♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, August 31, 2010

53 tahun yang lepas


Kini, kiter dah 53 tahun merdeka.

Alhamdulillah...

Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Tuesday, August 24, 2010

Santai @ Klebang

Dua hari sebelum puasa hari tu, enche Neezam jemput aku dan little Khairuns balik dari rumah family aku. On the way, enche Neezam bawa kitorang singgah kat Klebang. Katanya sajer nak jalan-jalan cuci mata. Tapi rupa-rupanya enche Neezam dah booked tempat kat favorite chalet kitorang, kat Shah's Beach Resort, Klebang. Terkejut mak! But i loike! :)

Memang dari dulu lagi, kalau singgah kat Klebang ni, mesti bermalam kat Shah's sebab kawasan persekitaran dia cantik dan selesa. Dan yang penting, harga dia pun berpatutan.

Niesreena dan Naufal enjoy sangat kat sini. Diorang bebas berlari ke sana sini dan yang penting diorang seronok mandi kat swimming pool walaupun kadang kala diorang takut jugak. Hmmmmm... sebenarnya mama dan ayah diorang yang lebeh. Hehehe...

~Niesreena dan Naufal nampak happy sangat~

~Naufal seronok berjalan dan berlari kat sini~

~Enche Neezam di hadapan chalet kitorang~

~Enche Neezam dan Niesreena @ pantai Klebang~

~Kiter lepak dulu!~

~Tingginya Naufal!~

~Niesreena takut-takut jer, tapi nak masuk pool~

~Relaxxxxx~

~Our happy family~

~Buai laju-laju...~

~Sampai bobos buai tu jadinyer! Huhuhu... Naufal tengok pelik jer~

~Bye Shah's. Till next time!~

Monday, August 23, 2010

Kempen 1 blog 1 bendera

Ha korang, sempena dengan bulan kemerdekaan negara kiter yang ke 53 tahun ni, korang dah pasang tak bendera Malaysia kat rumah? Kat kereta? Kat blog?

Ye... kat blog. Aku baru terhegeh-hegeh nak letak ni ha. Hehehe...

Untuk menjayakan kempen "1 Blog, 1 Bendera" ni, blogger hanya perlu letakkan salah satu atau semua gambar bendera kat bawah kat sidebar blog korang.

Selama bertahun-tahun aku berblog ni, baru tahun ni aku jumpa kempen yang sebegini. Aku rasa kempen macam ni sangat bagus. Tak mementingkan keuntungan. Just khidmat masyarakat. Disamping tu, para blogger boleh tunjukkan rasa cinta terhadap tanahair dan sekaligus berbangga menjadi rakyat Malaysia.

So, korang, apa tunggu lagi! Sama-samalah kiter menjaya kempen ni!

Ps : Thanx to Zaidah Comel for the info!

Thursday, August 19, 2010

Beef bolognese lasagna

Tetiba teringin nak makan lasagna. Sedapnya kalau dapat makan yang sendiri buat kan? Boleh letak daging banyak-banyak. Boleh letak cheese banyak-banyak. Boleh letak apa benda jer yang kiter suka. Banyak mana yang kiter suka! Yummeh bebeh!

Tapi malangnya sekarang ni tengah tak der oven. So tak bolehlah nak buat. Hmmmmm... nak beli lasagna kat mana yer? Kat pasar ramadhan gerenti tak der kan? Hehehe...

Selain lasagna yang aku buat sendiri, aku suka gak makan beef lasagna Shakeys. Sedaplah jugak walaupun tak sesedap lasagna yang aku buat sendiri. Hehehe... Tapi kat sini *lokasi dirahsiakan supaya tidak menjadi isu hangat di facebook... hehehe...* tak der Shakeys plak. Yang ada pun Pizza Hut jer tapi lasagna kat Pizza Hut tak sedap *kalau ikut insang tekak aku ni lah ;p*

So, korang nak try tak resepi beef bolognese lasagna aku yang sedap tu? Aku kongsikan kat sini k. Nanti dah try buat, jangan lupa ajak aku datang cuba test rasa. Ngeh ngeh ngeh...

Juliet le sweetheart's beef bolognese lasagna

Untuk buat lasagna ni, mula-mula kena sediakan 2 jenis sos. Sos pertama, sudah tentulah sos bolognese dan sos kedua ialah sos bechamel atau sos putih.

