♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, February 20, 2010

[Day Four] Dan yang selebihnya pun tiba

Pagi tadi enche Neezam hantar kitorang sumer naik train kat Mcleod untuk ke city. Aku ditugaskan untuk menjadi pemandu pelancong disebabkan enche Neezam tak dapat nak join kitorang hari ni. Sebab pada tengaharinya, enche Neezam nak gi ambil empat lagi tetamu dari airport. Niesreena dan baby Naufal ikut aku. Hmmm... fobia sebenarnya nak keluar bertiga tanpa enche Neezam sebab pengalaman masa balik Malaysia bertiga tanpa enche Neezam dulu agak 'mengerikan'. Hahahahha... so, tawakal jer lah....

Destinasi pertama kitorang hari ni ialah ke Queen Victoria Market. Memang kitorang bergegas ke sana dulu sebab QVM tutup pukul 3 petang. So, takut diorang tak sempat nak memborong barang-barang dan cenderamata untuk dibawa balik ke Malaysia. Alhamdulillah, banyak jugak yang diorang dapat tadi; t-shirt, key-chain, anak-anak patung, beg dan macam-macam lagi. Dapatlah jugak kanggaroo beberapa ekor. ;p Niesreena dan Naufal pun dapat gak t-shirt Melbourne sorang sepasang.

Pastu kitorang gi lunch kat Bismi. Tiba kat Bismi, tetiba baby Naufal mengamuk sakan. Aku bagi susu, Naufal tak nak. Aku dokong pun baby Naufal menangis dan menjerit-jerit jugak. Aduuuuussss... tension betul rasa. Masa tu dalam hati ni menjerit-jerit, "abang... tolong!!! waaaaa... :'(". Terbayang-bayang muka hensem enche Neezam ;). Nak memburukkan keadaan lagi, aku plak tetiba jer boleh kena selsema dan asyik bersin-bersin jer. Sampaikan hidung pun dah naik merah macam badut. Hingus, tok sah ceritalah... memang asik mengalir jer. Tambah pulak dengan baby Naufal mengamuk! Memang tension! Pastu aku bukak baju Naufal dan keluar dari kedai. Tepuk-tepuk sikit... baby Naufal terus tidur... hmmmmmm... mungkin sebab dalam kedai tu panas kot. Pastu mengantuk nak tidur, kepanasan, tak selesa... tu yang ngamuk tu. Geram betul aku jadinya. Tapi bila baby Naufal dah tidur... hmmm... lega.

Nasib baik Niesreena tak buat hal. Niesreena makan jer. Tak kesah apa yang berlaku. Tapi ambik kesempatan asyik minum air jer sambil makan. Mentang-mentanglah mama dia sibuk dengan hal lain. Biasanya aku memang tak kasi Niesreena makan berulam air. Ni tadi, bila Naufal dah tidur, aku tengok dah tiga suku manggo lassi dia habis. Nasib baik nasi luak jugak. Hmmm... anak... anak... macam-macam hal...

Lepas lunch, kitorang gerak ke Federation Square. Jalan kaki jer dari Bismi. So, bolehlah diorang tangkap-tangkap gambar sepanjang jalan tu. Lagipun banyak bangunan-bangunan menarik yang ada.

Lebih kurang pukul 5 petang, kitorang lepak kat Flinders Street Station. Meeting point untuk jumpa enche Neezam dan kengkawan yang baru tiba. Nasib baik tunggu tak lama. Tak sampai 10 minit menunggu, diorang pun sampai. Leganya tengok muka enche Neezam. Bolehlah aku serahkan tanggungjawab menjaga anak-anak ni pada dia sebab aku semakin tak sihat. Selsema semakin teruk.

Pastu kitorang beramai-ramai meneruskan perjalanan ke Federation Square. Lepak jap kat sana. Tetiba aku teringat yang aku tak tangkap satu gambar pun sepanjang jalan tadi. Tak sehat punyer pasal. Pastu barulah terhegeh-hegeh keluarkan kamera murahku itew dan sibuk suruh Niesreena jadi mangsa model.

