♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, January 31, 2010

Ahad yang panjang

Penat betul hari ni. Seharian berjalan. Hari dah gelap baru balik. Budak-budak pun dah selamat tidur sejak dari perjalanan balik tadi.

Sebenarnya kitorang bukan kemana sangat pun hari ni. Just jalan dekat-dekat jer.

Pagi tadi gi Northland. Shopping theraphy. Suka! ") Hehehehehe... Maklumlah... duit kpt dah masuk *wink* Bukan shopping apa pun. Just shopping baju-baju untuk Niesreena dan baby Naufal. Dapatlah sorang 3-4 pasang. Niesreena seronok sangat sebab selain blouse Dora, Niesreena dapat jugak vcd Dora the Explorer yang diidam-idamkan. Blouse tu Niesreena pilih sendiri. Beriya-iya nak juga blouse Dora tu. Nasib baik cantik. Hmmmm... harga pun 'cantik'. Pandai betul puteri mama ni pilih. Yang vcd tu plak, Niesreena dah 'order' kat aku vcd Dora the Explorer tu sejak 2, 3 hari lepas lagi. Niesreena tunjuk kat aku katalog Target. "Mama, Niena nak 'ek Lola' *read: Dora the Explorer* yang ini. Ada nyanyi ni". Sambil tunjuk kat aku vcd gambar Dora kat dalam katalog tu. Dan Niesreena seronok sangat bila aku kata aku akan belikan. So, hari ni lepaslah jugak hajat aku untuk dapatkan Niesreena vcd siri 'Big Sister Dora'. Niesreena suka sangat. Siap cakap, "Dora pun ada baby macam Nofal". :)

Lepas lunch, kitorang ke rumah Thomastown plak. Nak tengok bunga matahari yang sedang kembang! Terkejut giler aku tengok pokok bunga matahari kak Gee ni. Punyerlah besar!!! Memang tak sangka sangat sebesar itew! Sungguh jakun terkejut aku jadinyer... Hehehehhe...

Kata kak Gee, bila pokok bunga matahari tu dah kering, yang tengahnya tu jadi kuaci. Selain pokok-pokok bunga matahari, ada macam-macam tanaman lagi kat belakang rumah kak Gee dan encik Din ni. Ada...

... tomato...

... timun...

... bayam merah...

... olive...

dan banyak lagi. Tapi yang best...

pokok anggur!

Lebat sangat buah-buah anggur dia! Teringat plak masa kitorang duduk kat #185, Albert Street dulu. Banyak gak buah-buahan kat backyard. Ada olive, kiwi, pisang kaki dan banyak jenis buah-buahan dan sayur-sayuran lain. Tapi bukan aku ler yang tanam. Tuan rumah yang tanam. Kalau harapkan aku, tak hidup ler pokok-pokok tu. Bak kata orang... tangan tak sejuk. ;p

Merepek dah...

Ok... ok... berbalik pada aktiviti kitorang sepanjang hari ni.

Lepas puas tangkap-tangkap gambar, makan-makan *mee rebus kak Gee yang sedap!*, borak-borak... kitorang ke destinasi terakhir plak. Ke rumah Isma dan Hairil. Sajer lepak-lepak dan yang penting... nak collect my Tefal. Weeeheeee!!! Seronoknyer. Diorang jumpa set Tefal idamanku itew dengan harga yang giler murah kat Target! Tqlah korang!

Conclusionnya... hari ni memang best! Semua orang dapat masing-masing punyer barang. Niesreena dengan 'ek Lola' dia, Naufal dengan beberapa pasang baju polo, aku dapat Tefal (^^) dan enche Neezam.... eh... enche Neezam dapat aper yer... hmmmmm...

Oooooo... ye... enche Neezam dapat satu vcd wii 'fat' plus. Hehehehehe... Sonot! Sonot! Next shopping?! Tungguuuuuuuu...


*juliet le sweetheart : ♥ shopping!



Saturday, January 30, 2010

Balik ke pangkal jalan

Tajuk macam insaf sangat kan? Hehehhehe...

Actually, ni pasal salah satu application yang aku gunakan untuk blog aku ni. Sesudah beberapa tahun menggunakan applikasi ni *cewah! Macam dah lama sangat jer aku ni berblog ;p* akhirnya aku akur dan insaf untuk balik semula kepada yang sedia ada.

