♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, May 31, 2010

Saving di Savers

Ye ke saving di Savers? Aku, kalau dah ke Savers, kalau tak belanja sampai 20 ke 30 dollar, memang tak sah! Sampaikan benda yang tak perlu pun aku terbeli, sebab...

MURAH SANGAT!!!

Dan hari ni, Savers adakan jualan besar-besarannya! 50% diskaun untuk semua barangan! Semua!!! So, cepat kengkawan Desa Bundoora! Cepat serbu Savers!!!

Tapi... hari ni aku tak ke Savers pun. Haa... jangan tak percaya. Betul! Aku tak ke Savers pun sebab aku dah pergi semalam. Hehehe...

Sebab aku gi semalam... satu, aku tahu hari ni akan ramaaaaaaiii sangat orang kat Savers. Kedua, selalunya kalau datang lambat sejam dua daripada waktu Savers dibuka, barang macam dah kurang jer. Mungkin aku jer kot yang psiko sendiri. Hehehe... Dan yang ketiga, kalau gi Savers sehari sebelum hari jualan besar-besaran ni, dalam kedai memang banyak sangat barang. Terlalu banyak sampaikan tak muat kat rak. Diorang letak jer kat lantai. So, banyak pilihan. Mungkin sebab diorang nak sediakan untuk keesokkan harinya.

Oh ya... untuk kengkawan yang tak tahu dan tak kenal Savers, Savers ni sebenarnya tempat jualan barang-barang terpakai. Macam ala-ala bundle kat Malaysia. Tapi kat bundle Malaysia jual pakaian jer kan? Hmmm... aku tak tau bundle Malaysia sebab tak pernah masuk langsung! Kalau kat Savers, ada perabot, barang-barang perhiasan rumah, barang-barang dapur, barangan elektrik dan elektronik, buku-buku, permainan, barangan bayi, cd dan video dan macam-macam lagi.

Barang-barang yang ada kat Savers ni semuanya ialah barang-barang donation. Kebanyakkannya barang-barang terpakailah dan kebanyakkannya memang elok-elok lagi. Kalau pandai memilih *macam aku!*, boleh jumpa barang baru dan berjenama. Dan yang paling best, semuanya dijual dengan harga yang sangat-sangat-sangat murah! Untuk maklumat lanjut, sila klik sini...

Hari ni, aku tak ke Savers sebab semalam dah pergi. Ada lah jugak sedikit barang yang kitorang borong. Aku fikir, tak per lah, beli semalam, takut hari ni tak dapat pulak. Takut orang lain yang grab. Lagi pun, kalau gi hari Ahad, student dapat jugak diskaun 20%. Oklah jugak kan. Tapi ada satu frame jer yang aku 'simpan' untuk hari ni. Lama aku simpan. Sejak sebulan yang lepas. Semalam tengok, ada lagi. Berkenan dan 'simpan' untuk dapatkan diskaun 50% hari ni. Berdoa jer lah agar orang tak ambik. Sebab harga frame tu aud$12.99. So, kalau beli hari ni dapatlah half price. Banyak jimat tu! So, aku tugaskan enche Neezam gi beli pagi tadi. Sejurus selepas breakfast!

Sejam dua lepas tu, enche Neezam balik, kata enche Neezam, frame tu dah tak der. Orang lain dah beli. Alaaaa... menyesallah pulak rasanya tak beli semalam. Tapi aku fikir, "tak per lah... bukan rezeki aku lah tu". Nak sedapkan hati sendiri. Tapi jauh di sudut hati, alaaa menyesalnyer. Selalu aku pakai motto 'Biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli'. Dan hari ni memang menyesal sangat tak gunakan motto tu. Hehehe...

Tapi, lebih kurang sejam dua lepas tu, enche Neezam kantoi! Eeeeee... geram betul! Rupanya ada frame tu enche Neezam beli! Enche Neezam sorokkan dalam kereta! Sabar jer lah... Tapi seronok sangat! Hehehe... Suka! Cayang abang!!!

Inilah frame yang menjadi idaman aku. Dapat jugak akhirnya. Aku berangan nak sangkut frame ni kat bilik Niesreena kat Malaysia nanti. Hari ni enche Neezam beli frame ni dengan harga aud$6.50 sahaja!

Dan ini antara barang-barang yang kitorang beli dari Savers.

