♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, June 30, 2009

Dah 29 tahun

Alhamdulillah... bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izinNya aku dapat menyambut hari ulangtahun aku yang ke 29 tahun dua hari yang lepas. Gembira rasanya kerana dapat menyambut hari yang penuh bermakna ni di samping orang-orang yang aku cintai dan sayangi; enche' Neezam, Niesreena & Naufal. Hmmmm... kalau ada mak, abah, adik-adik dan famili mertua dapat berkumpul sesama mesti lagi best kan... tapi apakan daya... maybe next year. :) Tapi yang pastinya diorang tak lupakan harijadi aku. Tepat jer pukul 12 waktu OZ, bertalu-talu aku terima sms daripada keluarga dari Malaysia; mengucapkan Selamat Harijadi. ^_^ Begitu juga daripada kengkawan; yang call, sms, ym, kat blog, kat friendster, kat facebook.

Terima kasih korang!

So, soalan cepu emas setiap tahun dari kengkawan -- "enche' Neezam bagi apa?"

Hmmmmm... rahsia. Hehehhehe... Tak lah... Nak tau?

Jeng... jeng... jeng...

drumroll please!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Cantik tak?

Sangat suka!

Terima kasih, abang! :*


Nasib baik tak dapat minyak wangi {lagi!}. Hehehhee... Minyak wangi Paris Hilton *presie last 2 years* dan 15th Avenue Elizabeth Arden *presie last year* pun tak habis lagi! Nway, buat masa ni *well, hopefully selamanyalah...*, hadiah harijadi adalah perkara wajib enche' Neezam bagi setiap tahun. Tapi tidak untuk aku bagi kat enche Neezam setiap tahun. Boleh??? Hehehe... ngelat! ;p

Seronokkan sambut harijadi... ^_^


*juliet le sweetheart : semalam sibuk menyiapkan tempahan karipap


29


My 29th today!

Wie hie! ^_^

Happie birthday to me!



Monday, June 29, 2009

Orientasi IPT mesti berunsur keintelektualan

Artikel enche' Neezam kat Berita Harian hari ni mengenai minggu orentasi kat IPT.

Teringat masa minggu orentasi kat UTM dulu. Pakai baju putih dan kain biru. Seminggu orientasi tu asyik nangis jer. Bukan sebab kena buli ke hapa... tapi sebab rindu kat famili kat KL. Maklumlah... aku masa tu first time berpisah dengan famili. Sedih woooo... Nak nak masa tu mana ada handphone. Nak call famili pun susah. Kena beratur panjang kat public phone. Pastu nak nangis sengan sebab orang nampak. Akhirnya balik asrama nangis kat bilik air. Hehhehehe... Tapi masa nangis tu dengar gak orang lain nangis gak kat bilik air sebelah. Hehehhehe... Kelakar!

Tapi masa minggu orentasi memang seronok. Dapat berkenalan dengan kengkawan baru yang aku masih berkawan sehingga sekarang. Wujudnya 'de kroni'! Aktiviti sepanjang minggu pun best. Cumanya tak cukup tidur dan tak cukup rehat. Makan pun tak best! Huhuhuhu...

Apa-apa pun, itu semua pengalaman manis dan pahit yang tak dapat dilupakan. Seronok dan sedih! Dan bersyukur sangat tak der kes buli-membuli macam sesetengah tempat.

So, ini adalah petikan artikel enche' Neezam di berita harian hari ni. Enjoy!

Orientasi IPT mesti berunsur keintelektualan

SEJAK bertahun-tahun dulu, pihak universiti menganjurkan minggu orientasi dinamakan sebagai minggu interaksi, minggu haluan siswa atau minggu taaruf pada awal kemasukan siswa baru ini.

Penganjuran minggu orientasi di institusi pengajian tinggi (IPT) kebiasaannya diterajui Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan dibantu Majlis Perwakilan Mahasiswa, persatuan Pelajar dan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa.

Minggu orientasi sangat besar impaknya dalam menyuluh jalan tepat untuk diteladani siswa baru dalam mengharungi dunia menara gading yang serba asing ini. Misalnya, aktiviti pengenalan kepada polisi dan peraturan universiti berperanan memandu arah siswa baru mengenai hala tuju universiti.

Aktiviti debat antara siswa memberi panduan supaya siswa bijak mengolah dan mengutarakan pendapat dan bangkangan. Aktiviti keagamaan seperti muzakarah, usrah dan perbincangan moral mengajak siswa untuk berpegang teguh dengan panduan agama masing-masing.

Aktiviti kesukanan mencetus kepada gaya hidup siswa yang sihat. Aktiviti kemasyarakatan pula menyerlahkan bahawa siswa begitu besar tanggungjawabnya kepada perkembangan komuniti dan sosial.

