♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, January 24, 2010

Brighton Beach Best!!!

Jalan lagi!
Plan keluar berjalan hari ni sebenarnya tak dirancang pun. Malam tadi masa Isma dan Hairil, serta Nita dan Zafiri, datang lepak-lepak kat rumah, baru terplan.
Destinasi pertama kitorang hari ni ialah ke Camberwell market. Kitorang dah beberapa kali sampai ke sana. Diorang tak pernah sampai lagi. So, bawaklah diorang ke sana. Camberwell market ni macam car boot sale market lah. Diorang jual barang ntah hapa-hapa ntah. Kalau nasib baik dapatlah barang elok dengan harga yang murah. So, tadi enche Neezam dapat tv LG 21" free! Nasib baik tadi pasang kat rumah elok jer tv tu boleh pakai. Hehehehe...

Next, kitorang ke Brighton beach. Lebih kurang 20 minit perjalanan dari Camberwell tadi. Sampai kat Brighton lebih krang pukul 2 petang. Semua orang dah kelaparan. So kiter makan dulu!!!
Dah lama sangat aku nak ke Brighton ni tapi tak sampai-sampai. Hmmmm... hari ni baru dapat lepas hajat. Nak tau kenapa aku nak sangat ke sana? Ha!!! Sebab....

Rumah-rumah yang berwarna-warni ni!!!
Selain daripada pantainya yang bersih dan airnya yang jernih, Brighton beach ni terkenal dengan rumah-rumah kecil yang berwarna-warni ni lah. Rumah-rumah kecil yang berwarna-warni ni ialah beach hut atau dikenali sebagai bathing boxes kat Brighton ni. Ada 82 buah rumah kesemuanya dan setiap satu dicorak dan diwarnakan dengan pelbagai warna dan corak-corak yang menarik. Memang cantik! Untuk pengetahuan lanjut bolehlah klik kat sini.
Enche Neezam, Hairil dan Zafiri serta anak-anak ambil kesempatan untuk mandi. Air laut kat Brighton beach ni saaaaaangat bersih dan jernih serta tak melekit. Seronoknyalah tengok diorang mandi. Niesreena dan Naufal pun seronok main air. Sofea dan Adam pun enjoy!
Destinasi kitorang seterusnya ialah ke Melbourne city. Kitorang ke Federation Square. Sajer nak tengok kemeriahan orang OZ ni sempena Australian Open.
Disebabkan anak-anak semua dok tidur dalam kereta, so, kami orang-orang perempuan jer lah ke Fed Square sementara orang lelaki dok jaga anak. Hehehehhe... apa lagi! Sakan ler kitorang bergambar ;p
Memang ramai sangat orang. Semua dok terdongak dan ramai jugak yang terbaring kat depan tv besar tu tengok tennis.

Tak habis lagi jalan ni! Kitorang singgah pulak ke Albert Park untuk dinner. Kat sana ada satu lake. Best! Sebab ada banyak sangat itik-itik dan yang paling best ada swans. Banyak dan mesra plak tu. Hmmmm... mesra sebab dan ngecek makanan kat kitorang. Hehehehe... Tapi kitorang tak berani nak kasi. Kang kalau kasi kat sekor, nanti habis geng-geng dan kaum kerabat dia pun datang gak.
Destinasi terakhir kitorang pada hari ini ialah ke St Kilda *lagi!* untuk tengok Penguin Parade *lagi!*. Ye lah... last week kitorang pergi dengan kengkawan lain, minggu ni dengan kengkawan lain plak. Macam biasa, kenalah tunggu penguin balik bila matahari dah terbenam. Seronok tengok penguin tu berenang balik ke arah kitorang then terkedek-kedek cari rumah dia. Pandai betul. Tadi jugak dapat tengok rakali. Last week tak nampak.

~Niesreena & seagals~

~@ St Kilda~

~Orang ramai yang nak tengok penguin~

~@ St Kilda; nampak Melbourne city~

~Penguin cari rumah~
Kitorang sampai rumah lebih kurang pukul 11 lebih. Budak-budak dah tidur dalam kereta. Sian tengok masing-masing penat. Sian tengok enche Neezam yang kepenatan driving.
Yup!!! Hari yang memenatkan. Tapi still happy dan enjoy!
Tapi tadi kitorang dikejutkan dengan berita sedih....

*juliet le sweetheart : malas upload gambar kat fb

No comments :

back to top