♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, March 9, 2010

Kuih lopes

Resipi istimewa bulan ini *cewah! macamkan tiap-tiap bulan jer post resepi ek? ;p* ialah kuih lopes ala perantauan!

Kenapa perantauan?

Satu; sebab status aku sekarang ni sebagai perantau kat negara asing. Nak beli kuih ni kat kedai memang tak jumpa. Nak suruh mak buatkan, mak jauh... So, terpaksalah buat-buat pandai dan memandai-mandai untuk buat sendiri! Ngerti?

Dua; sebab resepi ni version 'apa-yang-ada-di-rumah' ajer...

Tiga; sebab resepi ni memang very the simplest! Memang sangat simple! Lepas korang baca post aku kali ni, korang boleh terus buat! Dan terus hantar ke rumah aku sikit... Ngeh ngeh ngeh...

So, bahan-bahannya ialah...

2 cup/cawan beras pulut
200ml santan pekat
pewarna hijau
kelapa parut / desiccated coconut *kalau kat coles/safeway ada jual kat aisle bahan-bahan buat kek*
garam

Untuk air gula...

Satu ketul gula melaka / gula merah
Gula pasir
Air

Cara-caranya...

Ok, cara-cara aku buat kuih lopes perantauan ni memang sangat senang. Tak der nak kukus-kukus ke hapa.

Memula, basuh beras pulut. Pastu masukkan santan dan garam secukup rasa. Jangan lupa masukkan beberapa titik pewarna hujau. Ikut suka koranglah nak hijau pekat ke, hijau cair ke, hijau lumut ke, hijau pucuk pisang ke, hijau shrek ke, hijau incredible hulk ke, atau apa-apa hijau yang korang suka. Hmmm... kalau nak letak warna lain pun bleh; merah ke, biru ke, kuning ke, sukati...

Sukat air macam ikut sukatan masak nasi. Pastu masak jer menggunakan rice cooker.

Sejurus selepas pulut tu masak, *tak payah nak tunggu sejuk sebab masa pulut ni panas senang nak bentuk sebab lembut* bentukkan pulut tu dengan menggunakan plastic/cling wrap.

Cara-caranya, bentang cling wrap kat atas pinggan. Pastu letakkan pulut atas cling wrap tu. Pastu gulung. Pastikan pulut tu padat. So, hasilnya akan jadi macam gambar kat bawah ni...

Bila dah sejuk. Bolehlah potong pulut yang dah dibentuk tu.

Pastu lumurkan pulut tadi dengan kelapa parut. Siap untuk dihidang!

Err... lupa plak... cara-cara sediakan air gula... Errr... cara-cara buat air gula, tak payahlah aku ajar. Mesti korang pandai dah kan? Tol tak? :) Pandai....

Ok korang! Selamat mencuba!

7 comments :

Kak Amy said...

sedap..my favorate masa kecik.
dulu masa kecik2 sama2 dgn mak potong kuih lope guna benang spy tak melekat2 kat pisau..
hmm wonder kenapa dah terlalu lama sgt mak dah x penah buat kuih ni....?

Juliet Le Sweetheart said...

ni kuih favorite abah julie jugak. abah selalu beli waktu bulan puasa.

Malina Vaida said...

sedap..sedap
suke juge!

Juliet Le Sweetheart said...

:) nanti ajar keisha buat... hhehehe...

Linda said...

mmm..sedapnyer..dah terliur dah nih..sok musti gi beli..ni pun kuih favorite linda gak..pandai julie masak yek..

Juliet Le Sweetheart said...

taklah pandai pun, Linda. tapi kalau dah teringin nak makan, terpaksalah belajar buat jugak. alhamdulillah menjadi pulak... sedap! ;p

joyahsport said...

hoh..pakai plastik pon buleh?cayala...xpnah buat sbb sebuk cari daun pisang nk balut...alasan je tu..hak..hak..

back to top