♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, April 25, 2010

AGM Desa Bundoora

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu oleh enche Neezam telah pun tiba! AGM Desa Bundoora kali kedua! Ye! Enche Neezam dah lama tunggu AGM ni. Dah tak sabar sangat nak melepaskan jawatan penghulunya.

AGM kali ni bertempat di rumah kak Rami dan abang Shafiq. Alhamdulillah, AGM kali ni ramai warga desa yang hadir, orang baru dan orang lama, dan bersyukur sangat sebab meeting pun berjalan dengan sangat lancar. Tak der stress-stress macam AGM yang lepas; tak der ajk yang mengada-ngada dan kebudak-budakkan, tak der ajk yang awal-awal lagi bagitau tak nak bekerjasama! Tak der! Alhamdulillah...

~Tugasan second last enche Neezam sebagai penghulu Desa Bundoora; sign penyata akaun~

~Tugasan terakhir Enche Neezam; mempengerusikan mesyuarat dan perlantikkan jawatankuasa baru Desa Bundoora~

Pelantikan ajk baru adalah berdasarkan undian warga desa yang hadir. Main angkat-angkat tanganlah. Macam kat sekolah dulu. :) Setelah beberapa pencalonan dan undian dijalankan, Encik Jai Ho mendapat undian tertinggi dan sekaligus dilantik sebagai penghulu baru Desa Bundoora. Tahniah!!!

Selain AGM Desa Bundoora, kitorang sempat jugak meraikan pengantin baru Jepp dan isterinya, Afifah. Tuan rumah dan kengkawan kat sini sangat sporting. Diorang siap bertungkus-lumus membina pelamin mini lagi untuk tepung tawar pengantin tau. Respect! Tabik toing toing!

Enche Neezam pulak siap persembahkan silat pengantin tu. Hahaha... bukan aku jer gelak besar... Ni semua gara-gara kena paksa rela. Hahaha... Enche Neezam tu basic silat pun tak der. Ha! Apa lagi! Nama jer silat pulut pengantin, tapi rupanya tak macam silat pun. Dah macam tai chi dah aku tengok... eh macam kung fu pun ada... macam tarian india pun ada. Bak kata orang, macam-macam ada! Hahaha... Lantaklah labu... Tapi ramai yang terhibur. Enche Neezam memang sporting!

Ha... dah ada pelamin, mestilah kena tepung tawarkan. Aku dan enche Neezam pun ambil kesempatan untuk tepung tawar dan bergambar dengan pengantin. Yang bestnya, cik Faliq siap nyanyi lagu pengantin baru masa orang menepung tawar. Sportingnya... best! Best! Oh ya... pengantin pun sporting juga, sebab sudi ditepung tawar oleh kitorang! Hehehe...

~Silat 'macam-macam ada' oleh Enche Neezam~

~Acara tepung tawar pengantin~

~Kitorang dan pasangan pengantin~

~Acara potong kek~

Seterusnya majlis diteruskan pulak dengan majlis potong jambul dan kenduri kesyukuran baby Aisyah Iffah yang comel dan bam bam! Baby Aisyah ni ialah baby tuan rumah. Sangat semangat!

~Kak Nani sibuk menghias bunga untuk majlis cukur jambul~

~Baby Aisyah Iffah yang comel dan bam bam cangat!~

~Enche Neezam pun tidak ketinggalan untuk 'mencukur jambul' baby Aisyah~

~Tuan rumah; abang Shafique dan kak Rami~

Selesai semua majlis, tentulah acara menjamu perut pulak. Macam-macam ada. Yang bestnya ialah nasi minyak dan lauk pauknya. Betul-betul rasa macam gi rumah kenduri kahwin. Ditambah pulak dengan kambing dan ayam bbq... sungguh menyelerakan!

Dan macam biasa... waktu makan jer mesti terlupa nak tangkap gambar!!! Adoooiiii... nilah yang dinamakan 'makan tak hengat dunia!'... Hahahaha...

Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar dan seperti yang dirancang. Enche Neezam pun nampak lega, gembira dan ceria! Seronok sekali sekala dapat berjumpa, berkumpul dan berborak dengan rakan-rakan senegara. Hmmmm... beberapa bulan jer lagi kitorang kat sini. Bila balik Malaysia nanti, aku pasti akan rindukan saat-saat seperti sekarang ni dengan kengkawan kat sini... (^^,)

No comments :

back to top