♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, July 27, 2009

Tiga bulan! Yey!

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat maha suci Allah swt, hari ni baby Naufal dah masuk 3 bulan. Semakin membesar, semakin semangat, semakin bijak dan semakin comel! Baby Naufal dah pandai kena agah sekarang. Mudah sangat senyum. Bila kena agah mesti tersenyum comel... :) Kadang tu tak payah agah, bila baby Naufal terpandang jer muka mama, ayah atau Niesreena, baby Naufal akan tersenyum. Comel sangat! Macam happy sebab ada orang disamping dia agaknyer. Aku suka sangat tengok Naufal senyum. Kadang-kadang tu Naufal gelak terkekeh-kekeh. Yup! Lol! Laugh out loud! I love the giggles! Comel! Comel! Comel! Tapi nak buat Naufal tergelak bukan senang; kena bawak baby Naufal joget-joget, kena buat macam buai, kena wat Naufal macam superman! Adeh! Penat... tapi bila baby Naufal tergelak terkekeh-kekeh, terasa berbaloi sangat!

Bila baby Naufal dah 3 bulan, nampaklah wajah baby Naufal tak berapa sama dengan Niesreena masa Niesreena tiga bulan dulu. Lain sangat. Aku rasalah... Niesreena lebih ikut muka ayah dan rasanya baby Naufal ni lebih ikut muka mama.

Ni gambar Niesreena masa Niesreena 3 bulan. Comel kan? Mestilah comel... hehehe... Lagi gambar Niesreena masa 3 bulan, klik sini!

Alhamdulillah, aku bersyukur sangat kepadaNya. Semoga kedua-dua penyeri hidup aku ni membesar dengan sihat dan bijak dan menjadi umatNya yang soleh dan solehah. Amin...



*juliet le sweetheart : ^_^


Saturday, July 25, 2009

Aktiviti the little Khairuns

Hari ni kitorang tak kemana-mana. Duduk kat rumah jer. Mama Khairuns ingat nak buat inti karipap tapi tak buat-buat dari tadi. Lepas mengemas rumah dan lunch, mama Khairuns terus mengadap pc ni. Ayah Khairuns plak tengah main wii. Sedang berusaha untuk beat tahap ke'pro'an mama Khairuns main tenis yang telah mencecah 1800. Ngeh ngeh ngeh... Entah sampai pukul berapalah tu agaknyer ayah Khairuns akan mengadap benda tu. ;p Ohh ya... Ayah Khairuns gembira hari ni sebab dua paper ayah Khairuns telah diterima untuk presentation kat Surabaya bulan November nanti.

Khairunniesreena pun main wii gak. Konon jer. Sibuk pukul-pukul macam main tenis gak. Kononnyer yang lawan tu Niesreenalah. Hehhehehe... Niesreena suka tiru aksi pemain-pemain kat wii tu. Kelakar! Niesreena paling suka tengok orang-orang tu meloncat bila bola bowling terbaling kat belakang. Tergelak-gelak Niesreena tengok.

Niesreena suka sangat makan limau. Dari tadi Niesreena makan limau. Niesreena susun ulas-ulas limau tu macam keretapi dan makan satu per satu. Hari ni jer dah 4 biji limau Niesreena makan. Sampai mama Khairuns terpaksa sorokkan limau sebab Niesreena ambil dan kopek sendiri. Mama dan ayah Khairuns tak kasik Niesreena makan banyak-banyak limau sebab takut Niesreena sakit perut. Mama Khairuns kata, "makan esok pulak ok!" Niesreena buat muka hampa tapi nasib baik Niesreena dengar kata. ^_^

Khairunnaufal, macam biasa terbaring ajer. Baby Naufal tak banyak ragam. Memang senang sangat jaga Naufal. Cuma sekarang ni Naufal dah pandai merengek nak mintak kena dokong, nak mintak kena peluk.

Sekian laporan dari #14 Waterdale Apartment, Waterdale Rd, Melbourne, Victoria, Australia, hari ini. ^_^


*juliet le sweetheart : esok WAJIB keluar!


Thursday, July 23, 2009

Bag Butler

Thinking of buying this cute little thingy!

Benda ni digunakan untuk sangkut beg kat meja. Kalau gi makan ke kan, tak lah letak beg kat kerusi lain atau atas pangku. Just sangkut jer benda ni kat meja dan sangkutlah beg. Macam ditunjuk dalam gambar yang last tu.

Memandangkan aku ni seorang pembawa beg tangan yang setia. So, aku rasa aku perlu benda ni. Masalahnyer... ari tu masa benda ni sale aku tak nak beli. Masa tu just aud$25 jer. Harga asal aud$30.50. Sekarang ni dah tak sale baru sibuk nak beli. Menyesalnyer tak beli hari tu!

Dan memandangkan aku nak balik Malaysia lepas raya ni, aku ingat nak beli kat Malaysia jer. Sebab kalau convert ke RM, aku tak rasa benda ni cecah sampai RM90. Ye tak? Tapi masalahnyer... kalau kat Malaysia, benda ni ada jual kat mana? Aku tak pernah jumpa pun.

