♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, September 3, 2010

Iklan kejap!!!

Menjelang raya lagi seminggu ni, aku rasa macam tak jumpa lagi iklan raya yang betul-betul best macam tahun-tahun yang dulu. Tak der langsung yang memberi kesan dan menusuk di jiwa. Cewah! Aku tunggu-tunggu gak, tak der ke iklan yang 'must-see'! Maksudnyer, kalau iklan tu tersiar, mesti nak tengok punyer! Mesti nak panggil satu rumah suruh tengok iklan tu sekali! ;p

Iklan-iklan raya tahun ni semua tak 'ump'! Kenapa yerk?

Iklan raya tahun ni lebih menerapkan nilai 1Malaysia. Boleh dikatakan rata-rata iklan raya tahun ni mesti nak ada tiga-tiga bangsa. Mungkin jugak sebab nak sesuaikan dengan mood MerdekaRaya. Hmmmm... tapi bila semua iklan macam tu, bosanlah pulak kan?

Kalau tahun-tahun dulu, aku mesti nak tunggu iklan raya Petronas. Boleh dikatakan iklan-iklan dari Petronas semuanya best! Kreatif dan inovatif serta memberi pengajaran dan maksud yang mendalam. Dan ini antara iklan raya Petronas yang menjadi favorite aku dan aku percaya, favorite korang jugak.

Iklan raya Petronas 2003

Tahun ni Petronas tak keluarkan iklan raya ker? Yang ada cuma iklan kemerdekaan.

Iklan Petronas 2010

Harap-harap akan datang akan ada banyak lagi iklan-iklan yang best dan kreatif macam hasil allahyarham Yasmin Ahmad dulu...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top