~ Mainan untuk Niesreena dan Naufal; Fisher-Price, Lamaze, Playgro, etc... ~

~ Lampu meja ni untuk bilik tidur Naufal. Cute kan. Cuma aud$6! Niesreena, macam biasa, suka enterframe. Hehehe...~

~ Buku-buku aku ~

~ Jeans ; Levis, Guess, Calvin Klein, Lee, Giorgio Armani, etc... Original ok! Harga jeans biasanya tak mencecah aud$30 pun. Kalau pandai cari, boleh jumpa yang baru. ~

~ Ini antara favorite aku, Queen Anne's. Harganya... jangan terkejut ok... cuma aud$6!!! ~

Dan banyak lagi barang yang kitorang dapat beli dengan harga yang murah. Yang penting kena pandai pilihlah kan. Murah, berkualiti, branded!

So, kengkawan! Jom cepat serbu Savers! Masih sempat lagi ni. Savers tutup pukul 9 malam, malam ni!

Friday, May 28, 2010

Happy Birthday, abah!

Abah,

Julie, Neezam, Niesreena dan Naufal mengucapkan

Selamat Hari Lahir

Semoga abah dipanjangkan usia dan sihat selalu. Serta dimurahkan rezeki. Julie sayang dan rindu sangat kat abah! Semoga kita berjumpa lagi dalam masa beberapa bulan ni.

Tak sabar sangat nak jejak Sabah! :)

Rindu sangat kat abah dan emak, serta adik-adik. Tunggu kepulangan kitorang dalam masa beberapa bulan lagi ni ok!

*Gambar dicuri daripada fb adik. Hehehe... Tq adik!

Thursday, May 27, 2010

Pindah!!!

Alhamdulillah...

Awal pagi ni, Hazel, ejen rumah kitorang, call enche Neezam. Katanya, ada orang yang berminat untuk mengambil alih rumah kitorang ni. Alhamdulillah... bersyukur sangat... Ini bermakna, kitorang tak perlulah nak bayar sewa rumah sampai habis kontrak, kalau tak der orang nak take over rumah. Tapi diorang akan masuk pada pertengahan bulan Julai ni. So, maknanya, kitorang perlulah berpindah pada masa tu; 6 minggu lebih awal daripada plan kitorang balik Malaysia. Hmmmm... cam ner ek?

Salah satu sebab kenapa kitorang bersetuju untuk keluar pada bulan Julai ialah kerana kata Hazel, pada bulan Julai ramai student baru tiba dan cari rumah sebab awal bulan Ogos semester baru akan bermula. So, kalau kitorang plan keluar akhir bulan Ogos, masa tu dah tak ramai yang mencari rumah. Hmmm... mungkin dah tak der orang yang mencari rumah! Dan kalau tak der orang menyewa rumah kitorang ni, terpaksalah kitorang bayar sewa rumah ni sampai tamat kontrak, iaitu pada bulan November nanti. Rugi woooo...

So, bagi kitorang, ini adalah jalan yang paling baik! Insya Allah...

Sekarang ni, ada macam-macam plan dalam kepala otak kitorang. Plan A, plan B, plan C... Semuanya bergantung kepada berbagai-bagai keadaan yang masih kurang pasti. Hmmmm... aku tak suka keadaan macam ni sebenarnya. Sebab... aku 'tak nampak' dimana aku dua bulan dari sekarang? Yang pastinya... bukan lagi kat rumah ni...

Apa-apa pun, aku berdoa, semoga Allah swt memberikan petunjuk pada kitorang dan memberikan jalan yang terbaik dan dipermudahkan segala urusan... Amin...

Yang pasti setakat ni ialah kitorang akan duduk kat rumah ni hanya untuk 7 minggu lagi jer. Sedih plak... huhuhu... Dan yang paling-paling-paling pastinya, kitorang dah boleh start mengemas barang-barang untuk...

P.I.N.D.A.H!!!


Wednesday, May 26, 2010

Interesting Tag

Hampir terlupa... ada assignment yang perlu disiapkan...

Assignmentlah sangat kan... hehehhe...

Minggu lepas aku telah ditag oleh Maslina. Tajuk tag ni ialah 'Interesting Tag'. Apa yang menarik tentang tag ni ialah jawapan bagi setiap soalan perlulah bermula dengan huruf pertama nama penulis blog yang telah ditag tu. Dan untuk itu, setiap jawapan bagi setiap soalan, aku perlu jawab bermula dengan huruf...

Masa aku baca pasal tag ni kat blog Maslina, terus aku teringat dengan games yang selalu aku main dengan adik dan kengkawan masa kecik-kecik dulu. Mungkin korang pun pernah main kot. Nama games tu ialah 'Nama-negeri-buah-binatang-benda'! Ha! Pernah main tak?

