♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, July 5, 2010

Q's

Dah lama aku tercari-cari bag laptop untuk Q. Actually, Q dah ada satu beg. Beg sandang berjenama Nike. Sangat selesa dan sporty! Aku sayang beg tu. Tapi aku nak cari satu lagi beg yang ala-ala feminin gitu. Boleh tukar-tukar pakai kan... ;p

Kat kedai-kedai beg kat sini memang ada banyak sangat menjual ladies laptop bag sebenarnya. Tapi aku jer yang tak berkenan; samada tak berkenan dengan designnya ataupun harganya. Hehehe...

Last 2 years, *oooo... sangat lama!* aku berkenan sangat dengan Guess Shadow laptop bag. Tapi pada masa yang sama, aku juga berkenan pada Guess Showdow sling bag dan aku memilih untuk beli sling bag nyer. Jadinya, sampai kesudah aku tak beli-beli laptop bag tu dan sekarang ni memang dah tak terjual dah kat mana-mana butik Guess kat sini. Tak der rezeki...

So, masa kitorang keluar, masa birthday aku, ke Harbour Town, tetiba aku tertarik plak dengan satu hobo ni. Walaupun ia bukan beg untuk laptop tapi boleh belasah masuk jer.

Memula tu konon tak nak beli, sebab tahu, kalau aku berkenan, mesti enche Neezam akan belikan untuk aku. Maklumlah... masa tu kan birthday aku. Hehehe... So, tak nak lah macam mengambil kesempatan pulak kan. Cewah... So, aku pikir, "hmmmm... tak per lah... maybe next time". So, jalan-jalan lagi sekitar shopping center tu dan tetiba 'ter-lalu' lagi ke kedai yang sama. Alahai... beg tu macam memanggil-manggil aku jer. Huhuhu... Poyo tol!

So, aku pun ajaklah enche Neezam masuk balik ke kedai tu dan tunjukkan hobo yang aku berkenan tu. Then terpulang pada enche Neezam, kalau enche Neezam kata beg tu cantik then aku beli, tapi kalau enche Neezam kata sebaliknya, then aku kena pikir balik samada nak beli dengan rasa happy sebab enche Neezam kata beg tu cantik atau beli dengan rasa 'lantaklah' sebab enche Neezam kata tak cantik. Pendek kata... memang tak der istilah 'tak nak beli' dah pada waktu itu. Hehehe...

Well, memula enche Neezam kata 'ok' jer tapi enche Neezam suruh pilih yang lain! Sebab... beg tu entah jenama apa jer. Huhuhu... ye aku pun tak pernah dengar nama beg ni. Jenama beg ni 'Saskia'. Haaaa... pernah dengar? Hehehe... Enche Neezam suruh cari yang berjenama sikit. Tapi tak per lah... aku tak kesah pun, janji designnyer menarik! Harganya pun tak lah melampau mahal sangat macam beg-beg lain.

So, seperti yang diduga, enche Neezam akur dengan kedegilan aku dan enche Neezam telah menghadiahkan aku beg tu sebagai hadiah harijadi aku tahun ni. Alhamdulillah... rezeki! :) Actually, tahun ni aku paling banyak terima hadiah harijadi dari enche Neezam. Dengan correlle, vission, conningware, pyrex, tefal dan banyak lagi! Setiap kali membeli barang-barang tu, mesti enche Neezam kata, "ok, ni hadiah harijadi tahun ni tau!" Hohoho... yo lah tu!

Nway, tq so much abang! :)

~Untuk my Q~

Ini Guess Shadow laptop beg yang pernah aku admire suatu ketika dulu.

Dan yang ini pulak aku jumpa online tapi tak pernah ada kat butik Guess mahupun mana-mana kedai beg kat sini!

Hmmmmm... nanti... bila dah balik Malaysia... dah dapat kerja yang sesuai... bolehlah tukar beg Q lagi... May be masa tu nanti bolehlah tukar beg yang berjenamakan. Masa tu kan dah kerja. Barulah padan. Hehehe... Barulah boleh nak pakai laptop bag jenama...

Coach ke...

atau...

Louis Vuitton ke...

atau...

Gucci ke...

atau...

lebih hebat lagi...

Burberry ke kan... hehehe...

Silalah berangan Julie ooooiiii... hahaha...

Tak der maknernyerlah kan. Kalau nak beli beg berjenama hebat-hebat tu, daripada beli beg laptop, baik beli handbag! Baru berbaloi-baloi!!! Hehehe...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top