Aku gunakan haloscan untuk simpan semua komen-komen kat blog aku ni. Tup... tup... dapat email dari www.haloscan.com "Important: Haloscan is being shut down on: Feb 12, 2010". Frustnyer... habislah segala komen-komen yang ada kat blog aku ni. Hilang ler!!! Actually haloscan akan pindahkan separuh daripada komen-komen tu kepada js-kit. Konon macam pass kat kawan dia lah tu. Tapi aku tengok tak semua. Dan aku tengok js-kit ni macam tak berapa user friendly. Aku asik 'sesat' jer masa kat dashboard dia. Eeeeeee... nyampahlah!


So, aku rasa, aku akan kembali gunakan semula blogger punyer comment application. Apa yang perlu aku buat sekarang ialah uninstall haloscan dari blog aku ni. *Hmmmm... aku dah buat dah tadi dan alhamdulillah, berjaya! Yey!* Tapi... macam mana dengan komen-komen yang lepas? Sebab tak boleh nak export dari haloscan ke blogger. Aaaaaa... nampak gayanya 'good bye' lah komen-komen tu. Huhuhuhuhu... sedihnyer...

Tapi tadi tetiba dapat idea.

*Ting!*


Hahahhahahaha... idea apa yerk?

R.A.H.S.I.A

Tapi ini adalah misi untuk menyelamatkan komen-komen blog aku yang lalu!

Pada aku komen-komen kat blog sangat penting. Sebab... komen-komen tu adalah responds kengkawan daripada apa yang aku fikir yang aku tulis. Dan kadang kala membuatkan aku lebih rapat dengan kengkawan.

Rasa menyesal pulak gunakan haloscan dulu. Tak pasal-pasal jer sekarang problem, kan... Lepas ni tak nak lah gunakan apa-apa application yang pelik-pelik. Hmmmmm... padan muka aku ;p



*juliet le sweetheart : tak der kerja, cari kerja... *sigh*



Thursday, January 28, 2010

Terbaru dari Apple


Apple ipad

Soooooo cool!

Tengok daripada gambar ni mesti tak tau macam mana actual size dia kan? Mesti orang ingat besar besar tapak tangan jer kan. Tapi sebenarnya saiz skrin dia tu jer 9.7 inci dan fully touched screen. Ketebalannya hanya 0.5 inci! Dan beratnya hanya 1.5 pound sahaja!

Waaaaaaa... sangat dasyat teknologi zaman sekarang kan! Mungkin dalam beberapa tahun lagi teknologi macam ipad ni akan menggantikan segala lappy, nappy, tappy dan bermacam-macam ppy lagi yang ada sekarang ni kan? Sangat canggih!!!

Hmmmm... ada sesaper yang berminat? Tunggulah dia release bulan April 2010 ni nanti. Sementara tu masih bleh kumpul duit lagi. Hehehehhe...

Aku? Tak minatlah. Cukuplah dengan Q aku ni. :)


*juliet le sweetheart : tunggu kereta terbang :)


Wednesday, January 27, 2010

9 bulan baby Naufal :)

Baby Naufal dah masuk 9 bulan hari ni!

Happy 9 months old sayang!

Terasa cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar baby Naufal dah masuk 9 bulan hari ni. Tiga bulan jer lagi nak masuk setahun! Cepatnya!!!

Progress baby Naufal setakat ni...

Dah boleh duduk sendiri tanpa disokong. So, senanglah kalau nak tinggalkan baby Naufal main-main dengan Niesreena.

Merangkak bukan main laju lagi. Letak kat satu hujung, kejap jer dah sampai ke hujung satu lagi. Pastu suka sangat kejar aku. Sampai ke dapur pun Naufal cari.

Aaaa... ni paling aku suka :) Dah pandai pegang botol susu sendiri. Senanglah... Bila tiba time rajin dia nak pegang botol susu sendiri, Naufal akan peganglah. Senanglah aku... sementara baby Naufal minum susu, aku sempatlah buat kerja-kerja lain. Tapi bila tiba time malasnya. Baby Naufal tak kan peganglah. Sajerlah tu nak bermanja-manja...