Namun, kejayaan pihak universiti mengadakan minggu orientasi yang sempurna akan tercalar jika ada anasir yang tidak memenuhi aspirasi universiti. Dalam kes yang pernah berlaku sebelum ini, rungutan diluahkan sebilangan ibu bapa dan penjaga mengenai sesuatu yang 'menyimpang' berlaku kepada anak mereka menjelaskan segala-galanya.

Misalnya, wujud program sampingan yang dianjurkan siswa senior untuk menunjukkan 'senioriti' masing-masing dengan memaksa siswa baru membasuh baju mereka, membuat sesuatu yang tidak masuk akal seperti meniup lampu kalimatang hingga padam, memberi gelaran nama yang buruk dan memalukan kepada siswa baru, dan sebagainya.

Pihak universiti dan Majlis Perwakilan Mahasiswa bertanggungjawab untuk menghindarkan program yang tidak berasas sebegini.

Beberapa cadangan seperti berikut boleh dijadikan pertimbangan pihak universiti untuk memastikan kelancaran dan kemurnian minggu orientasi siswa ini.

  • Pihak universiti perlu mengambil tindakan lebih tegas terhadap pelajar senior yang didapati membuli pelajar baru bukan saja dalam minggu orientasi bahkan pada sepanjang masa. Ini dapat memberi pengajaran kepada semua siswa bahawa membuli adalah satu kesalahan yang sangat serius dan dilarang.
  • Pemilihan ahli jawatankuasa penganjur dan fasilitator di kalangan siswa perlu dilaksanakan dengan lebih teliti. Hanya mereka yang benar-benar matang, serius, menunjukkan sifat kepemimpinan dan berakhlak terpuji yang dipilih.
  • Semua aktiviti yang dianjurkan sepanjang minggu orientasi perlu dikawal, dipantau dan diaudit sepenuhnya bagi mengelak sebarang aktiviti yang bercanggah dengan matlamat sebenarnya dalam minggu orientasi.
  • Siswa baru diberi ruang seluasnya untuk membuat aduan sekiranya berlaku sebarang aktiviti buli atau tidak relevan yang berlaku kepada mereka ketika dan selepas minggu orientasi. Ia akan menjadi satu bentuk jaminan bahawa universiti benar-benar bertanggungjawab terhadap kebajikan mereka dan mereka tidak perlu gusar dan takut dengan sebarang tindakan negatif senior mereka.
  • Perlu ada mekanisme kawalan secara langsung terhadap semua aktiviti dilaksanakan sepanjang minggu orientasi daripada pegawai universiti yang bertanggungjawab. Pegawai seperti di Unit Hal Ehwal Pelajar dan Fakulti, serta pengurus dan felo asrama perlu secara langsung mengawal selia perjalanan setiap program yang dianjurkan.

Semua pihak perlu ingat bahawa Falsafah Pendidikan Negara meletakkan justifikasi yang tinggi untuk melahirkan graduan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dan ber-keupayaan menyumbang ke arah pembangunan negara secara total.

Untuk itu, sekiranya anasir negatif telah sedia wujud sejak minggu orientasi lagi, dikhuatiri matlamat melahirkan siswa cemerlang, gemilang dan terbilang akan terjejas. Jika minggu orientasi di universiti terjamin 100 peratus menepati sasaran keintelektualannya, maka sudah tentulah semua pihak akan menghela nafas kelegaan.

Ia juga akan menambah keyakinan ibu bapa dan penjaga untuk melepaskan anak-anak mereka hidup secara berdikari di menara gading, dan seterusnya berjaya menggenggam segulung ijazah pada akhir pengajian nanti.

KHAIRUNNEEZAM MOHD NOOR,
La Trobe University,
Melbourne.


*juliet le sweetheart : rindu pulak kat kengkawan masa belajar dulu


Sunday, June 28, 2009

Barbeque Kg Vic

Hari ni kitorang dijemput ke bbq anjuran Kg Vic. So jumpa ramaaaaaaaiiii sangat Malaysian yang aku tak kenal. So dapatlah berkenalan dengan kengkawan baru. Selain kengkawan dari kg Vic, beberapa orang kengkawan dari Desa Bundoora pun ada jugak yang turut hadir.

Macam biasa, bila dah berkumpul macam ni the best part mestilah part makan. Hihihihi... seperti yang aku jangka, banyak sangat makanan malaysia yang ada; laksa, soto, mee goreng, nasi goreng, nasi tomato dan banyak lagi lah... sampai tak termakan... :)

Selain acara makan, ada jugak sukaneka untuk kanak-kanak dan ibubapa. Best! Semua sporting. Aku ingat nak join gak sukaneka. Tapi waktu tu lah pulak baby Naufal mintak nenen. ;p


Hmmmm... bila pulak warga desa Bundoora nak wat picnic ni? Tapi tunggu habis winterlah yer... Sekarang ni berpicnic... sejuuuuuuuukkkk.... ggggrrrrrrrrr...

