♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, May 10, 2009

Sayang Emak, Rindu Emak

"Emak,





Selamat Hari Ibu
Terima kasih atas segala pengorbanan mak untuk Julie selama ni.
Kasih sayang emak tiada tolok bandingnya.
Julie sayang sangat kat mak.
Julie rindu sangat kat mak.


Bila dah ada anak, baru Julie tahu betapa besarnya pengorbanan emak.
Dari mengandungkan sehinggalah melahirkan dan membesarkan.
Banyak dugaan yang menguji kesabaran.

Bila dah ada dua orang anak,
baru Julie tahu, bahawa kasih sayang seorang emak tu tiada bezanya.
Sama ajer untuk setiap anak.
Tiada yang lebih, tiada yang kurang.
Cuma kadang kala anak yang mungkin ada rasa iri atau cemburu.
Terasa seperti emak lebih sayangkan anak yang lain.
Padahal emak cuba sedaya upaya untuk menunjukkan kasih sayang yang sama untuk setiap anak.


Betapa susahnya menjadi seorang emak, yer mak...
Perlu menjaga hati setiap anak-anak.
Cuba menunjukkan kasih sayang yang sama rata untuk anak-anak.
Cuma kadang-kala anak-anak yang tak faham...


Emak,
Julie minta maaf atas segala ketelanjuran Julie selama ni.
Emaklah satu-satunya ratu di hati Julie.
Julie sayang sangat kat mak.
Julie sedar betapa besarnya pengorbanan mak pada Julie dan adik-adik selama ni.
Julie tak sabar nak balik jumpa mak, nak peluk mak, nak cium mak.
Julie rindu sangat kat mak.



~Selamat Hari Ibu~


Julie"



*juliet le sweetheart : selamat hari ibu jugak buat mak mertua tersayang dan kengkawan serta pembaca blogku yang bergelar emak @ ibu @ mama @ mummy @ umi @ amma dan yang sewaktu dengannya... SELAMAT HARI IBU!



8 comments :

Fadzlina Nawi said...

ALAM JuLiE & The Khairuns (mcm nama Band lak nih :D )
Selamat Hari Bonda kembali...Enjoy it while you can... :)
Wassalam.

lindahpadlee said...

happy mother's day Julie...dah dua dah anak eko kan...

sz said...

selamat hari ibu utk julie & semua yg bergelar ibu di dunia ini! cantik lah mak julie, awet mudoo u...cam adik beradik plak..ihiks...

Kak Wana said...

Cik Ju..Happy Mother's Day!!

Fynn said...

Happy Mother's Day Julie! Wah dah sepasang yer. Tahniah :) !

syazyati said...

selamat hari ibu! :)

HaZe said...

Wah.. dh ada no.2!! Tak tau pun Julie preggers.. huhu... punyela tak up-to-date kan... hehe. Takper pasnih Nanie follow ur blog lah... kalo sempat leh blog-hop this way. Anyway.. congrats on ur new arrival... bestnyer dh ada sepasang... Kita ni tah biler la plak :( ...

Happy Mothers Day Julie! Hope u had a blast... Cheers!

Juliet Le Sweetheart said...

Tq! Happy mother's day to u too!

back to top