♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, November 18, 2010

Sambutan Aidiladha di perantauan tuntut pengorbanan

Yeppie! Seronoknya... Hari ni, enche Neezam kembali pulang ke tanah air... Kembali pulang ke pangkuanku. Hehehe... Happy sangat!

Enche Neezam dijangka landing jam 8.30 pagi dengan menaiki flight Emirates. So, aku dan pil serta the little Khairunns pagi-pagi lagi dah bertolak dari Segamat untuk menjemput enche Neezam kat KLIA.

Alhamdulillah, jam 9.30 pagi kitorang tiba kat KLIA dan enche Neezam dah pun menunggu kitorang. Happy sangat tengok muka buah hati terchinta! Niesreena dan Naufal pun happy sangat berjumpa semula dengan ayah diorang!

Happy! Happy! Happy!

Alhamdulillah... bersyukur kehadrat Allah swt kerana membawa cinta hati aku balik semula ke pangkuan aku dengan selamat, sihat dan sejahtera. Tq Allah! Syukur sangat!

Dan kebetulan juga, artikel enche Neezam disiarkan jugak hari ni kat surat khabar Berita Harian. Artikel enche Neezam kali ni adalah bersempena dengan sambutan hari raya korban di perantauan...

Tambah happy lagi! \^-^/

So, berikut adalah keratan artikel enche Neezam yang disiarkan hari ni.

Sambutan Aidiladha di perantauan tuntut pengorbanan

Oleh Khairunneezam Mohd Noor

Pelajar di Desa Bundoora anjur majlis solat sunat, kenduri bagi pupuk semangat dan kecekalan

HARI raya korban memberi makna yang sungguh mendalam terutama bagi rombongan jemaah haji di Makkah yang menjadi 'tetamu Allah' bagi menyempurnakan rukun Islam kelima.

Begitu juga di seluruh pelosok dunia, kemeriahan sambutan perayaan ini begitu terasa dengan amalan solat sunat Aidiladha dan laungan takbir sehinggalah tamat hari tasyrik iaitu pada 13 Zulhijjah.

Ditambah lagi dengan penganjuran aktiviti korban dan menyembelih binatang seperti lembu, kambing dan unta yang dilakukan demi memperingati sejarah pengorbanan simbolik Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail serta kejayaan menepis godaan syaitan menambahkan rasa takwa dan taat kepada Allah.

Ibadah korban sangat berkesan merapatkan silaturahim antara penduduk setempat serta memberi ruang untuk bergembira menyambut hari raya korban bagi golongan miskin dan yatim piatu yang menerima sumbangan daging korban.

Menyambut hari raya korban di perantauan kebiasaannya tidaklah semeriah seperti di tanah air. Menitip pengalaman penulis yang merantau ke Melbourne, Australia, sejak beberapa tahun lalu, perantau sekadar mendapat peluang bersolat sunat Aidiladha sama ada di masjid atau surau.

Ada juga dalam kalangan komuniti perantau seperti pelajar atau pekerja yang menganjurkan majlis kenduri kecil-kecilan atau takbir beramai-ramai, sama ada di Dewan Malaysia, rumah atau dewan komuniti.
Namun, suasana perayaan Aidiladha tahun ini agak berbeza bagi perantau Malaysia yang bermastautin di Desa Bundoora yang terletak di kawasan persisiran kota Melbourne.

Aidiladha tahun ini, komuniti Desa Bundoora (rata-ratanya pelajar pascasiswazah) menganjurkan majlis solat sunat hari raya dan kenduri sempena menyambut hari raya yang mulia ini. Sebilangan ahli komuniti turut menyertai ibadah korban dan aqiqah.

Seluruh warga Desa Bundoora bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini sejak beberapa minggu lalu seperti menempah dewan bagi solat sunat hari raya, menguruskan tempahan serta penyembelihan lembu dan kambing, selain persiapan majlis rewang kenduri.

