, yang aku ingat...

Rumah terbakar panggil bomba,
Bomba datang berlumba-lumba,
Anak kambing patah kaki,
Anak kambing pandai menari,
Anak kambing makan rumput,
Anak kambing masuk kandang...

Hehhehehe... ada banyak lagi lagu kalau main getah ni. Tapi dah tak ingat dah lagu-lagu lain. Dan waktu menyanyi tu, ada pulak gaya yang kena buat sekali, ikut lagu. Ha... tu kalau main getah yang getahnya dipusing-pusing. Kalau main langkah-langkah getah tu, ada macam-macam jenis langkah. Kena pulak tu buat 10 kali. Ada gak sampai 50 kali! Tergeliat kaki! Hehehe...

Hmmm... kalau main teng teng pun best. Dulu, bila nak main teng teng, kitorang beli kapur pelbagai warna kat kedai. Habis kitorang conteng lantai luar rumah buat teng teng. Bila dah habis pusing lompat-lompat, nanti boleh ada 'rumah'. Masa tu kitorang akan hias 'rumah' tu dengan pelbagai corak dan warna ikut kreativiti kitorang. Best kan?

Korang main tak semua tu dulu?

Aku rasa, kalau aku tanya budak-budak 17 tahun ke bawah tentang semua permainan yang aku sebut tadi, mesti diorang tak tau satu aper pun kan? Yang diorang tahu, ps2, psp dan bermacam-macam video games dan computer games yang aku sendiri pun kekadang tak tahu. Ditambah-tambah lagi dengan bermacam-macam online games yang ada sekarang, kat facebook, kat friendster. Hmmmm... macam-macamlah!

Rugi... rugi...

Macam mana ek kiter nak kekalkan budaya permainan tu turun temurun? Kalau ibu atau bapa nak ajar dan ajak anak-anak main kat rumah, rasanya macam mustahil jer. Ye tak? Macam mana pulak kalau kat sekolah? Mungkin cikgu sekolah waktu pendidikan jasmani boleh ajak dan ajar diorang main permainan-permainan tu kan? Betul tak?

Hmmmm... korang! Nak main konda-kondi tak? Jom!!!


3 comments :

Anonymous said...

jom main robot....=)

*juliet le sweetheart said...

hahhaha... jom!!!

jayzack said...

Julie, cam sama je ape yg ade kat fikiran akak...sebab akak baru je terfikir nk cerita kisah zaman kanak-kanak yang menyeronokkan. Dah tulis pun tp lom sempat nk publish lagi hehehe... Memang seronok kan zaman kanak2 kita tu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top