♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, August 29, 2009

PaRam

8 Ramadhan, hari ni barulah berkesempatan ke param @k@ Pasar Ramadhan. Tu pun kemain jauh lagi kitorang pergi. Kat Craigieburn. Perjalanan pergi balik lebih 50km tu. Huhuhu...

Alang-alang dah pergi kemain jauh, hmmm apa lagi, enche Neezam pun memboronglah kemain banyak lagi! Hey! Belive me ok! Aku just beli kuih seri muka dua biji jer. Oh ya... dengan kerabu tomato, tempe, murtabak... Eh banyak jugak rupanya ek? ;p Hehehhehe... Walaupun gerai yang ada cuma 6-7 buah gerai jer, tapi kebanyakkan makanan yang dijual memang nampak menarik. Memang mencabar keimanan sungguh! Maklumlah... puasa-puasa ni semua nampak menarik. :)

So, hari ni menu berbuka kitorang tersangatlahhhhh banyaknyer. Sampai tak muat meja makan kitorang yang serba comel ni. Memborong punyerlah banyak. Sebelum keluar tadi pun aku masak plak dulu. Hmmmm... bertambah-tambah lagi lah. Kalau tau ada banyak makanan menarik, aku tak masak dari tadi.

Ha... ni menu air tangan aku...


~Ayam goreng french dressing. Resepi rekaan aku yang memang yummillious! Enche Neezam suka bangat walaupun pelik! ;p~

~Daging goreng black paper~

Dan ini pulak yang kitorang borong tadi... ;p


~Kerabu tomato~

~Mee goreng~

~Sate ayam dan daging. Sebatang aud$1. Mahal kan? Tapi sedap!~

~Nasi kerabu~

~Kuih seri muka kak Gee dan kuih gulung. 1st time buat kuih gulung. Menjadi dengan jayanyer sebab senang jer buatnyer~

~Ditambah pulak dengan air teh tarik. Pergh!

Ok, menu yang tiada di dalam gambar ialah murtabak *sebab frozen, so bleh simpan*, kuih lepat pisang *simpan untuk more* dan bubur lambuk *dapat free kat param tadi*. Niesreena suka sangat makan sate. 5 cucuk Niesreena makan sebelum kitorang sempat berbuka tadi. Nasib baik sate tu besar-besar. Niesreena makan 5 cucuk dah kenyang. Tu pun banyak kan. Nasib baik ada baki untuk kitorang. Takut gak kalau Niesreena habiskan semua. Tak sempatlah nak merasa. Kang kena cari batu belah, batu bertangkuplah pulak kan. Hehehhehe...

Banyaknyer juadah berbuka hari ni. Ini namanyer lepas geram. Maklumlah... kat sini bukan selalu ada pasar Ramadhan. Ada seminggu sekali jer. Tu pun tempatnyer tak tentu; kadang dekat, kadang jauh. Kalau rajin, pergilah... kalau malas, masak jer lah... ;p

So, kami amat kekenyangan hari ni. Nasib baik masih larat solat tarawih. Lepas dah tarawih, tala kuih lagi. Hehehhe...


*juliet le sweetheart : kalau kat Malaysia pun aku bukan rajin sangat gi param, penatlah...

Thursday, August 27, 2009

4 bulan; masa untuk menyembur!

Baby Naufal dah 4 bulan hari ni. Macam tau-tau jer dia tau. Pagi tadi lebih kurang pukul 2 pagi, baby Naufal bangun dan tak mau tidur. Naufal tak nak berdokong, tapi nak tatap muka aku yang jelita ni. Hehehhe... terpaksalah aku 'sangkut' muka aku ni kat tepi cot Naufal. Kejap-kejap Naufal tergelak-gelak. Ntah aper yang kelakar ntah. Bila aku baring semula, baby Naufal menjerit-jerit. Nak gak tatap muka beta. Adoiai! Ngantuk seh pagi tadi! Sampai pukul 3.30 pagi baby Naufal wat perangai gitu! Agaknyer Naufal nak celebrate masuk 4 bulan dengan mama di pagi-pagi buta itew kan... ;p

Oh ya! Dan dipagi buta itew jugak, selain tergelak-gelak sakan sambil memandang muka mamanya yang jelita ni, baby Naufal asyik MENYEMBUR jer! Ayooooo... start dah! Aku baru jer tulis kat blog ni beberapa hari lepas kan, pasal rambut gugur. Pagi ni Naufal dah dok menyembur-nyembur. Habis ayaq liuq jadi mask kat muka Naufal.

