♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, June 6, 2009

Great Ocean Road to Grampians

Hari ni perjalanan mengelilingi Victoria diteruskan lagi! Destinasi hari ialah ke Grampians. Tapi sebelum meneruskan perjalanan ke sana, kitorang berpatah balik ke Twelve Apostles dulu sebab semalam tak puas. Kemudian ke London Arch sebelum terus ke Grampians.

Kitorang tiba di Twelve Apostles awal pagi. Tak ramai pengunjung yang dah ada kat sana. So, best lah bergambar sebab tak der gambar orang lain dok terselit. Cuaca pun best! Alhamdulillah...

Apa yang menarik kat Twelve Apostles ni ialah ada limestone rock. Limestone rock ni terjadi secara semulajadi akibat daripada hakisan air dan udara. Asalnya ada 12 batu-batu besar ni, sebab tu tempat ni dipanggil 'The Twelve Apostles'. Pada asalnyer nama tempat ni ialah 'The Sow & Piglets'. Tapi sekarang cuma tinggal 8 jer limestone rock yang masih ada. Selebihnya dah runtuh akibat hakisan.

Subhanallah... Allah maha besar. Memang cantik dan kagum sangat tengok kejadian alam ciptaan Allah. Permandangan kat sini memang sangat sangat sangat cantik!


'The London Arch' terletak tak berapa jauh daripada destinasi Twelve Apostles. Tempat ni dipanggil London Arch sebab kononnyer bentuk batu tu sama dengan bentuk London Bridge. Dulu, batu London Arch tu bersambung dengan shoreline. Then runtuh kat bahagian tengah. Hmmmm... sesuailah dengan lagu 'London Bridge is falling down...' :)

Destinasi seterusnya ialah ke Grampians. On the way ke Grampians, kitorang singgah kat Lake Bolac. Jumpa tempat ni secara tak sengaja sebenarnyer. :) Kawasan Lake Bolac ni sebenarnyer adalah kawasan tasik yang sangaaaaaat luas... dululah... Tapi sekarang, tasik ni completely dried up! Memang kering kontang. So nampaklah kawasan dasar tasik ni yang sangat luas, warna hitam. Tak tau lah macam mana kawasan tasik yang sangat luas ni boleh jadi kering kontang. Kuasa Allah kan... Hmmmm... mungkinkah kawasan ni akan digenangi air semula? Hmmmm... kiter tunggu dan lihat...

Sampai di Grampian, lebih kurang pukul 4 lebih. Hari dah gelap. Ditambah pulak dengan hujan renyai-renyai. So, kitorang decided untuk balik ke hotel jer dulu. Hmmm... terpaksalah spend malam yang panjang kat dalam bilik hotel jer. Berehat! Esok hari terakhir! Tapi perjalanan masih panjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangggggg...

*Lagi gambar kat *juliet le sweetheart's Picasa Web Album



*juliet le sweetheart : nikmati hari siang yang pendek dan malam yang panjang...



No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top