♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, June 26, 2010

Preston market... untuk keakhir kalinya?

Sejak Naufal lahir, aku memang jarang ke pasar. Biasanya enche Neezam akan pergi sorang jer; beli daging, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran. Kalau enche Neezam gi sorang-sorang, cepatlah sikit aktiviti membeli-belah, berbanding kalau aku ikut sekali dan berarak sekali dengan Niesreena dan Naufal.

Tapi hari ni, aku ikut gak sekali enche Neezam ke pasar sebab mungkin hari ni hari terakhir ke pasar, sebab lebih kurang tiga minggu jer lagi nak balik Malaysia. Insya Allah...

So, tadi, selain membeli barang-barang keperluan dapur, enche Neezam sempatlah snap gambar kat sekitar Preston Market ni. Dan kalau enche Neezam yang asyik dok tangkap gambar, sudah tentulah kat setiap gambar tersebut akan ada seorang model yang cun melecun. Saper lagi... kalau bukan *juliet le sweetheart, his comel montel wifey. Hehehe... sila jangan muntah! ;p

~@ Preston Market. Niesreena tu nguap ke haper ek? ;p ~

~Salah sebuah kedai Vietnam yang ada kat Preston market ni~

~Kedai roti vege~

~Macam-macam ada...~

Yang turut sama diheret ke pasar hari ini... saper lagi kalau bukan...

~Kakak Niesreena~

~Dan Naufal yang dah berwajah baru. Hehehe...~

Preston market ni terletak lebih kurang 5km dari rumah kitorang. Kat sini lah tempat selalu kitorang membeli barang-barang basah. Beli ikan, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan. Pasar ni beroperasi dari hari Rabu sehingga hari Sabtu. Dan kalau hari Sabtu, memang ramai sangat orang sebab bila petang Sabtu, para peniaga biasanya akan lelong murah barang-barang jualan diorang. Sana sini peniaga berteriak, "One dollar per bag! One dollar per bag!". Semua nak menghabiskan barang jualan diorang sebab hari Ahad sehingga hari Selasa pasar akan tutup.

Kat sini jugak ada beberapa buah kedai Vietnam. Kat kedai-kedai Vietnam ni lah biasanya kitorang dapatkan barang-barang Asia seperti cili padi, tahu, paste tomyam, ikan masin, berbagai-bagi jenis rempah dan banyak lagi. Meggi dari Malaysia pun ada dijual kat sini.

Oh ya... durian pun ada dijual kat kedai Vietnam ni, tapi kitorang tak pernah beli sebab sebiji aud$20++! Sangatlah mahal! Begitu jugak manggis dan rambutan. Mahal sangat. Kalau teringin nak makan manggis dan rambutan, biasanya kitorang beli dalam tin jer. Jadilah... sama jer pun rasanya... kepuasan menikmati buah tu jer lah yang kureng... ;p

Cerita pasal rambutan, teringat insiden kawan aku kat pasar. Kawan aku ni tengah pilih-pilih buah rambutan. Sekali tu datang sorang minah saleh ni kat dia dan berkata, "is that a sea creature?" Tergelak kawan aku tu dibuatnya. Sian betul minah saleh tu. Huhuhu...

Hmmmm... kalau buah-buahan seperti anggur dan pisang, harganya berubah-ubah mengikut musim. Kalau macam sekarang ni, musim sejuk, harga buah-buahan sangat murah! Aku beli pisang sekilo 80 sen jer. Dan memang pisang elok. Tapi kalau masuk summer, harga pisang boleh naik sehingga aud$7.99 sekilo! Hmmm... masa tu terpaksalah puasa makan pisang. Hehehe...

Dan kat sinilah selalunya terjumpa atau terserempak dengan kawan-kawan senegara, samada dah lama kenal, baru kenal, macam kenal, tak pernah kenal mahupun tak hengen nak kenal! Ngeh ngeh ngeh...

~Enche Neezam terserempak dengan kengkawan yang dah kenal... Abe Azhar dan Mr. Hairil~

Dan kalau dah ke Preston market ni, tak sah kalau tak singgah ke kedai halal kat sini. Kat kedai ni lah biasanya kitorang dapatkan bekalan ayam dan daging halal dengan harga yang agak murah dan berpatutan. Kepak ayam sekilo aud$2.50 jer. Murah kan?

Ingat lagi dulu, masa baru mulakan hidup kat Melbourne ni, gi Preston market naik tram dan jalan kaki lebih kurang setengah km. Siap dokong lagi Niesreena. Bila dah beli barang, berbimbit-bimbitlah aku dan enche Neezam bawa barang balik. Jalan jauh dan naik bas. Tapi sekarang dah berubah. Alhamdulillah, lepas setahun kitorang duduk kat sini, baru terpikir nak beli kereta. So, senanglah sikit.

Hmmmm... banyak yang dah berubah sejak tahun pertama kitorang tiba di Melbourne dengan sekarang ni. Banyak sangat! Nantilah aku cerita di post-post akan datang pulak k!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top