♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, May 31, 2009

Botol susu avent

Korang... ibu-ibu... mak-mak... mama-mama... mesti ada yang gunakan botol susu Avent untuk anak-anak kan? Mesti ramai kan? Pernah tak terjadi kejadian yang menjengkelkan? Maksud aku... kadang-kadang air susu keluar dari kepala puting tu masa tengah goncangkan susu... atau masa tengah menyusu... Pernah tak?

Dulu, masa Niesreena gunakan botol susu jenama yang sama, botolnya ok jer. Tak pernah jadi macam tu. Ni, bila beli botol susu baru untuk baby Naufal, kerap plak terjadi cam tu. Air susu keluar masa tengah goncang botol tu. Nak kata tutup tak rapat, dah memang rapat dah. Nak kata guna air panas sangat pun tak jugak. Entah kenpa ntah. Aku pun heran. Tak kan dapat botol reject plak kan?

So, pernah tak korang mengalami keadaan yang sama? Any tips or tricks?



*juliet le sweetheart : cantiknya cuaca hari ni... :)


Friday, May 29, 2009

Naufal 4 weeks check-up

Semalam kitorang bawak baby Naufal wat pemeriksaan yang ke 4 minggu kat Darebin Maternal and Child Health Service, Kingsbury.

Berat baby Naufal sekarang 3.725 kg berbanding 2 minggu lepas, 3.195 kg. Banyak jugak pertambahan berat Naufal, patutlah baju saiz '00000' dah tak boleh pakai. :) Tinggi Naufal pun dah bertambah 1 cm. Manakala ukuran lilit kepala bertambah lagi 1.5 cm. Alhamdulillah, progres Naufal ok dan normal.


~Baby Naufal bersedia untuk diperiksa oleh ms Kerry~

~Ms Kerry periksa kaki baby Naufal~

~Timbang berat!~

~Berat baby Naufal sekarang~

~Ms Kerry ukur saiz lilitan kepala~

~Buku kesihatan baby Naufal~

~Rekod kesihatan pada 4 minggu~


Sekejap jer pemeriksaan dibuat. Baby Naufal rileks jer masa diperiksa. Tak nangis pun.

Memandangkan rumah tengah tak der air dan alang-alang dah keluar, ayah Khairuns bawak mama Khairuns and the Khairuns gi makan KFC kat Sydney Road. Yummie! Finger lickin' sooooooo good! Ngeh ngeh ngeh...


~Niesreena tunggu ayah order makanan~

~Posing favourite Niesreena; lentok-lentok... hehehe...~

~Banyaknyer makanan... yummie... yummie... Ayah makan apa tu?~

~Naufal tidur jer~

~Mama pun nak enterframe gaksss :)~



*juliet le sweetheart : harap-harap hari ni tak putus bekalan air lagi... susahlah tak der air



Thursday, May 28, 2009

Selamat hari lahir, abah...

"Abah,

...Selamat hari lahir...

yang ke 58 tahun

Julie doakan abah sentiasa gembira & bahagia selalu

Dipanjangkan usia & dimurahkan rezeki

Julie sayang kat abah, rindu kat abah...

Anak sulung abah,
Julie..."

Abah dah 58 tahun hari ni. Pagi tadi aku call abah, ucapkan selamat hari lahir. Abah cakap terima kasih dan bertanyakan pasal cucu-cucu dan menantunya kat sini. Abah sempat jugak berborak dengan Niesreena tadi... Seronok abah bila dengar suara Niesreena menjerit "Atukkkk... atukkkk..." :)

Abah sekarang ni bertugas kat Sabah. Kat UMS. Jauh dari tempat abah bermastautin dulu. Abah ke UMS sebagai tenaga pengajar dalam bidang musik. Bidang yang abah minat sejak kecil lagi.