Nway, terima kasih banyak kepada penduduk 'kampung Victoria' kerana sudi menjemput kitorang dari Desa Bundoora. Hmmmm... lain kali jemputlah lagi yer! ^_^



*juliet le sweetheart : tak sabar tunggu winter habis. Tak tahanlah sejuk!


Saturday, June 27, 2009

Baby Naufal dah 2 bulan!

Dah 2 bulan dah anak mama. Wiehie!!! ^_^ Rasa cepat ek masa berlalu. Dalam masa 2 bulan ni, ada macam-macam progress baby Naufal. So, sempena Naufal berusia 2 bulan hari ni, mama Naufal nak cerita sikit pasal progress baby Naufal k!

  • Sekarang ni baby Naufal lebih banyak berjaga dari tidur. Antara pukul 6 malam - 10 malam adalah waktu yang selalu Naufal berjaga. Terkebil-kebillah mata Naufal tengok mama dan ayah dia buat hal masing-masing. Bila kena tepuk, Naufal tidur semula tapi sekejap jer. Hmmmm... bagus jugak Naufal bangun waktu-waktu macam tu, sebab malam baby Naufal akan tidur lama sikit. So, kurang waktu berjaga untuk minum susu. Mama dan ayah Naufal pun bolehlah tidur lena skit. :)

  • Sekali sekala bila kena agah, baby Naufal akan tersenyum. Suka sangat bila tengok Naufal senyum. Comeynyer! Tapi susah nak tengok baby Naufal tersenyum bila kena agah. Kadang-kadang jer Naufal akan tersenyum *kalau bernasib baik*. Kalau lebih bernasib baik, bila kena agah Naufal akan tergelak-gelak. Sukanya dengar Naufal giggle. Comey!! Kadang-kadang tu, eh bukan kadang-kadang tapi selalu. Ye! Selalu sangat Naufal tidur sambil tergelak. Ya Allah! Comel! Kelakar tengok Naufal. Ntah apa yang dimimpikan agaknyer ntah.

  • Aku suka gak dengar baby Naufal nangis sebenarnyer. Hehehhe... Bila Naufal nangis... muka Naufal nampak soooooo innocent! Bibir Naufal yang mencebik tu nampak comel sangat! Enche' Neezam suka ajuk bibir Naufal yang mencebik tu. Comel gaks! Hehehhe... Sekarang ni bila Naufal nangis dah ada sikit-sikit keluar air mata. Sebelum ni memang tak der langsung. Bila Naufal nangis, berkaca-kaca mata dia... tapi bila Naufal menjerit... habis terkatup rapat mata Naufal.

  • Alhamdulillah, pendengaran dan pandangan baby Naufal sangat bagus. Naufal sangat alert bila dengar bunyi dan benda yang ada sekeliling Naufal. Bila kitorang panggil, baby Naufal akan cari-cari dan pandang ke arah panggilan tu. Aku suka bila Naufal pandang mata aku dan ikut jer pergerakkan aku. Kepala Naufal pun ikut gerak sama. So cute!!! Rasa macam tak sampai hati nak hilangkan diri dari pandangan baby Naufal bila Naufal tengok cam tu. :)

  • Baby Naufal pun dah pandai berborak! Jangan tak caya. Bila aku cakap dengan Naufal, Naufal akan balas. Tak lah keluar segala macam vocab kan. Just cooing and throaty gurgles... Macam nafas jer. Pandai Naufal berborak dan matanya akan straight pandang ke mata kitorang.

  • Kepala baby Naufal pun dah semakin kuat sekarang. Bila aku dokong, Naufal akan tegakkan kepala. Kalau boleh Naufal macam nak tengok sekeliling alam. Kaki Naufal pun dah kuat. Naufal suka sangat menojangkan kaki dia. Macam nak lompat-lompat.

  • Baby Naufal kalau menggeliat punyalah lama! Mau 2-3 minit. Sampai merah-merah muka dia. Ayoooooo....

Rasanya tu jer kot progress baby Naufal setakat ni. Alhamdulillah, Naufal sangat aktif dan sihat. Bersyukur sangat.

Perasan tak yang rupa baby Naufal dah berubah sikit kalau dibandingkan dengan rupa Naufal masa baru lahir dulu. Sekarang semakin montel kan? Mata Naufal pun semakin bulat. Sebijik macam Niesreena dulu. Ramai orang tanya, "muka Naufal ni sama tak macam Niesreena dulu?" Hmmmmm... memang sama tapi tak serupa. Hehehehhe... Sama... bezanya kat dahi jer. Dahi Niesreena lebih luas daripada dahi Naufal. Nak tengok rupa Niesreena masa dua bulan tak? Jom klik kat sini dan bezakanlah sendiri.


