♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, April 7, 2010

[Day 1] Easter breakaway to Tasmania!

Seperti yang telah dirancang, hari ni kitorang bertolak ke Tasmania. Tasmania merupakan salah satu negeri dalam Australia ni dan ia terletak berasingan dari mainland Australia sebab Tasmania adalah negeri kepulauan. Ia terletak lebih kurang 500km dari Melbourne.

Turut menyertai percutian kitorang kali ni ialah Hairil dan Isma serta Zafiri, Nita dan anak-anak diorang. Seronok jalan ramai-ramai. =)

Kitorang ke sana menaiki Tiger Airways ke Launceston, Tasmania.

~Launceston! Here we come!~

~TT5702... Ready to take off!~

Perjalanan lebih kurang 1 jam jer. Kitorang tiba di Launceston lebih kurang pukul 1 tengahari. Nasib baik Naufal tidur jer sepanjang perjalanan. Takut gak kalau Naufal mengamuk dalam flight. Hehehe... Niesreena pun tidur. Semua orang mengantuk sebab hari ni bangun awal. ;p Sampai jer, kitorang terus ambil van sewa kat airport jugak dan terus balik ke apartment dulu untuk lunch!

~Arrived @ Launceston Airport~

~juliet le sweetheart & mrs. Hairil; dalam rumah sewa... preparing lunch~

~Enche Neezam de driver bersama van sewa kitorang sepanjang kat Tassie... Turut terselit di dalam gambar ialah si comel Niesreena =)~

Selepas lunch, kitorang keluar pusing-pusing Launceston. Rumah-rumah kat sini kebanyakannya tertumpu kat kawasan persisir Tamar River dan kat lereng-lereng bukit. Sangat menarik!

Then kitorang ke Longford. Longford ni merupakan salah satu pekan bersejarah kat Launceston ni dan telah lama wujud. Kat sini kitorang sempat singgah di Norley Cottage iaitu sebuah rumah lama dan bersejarah kat sini. Walaupun dah lama, tapi rumah ni masih nampak kukuh dan terjaga. Rumah ni dibina pada tahun 1838.

Yang aku perasan, kebanyakkan pekan-pekan kat sekitar Australia ni selalunya mesti ada tugu peringatan. Begitu jugaklah kat Longford ni. Ada juga tugu peringatan yang tertulis nama-nama pahlawan-pahlawan perang diorang. Bagus kan...

Memandangkan hari semakin gelap. Nak tangkap gambar pun tak nampak muka dah... kitorang pun decide untuk balik ke apartment jer walaupun baru pukul 6 petang. Esok sambung jalan lagi!

~Us @ Longford~

No comments :

back to top