Sebelum ni, lebih 30 tahun abah berkhidmat dalam PDRM; dalam bidang musik jugak. Abah memang minat betul dengan musik. Dulu, abah kata abah mula minat musik bila tengok ada okestra polis buat persembahan kat kampung abah. Masa kecik-kecik, kat kampung, abah buat alat music dengan daun pisang. Hehehe... kreatif betul abah. Sebab minat dan bakat abah, abah dapat masuk polis. Abah dihantar melanjutkan pengajian dalam bidang musik kat England. Bermula dengan berpangkat rendah, abah dapat naik dengan cepat. Pangkat terakhir abah sebelum pencen ialah Superintenden Polis, dengan jawan Pengarah Musik PDRM.

Tiga tahun lepas, tahun abah pencen. Abah susah hati sangat. Kalau boleh abah tak nak pencen. Abah nak kerja. Abah memang workaholic orangnya. Alhamdulillah, perkhidmatan abah dilanjutkan lagi 2 tahun. Dua tahun jer... Dua tahun adalah maksima boleh lanjutkan perkhidmatan lepas pencen. Sian abah... abah tak nak pencen...

Abah bosan duduk kat rumah lepas pencen. Mak kesian tengok abah. Mak tau, abah masih sayangkan kerjanya. Dua kali abah ditawarkan kerja kat UMS sebenarnya. Tapi abah tolak. Sebab jauh... Sayang nak tinggalkan famili kat KL. Bila ditawarkan lagi, abah akhirnya terima jugak. Sebab abah bosan tak der kerja duduk kat rumah... Mak pun suruh abah pergi. Tak sampai hati tengok abah kebosanan kat rumah.

Abah ke Sabah. Sorang jer... Abah kata seronok, tapi seronok lagi kalau ada mak. Bila abah balik cuti ke KL, mak tengok abah makin kurus dan cengkung. Sian abah. Mesti tak terurus kat Sabah. Akhirnya mak pun ikut abah ke Sabah. Abah seronok mak ada di samping abah. Mak pun seronok uruskan makan pakai abah macam dulu. Mak kata abah dah berisi semula. :)

Sekarang ni abah dan mak dah duduk kat Sabah. Abah dan mak kata seronok duduk kat Sabah tapi tentulah rindukan jugak kat KL.

Hmmmm... aku bukanlah anak abah sebenarnyer. Maksud aku... aku tak rapat dengan abah. Aku lebih dengan mak. Aku kurang bercakap dengan abah. Bila dengan abah, aku tak tau nak borak aper. Tapi bila nak mintak duit *masa belajar dulu :)* aku mintak kat abah... hehehe... Bila nak gi memana, even gi kerja pun aku mintak tolong abah hantarkan... :)

Adik anak abah... bak kata orang 'serasi bersama'... Adik pun berbakat dalam bidang musik macam abah. Aku... abah pernah ajar jugak; main violin, main keyboard, main obor, main flute... tapi aku tak minat... aku malas nak baca note musik... bila abah marah sikit *sebab aku salah main*, aku nangis... then aku merajuk, tak nak belajar lagi dah! Sebab tu aku tak pandai musik... ;p

Walaupun abah marah, abah tak pernah 'tangan' kitorang adik beradik. Abah jarang marah sebenarnyer. Abah seorang yang penyabar dan tenang. Abah tak pernah tengking kitorang adik-beradik, abah selalu nasihat jer...

Walaupun aku tak rapat dengan abah, tapi aku sayang sangat kat abah. Aku rindu sangat kat abah.

Bila tengok Neezam bergurau dan bermesra dengan Niesreena, aku selalu terfikir, "dulu masa aku kecik, mesti macam tu gak abah main-main dengan aku" tapi kenapa sekarang ni rasa macam jarak terlalu jauh? Aku harap bila Niesreena dan Naufal besar nanti, diorang akan rapat jugak dengan Neezam; ayah diorang...

Aku doakan abah bahagia selalu. Aku doakan abah dipanjangkan usia. Dapat tengok anak-anak aku membesar depan mata dia. Dapat bermain-main dengan cucu-cucu dia yang sekarang ni jauh dari dia. Aku banyak terhutang budi dengan abah. Aku harap satu hari nanti aku akan dapat balas jasa-jasa abah... :)

Selamat hari lahir, abah... Julie sayang kat abah...