*juliet le sweetheart : bahagia :)



Thursday, June 25, 2009

On this rainy day

Tadi gi check-up baby Naufal *he will be 2 months old next 2 days! Yey!*. Alhamdulillah, miss Kelly kata progress Naufal ok, cuma... Naufal ni kecik kalau nak dibandingkan dengan baby oz. Well, of course! Kitorang orang asia... memanglah kecik. Lebih-lebih lagi mama dan ayah Naufal ni pun comel-comel belaka. So, of courselah baby Naufal pun kecik comel macam mama dan ayah kan? Kan? Kan? ;p Hehehe... Berat baby Naufal pun ok. Sekarang dah 4.48kg. Alhamdulillah...

Balik tu, hujan lebat sangat! Macam biasa, bila hujan, kereta enche' Neezam naik kabus kat dalam kereta. Aku dah risau dah! Mata aku yang rabun ni jadi semakin rabun dek kerana kabus tu. Enche' Neezam bawak keter pelan-pelan jer. Kereta pun banyak masa tu sebab waktu orang balik kerja.

Kat depan Bundoora park, aku nampak satu kereta Gen2 warna biru kehijauan... *eh ke... hijau kebiruan ek? Mana-mana jer lah kan...* kat depan kereta kitorang. Aku pun bagitaulah kat enche' Neezam, "bang, kereta Gen2!" dengan nada excitednyer! Hehehe... Jakun! Jakun bila nampak kereta buatan Malaysia kat sini. Mesti nak bagitau... Padahal aku tahu, enche' Neezam mesti nampak dah Gen2 tu. Sah sah lah kan. Enche' Neezam yang drive. Gen2 tu depan mata dia. Lagi nak bagitau ek. ;p Hehehhee... Jap tu aku pandang tempat lain. Pastu aku pandang semula kat Gen2 tu. Tetiba jer aku tengok Gen2 tu melintang kat depan jalan yang tengah sesak tu. Aku baru nak tanya enche' Neezam 'apasal Gen2 tu melintang?'. Aku baru jer sebut "Apasss..." BAMMMMMM!!! Something bad happened!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Arrrrrgggghhhhh! Ya Allah! Terkejut sangat! Kenapalah boleh jadi macam ni....? Habis kemek pintu kereta bahagian pemandu GEn2 tu!!!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Alhamdulillah... nasib baik bukan kitorang yang langgar... fuh! Tapi sebuah kereta toyota lane sebelah kitorang.

Seriously! Terkejut sangat! Betul-betul depan mata kitorang!

Memang habis kemek pintu kereta Gen2 tu. Tapi kereta toyota tu lagi teruk kemek depan kereta dia. Siap berasap lagi! Sian betul! Tapi aku pelik... cam ner kereta Gen2 tu boleh dok melintang depan jalan. Missed plak nak tengok yang itu! Kata enche' Neezam, Gen2 tu nak masuk ke lane sebelah, maybe pemandu dia terover posing pusing. So, kereta dia jadi melintang. Then kereta toyota tu, sebenarnyer tak lah laju pun, tapi mungkin pemandu kereta toyota tu tak jangka gen2 tu akan melintang macam tu kan, tu yang toyota tu tak sempat nak brek dan terlanggar terus. Nasib baik toyota tu tak laju... kalau laju... mau mati kot pemandu gen2 tu. Sian diorang!

Apa-apa pun aku bersyukur sangat kitorang tak terlibat dalam kemalangan tu. Alhamdulillah... Mintak-mintak dijauhkanlah segala malapetaka besar mahupun kecil. Lindungilah kami ya Allah... Amin...


*juliet le sweetheart : Justin {master chef} was eliminated! How sad... :( Like her soooo much! But i like Julie as well... 'cos we got the same name! Wie hie!!



Wednesday, June 24, 2009

Kelebihan bulan Rejab

Assalamualaikum... Selamat hari Rabu kengkawan sumer.

Hari ni 1 Rejab 1430. Post ni aku pernah publish dalam blog aku ni 3 tahun yang lepas. So, hari ni aku republish semula untuk dikongsi bersama dengan kengkawan semua...

~ Kelebihan bulan Rejab ~

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab bulan Allah, Bulan Sya’aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya

Sya’aban dengan malam NISFUnya

Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab doanya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

♥ Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

♥ Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

♥ Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

♥ Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

♥ Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

♥ Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

♥ Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

♥ Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu. MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

♥ Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

♥ Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

♥ Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

♥ Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

♥ Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.

♥ Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.

♥ Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur’an atas segala Qalam.