Semua pihak rela ‘berkorban’ masa, tenaga dan wang demi menjayakan majlis ini. Bukan mudah untuk melihat suasana harmoni seperti ini dalam sesebuah masyarakat, apatah lagi yang berada jauh beribu batu dari Malaysia.

Peluang berhimpun beramai-ramai seperti ini memberikan ruang kepada semua untuk melepaskan rindu terhadap sanak-saudara di tanah air, bertukar fikiran, berkongsi suka duka dan sama-sama menghayati erti tersirat mengenai pengorbanan.

Sambutan perayaan mungkin sederhana tetapi jauh di lubuk hati kami sedar bahawa kami sedang melaksanakan erti pengorbanan yang bukan calang-calang. Pengorbanan meninggalkan keluarga tercinta di tanah air untuk menimba ilmu dan mencari pengalaman di bumi asing.

Semua pengorbanan ini tetap bersandarkan kepada matlamat mendapatkan keredaan Allah SWT, membawa balik segala ilmu dan pengalaman yang ditimba di luar negara untuk dikongsi bersama anak bangsa serta meningkatkan martabat negara.

Hari raya korban memberikan maksud cukup signifikan mengenai kewajipan menunaikan tanggungjawab sebagai insan yang menyumbangkan kepakaran dan tenaga kepada pembangunan serta kemakmuran insan sejagat.

Sambutan hari raya korban membuka pintu hati dan minda golongan perantau perlunya bersabar, melipatgandakan usaha dan lebih gigih dalam urusan kerja masing-masing dan akhirnya bertawakal kepada Allah SWT.

Akhirnya, tidak dinafikan menyambut hari raya korban di perantauan dapat memupuk kesedaran pengorbanan yang tidak boleh disalahertikan dengan melakukan perbuatan tidak bersesuaian pada perspektif masyarakat dan agama. Untuk melaksanakan pengorbanan, seseorang perlu mengikut saluran dan cara yang diredai Allah SWT, selaras aspirasi agama, bangsa dan negara.

Penulis ialah pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kini melanjutkan pengajian peringkat Doktor Falsafah di La Trobe University, Melbourne

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SambutanAidiladhadiperantauantuntutpengorbanan/Article/


Wednesday, November 17, 2010

Selamat hari raya Aidiladha

Sejak kahwin, inilah kali pertama aku menyambut hari raya haji tanpa enche Neezam di sisi. Emak, abah dan adik-adik pun tak der. Sedih... Nasib baik ada fil. So, tak lah rasa sunyi dan sedih. Bleh happy lagi! :)

Enche Neezam masih di Melbourne. Insya Allah, esok enche Neezam akan kembali ke tanah air. Kat Melbourne, diorang dah sambut hari raya haji semalam. Awal sehari dari kiter kat Malaysia ni.

Emak dan abah pulak first time beraya tanpa anak-anak. Beraya berdua jer kat Sabah. Nasib baik ada kengkawan yang datang memeriahkan rumah. Semua nak makan masakan emak yang sememangnya sedap tu. Hehehhee... Rindu masakan emak!

Adik-adik pulak beraya kat KL. Adik beraya dengan hubby dia jer kat rumah sendiri and of course Joy, the bachelor tumpang sekaki beraya dengan diorang.

Dan aku serta kedua-dua comel aku, Niesreena dan Naufal pulak, balik ke Batu Pahat bersama-sama fil.

Kepada semua keluarga, kengkawan dan pembaca blog aku ni, di sini aku ingin mengucapkan, Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga kiter semua mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah swt bersempena dengan hari yang mulia ini. Insya Allah...


Sunday, November 14, 2010

Khairunniesreena & Khairunnaufal

Dah lama tak cerita pasal Niesreena dan Naufal kan... Maklumlah... dah lama tak update blog. So hari ni, nak cerita pasal perkembangan bebudak dua orang yang semakin lasak, semakin notti dan semakin comel ni!