*gambar kat atas tu, gambar abah dan aku... Muda lagi abah masa tu kan... mak kata gambar tu masa mak dalam pantang lagi... :)


*juliet le sweetheart : hadiahkan abah kad birthday dan gambar-gambar Niesreena & Naufal...



Wednesday, May 27, 2009

Happy one month birthday, Naufal sayang...

~Baby Naufal yang semakin comel dan montel :)~

Hari ni genap baby Naufal berusia sebulan. Rasa macam cepatnya masa berlalu... dah sebulan dah anak mama...

Alhamdulillah, jaga baby Naufal senang sangat. Naufal tak banyak meragam. Pandai dok berangan sendiri kalau tak der saper yang layan atau dokong dia. Terkelip-kelip jer mata Naufal yang comel tu tengok sekeliling. Sekali sekala Naufal panggil-panggil jugak mama dan ayah. Tapi kalau tak der saper yang datang, baby Naufal akan senyap balik... then tidur... ciannya anak mama...

Malam jarang sangat baby Naufal bangun banyak kali. Biasanya Naufal akan bangun pukul 12 pagi, 3/4 pagi, 6/7 pagi. Kadang-kadang tu pukul 3/4 pagi tak bangun pun. Bolehlah mama tidur dengan aman... hehehe... Walaupun baby Naufal kurang menyusu tengah malam, tapi siang, memang banyak sangat Naufal menyusu. Tengoklah... dah tembam dah... pipi dah cembol macam Niesreena dulu...

Dah sebulan, aktiviti baby Naufal, biasalah tidur... tidur... dan tidur... Tapi sekarang ni makin kerap Naufal terjaga dan bukak mata. Mata Naufal pun dah semakin besar dan bulat. Bila kitorang panggil-panggil, Naufal akan pandang ke arah kitorang. Mesti matanya dah boleh nampak sekarang kan? Bulu mata Naufal pun dah semakin lebat... masa lahir dulu macam tak der jer bulu matanya...

Kulit baby Naufal pun dah semakin terserlah dah... Dulu tak tau Naufal ni ikut kulit saper... gelap ke... terang ke... sebab asyik merah jer... Sekarang nampaklah kulitnya yang putih dan gebu... Lebih-lebih lagi kat jari Naufal yang panjang-panjang tu... terserlah sangat keputihannya... Hmmmm... ramai orang yang suka sangat tengok jari jemari Naufal. Kata diorang jari-jari baby Naufal halus dan panjang... Cantik! Hehehe...

Hmmmmm... rasa-rasa rupa Naufal ni ikut muka saper ek? Aku ke Neezam *lagi!*? Ada macam muka Niesreena masa sebulan tak? Jom tengok rupa Niesreena masa sebulan! Klik kat sini!


*juliet le sweetheart : aku masih berpantang lerrrrrrr...

Monday, May 25, 2009

Tag by che' Suzi

Dah lama giler kena tag oleh che' Suzi. Hari ni barulah berkesempatan nak wat. Sorrylah cik Suzi yer... Lama assignment ni tertangguh. ;p

Ok! Jom siapkan assignment ni! Chiyok!!!

Nama Timangan anda:

Dari kecik sampai sekarang memang gunakan nama timangan yang sama; JULIE. Tak kira sedara mara atau kengkawan memang sumer panggil JULIE.

Cuma masa kerja dulu, kengkawan kat office panggil aku CIK JU. Dari aku bujang sampai dah kahwin sampailah dah tak kerja sekarang ni, x-officemates still panggil aku CIK JU.

Anda seorang yang:

Hmmmmm... tak tau nak describe diri sendiri macam mana... ;p

Aku rasa aku ni agak friendly ler... Agak? Hehehhe... Tengok oranglah. Kalau orang tu friendly aku friendlylah. Kalau sebaliknya... haa... sendiri mau ingatlah kan...

Pastu aku rasa... aku ni seorang yang kurang sabar... memang bukan seorang yang penyabar dari segala segi. Heheheh...

Neezam selalu kata aku ni 'negative-thinker'. Hmmmm... iyer ker? Korang plak rasa aku cam ner?

