♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, July 2, 2010

Pada hari yang bermakna itu...

Oh!!! Pada hari Rabu yang lepas, aku sangat-sangat-sangat-sangat-sangat dan tersangat-sangatlah gembira, bahagia dan bertuah sangat! Sehingga ke saat ini, bila imbas kembali aktiviti sepanjang hari itu, akan membuatkan aku tersenyum! Bestnyer!!!

Yup! It's on my 30th! And my best birthday ever! Bestest!!! Hehehe...

Kebetulan, bila masuk jer detik 12 tengah malam 30hb Jun, aku masih belum tidur lagi. Masih mengadap komputer, blog-hopping! Tetiba enche Neezam datang kat aku dan wish 'Selamat Hari Jadi'. Oh! Barulah aku sedar... dah pukul 12 malam rupanya... Bye bye 20-an ku, hello 30! Dah tua... hehehe... alhamdulillah... Pastu enche Neezam suruh aku jenguk ke blognyer. Rupa-rupanya ada special entry... sila klik sini untuk ke entry tersebut... Oh... Sangat terharu... dan sangat gembira... Tq abang!

Keesokkan paginya, seperti yang telah dirancang, enche Neezam telah memontengkan dirinya dari ke office bersempena dengan birthday aku. Hehehe... Destinasi kitorang pada hari Rabu yang indah itu ialah ke Melbourne city. Tapi sebelum memulakan sessi ronda-ronda kotaraya, kitorang gi selesaikan urusan enche Neezam dulu.

Alhamdulillah, cuaca, walaupun mendung dan berangin tapi tak hujan. Cumanya tak tahan sejuklah... Cian Niesreena dan Naufal. Merah hidung diorang. Tapi nasib baik pakai baju tebal. Tak per lah... bila lagi nak rasa sejuk-sejuk macam ni kan? Nanti bila dah balik Malaysia, dah tak merasa dah sejuk gegel cam ni... Hehehe...

Then, kitorang ke Harbor Town, Dockland. Jalan-jalan kat shopping center dia dan juga kat port. Alhamdulillah, cuaca pun semakin baik dan cerah! Tapi... uish! Sangatlah sejuk. Tapi seronok kat sini. Niesreena dan Naufal pun seronok. Bebas diorang berlari ke sana sini!

Sambil mencuci mata, sudah tentulah sambil bergambar kenangan.

~Aku dan kesayanganku @ Dockland. Semua pakai baju belon!~

~Niesreena : tak nak duduk sini... malu... malu...~

~Naufal : Rocknyer ayah ku... yea yeah!!!!~

~Chak!!! :)~

~My handsome boy, Naufal~

~Ramainya orang... hehehe...~

~Cantik! Model cantik! Cuaca cantik! Bangunan cantik! Kapal pun cantik!~

Lunch, bihun goreng! Nyum... nyummm.... grrrrrrr... sejuuuukkkk!!!

Then kitorang gi pekena coffee panas kat Garrards Cafe. Sangat selesa dan panas... best!

~Hazelnut latte for me. Siap ada 'hati' lagi... 'Hati' siapakah itew?~

~Babychino for Niesreena. Really cute!~

~And hot cappuccino for ayah. Niesreena sangat suka babychinonya. Manakala Naufal sedang zzzzzzzzzzz di strollernyer... Kepenatan setelah puas berlari-larian... :)~

Bila dah rasa panas sikit, kitorang pusing-pusing lagi kat Harbor Town Shopping Center ni. Then naik city circle. Sepanjang tiga tahun lebih dok Melbourne ni, inilah kali pertama kitorang naik lengkap satu pusingan. Hehehhe... selalunya separuh-separuh jer. Hehehe...

Kemudian... destinasi seterusnya... makan lagi! Tapi kali ni edisi minum petanglah pulak. Kitorang ke QV. Kalau dah sampai QV ni tak sah kalau tak membeli minuman favorite Niesreena...

~Chocolate bubble tea. Favorite aku jugak!~

Dan pekena Tutti Frutti di Max Brenner! Sedapnya!

~Hot waffles with ice cream, strawberries and bananas. Wallah!~

~Niesreena sangat suka. Banyak Niesreena makan...~

~Naufal, macam biasa mesti sedang beradu. Kesian betul! Tak der rezeki nak merasa. Tak per lah Naufal yer... Kakak Niesreena tolong makankan untuk Naufal, k!~

Lepas makan, kitorang decide untuk balik ke rumah sebelum waktu pejabat habis. Tak nak bertembung dengan orang balik kerja. Nanti sesak pulak dalam bas kan...

~Happy bunnies!!!~

Agenda hari tersebut tak berakhir di situ sahaja... Masih panjang lagi jalan ceritanya. Yang pastinya, ia berakhir tidak seperti yang aku rancang! Sangat terkejut! Tapi...

Hahhaha... bersambung di episod akan datang yer... tungguuuuu...

No comments :

back to top