Khairunniesreena, hari ni usia Niesreena dah masuk 3 tahun 11 bulan. Sebulan jer lagi Niesreena akan meningkat ke usia 4 tahun. Dah besar anak mama.

Menjelang usia Niesreena 4 tahun, mulut Niesreena pun dah semakin becok. Adaaaaa jer benda Niesreena nak cakap. Kalau bercakap jer tak per... Tapi bila tang bertanya tu yang aku tak larat nak layan. Lepas satu, satu soalan keluar dari mulut Niesreena. "Mama, apasal bla bla bla?", "Ayah, apasal bla bla bla?" Ye... Niesreena suka bertanya menggunakan soalan 'apasal'. Hehehe... Bila Niesreena bertanya tu, tak boleh kalau tak jawab. She will keep asking dan kitorang tak boleh tak jawab. Yang tak tahannya tu, bila dah jawab tu, Niesreena akan tanya lagi daripada jawapan yang kitorang bagi. So, berjela-jela la soalan Niesreena. Tapi kena layaaaaaaannnn jugak.

Sangat susah nak tangkap gambar Niesreena sekarang. Kadang-kadang tu kena ugut, barulah nak bagi kerjasama tau. Geram betul. Bila nak tangkap gambar Niesreena, susah sangat Niesreena nak senyum dan mengadap kamera tau. Bila aku suruh pandang kamera, masa tu lah Niesreena kata sakit mata lah, ngantuk lah, eeeee... macam-macam alasan lagi.

Ha... tadi, aku upload gambar Niesreena dan Naufal kat facebook. Niesreena kata, "Mama, apasal banyak gambar Naufal jer? Mana gambar Nina?" Ha... apa lagi, aku pun jawablah... "tu lah... Reena tak nak pandang kamera bila mama suruh. Dah gambar Reena semua tak cantik. Tak der lah gambar Reena." Niesreena diam jer dengar jawapan aku. Pas tu tadi, aku pegang kamera, dan tangkap gambar Naufal. Niesreena suruh aku tangkap gambar dia. Siap posing lagi dengan senyuman yang sangatlah menawan. Hehehehe... Nantilah aku upload gambar-gambar tu kat post yang akan datang yer...

Niesreena sangat gentle. Niesreena sayang sangat kat Naufal. Tak pernah berkasar dengan Naufal walaupun kekadang tu Naufal berkasar dengan Niesreena.

Khairunnaufal, dah masuk satu setengah tahun. Tersangatttttlah lasak! Adoooiiii... Lasak sangat! Tak berhenti-henti buat 'kerja'. Lepas satu kerja ke satu kerja! Memanjatlah dia... melompatlah... ada jer aksi dan stunt yang menyeramkan yang Naufal buat! Nampak betul otak Naufal begitu ligat, aktif dan kreatif untuk memikirkan satu-satu aksi yang memeningkan kepala mama, ayah dan atok-atok dia... huhuhu...

Hmmmm... bila aku mengeluh sebab kelasakkan Naufal, orang selalu cakap, "baguslah anak lasak. Maksudnya otak dia aktif. Takkan nak anak duduk diam jer. Nanti kiter jugak yang susah hati sebab anak tak aktif." Hmmmm... betul jugak kan?

Aku pun selalu mengeluh kesah kat emak pasal kelasakkan Naufal ni. Emak aku 'tembak' aku balik. Kata emak, "Anak lasak, emaknyer tak kurus jugak. Selalunya anak lasak emak kurus." Huhuhu... Macam manalah nak kurus mak, bila dah penat dengan kerenah bebudak, mulalah aku tension. Bila dah tension, aku makan! Macam mana nak kurus? Muahahhahahaha... Emak aku kata kalau aku tak larat nak jaga Naufal, emak aku nak bawak Naufal tinggal dengan emak abah kat Sabah. Oh tidak!!! Biarlah senakal dan selasak mana pun. Aku tak sanggup berpisah dengan buah hati aku ni. Huhuhu... Terima kasih jer lah emak yer... :)