Insan teristimewa? Describekan dia terlalu Istimewa di mata anda:

Aku percaya, kalau orang yang dah bergelar isteri, insan teristimewa tentulah suami. Begitu jugak aku...

Suami aku adalah insan yang paling istimewa dalam hidup aku. Alhamdulillah... setakat ni aku bahagia dengan dia. Hopefully sampai ke akhir hayat. Amin... Dia banyak memahami diri aku, mengambil berat tentang aku dan yang penting dia cintakan aku. Hehehe...

Mak pun tentulah insan teristimewa dalam hidup aku. Aku paling lama hidup dengan mak. Sayaaaaang sangat kat mak.

Dan kedua-dua my little Khairuns; Khairunniesreena dan Khairunnaufal... apples of my eyes... apa jer tentang diorang memang istimewa bagi aku. ")

Lagu kesukaan anda:

Tak der... boleh tak? ;p Lagipun sekarang ni aku selalu dengar lagu-lagu kanak-kanak yang Niesrena hari-hari suruh aku bukak. Sampaikan aku dah naik hafal lagu-lagu tu... bermain-main kat kepala hotak aku ni. Adoiai!

Makanan kesukaan anda:

Asam pedas ikan pari dan laksa johor. Yummie! Meleleh seh air liur ku... huhuhu...

Warna kesukaan anda:

Coklat, pink dan hitam!

Tiga benda mesti ada dalam beg anda:

#1 handphone
#2 purse
#3 tisu!

Kali terakhir masa anda menangis & kenapa:

Baru jer tadi... sebab... rindu kat diorang... :'(

Tag 6 rakan anda:

Nak tag saper ek? Postpone dulu bleh? ;p


*juliet le sweetheart : mak kata seronok dok kat Sabah...



Saturday, May 23, 2009

Refreshing!

Cam bosan jer tengok blog *lama* aku...

Then tergatal plak surf layout blog baru...

Surf punyer surf macam tak der yang berkenan di hati...

Akhirnya stick pada layout lama, just tukar kepada 3 columns...

Pastu tacap sikit-sikit...

Inilah hasilnya... my refreshing new blog layout!


*juliet le sweetheart : suker ler! :)



Friday, May 22, 2009

Baby oh baby

Semalam aku dan cakap ngan Fiza, "bila dah tau jantina baby, bagitau k". So, tadi aku dapat sms dari Fiza. Fiza dan Hamzah baru jer scan baby dalam kandungan tu dan alhamdulillah nampak anunyer. Hehehe... dan jatinanyer BOY!

Kehendak Allah yang maha besar, maha agung... Memang kebetulan sangat kena dengan hipotesis yang bebudak kat sini selalu kata -- warga desa Bundoora yang mengandung kat sini mesti akan dapat jantina baby sama dengan jantina siapa yang belajar kat sini. Memang tepat! Kebetulan sungguh!

Baby kak Tasha dan Aleh, Majda, yang lahir 1hb Januari yang lepas, girl; yang belajar kat sini, mamanya...

Baby Naufal, of course, boy; yang belajar kat sini, ayahnyer...

Baby Asra dan Wadi, insya Allah bakal lahir bulan 6 ni, girl; yang belajar, mamanyer...

Dan baby Fiza dan Hamzah, insya Allah, boy; yang belajar kat sini ayahnyer...

Selang selilah pulak ek... girl... boy... girl... boy... :)

Insya Allah, bakal menyusul @k@ baby akhir tahun di Desa Bundoora ni ialah baby kak Sel & abang Leman. Mungkinkah baby girl? Sebab yang belajar kat sini ibunya -- kalau kebetulan benar lagilah hipotesis itewwwww...


*juliet le sweetheart : bersyukur dah dapat sepasang :)



Thursday, May 21, 2009

Pertandingan minum shushu

Pertandingan minum shushu yang setiap hari diadakan di #14, Waterdale Apartment. Hehehe...

Di sebelah kanan saya... pemenang minum shushu... dua tahun berturut-turut... Niesreena!!!

Dan di sebelah kiri saya... pencabar baru... Baby Naufal!!!