Sempena nak masuk hari raya pertama buat baby Naufal sambut akan datang ni, aku dengan bersemangat wajanya nak bagilah hari raya's hair cut kat baby Naufal. Ingat nak tunggu dekat-dekat nak raya nanti baru nak potong. Tapi aku dah rimas sangat tengok rambut Naufal yang dah panjang menutup telinga tu. So, aku pun potong jer ler dengan confidentnyer. Ngeh ngeh ngeh... Nak tengok hasil tangan aku yang tak pandai potong rambut ni?

Ni gambar sebelum rambut baby Naufal menjadi mangsa experiment potong rambut oleh mama.


Dan hasilnyer...

*

*

*

*

*

*

*

*

jeng... jeng... jeng...


Terpendek sangat!

Enche' Neezam kata rambut hero dia ni dah jadi rambut 'Abu Bakar Elah'. Ngeh ngeh ngeh... Ingat tak saper ABE tu? Alaaaaa yang rambut dia macam tempurung kelapa, peserta akhir sinaran pasport kegemilangan beberapa tahun dulu tu... ;p

Hmmmmm... iye ker macam rambut ABE. Aku rasa ok aper aku potong. Lagi nampak bulat muka baby Naufal. Hensem aper. Hehehhe... Actually, aku admit ler aku tersilap potong. ;p Maklumler... tangan tak profesional katakan. Terpendek sangat rambut depan tu. Iyerlah... masa gunting tu rambut baby Naufal basah. Aku potong betul-betul ikut paras kening Naufal. Tapi... bila rambut tu kering... ayooooo... pendek seh! Ngeh ngeh ngeh...

Nasiblah Naufal yer... Harap-harap cepatlah panjang sebelum hari raya menjelma.

Tapi...

pendek-pendek pun still hensem kan... Hehehehhe...


*juliet le sweetheart : nak start bagi baby Naufal makan...


Wednesday, August 26, 2009

Sambal tumis kering

Atas permintaan puan Thahira Bibi. Ni aku tuliskan resepi sambal tumis kering. Esok pagi leh wat sahur yer Bibi. :)

So, bahan-bahannyer ialah...

  • segenggam cili kering / cili padi
  • 2 biji bawang merah besar
  • 4 ulas bawang putih
  • segenggam ikan bilik
  • air asam jawa
  • gula
  • garam

Cara-caranya...

  • tumbuk cili kering / cili padi bersama-sama bawang merah besar dan bawang putih sehingga lumat *tapi kalau malas tak der masa nak tumbuk, mesin jer semua dalam blender tapi guna air yang minimum
  • panaskan minyak dalam kuali
  • bila minyak dah panas masukkan ikan bilis
  • goreng sekejap supaya ikan bilik tu garing
  • then tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi sehingga garing *garing ok, bukan hangit tau!
  • masukkan air asam jawa sikit
  • masukkan juga garam dan gula sesuka hati korang. Ikutlah selera masing-masing...
  • SIAP!

Kalau korang suka, sedap jugak kalau masukkan sekali tempe dan kentang goreng. Potong tempe dan kentang kecik-kecik dan goreng. Then masukkan kat dalam sambal tumis tu dan gaul sekali. Sedap!

Selamat mencuba!


~Sambal tumis cili padi~

~Sambal tumis cili kering~



*juliet le sweetheart : setiap pagi nak kena fikir menu berbuka... pening gak... ;p


Tuesday, August 25, 2009

Oh rambut...

Alaaaa... dah start dah... rambut dah mula gugur.

Biasalah... beberapa bulan lepas bersalin, biasanya bulan ke 4 lepas bersalin, ibu mesti akan keguguran rambut dan biasanya pada bulan yang sama baby akan pandai menyembur. Tapi buat masa ni, rambut aku dah banyak gugur tapi baby Naufal masih belum menyebur lagi. Maybe dalam seminggu dua lagi kot. Dulu, masa Niesreena 4 bulan, Niesreena memang suka sangat menyembur. Habis muka penuh ayaq liuq!

Klik sini untuk tengok Niesreena dok menyembur dua tahun yang lalu.

Tak suka sebenarnyer rambut gugur ni, sebab merata-rata rambut. Setiap kali sikat rambut kena bersihkan sikat tu sebab banyak rambut yang tersangkut. Kat getah rambut pun sama. Setiap kali tanggalkan getah rambut mesti banyak rambut yang ikut sama. Setiap kali menyapu, berkepuk-kepuk rambut yang aku dapat. Ayoooooo... Jangan botak sudahlah. Hehehehe...