Mulut Naufal pun dah semakin becok sekarang ni tapi dengan ayat gugugaga dia lah. Tapi ada jugak yang Naufal dah pandai sebut dan gunakan. Sekarang ni Naufal dah pandai guna perkataan mama, ayah, kakak, habis, nak, na nak (tak nak), gigi dan beberapa perkataan lain. Tapi ayat favorite Naufal ialah "nak" dan "nak susu..." Kalau nak mintak aper-aper, Naufal akan kata "nak..." dan bila nak makan, tak kiralah samada nak susu atau makanan lain, Naufal akan kata "nak susu".

Kalau Naufal nak kan sesuatu kat tempat lain, Naufal akan tarik baju aku, suruh aku ikut dia. Kalau aku nak buatkan susu Naufal, Naufal akan berlari dulu ke tempat susu tu dan suruh aku ikut belakang dia. Kalau nak makan, mesti amin dulu. Kalau tengok sejadah terbentang, Naufal akan solat dulu. Kalau iklan kat tv, Naufal akan focus 100% kat tv. Tak boleh kacau. Bila iklan habis, Naufal buat 'kerja' balik. Bila masuk bilik air, mesti sebut "gigi", tandanya nak mintak berus gigi. Bila aku pakai tudung, Naufal tak keruan sebab tahu aku nak keluar dan Naufal takut kena tinggal. Hehehhe... Kalau melambai, mesti sebut "Baaaaaa...". Comel sangat!

Niesreena dan Naufal sangat berbeza antara satu sama lain. Niesreena gentle dan Naufal pulak lasak. Sesuailah dengan jantina masing-masing. Pengalaman membesarkan diorang setakat ni sangat berharga buat aku. Lebih-lebih lagi masa aku tak bekerja. Aku dapat menumpukan sepenuh perhatian pada diorang. Dan yang lebih penting, aku dapat lihat sendiri perkembangan Niesreena dan Naufal setiap hari.

Alhamdulillah, aku bersyukur sangat ke hadrat Allah swt kerana dikurniakan dua orang permata hati yang sangat bernilai. Semoga Niesreena dan Naufal akan membesar dengan baik dan sentiasa dilindungi Allah swt. Amin...

Sunday, November 7, 2010

Cikgu Zaliha bersara wajib

Happy birthday

diucapkan buat

emak mertuaku,

cikgu Zaliha Ismail

yang menyambut hari lahirnya pada hari ini!

Juga kepada ayah mertuaku,

cikgu Mohd Noor Abdullah

yang menyambut hari lahirnya pada 4hb yang lepas!

Happy birthday!!!


Genap 58 usia emak pada hari ini, maka tibalah masanya juga untuk emak bersara dari dunia pendidikan. Pada hari Rabu yang lepas merupakan hari terakhir cikgu Zaliha bergelar guru besar.

Selamat bersara buat cikgu Zaliha

setelah 37 tahun berkhidmat!

Hari terakhir di pejabat sekolah...

Saturday, November 6, 2010

Mainan masa kecik-kecik dulu

Biasanya, hari Isnin hingga hari Jumaat, pukul 4 petang, aku akan teman Niesreena layan citer Upin dan Ipin kat Disney channel. Aku dan Niesreena memang suka tengok Upin dan Ipin. Suka tengok keletah diorang dan kengkawan diorang yang kecik-kecik tu. Suka lagi bila tengok diorang ucap 'Selamat Pagi, cikgu!'. Comel! Niesreena pun suka tiru.

Hari ni, dalam Upin dan Ipin, diorang main konda-kondi! Ohhhh... dah lama aku tinggalkan permainan tu. Dulu, masa kecik, aku selalu main dengan kengkawan kat bawah rumah kitorang. Hmmmm... sekarang ni, aku dah tak ingat lagi macam mana cara main konda-kondi. Even tengok Upin dan Ipin main tadi pun aku tetap tak ingat cara mainnya. Yang aku ingat, kalau nak main konda-kondi, kena korek lubang dan ada dua batang kayu. Hmmmm... cara mainnya memang dah tak berapa nak ingat.