Semua benda nak masuk mulut! So, rumah memang kena sentiasa bersih *walaupun tak kemas! ;p Asyik bersepah dengan mainan. Pening! *sigh**. Mainan Niesreena yang kecik-kecik habis aku buang. Kalau tak kang, jumpa jer dek baby Naufal, habis ditelannya. Mainan-mainan pun kena make sure sentiasa bersih sebab baby Naufal akan masukkan dalam mulut dia jugak walau sebesar mana pun mainan tu. Hmmmm... pas tu Niesreena lah yang marah sebab habis mainan Niesreena lencun dengan air liur sebab dijilat baby Naufal. ;p

Sangat suka berdiri dan memanjat sekarang ni. Macam herolah sangat. Aku bukan apa... aku takut dia jatuh jer. Haaaa... tengoklah hobi dia ni.

Suka sangat bergayut dan panjat walker dia. Tapi bila kitorang dudukkan betul-betul dalam walker... haaaa... ni lah hasilnya...

Nangis dan jerit sehinggalah kitorang keluarkan Naufal semula *sigh*

'Paip' tetap 'bocor'! Ntah bila nak berhenti mengalir ntah. Adusssss... hilang comey... hehehe...

Alhamdulillah... Khairunnaufal sihat dan membesar bagai johan! Dan sangat kuat makan. Walaupun gigi baby Naufal dah ada 7 batang, tapi aku masih bagi Naufal makan bubur nasi dan makanan yang lembut-lembut sebab aku takut baby Naufal tak reti nak mengunyah. Mungkin dalam beberapa bulan lagi baru nak bagi nasi lembik jer.


*juliet le sweetheart : ramai orang kata rupa baby Naufal ikut kechomelan mamanya... hehehhehe...


Tuesday, January 26, 2010

Demam tennis ~ Australian Open

Baru jer selesai tengok perlawanan di antara

Andy Murray (Great Britain)

VS

Rafael Nadal (Spain)

Dan pemenangnyer ialah

Well done, Murray!

Aku sebenarnya tak lah minat sangat dengan sukan-sukan ni. Tapi sekarang tengah musim Australian Open. Kat tv boleh kata 24 jam tennis, kat facebook kengkawan citer pasal tennis, jumpa kawan, dok sebut-sebut nama pemain-pemain tennis. Hmmmmm... tak best lah pulak kalau dengar jer kan. "Saperlah yang diorang dok sebut-sebut ni?" Rasa cam aku ni tongonglah pulak... hehehhehe... So, nak tak nak 'terpaksalah' layan gak tennis... tapi bila dah terlayan... rasa best lah pulak! :)

Tadi sempatlah tengok perlawanan di antara Nadal *ranking #2 dunia* vs Murray *ranking #5 dunia* kat channel 7 *tengok kat tv jer yer... harap maklum... :)* Best! Memang perlawanan yang hebat dan bergaya! Ending jer tak best...

Murray diistiharkan menang bila Nadal terpaksa tarik diri sebab sakit lutut dan dengan itu membolehkan Murray melangkah ke semi final. Walaupun Nadal tarik diri tadi, Murray memang dah mendahului pun. Murray dah menang dua set sebelum tu. Ok lah kan...

~Saat-saat Nadal tarik diri :(~

Memang hebatlah sebab Murray dapat mengalahkan pemain tennis nombor 2 dunia tu. Tapi mungkin kalau Nadal tak sakit lutut, susah jugak Murray nak kalahkan Nadal rasanya... kot... Ye tak? ;p

Ok kengkawan, jangan lupa 7.30 malam esok, Tsonga vs Djokovic. Pagi tu ada jugak, Federer dan adik-beradik Williams beraksi dalam gelanggang. Jom tengok!


*juliet le sweetheart : tak larat nak join kengkawan tengok persembahan bunga api sempena Australia Day tadi... sangat letih...


Monday, January 25, 2010

Al-Fatihah

Semalam kami dikejutkan dengan berita kembalinya atuk ayah enche Neezam, ayah kepada ayah mertua aku, ke rahmatullah lebih kurang pukul 9.45 pagi tadi. Allahyarham meninggal sebab sakit tua di rumahnya di Batu Pahat, Johor.

Takziah kepada famili mertua aku. Semoga roh atuk ayah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin...


"Mahasuci Allah yang di dalam genggaman kekuasaan-Nya seluruh kerajaan, dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang paling baik amalnya, dan sesungguhnya Dia Maha Mulia lagi Maha Pengampun"Al-Mulk [67]: 1-2


Sunday, January 24, 2010

Brighton Beach Best!!!

