♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, February 23, 2010

[Day Six] Diorang ke city, kitorang kat rumah

Malam tadi Niesreena dan baby Naufal, kedua-duanya tak sihat. Aku dah agak dah. Pagi semalam Niesreena ok jer. Bila tidur jer, mulalah temperature Niesreena naik. Biasalah... bila budak-budak tak sihat. Aku dan enche Neezam yang tak lena tidur.

Sesekali aku bangun dan lap badan Niesreena dengan towel basah, bagi makan ubat dan sapu minyak yuyi kat dada dan leher Niesreena sebab selain demam, Niesreena jugak batuk dan selsema. Naufal pun sama; batuk dan selsema. Naufal asyik terjaga dan meragam jer. Mungkin sebab tak selesa sebab hidung dia berair dan sesekali batuk. Sian Niesreena dan Naufal. Sian mama dan ayah jugak sebab tak cukup tidur! Huhuhu...

Paginya, alhamdulillah, Niesreena dan Naufal kelihatan sihat. Dah tak demam. Batuk pun tak. Cuma selsema jer. Dan aku plak... aduih... pening sangat kepala. Mungkin sebab malam tadi tidur asyik terjaga jer. Tak cukup tidur. Pening teramat sangat! Sampaikan rasa nak muntah pun ada!

So, diorang ke city lagi hari ni. enche Neezam tetap setia menjadi pemandu pelancong. Manakala, aku dan Niesreena serta Naufal dok kat rumah jer. Pas diorang bertolak, aku dok terbaring jer depan tv. Sesekali aku tertidur, dan terjaga bila Niesreena dan Naufal buat bising.

Naufal pun asyik meragam jer. Asyik menangis... Ntah apa yang Naufal nak. Aku bagi susu tak nak, bagi makan tak nak, bagi puting pun tak nak. Mungkin sebab Naufal tak betul-betul sihat lagi, pastu hingus asyik meleleh jer. Naufal tak selesa, tu yang menyebabkan Naufal asyik meragam. Adusss... bertambah pening aku jadinya. Tekak pun mula terasa ada benda sangkut. Hmmmm... tu maksudnya memang aku tak sehatlah tu. Kaki aku yang bengkak pun mula bengkak balik. Mungkin sebab beberapa hari yang lepas asyik berjalan jer. Nak sapu minyak pun tak sempat.

So, hari ni enche Neezam bawak diorang ke city *lagi*! Memandangkan Kmie dan kak Nadia akan bertolak pulang ke tanahair menaiki flight Air Asia malam ni, so enche Neezam bawak diorang shopping kali terakhir. Mencari cenderamata. So, mana lagi kalau bukan ke Queen Victoria Market. Enche Neezam sempat jugak bawak diorang ke DFO South Wharf untuk cari bebarang branded untuk dibawa balik.

Malam tu, enche Neezam bawak balik ini untuk Niesreena...

Niesreena sangat suka!

Niesreena suka, macam tak pernah nampak pinggan mangkuk tu tau. Padahal masa aku bawak Niesreena gi Vic Market hari tu, kitorang ada jumpa gak set pinggan mangkuk Dora ni. Niesreena tengok dan nampak berminat sebab ada gambar Dora tu. Aku tanya kat Niesreena, "Reena nak tak Dora ni? Kalau nak mama belikan". Aku tunjuk set pinggan mangkuk yang sama! Niesreena pandang dan dengan selambanya Niesreena jawab, "tak per lah mama". Tak berminat langsung?! Ok! Aku pun tak lah belikan untuk Niesreena. Ni bila ayah belikan, bukan main excited lagi dia. Hmmmm... tapi baguslah Niesreena excited. Nampaklah Niesreena menghargai hadiah yang ayah Niesreena bagi. Dan bagus jugak Niesreena tak nak masa mama nak belikan untuk dia hari tu. Jimaaaatttt sikit duit mama... hehehhe.. ;p

Oh ya... balik semula ke cerita tetamu-tetamu aku ni...

Malam ni, Kmie dan anak buah dia, Mira, dan kak Nadia dan anaknya, Duan, bertolak balik ke Malaysia. Actually flight esok, tapi jam 1.45 pagi. So, enche Neezam gi hantar diorang ke airport pukul 10.30 malam tadi. Sedih plak diorang balik. Naufal tidur plak masa diorang nak bertolak tu. Tak dapatlah nak say bye-bye kat auntie favourite dia, auntie Kmie. :)

Baby Naufal memang minat sangat dengan auntie Kmie pada pertama kali lagi terpandang Kmie. Bak kata orang 'love at the first sight'! Hehehehe... Bila nampak Kmie, bukan main angkat lagi tangan dan tak sabar sangat nak gi ke Kmie. Tu yang tak pasal-pasal Naufal berjalan tu. Langkah pertama! Sebab masa baby Naufal berdiri dan nampak Kmie, Naufal dah tak sabar nak ke Kmie, tak sempat nak merangkak, Naufal terus jalan. Dapatlah jugak 2-3 langkah. Diorang yang dapat tengok langkah pertama baby Naufal. I missed that!

Kurang dah tetamu kat rumah. Esok separuh lagi akan balik. Hmmmm... sunyilah rumah nanti...

2 comments :

Wawa said...

Mama kmie...dgn budak mna2 pun akan suka kt mama kmie! Mcm ada elektromagnet jek mama kmie dgn budak2...hehehhehe...

Neezam said...

tula, sampaikan aku termimpi2kan kmie..wakakaka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top