Cara main dia; sekurang-kurangnya 3 orang pemain. Masing-masing kena ada kertas dan pensel. Kat kertas tu bahagikan 6 column dan tandakan nama, negeri, buah, binatang, benda dan markah. Setiap sorang pemain akan pilih satu huruf, dan cari nama, negeri, buah, binatang dan benda yang bermula dengan huruf yang dipilih. Pastu reveal jawapan. Kalau ada jawapan yang sama antara pemain, dapat 50 markah jer, kalau jawapan unik atau tak sama dengan pemain-pemain lain, dapatlah 100 markah. At the end, totalkan semua markah dan siapa dapat markah tertinggi, dialah pemenangnya... Ha... pernah main tak? Hehehe...

Ok... berbalik semula kepada tag. Macam biasa, tagging games tak sah kalau tak der rules. Dan ini rulesnya, aku copy terus dari blog Maslina yer. :)

RULES

a. It’s harder than it’s looks... well, i guess so...
b. Copy to your own notes... copied!
c. Erase my answers... erased!
d. Enter yours and tag twenty (20) people... i will!
f. Use the first letter of your name to answer each of the following question. They have to be real. Nothing made up. If the person before u had the same first initial, u must use different answers. Yes, sir!
g. You cannot use any word twice... Okie dokie!
h. You can’t use your name for the boy/girl name question... I ai, captain!

Ok, jom main! Tapi... aku campur jer jawapan menggunakan bahasa Melayu dan English. Ok ker cikgu Maslina? Hehehe...

~ What is your name ~

My name is

~ A four letter word ~

Java

~ A boy’s name ~

Johari - my ex-schoolmate back in 1997 @ SMK ZR1

~ A girl’s name ~

Juhana - also my ex-schoolmate back in 1997 @ SMK ZR1

~ An Occupation ~

Journalist

~ A color ~

jonquil

~ Something u wear ~

Jeans

~ A food ~

Jemput-jemput... yum yum!

~ Something found in the bathroom ~

Jamban! Hehehe...

~ A place ~

Johor Darul Takzim

~ A reason for being late ~

Jem!

~ Something u shout ~

Jom!!!

~ A movie title ~

Jangan Tinggal Daku

Jumanji

~ Something u drink ~

Juice

~ A musical group ~

Jonas Brothers, The

~ An animal ~

Jellyfish

~ A street name ~

Jalan Jenang, 83000 Batu Pahat, Johor

~ A type of car ~

Jaguar

*All pics were googled!

Then tag to 20 people

Ramainya nak tag... Nak tag siapa yer?

F for Farihah on ~faramireowyn~

I for Ica on Ica's Tales of Mommyhood

H for Hana on journey.goes.on

S for Suzi on Sarah Safiyyah | Syimir Mikail

Empat orang jer yang aku mampu tag setakat ni. Boleh tak? ;p

Kepada kengkawan yang telah ditag, sila siapkan tugasan anda yer. Lambat nanti cikgu potong markah... Hahaha... Tak der lah! It's just for fun. Kalau ada masa buatlah... kalau bz, ignore jer k. No hard feeling!

Ok... assignment done!

Tuesday, May 25, 2010

Hot, creamy and yummillicious mushroom soup

Antara dugaan terbesar masa musim sejuk ni ialah apabila mulut ni asyik nak makan jer. Ishh! Bahaya betul!

Otak asyik berfikir, "nak makan apa ek?"... Adoiiiii...

Pastu asyik berulang ke dapur; bukak peti ais... buka kabinet... Pastu mula pikir nak masak bukan-bukan. Bestnya kalau dapat makan sesuatu yang hangat dikala sejuk-sejuk ni kan...

Hmmmm... tiba-tiba...

Ting!!!

Kalau dapat semangkuk sup cendawan yang creamy dan hangat... uishhh... alangkah bahagianya... hehehehhe... bahan-bahan pun ada. Buatnya pun senang jer. Sepuluh minit siap!

Dan 10 minit selepas itu...

Taaraaaaa!!!

~Hot, creamy and yummillicious mushroom soup!~

Aku dapat resepi ni dari kak Gee. Sedap... dan yang penting, senang nak buat.

Nak try? Jom cuba resepi di bawah!

Hot, creamy and yummillicious mushroom soup

Bahan-bahannya

1 cawan air -- 1 cawan = 250ml
1/2 cawan susu segar
1 sudu tepung gandum
3 biji cendawan butang
*atau ikut suka koranglah kan... kalau suka banyak cendawan, letaklah banyak
1 sudu kecil serbuk pati ayam
sedikit serbuk lada hitam

Cara-caranya

Rebus air sehingga mendidih. Bila air dah mendidih, masukkan semua bahan-bahan. Kecilkan api. Biarkan mendidih. Siap!

Senangkan?!

Selamat mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top