So, sekarang ni aku tengah dok terpikir jer. Nak beli ke tak sekarang ni? Ke cari kat Malaysia jer? Kang tak jumpa plak kat Malaysia. Baik beli kat sini jer ek? Eeehhhh... conpius lah... nak ikutkan aud$30 tu boleh jer aku beli, tapi sebab ari tu tertolak yang aud$25 tu rasa menyesal plak. Aud$5 tu beza dia. Banyak tu... *nampak sangat tak aku ni kedekut?* Actually, aku bukanlah kedekut, tapi nak jimat. Percayalah... Tapi offer tu pun dah tak der. Tak payahlah nak dok pikir lagi kan. Hmmmmm... so, nak beli sekarang ke atau cari kat Malaysia jer? Tapi kalau kat Malaysia, nak cari kat mana benda ni?


*juliet le sweetheart : wii fit on the list as well... ngeh ngeh ngeh...


Wednesday, July 22, 2009

Dark chocolate with chili?!

Terperanjat jugak bila jumpa coklat ni.

Nampak sedap tak?

Yum yum!

Amacam? Ada berani mau cuba?

Jom try!

Bismillah...

Aaaarrrrrrhhhhhhh!!!

Pedas!

Banyak ni jer lah yang aku mampu cuba...

Membazirnya...

Sesaper nak rasa?


*juliet le sweetheart : seriously!!!


Tuesday, July 21, 2009

Lunch with Shila

Shila, kawan kitorang dari Brunei ni, dah pun selamat menamatkan pengajian dia kat sini. Malam ni Shila akan balik ke Brunei. Back for good! Tengahari tadi kitorang lunch ngan Shila dan kengkawan lain; Baya, Faliq, Tiqie dan Mei Lin kat Sofia, Campberwell. Shila belanja! :) TQ Shila!

Memang best makan kat Sofia ni. Paling best sebab makanan ni banyak giler satu pinggan. Sorang makan memang tak habislah. Bila makanan sampai tadi semua terperanjat tengok kuantiti satu pinggan yang sangat banyak. Boleh buat makan 3-4 orang. Dah tu tadi semua orang order sepinggan sorang. Haaa banyangkanlah berapa banyak makanan nak dihabiskan. Hehehehe... Tapi sedaaaaaaap...

~Fristo misto~

~Fetucini~

~Spaghetti bolognese~

~Penuh meja dengan makanan yang sedap!~

~Inilah Shila~

~Niesreena suka sangat iced chocolate ni sebab atasnyer ada ais krim~

~Baby Naufal toncet! Hehehhe... Macam biasa, tidur jer... Senang mama dan ayah nak makan~

~Mei Lin dan enche' Neezam KU~

~Tiga dara pingitan; Tiqie, Baya & Faliq~

~Me & the Khairuns, Mei Lin & Shila~

~Kitorang!~

~Baby Naufal pun nak lunch jugak~

~Hensem boy!~

~Kat Sofia. Sangat selesa kedai ni. Siap bagi solat lagi kat tingkat atas kedai~


"To Shila,

Wish you very best of luck.

Hopefully this friendship will never end!

juliet le sweetheart"

Sunday, July 19, 2009

Pasar ria sate amal

Lepas solat Zohor, kitorang ke St. Ambrose's Hall kat Brunswick. Ada pasar ria sate amal untuk mengumpul dana membina masjid kat Melbourne ni dan juga bersempena isra' mikraj. Pasar ria ni dianjurkan oleh Komuniti Melayu Singapura, Badan EHSAN, FAMSY, VMPGA, KUAM , PetroVic dan MASCA.

Ada banyak sangat gerai makanan yang dibuka hari ni. Macam pasar malam, cumanya dibuat disiang hari. Best sangat! Ada nasi beriani, rojak, laksa singapure, wantan, kuih-muih, kebab dan macam-macam lagilah. Karipap pusing frozen pun ada jual. Mahal! Dan karipap aku lagi cantik. Hehhehehe... Masuk bakul, angkat sendiri ek. ;p Tapi dalam banyak-banyak makanan yang ada tu, mestilah semua orang kejarkan sate! Nak dapatkan sate kena beratur punyalah panjang! Sian enche' Neezam. Beratur gak panjang-panjang dan sejuk-sejuk demi mendapatkan sate untuk isteri dan anak tercinta! Cewah!

Yum! Yum! Sedapnyer sate! Lama tak makan sate! Niesreena pun suka sangat makan sate. Sementara makan, famili kak Jumie tolong babysitting baby Naufal. Nyenyak betul baby Naufal tidur dipangkuan uncle Ashraf.

Hari ni sangatlah windy! Sejuk giler! Makan kat luar plak tu.

Selain gerai-gerai makanan, ada jugak aktivit-aktiviti lain seperti ceramah agama dan persembahan tradisional; tarian kuda kepang dan dikir barat. Ramai sangat orang tadi. Best! Dan sangat seronok!



*juliet le sweetheart : rindunyer nak gi pasar malam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top