Sos bolognese

Bahan-bahannya

1 botol sos bolognese (500 g)
200 g daging cincang
1 biji bawang besar dicincang
1 cawan mix vegetable
sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya

Biasanya aku memang beli jer sos bolognese yang ada dijual kat kedai. Senang. So bila nak guna, just panaskan jer dan campurkan dengan apa yang aku suka.

So, untuk sediakan sos bolognese ni, panas periuk dengan sedikit minyak dan tumis bawang yang telah dicincang tu sehingga kekuningan.

Masukkan daging cincang dan goreng sehingga masak.

Bila daging dah hampir masak, masukkan mix vege. Kalau suka pedas, masukkan serbuk lada hitam sikit.

Masukkan garam dan gula sedikit ikut suka selera korang.

~Sos bolognese yang telah siap~

Sos bechamel

Bahan-bahannya

1 cawan (250 g) tepung gandum
1 sudu kecil lada hitam yang telah dilumatkan
1 sudu kecil pati ayam
3 sudu besar cendawan butang
2 cawan air
garam secukup rasa

Cara-caranya

Campurkan semuanya dan masak di atas api yang kecil. Kena sentiasa kacau. Masak sehingga kuah agak pekat. Senangkan? :)

~Bechamel sauce yang telah siap~

Bahan-bahan lain yang diperlukan ialah...

1 pek lasagna yang telah direbus, atau boleh juga beli yang 'ready to bake'. Tak perlu rebus dulu. Boleh terus susun jer. Lebih mudah.
200 g mozzarella cheese yang telah dikisar
1 biji lada beggala
5-6 biji baby tomato
sedikit nanas
atau lain-lain lagi ikut sukati korang.
Boleh letak cedawan ke, salami ker, olive ke, sukati korang lah...

Cara-caranya

Panaskan oven dengan suhu 180 darjah.

Sediakan mangkuk yang boleh dibakar di dalam oven. Sapukan butter di dalam seluruh mangkuk tu.

Susun helaian lasagna memenuhi mangkuk tu.

Letakkan sos bechamel ke atas lapisan lasagna yang telah disusun tu.

Letakkan pula sos bolognese di atas lapisan sos bechamel.

Kemudian susun semula lasagna.

Ulangi dengan langkah meletakkan sos bechamel dan sos bolognese semula.

Ulanglah sekali lagi.

Akhiri dengan meletakkan lapisan lasagna semula.

Kemudian taburkan mozarella cheese memenuhi lapisan atas lasagna tu tadi.

Dan susun pulak lada benggala, tomato dan nanas.

Tutup permukaan mangkuk tu dengan aluminium foil dan masukkan ke dalam oven.

Bakar selama 40 minit.

Selepas 40 minit, keluarkan lasagna dari oven dan buka lapisan aluminium foil tu tadi. Masukkan semula lasagna ke dalam oven dan bakar lagi 10 minit.

Dan... siap!

Yummillious beef bolognese lasagna juliet le sweetheart style!

Amacam? Nampak menarik tak?

Gambar-gambar ni diambil masa kali terakhir aku buat lasagna kat Melbourne ari tu. :)

Selamat mencuba!!!

Tuesday, August 17, 2010

Us @ La Trobe

Bergambar di La Trobe University untuk kali terakhir. Medan perjuangan enche Neezam selama tiga tahun lebih untuk mendapatkan title doktor.

Aku suka sangat persekitaran La Trobe Uni ni. Memang best. Kat mana-mana sudut boleh tengok itik-itik terkedek-kedek berjalan mahupun berenang. Burung nuri warna putih banyak sangat kat pokok.

Kitorang pasti akan rindukan tempat ni... huhuhu...

~Enche Neezam, proud to be La Trobian!~

~Our beautiful Niesreena. Peace!~

~Kat padang dan sungai belakang tu, banyak sangat itik~

~Niesreena yang snap gambar ni... ok lah kan... hehehe...~

~We're here!~

~Our gorgeous little Naufal~

~Buah hati mama dan ayah!~

~@ Agora~

~Kebetulan terserempak dengan Hamzah, Fiza dan baby Hakim. Diorang pun balik on the day kitorang balik~

~La Trobian; enche Neezam & enche Hamzah~

~Jalan... jalan... jalan...~

~Naufal & the hensem ayah :)~

~Jom naik tram ronda city pulak~

~Tram no berapa?~

~Waterfront city lagi!~

~Tunggu tram lagi~

~Jom naik city circle pulak! Free jer!~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top