*juliet le sweetheart : Dua hari lagi baby Naufal 4 bulan :)


Monday, August 24, 2009

Berbuka @ Kak Rami & Abg Shafiq's

Hujan turun sangat lebat masa kitorang keluar ke rumah kak Rami dan abang Shafiq tadi. Ditambah pulak jalan jem kat Plenty Road sebab waktu orang balik kerja. Akibatnyer, kitorang tiba kat rumah kak Rami beberapa minit lepas waktu berbuka. Nasib baik makanan tak habis lagi. Hehehhee... Actually, kebetulan masa kitorang tiba, sama dengan tibanyer tetamu-tetamu yang lain. Sumer lambat! Hehehhe... Cam berjanji plak. Sama-sama lambat!

Hari ni kak Rami wat nasi lemak. Hmmm... dah lamaaaa sangat tak makan nasi lemak. Memang sedap! Ditambah sedap lagi dengan lampung goreng. Yum yum! Tapi... tak kena langsung dengan sup ekor yang aku bawa. Tapi nasib baik licin jugak. Hehehhe...

Lepas berbuka, macam biasa kitorang akan tunggu solat isya' dan tarawih sekali. Macam biasa, enche Neezam akan mengimamkan solat. Dan macam biasa jugak. Aku memang tak der rezeki nak solat tarawih sekali. Baru jer mula solat isya' terdengar suara baby Naufal menangis. Nasib baik ada Mas tolong tengokkan Naufal. So, solat isya' jer lah...

Hmmmm... sebab tu lah aku tak boleh nak ikut enche Neezam gi solat tarawih berjemaah dengan desa Bundoora. Kang mana nak solat, mana nak jaga Niesreena dan Naufal, kan? Hmmmmm... ada sesaper yang nak jadi babysitter f.o.c tak? ;p


*juliet le sweetheart : macam-macam teringin nak makan dalam bulan puasa ni...

Sunday, August 23, 2009

Nasi kerabu weeeeh!

Sedapnyer berbuka hari ni dengan nasi kerabu. Air tangan Isma bininyer Hairil. Sedaaaaaaappppp... Untung ada orang jemput untuk berbuka puasa. Hehehhehe... Kalau hari-hari ada orang invite datang makan kan best! Ngeh ngeh ngeh... Walaupun first time Isma buat nasi kerabu ni tapi memang sedap. Macam orang dah biasa buat jer. Haa... tak sangka dapat jugak merasa nasi kerabu kat Melbourne ni. :)

Seronoknyer berbuka puasa beramai-ramai ni sebab bila dah ramai, so banyak lah jugak juadahnyer dari air tangan memasing kan. So, selain nasi kerabu, tadi ada roti jala dari #4 Waterdale, ada kuih-muih dari orang atas Uni Mews, dan dari #14 Waterdale, aku wat lampung @k@ paru goreng sambal manis. Semua sedap!

Lepas berbuka, kitorang solat isya' dan tarawih berjemaah. Tapi aku sempat solat 4 rakaat jer tarawih sebab Niesreena dan Naufal bangun dari tidur. Aiyaaaaa...

Balik dari rumah Hairil hampir pukul 11. Punyerlah rancak berborak sampai tak sedar malam semakin larut. Hehehehhe... Tapi best! Memang seronok berbuka beramai-ramai.

Isma, nasi dagang dah... nasi kerabu pun dah... Lepas ni nak buat nasi aper pulak? Kitorang dengan sukacitanyer sudi menjadi 'tukang rasa'... Hehehhee... ;p


*juliet le sweetheart : gambar tukang tangkap gambar mesti selalu tak der... lupalah nak snap gambar abang... sorry...


Saturday, August 22, 2009

Satu Ramadhan

Macam biasa, sejak kahwin ni lah, setiap kali bermula bulan puasa aku akan masak sambal tumis kering untuk buat bersahur. Tak kiralah samada sambal tumis cili kering atau sambal tumis cili padi. Janji kering! Nyum nyum... sedap! Buat banyak-banyak, then simpan dalam fridge. Setiap kali bersahur, panaskan jer. Biasanya kalau bersahur aku tak suka makan makanan yang berkuah. Memang suka makan yang kering-kering jer.

