♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, February 18, 2010

[Day Two] Uyin @ Melbourne

Lepas breakfast, enche Neezam hantar aku dan Uyin serta Niesreena dan baby Naufal ke Northland. Manakala enche Neezam pulak bergegas ke La Trobe uni sebab hari ni enche Neezam kena jumpa sv. Macam biasa, favourite spot aku kat Northland ni mestilah kat 'Toys r Us' dan 'Best and Less' serta 'K-Mart' dan sangatlah tidak logik kalau aku tak dapatkan apa-apa untuk Niesreena dan baby Naufal. So, dapatlah beberapa pasang baju untuk kedua-dua Khairun kesayangan aku. Uyin pun dapat jugak beberapa pasang baju untuk anak-anak buah dia.

Lebih kurang pukul 3 petang, enche Neezam datang ambik kitorang dan terus gi lunch kat Es Teller kat Lygon. Semua orang dah kelaparan! Dah tu... dah pukul 3 petang tak lunch lagi! Kat Northland ada lah Nandos halal, tapi tak kan nak pekena Nandos lagi kot. Semalam pun dah menandos gaks. ;p

Program petang tadi ialah jalan-jalan tepi pantai jer. Bagi Uyin tengok perbezaan pantai kat Melbourne ni dan kat M'sia. Bagi Uyin rasa macam mana angin tepi pantai sini yang kemain sejuk. So, destinasi pertama kitorang ialah ke St. Kilda!

Ooooo... chop! Sebelum ke St. Kilda, kitorang sempat menyinggah ke Albert Park dulu. Tunjuk kat Uyin macam mana litar F1 diorang yang sangat sempoi giler tapi menarik. Orang awam siap boleh lalu lagi kat jalan diorang buat lumba tu. Kebetulan bulan March akan datang ni memang ada Australian Grand Prix kat Albert Park, so, nampaklah orang ramai tengah wat persediaan kat litar tu.

Pastu kitorang berhenti jap kat tepi tasik kat Albert Park ni untuk snap-snap gambar... biasalah kan... aktiviti posing ni memang wajib!!! :p

~Niesreena memang suka enterframe~

~Siap kejar-kejar seagal lagi~

Then kitorang teruskan perjalanan ke St. Kilda. Kebetulan ada St. Kilda festival plak. So, adalah kedai-kedai jualan kecik-kecik ni. Tapi nampak gayanya kedai-kedai tu banyak kedai yang jual barangan kraftangan. Menarik jugak. Aku dapat jugak belikan enche Neezam wallet. :)

~Depan Luna Park~

~Festival St. Kilda. Ramai betul orang!~

~Lepak dengar live performance jap~

Sebelum matahari terbenam, kitorang terus ke Brighton Beach plak. Kat Brighton Beach ni ada sebuah tugu peringatan. Kat tugu peringatan ni ada tertera nama tentera-tentera Australian yang terkorban dalam perang. Yang terkorban kat Malaysia pun ada tau. Tapi sorang jer.

~Tugu peringatan @ Brighton~

~Malaysia pun ada~

~Kiter minum duluuuu!~

~Ayah sempat jugak melayan baby Naufal~

Brighton Beach ni popular dengan beach hutnya yang berwarna-warni ni lah. Hari dah lewat petang. Orang pun dah tak ramai kat tepi pantai. Yang mandi pun tak der. Best! Sambil tangkap-tangkap gambar, kitorang tunggu sun set, betul-betul kat horizon. Cantik sangat! Niesreena kata, "sun dah masuk dalam air dah..." Hehehe...

Lepas solat maghrib, kitorang berpatah balik ke St. Kilda untuk tengok pengguin balik ke sarang. Niesreena suka lah ke sana. Niesreena suka sangat tengok pengguin. Tapi yang tak bestnya kat sana tak boleh tangkap gambar. Ha... ni kali ketiga kitorang ke sana dalam masa dua bulan ni. Tapi malam tadi memang banyak pengguin berbanding malam-malam yang kitorang pergi sebelum ni.

~Nampak sangat muka dah penat~

~Aksi terlampau sungguh! Hahahaha... terlampau comel! :)~

Letih... memang letih giler... Niesreena dan Naufal lah yang nampak paling letih sekali. Sian diorang... Hmmmm... tapi sebelum balik ke rumah, kitorang sempat supper lagi kat Bismi. Pekena capati dan teh tarik sikit. ;p

Sampai rumah, apa lagi... ZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzz....

2 comments :

Intan said...

huhu..best..best...hihi,,,thanks Julie n Adad,,,,sgt2 enjoy!!!!

*juliet le sweetheart said...

ada byk lg gambar. nanti kitorg upload kt fb

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top