♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, April 30, 2010

Adios Avent... Ola MAM...

Sebenarnya dah lama rancang nak beli botol susu baru untuk Naufal. Tapi asyik tertangguh-tangguh jer sebab sayangkan botol-botol susu Avent tu. Bukannyer murah kan... So, memandangkan Naufal pun dah setahun dan dah setahun jugak Naufal dah pakai botol susu Avent, tibalah masanya untuk tukar botol. Dan aku dan enche Neezam memang dah banned botol susu Avent. Tak nak dah! Sebab asyik bocor jer. Nyampah!

So pilih punyer pilih... cari punya cari... tanya pendapat kengkawan... kitorang pun bersetuju untuk tukar kepada MAM pulak.

Hopefully ok lah kan... harganya pun tak lah mahal sangat dan yang penting tak bocor tak tentu pasal macam Avent.

Yang penting, kena cari botol susu wide neck untuk Naufal sebab kalau botol susu puting kecil tu, Naufal tak nak hisap. Dah try yang Niesreena punya. Naufal tak nak isap pun. ;p MAM ni pun nampak gayanya macam ok jer; BPA Free dan anti-colic.

Istimewa untuk Niesreena pulak... enche Neezam belikan Niesreena set pinggan mangkuk Disney Princess Royal Doulton ni... tanpa pengetahuan aku... Hmmmmm... mama pun tak der koleksi RD, Niesreena dah ada. Cam ner ni?

Tq ayah Khairuns, untuk presie-presie kat atas tu. Istimewa untuk Naufal dan Niesreena kan... untuk mama? ;p

Thursday, April 29, 2010

A simple party for my boy

Hari ni baru berkesempatan berkumpul dengan kengkawan bersempena dengan birthday Naufal. Memula tu kitorang plan nak buat majlis kat rumah, hujung minggu ni. Nak wat kenduri sikit. Tapi ramai pulak yang tak der sebab mengikuti 'rombongan cik kiah' ke Bright sempena autumn ni. Kitorang tak join sebab dah pernah pergi. Dan memang best!

So majlis malam ni kitorang wat last minit, kat KFC dan jemput yang mana sempat jer. Nak masak pun tak sempat sebab enche Neezam sekarang sangat bz. Biasalah... sekarang ni enche Neezam on his final stage of his phd journey. Sangat-sangat-sangatlah bz!

Minta maaf sangat pada kengkawan yang tak sempat nak dijemput dan terima kasih kepada kengkawan yang sudi hadir memeriahkan majlis yang sederhana ni...

Alhamdulillah... walaupun tak ramai, majlis tetap meriah dan gamat! Bergegar satu kfc. Nasib baik tak runtuh jer! Hehehe...

~Air tangan kak Gee... tq kak Gee!~

~Birthday cake Naufal~

~Naufal & famili potong kek~

~Menu of the day~

~The gorgeous birthday boy!~

~'N' for Naufal, Niesreena & Neezam~

~The kings~

~The kids~

~And the queens~

~Makan... makan...~

~Happy 1st birhtday Naufal!!!~

Wednesday, April 28, 2010

Dak-dak buchuk

Dak-dak buchuk tak mandi!
Pagi-pagi dah buat mama geli hati,
Dengan keletah masing-masing yang tersendiri,
Jom kengkawan, meh tengok gambar dan video di bawah ini...

Enjoy!

video


Tuesday, April 27, 2010

Naufal is One!

Happy 1st birthday,
Naufal sayang!

Mama, ayah & kakak Niesreena love you so much!


Sunday, April 25, 2010

AGM Desa Bundoora

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu oleh enche Neezam telah pun tiba! AGM Desa Bundoora kali kedua! Ye! Enche Neezam dah lama tunggu AGM ni. Dah tak sabar sangat nak melepaskan jawatan penghulunya.