Jalan lagi!
Plan keluar berjalan hari ni sebenarnya tak dirancang pun. Malam tadi masa Isma dan Hairil, serta Nita dan Zafiri, datang lepak-lepak kat rumah, baru terplan.
Destinasi pertama kitorang hari ni ialah ke Camberwell market. Kitorang dah beberapa kali sampai ke sana. Diorang tak pernah sampai lagi. So, bawaklah diorang ke sana. Camberwell market ni macam car boot sale market lah. Diorang jual barang ntah hapa-hapa ntah. Kalau nasib baik dapatlah barang elok dengan harga yang murah. So, tadi enche Neezam dapat tv LG 21" free! Nasib baik tadi pasang kat rumah elok jer tv tu boleh pakai. Hehehehe...

Next, kitorang ke Brighton beach. Lebih kurang 20 minit perjalanan dari Camberwell tadi. Sampai kat Brighton lebih krang pukul 2 petang. Semua orang dah kelaparan. So kiter makan dulu!!!
Dah lama sangat aku nak ke Brighton ni tapi tak sampai-sampai. Hmmmm... hari ni baru dapat lepas hajat. Nak tau kenapa aku nak sangat ke sana? Ha!!! Sebab....

Rumah-rumah yang berwarna-warni ni!!!
Selain daripada pantainya yang bersih dan airnya yang jernih, Brighton beach ni terkenal dengan rumah-rumah kecil yang berwarna-warni ni lah. Rumah-rumah kecil yang berwarna-warni ni ialah beach hut atau dikenali sebagai bathing boxes kat Brighton ni. Ada 82 buah rumah kesemuanya dan setiap satu dicorak dan diwarnakan dengan pelbagai warna dan corak-corak yang menarik. Memang cantik! Untuk pengetahuan lanjut bolehlah klik kat sini.
Enche Neezam, Hairil dan Zafiri serta anak-anak ambil kesempatan untuk mandi. Air laut kat Brighton beach ni saaaaaangat bersih dan jernih serta tak melekit. Seronoknyalah tengok diorang mandi. Niesreena dan Naufal pun seronok main air. Sofea dan Adam pun enjoy!
Destinasi kitorang seterusnya ialah ke Melbourne city. Kitorang ke Federation Square. Sajer nak tengok kemeriahan orang OZ ni sempena Australian Open.
Disebabkan anak-anak semua dok tidur dalam kereta, so, kami orang-orang perempuan jer lah ke Fed Square sementara orang lelaki dok jaga anak. Hehehehhe... apa lagi! Sakan ler kitorang bergambar ;p
Memang ramai sangat orang. Semua dok terdongak dan ramai jugak yang terbaring kat depan tv besar tu tengok tennis.

Tak habis lagi jalan ni! Kitorang singgah pulak ke Albert Park untuk dinner. Kat sana ada satu lake. Best! Sebab ada banyak sangat itik-itik dan yang paling best ada swans. Banyak dan mesra plak tu. Hmmmm... mesra sebab dan ngecek makanan kat kitorang. Hehehehe... Tapi kitorang tak berani nak kasi. Kang kalau kasi kat sekor, nanti habis geng-geng dan kaum kerabat dia pun datang gak.
Destinasi terakhir kitorang pada hari ini ialah ke St Kilda *lagi!* untuk tengok Penguin Parade *lagi!*. Ye lah... last week kitorang pergi dengan kengkawan lain, minggu ni dengan kengkawan lain plak. Macam biasa, kenalah tunggu penguin balik bila matahari dah terbenam. Seronok tengok penguin tu berenang balik ke arah kitorang then terkedek-kedek cari rumah dia. Pandai betul. Tadi jugak dapat tengok rakali. Last week tak nampak.

~Niesreena & seagals~

~@ St Kilda~

~Orang ramai yang nak tengok penguin~

~@ St Kilda; nampak Melbourne city~

~Penguin cari rumah~
Kitorang sampai rumah lebih kurang pukul 11 lebih. Budak-budak dah tidur dalam kereta. Sian tengok masing-masing penat. Sian tengok enche Neezam yang kepenatan driving.
Yup!!! Hari yang memenatkan. Tapi still happy dan enjoy!
Tapi tadi kitorang dikejutkan dengan berita sedih....

*juliet le sweetheart : malas upload gambar kat fb

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top