♥ Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

♥ Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap,terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

♥ Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

♥ Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

♥ Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.

Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

♥ Diampunkan dosanya yang lalu.

♥ Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.

♥ Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah.

Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawab: “Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.”

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: "Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah`arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau". (dari kitab Raudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur’an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim).

Rejab ertinya ta’zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.

SYA’ABAN bulan menyiram tanaman.

RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.

SYA’ABAN menyucikan hatinya.

RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.

SYA’ABAN bulan muhibbah.

RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dengan kehadiran bulan-bulan mulia ini…

Wassalam,

Wallahualam...

Tuesday, June 23, 2009

My newest fm

My favourite fm among all...

There it is!

&


Comel tak? ^_^



*juliet le sweetheart : fm collector...



Monday, June 22, 2009

Mailbox full!

Rasa jengkel plak bila tetiba terima email kat yahoogroups yang berbentuk 'peringatan' supaya ahli-ahli yahoogroups berpada-pada send email kat yahoogroups; jangan nak bagi pandangan lebih-lebih, kalau 5, 6 orang dah bagi pendapat pada sesuatu isu yang dibangkitkan tu CUKUP! Jangan ramai sangat sebuk nak bagi pendapat dah! Jangan email yang bukan berbentuk akedemik! Jangan nak send benda bukan-bukan!

Actually, bukan tu ayat-ayat yang digunakan sebagai peringatan tapi seolah-olah itulah yang nak disampaikan. Sesetengah orang ni tak suka terima banyak sangat email yang kononnya 'ntah hapa-hapa ntah' ni sebab tak nak mailbox diorang penuh. ?!

Aku tak paham. Join yahoogroups... memanglah akan terima berpuluh-puluh email satu hari. Lebih-lebih lagi kalau ahli yahoogroups lebih daripada 10 atau 20 orang. Pastu semua orang nak bagi pandangan masing-masing. Memang kiter tak boleh nak sekat, tak boleh nak larang.

Honestly, kadang-kadang aku pun nyampah bila bukak email, yang just tulis 'ok', 'tq', 'saya pun!'. Pada aku, setakat ayat-ayat macam tu tak payahlah nak reply. Pastu personal email! Borak duorang tapi send kat yahoogroups sampai 5-6 msg. Siap tulis dalam slanga negeri diorang plak tu. Itu banyak terjadi dalam kebanyakkan yahoogroups yang aku join. Ayooooo... tak paham! Ngeh ngeh ngeh... Pastu isu sensitif! Nyampah ok! Tapi kekadang satu-satu isu sensitif tu mungkin sensitif pada orang macam aku jer tak pada orang lain.

Pada aku, bila join yahoogroups ni memang banyak consequences yang perlu kite terima. Yang pastinya akan terima berpuluh-puluh email satu hari. Standardlah tu kan. Tak boleh nak halang orang send email. Jadinya, apa yang menarik pada aku, aku bacalah, yang macam tak best aku delete. Habis cerita! Ada yahoogroups yang aku join aku terima email direct ke mailbox aku dan ada juga yang aku terima digest.

Seelok-eloknya sebelum kiter join yahoogroups, kiter kenalah tahu latar belakang yahoogroups yang kiter nak join tu. So, kiter boleh agak email yang macam mana yang akan kiter terima. Kalau yahoogroups kewanitaan, tentulah akan terima email-email pasal hal-hal wanita; resepi, rumahtangga, anak-anak, poligami, etc... Kalau yahoogroups keagamaan tentulah akan terima email mengenai agama dan seterusnya. Hmmmm... kalau hanya berminat pada email yang berunsur akedemik, so carilah yahoogroups yang berunsur akedemik. Tak pun, kalau nak puas hati lagi, wujudkan yahoogroups sendiri, pilih ahli sendiri, send email yang dicompose sendiri, pastu reply sendiri. Muahahhahaha... Jahat ek ayat ;p

Sebenarnya ada banyak option macam mana kite nak terima email-email dari yahoogroups yang kite join; samada direct ke mailbox, terima secara digest atau just baca dari web. Terpulang pada kiter. Kiter boleh tentukan sendiri apa yang kiter suka dan apa yang kiter tak suka. Pada aku tu lebih baik daripada kiter suruh orang ikut cara kiter. 'Stop sending email!' Hmmmm... jadinya ahli-ahli yahoogroups yang lain mesti malas dah nak send email next time *selain diorang fikir 'apa hal lah mamat/minah ni?* sebab takut memenuhkan mailbox orang, atau sebab takut orang tak suka.

Ahli-ahli yahoogroups pun kenalah 'fikir sebelum klik button send'. Jangan post benda yang bukan-bukan dan tak berkaitan. Jangan post isu-isu sensitif. Haaaa... lu pikirlah sendiri.