AGM kali ni bertempat di rumah kak Rami dan abang Shafiq. Alhamdulillah, AGM kali ni ramai warga desa yang hadir, orang baru dan orang lama, dan bersyukur sangat sebab meeting pun berjalan dengan sangat lancar. Tak der stress-stress macam AGM yang lepas; tak der ajk yang mengada-ngada dan kebudak-budakkan, tak der ajk yang awal-awal lagi bagitau tak nak bekerjasama! Tak der! Alhamdulillah...

~Tugasan second last enche Neezam sebagai penghulu Desa Bundoora; sign penyata akaun~

~Tugasan terakhir Enche Neezam; mempengerusikan mesyuarat dan perlantikkan jawatankuasa baru Desa Bundoora~

Pelantikan ajk baru adalah berdasarkan undian warga desa yang hadir. Main angkat-angkat tanganlah. Macam kat sekolah dulu. :) Setelah beberapa pencalonan dan undian dijalankan, Encik Jai Ho mendapat undian tertinggi dan sekaligus dilantik sebagai penghulu baru Desa Bundoora. Tahniah!!!

Selain AGM Desa Bundoora, kitorang sempat jugak meraikan pengantin baru Jepp dan isterinya, Afifah. Tuan rumah dan kengkawan kat sini sangat sporting. Diorang siap bertungkus-lumus membina pelamin mini lagi untuk tepung tawar pengantin tau. Respect! Tabik toing toing!

Enche Neezam pulak siap persembahkan silat pengantin tu. Hahaha... bukan aku jer gelak besar... Ni semua gara-gara kena paksa rela. Hahaha... Enche Neezam tu basic silat pun tak der. Ha! Apa lagi! Nama jer silat pulut pengantin, tapi rupanya tak macam silat pun. Dah macam tai chi dah aku tengok... eh macam kung fu pun ada... macam tarian india pun ada. Bak kata orang, macam-macam ada! Hahaha... Lantaklah labu... Tapi ramai yang terhibur. Enche Neezam memang sporting!

Ha... dah ada pelamin, mestilah kena tepung tawarkan. Aku dan enche Neezam pun ambil kesempatan untuk tepung tawar dan bergambar dengan pengantin. Yang bestnya, cik Faliq siap nyanyi lagu pengantin baru masa orang menepung tawar. Sportingnya... best! Best! Oh ya... pengantin pun sporting juga, sebab sudi ditepung tawar oleh kitorang! Hehehe...

~Silat 'macam-macam ada' oleh Enche Neezam~

~Acara tepung tawar pengantin~

~Kitorang dan pasangan pengantin~

~Acara potong kek~

Seterusnya majlis diteruskan pulak dengan majlis potong jambul dan kenduri kesyukuran baby Aisyah Iffah yang comel dan bam bam! Baby Aisyah ni ialah baby tuan rumah. Sangat semangat!

~Kak Nani sibuk menghias bunga untuk majlis cukur jambul~

~Baby Aisyah Iffah yang comel dan bam bam cangat!~

~Enche Neezam pun tidak ketinggalan untuk 'mencukur jambul' baby Aisyah~

~Tuan rumah; abang Shafique dan kak Rami~

Selesai semua majlis, tentulah acara menjamu perut pulak. Macam-macam ada. Yang bestnya ialah nasi minyak dan lauk pauknya. Betul-betul rasa macam gi rumah kenduri kahwin. Ditambah pulak dengan kambing dan ayam bbq... sungguh menyelerakan!

Dan macam biasa... waktu makan jer mesti terlupa nak tangkap gambar!!! Adoooiiii... nilah yang dinamakan 'makan tak hengat dunia!'... Hahahaha...

Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar dan seperti yang dirancang. Enche Neezam pun nampak lega, gembira dan ceria! Seronok sekali sekala dapat berjumpa, berkumpul dan berborak dengan rakan-rakan senegara. Hmmmm... beberapa bulan jer lagi kitorang kat sini. Bila balik Malaysia nanti, aku pasti akan rindukan saat-saat seperti sekarang ni dengan kengkawan kat sini... (^^,)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top