~Memula kemain lagi posing~

~Penat posing berdiri, posing duduk plak!~

~Mula boring... bilalah mama nak berhenti tangkap gambar? "dah lah tu mama... jangan tangkap gambar Niena..."~

~"Malaslah nak layan mama ni". Mula buat bodoh kat mama... ;p~

~Tapi mama Niesreena asyik tangkap gak gambar Niesreena. So, lariiii...~

~Baby Naufal tidur sejak dari Bismi. Penat ngamuk lah tu. Sian anak mama~

~"Shp! Shp!"... elleeeehhhhh!!!~

Lebih kurang sejam jugaklah lepak kat Fed Square ni. Pastu teruskan perjalanan ke Yarra River dan mengakhiri hari kitorang kat Es Teller. Penat giler!

Balik tu kitorang naik bas dari dekat QV tu. Dalam bas, aku memang bantai tidur. Letih betul! Tengah syok-syok tidur, tetiba ada beberapa orang lelaki mat saleh naik bas sambil menjerit-jerit. Adalah dalam 10 ke 15 orang jugak. Masing-masing siap bawak botol arak dan hisap rokok lagi. Bau dia... ya Allah... kuat sangat! Pastu diorang asyik menjerit-jerit jer. Nasib baik baby Naufal dan Niesreena tak terjaga. Aku dah risau. Takut diorang mengapa-apakan kitorang, sia-sia jer kan... Beberapa orang penumpang bas pun ada yang turun. Ramailah jugak. Tak tau lah samada tu memang destinasi diorang, atau diorang turun sebab takut dengan orang-orang tu. Pemandu bas tu pun nampak sangat takut, hinggakan diorang hisap rokok dalam bas pun pemandu tu tak berani nak tegur. Sorang lelaki India yang duduk kat belakang bas, beralih ke depan, berdiri betul-betul sebelah pemandu. Mesti dia pun takut. Lebih-lebih lagi, sekarang ni kat Melbourne ni, orang India memang selalu jadi mangsa pukul. Aku pun memula ingat nak ajak enche Neezam dan kengkawan lain turun. Takutlah kan... Tetiba aku ternampak banggunan The Mall. Hmmmm... maksudnya tak jauhlah lagi stop kitorang. So, kitorang stay jer lah dalam bas tu. Seriusly, aku memang takut dan banyak berdoa semoga Allah melindungi dan menjaga keselamatan kitorang. Aku cuba-cuba pahamkan jugak, apalah diorang carut-carutkan tu. Entah apalah yang diorang jeritkan tapi memang tak der sebut Islam ke hapa lah.

Tiga stop lagi sebelum sampai kat stop kitorang, diorang semua turun. Siap cakap terima kasih lagi kat pemandu tu. Eeeeee... lega sikit... Bukan aku jer lega... tapi semua orang yang tinggal dalam bas tu memang obviously menarik nafas kelegaan! Syukur alhamdulillah, tak der apa perkara buruk yang berlaku.

Sampai rumah, semua orang dah kepenatan dan mungkin jugak masih ketakutan. Hehehehehe... aku, terus tuju bilik tidur. Terasa merana sangat sebab hidung masih beringus. Kejap jer letak kepala atas bantal, aku terus berada di 'alam lain'............. :)



5 comments :

Kmie said...

shp.. shp... ahahahaha

*juliet le sweetheart said...

sck! sck! hahahhahaha...

Kmie said...

isk isk isk.... laki ko la nie julie... patut die jerit utm! utm! barulah semangat kesukanan ahahaha...

Neezam said...

tak main la amek gambo dengan budak2 sck, budak2 sain kom ni dolu2 sombong2 wakakakakak

Kmie said...

aaa kire ko terer la ek berjaya ngorat awek sck hihihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top