Ayoooo... panjang lebar plak aku tulis.

Cerita pasal yahoogroups ni, ada sekali tu, kat salah satu yahoogroups yang aku join, isteri-isteri pertama dan the-only-isteri bergaduh {berbalas email} dengan bukan isteri pertama. Bukan isteri pertama kononnya sedih dan 'tak faham' kenapa isteri pertama suami dia tak boleh terima dia sebagai madu. Addddooooooiiii... tu pun mahu tanyer kenapa ker? Lu pikirlah sendiri beb! Aku pun angin bila ada perempuan tanya soalan macam tu. Haaaaa... mana tak gaduh isteri-isteri ni kat yahoogroups. Akhirnya moderator terpaksa delete semua isu-isu berkaitan benda tu.

Isu poligami memang isu hot kat mana-mana pun. Aku pun sensitif dan nyampah dengan isu macam ni. Tapi bila dah join yahoogroups yang berunsur kewanitaan ni, isu-isu macam ni tak boleh lari. Mesti ada walaupun aku nyampah cam ner pun. Tapi dalam nyampah-nyampah tu aku baca gak email diorang. Hehehe...

Oooooppppsssss... tambah panjang lagi citer aku. Dah lah... berhenti kat sini jer. Siang semakin pendek kat sini. So, aku perlu manfaatkan waktu matahari muncul ni sebaik-baiknya. Tak boleh nak mengadap pc jer. ;p Chiow chin chiow!



*juliet le sweetheart : join lima {5} yahoogroups!



Sunday, June 21, 2009

Happy father's day! ^_^

Teristimewa buat...

Abah
Ayah
Enche' Neezam


Friday, June 19, 2009

Runtuh!

Aku baru tahu!

Last two weeks kan kitorang bawak PIL gi round Victoria. Salah satu tempat menarik yang kitorang gi ialah The London Arch. Rupa-rupanya, beberapa hari selepas kitorang gi tu, batu yang bentuk London Bridge tu runtuh! Ya Allah! Baru aku tahu! *Ya... aku kurang alert perkembangan semasa di sini... ;p*

Tetiba sedih plak rasa. Batu yang cantik tu dah runtuhhhh? Cam tak cayer jer... Hmmmm... dapat jugak hari tu PIL tengok batu tu sebelum dia runtuh. Kebesaran Allah swt...


~Gambar terakhir aku & enche' Neezam bersama 'The London Arch'~


Sejarah 'The London Arch' ni, sebelum batu tu terbentuk macam gambar kat atas tu, batu tu bersambung dengan coastline. Macam jambatan. Pastu pada 15 Januari 1990, bahagian yang bersambung dengan coastline tu runtuh. Nasib baik masa runtuh tu tak der pelancong atas batu yang runtuh tu. Cuma ada dua orang pelancong yang terperangkap pada batu yang bentuk jambatan tu.

Kali ni 'The London Arch' runtuh lagi. Dah tak der rupa jambatan dah. Dah macam rupa gigi rongak. Mungkin nanti tempat nanti akan bertukar nama... kot... hehehhe... pandai-pandai jer aku ni ek. Hehehhe... ;p


~'The London Arch' sebelum runtuh pada 1990~

~The latest pic of 'The London Arch'~


Agak-agaknyer kan... mesti ada orang yang dapat tengok masa batu tu runtuh kan? Bestnyer dapat tengok.


*juliet le sweetheart : informed by kak Amy this afternoon. :)



Tuesday, June 16, 2009

Princess Lulu

Ada saper-saper pernah tengok drama korea 'Princess Lulu' tak? Aku rasa *kalau tak salah aku lah* drama ni pernah ditayangkan kat ntv7.

Sekarang ni aku tengah layan drama ni online. Dah kat episod 7 daripada 20 episod. Memula rasa citer ni macam best jer... pastu tetiba rasa macam nyampah plak. Sebabnyer, heroin dalam citer ni si Kim Jung Eun ni, suka buat 'muka comel yang tak menjadi'. Huhuhu... paham tak? Actually Kim Jung Eun ni memang cantik pun tapi tak lah comel. Mungkin sebab aku tahu dia ni dah tua berumur so macam tak sesuai jer pengang watak comel macam tu. Aku rasa kalau Song Hye Kyo, heroin 'Autumn in my heart', yang pegang watak ni lebih sesuai. Apa pendapat korang?