~Pertandingan minum shushu bermula!~

~Niesreena bersungguh-sungguh untuk menghabiskan shushunya!~

~Baby Naufal cuba menghabiskan shushunya dengan tenang & selamba~

~Niesreena berjaya menghabiskan dulu shushunya! Sekaligus menjadi juara lagi hari ini!!! Yey!!!



*juliet le sweetheart : hahaha... mama buat lawak!



Wednesday, May 20, 2009

Happy Birthday!

Happy birthday to you...
Happy birthday to you...
Happy birthday to Mila & Irfan...
Happy birhtday to yoooouuuuuuuuuuuuu...

Hehehehe... Auntie nyanyikan khas untuk korang dorang...


*juliet le sweetheart : nak tuntut hadiah birthday apa tahun ni ek? hehehe...



Tuesday, May 19, 2009

Bond punyer cerita

Masa kitorang tinggalkan rumah lama kitorang dulu, kitorang ada lagi bond dengan pihak management rumah tu aud$900++ yang masih belum diorang pulangkan kat kitorang. Kitorang memang dah aware, yang duit tu diorang akan tolak sikit untuk bayaran bil-bil elektrik dan air serta carpet cleaning. So, paling-paling pun kitorang rasa diorang akan pulangkan duit bond tu dalam aud$600++. Bil api dan air untuk sebulan setengah biasanya tak sampai aud$200 pun dan Dean, kerani opis tu kata charge untuk carpet cleaning hanya aud$78 jer.

Kitorang jugak tahu, disebabkan kitorang keluar dari rumah tu sebelum tamat kontrak *sepatutnya bulan November 2009*, kemungkinan kitorang kena bayar jugak sewa bulanan selagi rumah tu tak der orang baru sewa atau ambil alih rumah tu. Tapi sebelum kitorang pindah hari tu, Neezam ada bawak sorang student Thailand ni yang berminat nak take over rumah kitorang tu pada 1st May. Tapi management University Mews kata, dah ada orang yang akan take over rumah tu. So, kitorang pun legalah. Tak payahlah kitorang bayar untuk bulan May nanti sebab dah compom akan ada orang take over rumah tu.

Hari Khamis yang lepas, kebetulan Neezam gi rumah kawan kitorang kat University Mews. Alang-alang dah ke sana, Neezam gi lah tengok rumah lama kitorang tu. Tengok lampu rumah tu terpasang. Kat balkoni pun dah ada ampai baju dan mop. So, compomlah memang ada orang kat rumah tu. Balik tu, Neezam pun e-mail pada management Uni Mews, bertanyakan pasal bond kitorang; berapa diorang akan tolak dan bila diorang akan pulangkan baki bond tu pada kitorang. Dan pagi Jumaat tu kitorang dapat balasan email dari pihak Uni Mews, seperti di bawah ni...

* * * * *

Hi Neezam,

We are still waiting on someone to replace you at the moment. So Currently we have not been able to replace you. The is the unfortunate risk of breaking a lease early. This means that rent needs to be paid for this month. If we find someone before the end of the month then we will reimburse you.

Your bills have been done and I will forward them on shortly. You can either pay for these or I am happy to wait until you’ve been replaced and deduct them from the bond. This is your choice.

I hope you family is well and everyone is settling in with the new baby.

Regards,
Taryn

* * * * *

Berasap telinga kitorang bila baca. Tak der orang duduk?! Aku punyalah bengang tak hengat punyer! Mana tak bengang;

1) aritu masa kitorang bawak orang untuk take over rumah tu, diorang kata dah ada orang nak take over. Dan management Uni Mews tu tak nak proses pun form student Thailand tu sebab dia kata semua rumah penuh. Tup tup dia kata tak der orang plak!

2) kalau tak der orang kenapa lampu rumah tu terbuka malam tadi? Siap ada barang dah kat balkoni. Agak hantu kot yang duduk ke hapa?!

3) bil-bil yang dia bagi giler mahal! Lebih mahal daripada bil-bil kitorang yang lepas-lepas. Padahal bil untuk sebulan setengah jer. Sebelum-sebelum ni bil untuk tiga bulan sekali. Tak lah semahal tu! Pas tu ada plak charges yang ntah hapa-hapa ntah.