~Sambal tumis cili padi dan ikan bilis~

Enche Neezam pun senang jer. Dia suka makan telur goreng + bawang goreng + kicap! Jadik! So kalau memang dah desperate tak der makanan untuk bersahur dan kalau dah malas tak larat sangat nak masak. Just goreng telur jer lah untuk enche Neezam. Enche Neezam akan makan dengan berseleranya. :)

~Favourite enche Neezam; telur goreng + bawang goreng + kicap~

~Additional menu 1st day sahur, ikan bakar dengan air asam~

So, malam tadi aku dah prepare untuk makanan bersahur. Aku ingat nak lah masak specialkan... Tapi enche Neezam request makanan kegemaran dia. Lagilah senang! Hehehehe... Biasalah, first day puasa memang bersemangat. Malam-malam lagi dah prepare makanan untuk bersahur. Tunggulah lepas seminggu. Lemau jer nak sahur. Hehehehe...

Ni nak pikir makan berbuka plak. Nak masak aperlah pulak ek?


*juliet le sweetheart : rindu sambal tumis kering mak dan sambal tumis arwah nenek...


Thursday, August 20, 2009

Convo adik @ UTM Skudai

Hari Isnin yang lepas adik konvo kat UTM Skudai. Hari ni baru dapat tengok gambar adik konvo. Lambat tol upload gambar. ;p

Seronoknyer tengok diorang; mak dan abah serta adik-adik. Semuanya happy! Kan best kalau aku bleh join sama. Abah pun sanggup terbang balik dari Sabah untuk tengok konvo adik.


"Adik,

Congrats!
Dua tahun lagi sarung jubah UPM lah pulak ek.
^_^"


*juliet le sweetheart : teringat masa aku sarung jubah yang sama beberapa tahun yang lalu...


Wednesday, August 19, 2009

Kelebihan bulan Ramadhan

Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan beberapa hari lagi, di sini aku ingin berkongsi dengan kengkawan semua mengenai kelebihan bulan Ramadhan. Semoga dengan kedatangan bulan yang mulia ini akan mendekatkan lagi diri kita dengan Allah yang maha esa dan semoga amal ibadah kita akan diterima oleh-Nya. Amin...

Daripada Anas r.a, katanya, Nabi s.a.w bersabda, "Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah (kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini."

Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat, istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.

Berkata Saidina Ali, "Nabi s.a.w telah bersabda, apabila engkau melihat sehari dalam bulan Ramadhan maka bacalah olehmu “AllahuAkbar” 3 kali, kemudian bacalah :

Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam, nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan "Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah."

Bersabda Nabi s.a.w , "Bahawa syurga berlenggang-lenggang dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan. Pada awal malam bulan Ramadhan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya. Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani.

Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari "Adakah orang yang hendak meminang kami?" kepada Allah, kata bidadari pula "Apakah malam ini namanya?". Jawab Malek Ridwan (malaikat), "Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan."

Lalu Allah berfirman, "Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab Al-Jannah untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad s.a.w. Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad s.a.w. Hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya.

Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali "Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!"

Pada malam Lailatul Qadar, Allah Ta’ala menyuruh akan Jibrail a.s turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat (Musyriq Ke Maghrib) untuk menyelamatkan umat Muhammad, lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh. Berkata para malaikat kepada Jibrail, "apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad s.a.w pada bulan Ramadan ini?"

Berkata Jibrail, "Bahawasanya Allah melihat kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya, iaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari."

Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah para malaikat kepada tiap-tiap negeri. Turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, "Wahai umat Muhammad, keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar." Apabila tiba umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada malaikat, "Wahai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya?" Jawab malaikat, "Wahai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya." Firman Allah, "Bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka!"

Maka firmannya lagi, "Wahai segala hambaku, pohonlah kamu kepadaku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akan sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu!" (Al-Hadith)

Sabda Nabi s.a.w, "Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya, iaitu,

    ♥ Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah.

    ♥ Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.

    ♥ Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.

    ♥ Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    ♥ Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat. (Al-Hadith)

Sabda Nabi s.a.w, "Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya), dan sabar itu adalah syurga balasannya. Bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya."

Berkata sahabat, "Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah?"

Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air. Barang siapa kenyangkan orang berpuasa, diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)

Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.