Lagi satu sebab aku malas nak teruskan tengok citer ni sebab citer ni very typical korean drama. Jalan citer drama korea yang biasa -- cinta tiga segi. Biasanya sorang heroin, dua orang hero. Pastu si hero berdua ni memang saling mengenali, samada bapak sedara dengan anak buah, kawan baik, adik-beradik, sepupu-sepapat, etc... Dok berebut sorang heroin yang nampak very innocent, cute, tulus mulus, dan kadang-kala nampak lurus tongong... huhuhu... oooppssss sorry gunakan perkataan tu tapi tu lah yang sebenarnyer. Pastu biasanya hero yang lebih tua berumur tu akan berjaya jadi boypren heroin. And they live happily ever after. The end... ;p

Aku tak tau ending 'Princess Lulu' ni cam ner. Tapi setakat dah tengok 7 episod ni macam dah tau jer jalan episod dia yang seterusnyer.

Patutkah aku teruskan tengok citer ni atau stop jer sampai takat ni? Apa pendapat korang?


*juliet le sweetheart : suka drama Korea 'Lovers in Paris'...



Saturday, June 13, 2009

Sunyi

Dah dua minggu ni rasa meriah jer rumah. Bising jer... Selalu dengar suara Niesreena dan PIL main-main... gelak-gelak...

Tetiba jer hari ni terasa sunyi sangat... sebab... PIL dah balik Malaysia malam tadi. Niesreena pun macam bosan jer. Mulalah nak meleseh-leseh kat mama dan ayah dia ajak main sama-sama. Tapi kitorang tak boleh nak layan Niesreena macam mana atok-atok Niesreena layan Niesreena sepanjang dua minggu lepas sebab kitorang ada komitmen lain; nak kemas rumah, nak masak, nak itu, nak ini... So, tak terlayan Niesreena. Sian anak mama...

Pagi tadi, Niesreena bangun tidur...

Niesreena : Atok mana? Atok?
Mama : Atok tak der. Atok dah balik.
Niesreena : Atok tidur... *mesti Niesreena ingatkan atoknyer masih tidur kat bilik sebelah... Niesreena lupa agaknyer yang malam tadi dah hantar ayah tok dan mak tok kat airport...

Pastu Niesreena gi kat bilik yang atok-atoknyer gunakan aritu. Niesreena tanyer lagi...

Niesreena : Atok mana? Atok?
Mama : Atok tak der. Atok dah balik.
Niesreena : Atok tak der...

Sian Niesreena...

Aku pun tetiba rasa bosan. Aaarrrggghhh... sunyinyer...


*juliet le sweetheart : rindu sangat kat mak abah dan adik-adik



Friday, June 12, 2009

Lake Mountain *lagi*

Last winter kitorang ke Lake Mountain untuk main salji. Kali ni kitorang ke sana lagi untuk bawak PIL pulak. Kebetulan masa diorang datang ni tempat tu dah bersalji.

Memang seronok sangat nak gi main salji, tapi bila sampai kat Marysvalle *beberapa km dari Lake Mt*, perasaan seronok tu hilang sekejap. Rupa-rupanya kawasan Lake Mt dan kawasan sekitarnya merupakan kawasan bushfire masa summer hari tu. Teruk sangat! Sedih aku tengok keadaan kat situ. Macam malapetaka! Pokok-pokok kat kiri kanan jalan semuanya hitam, jadi arang. Banyak kesan rumah-rumah terbakar. Ada yang tinggal tapak jer. Kat kawasan sekitar banyak tali tape merah putih dipasang keliling menandakan tu kawasan terbakar. Kat merata-rata tempat ada banyak construction dijalankan. Ada yang bina semula rumah baru, ada yang robohkan kesan rumah yang terbakar, ada yang membersihkan semula kawasan kebakaran. Siannyer... Aku tak dapat bayangkan macam manalah masa bushfire hari tu. Macam mana diorang cuba selamatkan diri. Mesti terperangkap dengan asap tebal...

On the way naik ke Lake Mt, masih terdapat banyak kesan-kesan bushfire. Pastu lama-kelamaan aku mula rasa excited semula bila tengok salji yang semakin tebal bila kitorang semakin dekat dengan destinasi.

Seronoknyer bila dah sampai kat Lake Mt. Salji kali ni lebih tebal dari salji masa kitorang datang last year. Best lagi sebab orang tak ramai. Ye lah... kitorang datang masa hari bekerja. Bagus gak kan... Bukan PIL jer seronok first time jumpa salji, Niesreena pun seronok gak. Last time, Niesreena tak berani nak naik tobogan. Tapi kali ni Niesreena berkali-kali nak bertobogan. Mama dan ayah jer yang dah tak larat. Alhamdulillah, baby Naufal pun ok jer. Tidur jer dia. Nasib baik tak meragam sebab cuaca sejuk. :)


Sebenarnyer hari ni ialah last day PIL kat sini. Sempat lagi bawak gi main salji kan. Hehehhe... Dapat gak lepaskan hajat diorang nak tengok salji sebelum balik ke Malaysia. :)


*juliet le sweetheart : sejuk



Thursday, June 11, 2009

Hari yang panjang

Macam-macam tempat kitorang bawak PIL hari ni. Maklumlah 2 hari lagi PIL dah nak balik Malaysia. Hari ni PIL nak tengok tempat-tempat 'basic' yang kitorang selalu pergi.