Masa kecik-kecik dulu, selain konda-kondi, aku dan adik-adik serta kengkawan aku selalu main lompat getah, main guli, baling selipar, teng teng, tepuk kad, police and thief dan macam-macam lagi. Ha... patung kertas pun kitorang main. Selalunya patung kertas dan kad tepuk tu kitorang beli kat kedai sekeping 20 sen. Kalau patung kertas tu, biasanya ada satu bentuk orang dan beberapa helai baju dia dan aksesori macam beg dan topi. Kalau kad tu, biasanya depan ada gambar dan belakang ada nombor. Alaa... macam daun terup.

Main lompat getah best! Selalunya lompat getah ni mainan bebudak perempuanlah. Beli getah 50 sen dan sambungkan. Dapatlah jadi tali getah sepanjang 1 meter. Pastu ada macam-macam cara nak langkah getah tu. Dan yang bestnya, ada macam-macam lagu dia jugak. Antaranya, yang aku ingat...

Rumah terbakar panggil bomba,
Bomba datang berlumba-lumba,
Anak kambing patah kaki,
Anak kambing pandai menari,
Anak kambing makan rumput,
Anak kambing masuk kandang...

Hehhehehe... ada banyak lagi lagu kalau main getah ni. Tapi dah tak ingat dah lagu-lagu lain. Dan waktu menyanyi tu, ada pulak gaya yang kena buat sekali, ikut lagu. Ha... tu kalau main getah yang getahnya dipusing-pusing. Kalau main langkah-langkah getah tu, ada macam-macam jenis langkah. Kena pulak tu buat 10 kali. Ada gak sampai 50 kali! Tergeliat kaki! Hehehe...

Hmmm... kalau main teng teng pun best. Dulu, bila nak main teng teng, kitorang beli kapur pelbagai warna kat kedai. Habis kitorang conteng lantai luar rumah buat teng teng. Bila dah habis pusing lompat-lompat, nanti boleh ada 'rumah'. Masa tu kitorang akan hias 'rumah' tu dengan pelbagai corak dan warna ikut kreativiti kitorang. Best kan?

Korang main tak semua tu dulu?

Aku rasa, kalau aku tanya budak-budak 17 tahun ke bawah tentang semua permainan yang aku sebut tadi, mesti diorang tak tau satu aper pun kan? Yang diorang tahu, ps2, psp dan bermacam-macam video games dan computer games yang aku sendiri pun kekadang tak tahu. Ditambah-tambah lagi dengan bermacam-macam online games yang ada sekarang, kat facebook, kat friendster. Hmmmm... macam-macamlah!

Rugi... rugi...

Macam mana ek kiter nak kekalkan budaya permainan tu turun temurun? Kalau ibu atau bapa nak ajar dan ajak anak-anak main kat rumah, rasanya macam mustahil jer. Ye tak? Macam mana pulak kalau kat sekolah? Mungkin cikgu sekolah waktu pendidikan jasmani boleh ajak dan ajar diorang main permainan-permainan tu kan? Betul tak?

Hmmmm... korang! Nak main konda-kondi tak? Jom!!!


Friday, November 5, 2010

K.H.A.I.R.U.N.N.E.E.Z.A.M

Khairunneezam!!!

I

M

I

S

S

Y

O

U

S

O

M

U

C

H

!!!

I miss your laughter

I miss your smile

I miss your gentleness

I miss your fun

I miss your 'bebelan sang kelembai'

I miss your joke

I miss everything about you!

Niesreena miss you too!

Naufal miss you too!

OH!!! I MISS YOU SO MUCH DEAR!

SOOOOO MUCH!!!


You might also like...

1
Rumusan
.
1
Squash
.
1
All the way
from France!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top