♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, September 16, 2010

Selamat Hari Malaysia

Buat julung-julung kalinya, Malaysia meraikan 'Hari Malaysia' setelah 47 tahun pembentukkan Malaysia. Pada hari ini, 47 tahun yang lepas, Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia.

Syabas Malaysia!

Bertambah lagi hari cuti am dalam kalender. Best! Hehehe...

Saturday, September 4, 2010

Rumusan

My fil bawak balik satu set latihan kertas soalan Bahasa Melayu SPM Tingkatan 4-5 tahun 2010. Dan... cuba teka apa yang menarik di dalamnya?

.

.

.

.

.

.

Ops... belum lagi tiba yang menarik...

.

.

.

.

.

.

Jeng! Jeng! Jeng!

Soalan rumusan!

Apa yang menarik sangat?

Cuba baca perenggan bawaaaaaaaaaah sekali tu!

Artikel enche Neezam!

Keratan artikel tu diambil dari artikel enche Neezam yang pernah disiarkan dalam Berita Harian dua tahun yang lepas. Well, honestly, of courselah i'm so proud with my dearest hubby!

Selain membuat rumusan, ini adalah soalan-soalan yang perlu dijawab berdasarkan artikel tu. Susah tuuuuu...

Buku latihan ni ialah keluaran Sasbadi Sdn Bhd.

So, kepada kengkawan yang anak nak ambil SPM tu, silalah beli buku latihan ni yer. *Promote lah pulak. ;p*

Friday, September 3, 2010

Iklan kejap!!!

Menjelang raya lagi seminggu ni, aku rasa macam tak jumpa lagi iklan raya yang betul-betul best macam tahun-tahun yang dulu. Tak der langsung yang memberi kesan dan menusuk di jiwa. Cewah! Aku tunggu-tunggu gak, tak der ke iklan yang 'must-see'! Maksudnyer, kalau iklan tu tersiar, mesti nak tengok punyer! Mesti nak panggil satu rumah suruh tengok iklan tu sekali! ;p

Iklan-iklan raya tahun ni semua tak 'ump'! Kenapa yerk?

Iklan raya tahun ni lebih menerapkan nilai 1Malaysia. Boleh dikatakan rata-rata iklan raya tahun ni mesti nak ada tiga-tiga bangsa. Mungkin jugak sebab nak sesuaikan dengan mood MerdekaRaya. Hmmmm... tapi bila semua iklan macam tu, bosanlah pulak kan?

Kalau tahun-tahun dulu, aku mesti nak tunggu iklan raya Petronas. Boleh dikatakan iklan-iklan dari Petronas semuanya best! Kreatif dan inovatif serta memberi pengajaran dan maksud yang mendalam. Dan ini antara iklan raya Petronas yang menjadi favorite aku dan aku percaya, favorite korang jugak.

Iklan raya Petronas 2003

Tahun ni Petronas tak keluarkan iklan raya ker? Yang ada cuma iklan kemerdekaan.

Iklan Petronas 2010

Harap-harap akan datang akan ada banyak lagi iklan-iklan yang best dan kreatif macam hasil allahyarham Yasmin Ahmad dulu...

Thursday, September 2, 2010

Bila dah penat bermain...

... dua-dua 'pengsan'!

Yang tak tahannyer... si Niesreena ni...

Telefon lekat lagi kat telinga. Macam gaya mama mula-mula tangkap jiwang dengan ayah diorang dulu. Berejam bergayutan kat talifon, sampai tertido-tido ginilah! Huhuhu...

Anak... anak... macam-macam kerenah... :)

Love them soooooo much! I'm so lucky to have them!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top