    ♥ Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun dan pada hari kiamat bersamaku di bawah Arasy.
    ♥ Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa, didirikan kota bercahaya indah dan cemerlangnya.
    ♥ Siapa yang berbakti kepada ibubapanya Allah memberikan rahmat kepadanya.
    ♥ Isteri yang berbuat sesuatu untuk mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya seperti Siti Maryam.
    ♥ Siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya.
    ♥ Siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya.
    ♥ Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah di dalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)

Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek dan Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek dan Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman dari syurga. Maka Malek dan Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan, minuman dan buah-buahan sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (Al-Hadith)

    ♥ Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadhan, dia membalikkan badannya sambil meyebut "Allah!" maka kata malaikat kepadanya, "Rahimakallah" - Allah mencucuri rahmat kepada kamu.
    ♥ Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya, "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga."
    ♥ Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian, "Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga."
    ♥ Apabila memakai kasut, berdoalah kasut, "Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!"
    ♥ Apabila memegang timba, berdoalah pula timba, "Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!"
    ♥ Apabila mengambil air sembahyang, berdoalah air itu, "Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!"
    ♥ Apabila berdiri sembahyang, berdoalah rumahnya, "Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah, lapangkanlah kuburnya!"

Serta menilik Allah kepadanya, maksudnya, "HambaKu berdoa dan Aku menerima!" (Al-Hadith)

Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud, satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy. Lalu berkata malaikat itu, "Wahai Tuhanku, ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! Janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadhan dari umat Muhammad!" (Al-Hadith)

Ramadhan @ Ramada bererti : membakar – yakni menghapuskan dosa-dosa orang yang berpuasa dan beribadat dalam bulan Ramadhan.

Ramadhan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.

Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat, "Untuk siapakah ya Rasulullah?" Lantas Baginda menjawab...

"Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan-makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al-Hadith)

"Semulia mulia sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadhan." (Al-Hadith)

"Puasa itu perisai dan sedekah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)

"Siapa memberi makan (berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun." (Al-Hadith)

Sabda Nabi s.a.w, "Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadhan, diam tiada berkata yang sia-sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadhan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari (nurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya." (Al-Hadith)

Sabda Nabi s.a.w, "Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah." (Riwayat At Tibrani). (Al-Hadith)

Sabda Nabi s.a.w, "Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadhan hingga akhir malam Ramadhan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadhan, dibinakan baginya tiap-tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari." (Al- Hadith)

Sabda Nabi s.a.w "Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadhan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadhan atas segala bulan." (Al-Hadith)

Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadhan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka diampunkan segala dosanya yang telah lalu. (Al-Hadith)

Sabda Nabi s.a.w, "Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan." (Al-Hadith)

Apabila berakhir bulan Ramadhan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.

Apabila berakhirlah malam bulan Ramadhan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, kerana berlalu Ramadhan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya, "Ya Rasullullah, apa itu musibah?" Jawab Rasullullah s.a.w, "Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?!" (Al-Hadith)

Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga malam dengan ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadhan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di berikan pahala dengan banyak, dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.

Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir “Allahu Akbar” sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya, tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith)

*** Petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi.



*juliet le sweetheart : tahun kedua berpuasa di bumi kanggaroo...


Tuesday, August 18, 2009

Futsolix @ Futsal KUAM 2009

Kitorang ke Albert Park pagi tadi. Ada tournament Futsal KUAM. Berkobar-kobar ke sana untuk menyokong pasukan futsal wanita dari Desa Bundoora; futsolix. Waktu keluar pagi tadi, angin tersangatlah kuat. Takut aku jadinya. Sikit lagi aku nak jadi Marie Popins. Hehehe... On the way ke Albert Park, kereta kecil kitorang macam melayang-layang jer ditiup angin. Serammmm....

Kitorang sampai lewat kat sana. Futsolix dah main satu game. Ada tiga games lagi. Aku suka sangat tengok Futsolix main kali ni, sangat bersemangat, berstategi dan teror! Memang best! Hmmmm... kalau ikutkan hati aku, nak jer aku join main. Tapi... heheheheh... paham-paham jer lah yer... takut luka dalam ceaser ni tak heal betul lagi. :)

Apa-apa pun, tahniah kepada team Futsolix atas permainan yang sangat bersemangat dan mengujakan tadi!


~Futsolix divas~

~Warming up!~

~Dengar celoteh enche Neezam~

~Aksi`aksi Futsolix dalam gelanggang~

~Niesreena buchuk~

~Penyokong-penyokong cilik; uda, niesreena & mila~

~Bukan main lagi laki aku berposing~

Lepas tournament ke Estellerlah pulak...


Aku bangga sangat dengan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh anak-anak dara ni. Walaupun masing-masing sibuk study tapi masih ada masa untuk beriadah macam ni. Go Futsolix!


*juliet le sweetheart : bilalah boleh join lagi?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top