First destination ialah ke Preston market. Tempat kitorang selalu gi beli daging halal, sayur-sayuran, buah-buahan dan barang-barang dapur yang lain.

Balik dari pasar, tetiba jer enche' Neezam keluarkan kek. Katanya nak celebrate birthday aku in advanced sementara PIL ada kat sini. Hehehe... awal giler!

Lepas solat Zohor, kitorang ke La Trobe uni. Tunjuk kat PIL tempat enche' Neezam belajar. Aku pun suka ke sana sebab kawasan uni ni cantik. Lebih-lebih lagi sebab banyak sangat burung-burung dan itik-itik sekitar kawasan kampus. Swan pun ada! Tapi yang tak tahannya tadi sebab cuaca sangat sejuk. Aku plak lupa nak bawak glove. Naik kebas tangan aku jadinyer. Memang sejuk betul sekarang!

Then kitorang singgah ke mount Cooper. Mt Cooper ni ialah kawasan paling tinggi kat kawasan ni. Memang bestlah. Nampak sekitar kawasan Bundoora dan kawasan-kawasan yang 'sewaktu' dengannya. Melbourne city pun boleh nampak dari sini.

Next destination... shopping time! Kitorang ke Greensborogh plaza. Lama gak lepak kat sini. MIL siap belikan aku handbag Kathy Van Zeeland. Katanya hadiah birthday. Hehehe... Suka sangat! Tq mak! :)

Enjoy giler shopping sampai hilang rasa lapar. Bila masing-masing dah naik kereta, barulah perasan yang perut masing-masing dah berkeroncong. Hehehe... Kitorang ke Bismi untuk dinner. Macam biasa menu kegemaran aku kat sini ialah beriani with fried chicken dan manggo lassi. Yummie! FIL kata beriani kat sini sedap. Kalah nasi beriani wahila kat segamat tu. ;p

Hari ni hari paling lewat kitorang sampai rumah dari berjalan. Pukul 10.30 malam baru sampai rumah. Kira lewatlah tu sebab pukul 5 petang dah maghrib, dah gelap. Biasanya pukul 7 malam dah sampai rumah. Hari ni memang lambat betul. Sampai rumah masing-masing kepenatan. Lepas solat isya' semua orang terus zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz... :) Manalah tak penat kan. Macam-macam tempat gi hari ni... Perghhhhh... penat! Tapi enjoy!!!


*juliet le sweetheart : suka dapat pressie! :)



Wednesday, June 10, 2009

Melbourne Zoo

Pagi tadi cuaca tersangatlah terang. Pastu tetiba jer cuaca berubah mendung. Tapi alang-alang dah bersiap, kitorang tetap teruskan misi kitorang untuk ke Zoo Melbourne hari ni. Hmmmm... memula kitorang rancang nak ke Philip Island tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan so terpaksalah kitorang berubah destinasi ke zoo jer. Dengan gamblenyer kitorang seludup jer Naufal tanpa baby seatnyer ke sana sebab dah terlebih orang satu kereta. Hehehe... nasib baik tak ditahan polis. *Kat sini baby wajib duduk kat car seat. Wajib!*

Alhamdulillah... bila dah sampai kat zoo, cuaca kembali terang. Ada jugak lah sekali dua tetiba jer hujan turun renyai-renyai. Pastu kang tetiba plak terang balik. Ok lah... boleh lah jugak berjalan. Tapi aku yang tahan bila tetiba jer berangin. Ya Allah! Subhanallah! Sejuk giler rasanyer. Bersin aku jadinyer.

Macam biasalah... bila kat zoo mestilah banyak haiwan. Hehehe... tu pun nak bagitau ek. ;p Tapi bila dah sampai zoo kat OZ ni mestilah nak cari haiwan-haiwan OZ macam kangaroo, koala, wombat dan penguin.

Kali ni aku seronok bawak Niesreena ke zoo sebab Niesreena dah pandai nak belajar. Setiap kali aku tunjukkan haiwan-haiwan tu kat Niesreena aku akan bagitau nama haiwan-haiwan tu dan bunyinyer dan Niesreena akan ikut. Yang comelnyer bila tengok Niesreena kejar burung-burung turki. Bertempiaran burung-burung tu lari. Ada gak yang nak kejar Niesreena balik. Tapi Niesreena lagi berani, kejar burung tu balik. Aku yang takut tengok. Hehehe...



*juliet le sweetheart : haaaccchhhoooooooooooooooooo...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top