Tension! Tension! Memang berasap kepala aku. Aku rasa nak gi tumbuk-tumbuk jer perempuan gemuk kat office tu tau. Senang-senang jer diorang nak kitorang bayar. Bengang giler!

Neezam lagilah tak puas hati, sebab dengan mata kepala dia sendiri dia nampak rumah tu dah berlampu dan ada barang kat balkoni. So, lepas sembahyang Jumaat, Neezam gi lagi ke Uni Mews dan ketuk rumah lama kitorang tu. Just nak make sure samada ada atau tak orang yang duduk kat situ. Tapi ketuk punya ketuk... tak der jugak orang bukak pintu. Mungkin orang tu gi office atau uni. Neezam pun balik dengan hampa.

Malam tu Neezam gi lagi. Alhamdulillah, Neezam tengok rumah tu berlampu macam malam semalam. Dan bila Neezam ketuk beberapa kali, ada sorang pak Arab ni bukak pintu. Neezam pun tanya kat pak Arab ni; dia tinggal kat sini ker? Sejak bila? Dia bayar ke sewa? Dan ternyata, memang dia menyewa kat rumah lama kitorang tu, sejak 1st May. Dia bayar sewa dan lengkap dengan bond. Dari situ, kitorang tahulah yang kitorang dah kena kelentong dengan Uni Mews.

Neezam pun ceritalah kat pak Arab ni masalah kitorang, yang kitorang kena bayar sewa apartment tu gak. Dan mintak tolong pak Arab tu sebagai bukti yang dia menyewa kat situ. Dan alhamdulilah pak Arab dan isterinya ni sudi bantu kitorang. Diorang janji nak jumpa dengan pihak management Uni Mews sama-sama hari Isnin nanti.

Lega gak... tapi still geraaaaaaaaammmmmm sangat. Jahat betul pihak management tu kan... Berani betul diorang nak tipu kitorang! Kalau ikutkan perasaan amarah aku, nak jer aku gi bakar Uni Mews tu tau! Geram betul! Memang tak sabar nak tunggu hari Isnin... nak tengok muka si gemuk tu cam ner. Mesti muka dia cuak seribu bila tengok Neezam datang dengan pak Arab tu nanti. Nak dengar apa cerita dongeng dia nak create nanti.

Ramai gak kengkawan yang nasihatkan kitorang supaya buat report kat pihak-pihak berwajib. So, Neezam pun dah buat report kat Tenants Union of Victoria.

So, semalam, hari Isnin, Neezam gi ke Uni Mews ditemani oleh Zaf. Neezam terus gi ke office tanpa pak Arab tu dulu. Neezam nak tanya bebetul kat office tu, betul ke diorang nak kitorang bayar untuk bulan ni. Kira macam bagi peluang kedua untuk dia betulkan kenyataan dia dulu. Zaf siap ambik video masa Neezam tanya tu, sebab nak buat bukti kalau dia suruh bayar gak. Dan bila Neezam tanya, memang si Taryn penipu tu kata tak der tenant yang ambik alih rumah tu lagi. Memang dasar penipu!

Then Neezam tanyalah *secara baik*, sampai bila kitorang kena bayar? Sajer tanya soalan macam tu sebab nak tengok sampai mana agaknya dia nak makan duit kitorang. Dan dia kata selagi tak der orang duduk, may be sampai November. Tapi ntah macam mana ntah, tetiba dia tukar kenyataan plak. Katanya... eh jap... ayatnya... "I need to tell u that physically there was a tenant who stayed in your apartment at this moment. Anyway, he's not the tenant of the apartment. We put him there for a while before we give him another one bedroom apartment which will be available in months." Physically? Apa maksud dia physically? Kalau dah duduk menetap, memanglah physically. Takkan spiritually plak. Dan orang tu pun memang nak cari one bedroom apartment. Kenapa nak bagi apartment lain plak kalau dah rumah sekarang tu pun satu bilik gak? Nampak sangat dia sajer nak tipu kelentong kitorang tau. Neezam yang memula tenang jer cakap dengan penipu ni, akhirnya jadi bengang plak.

Sebelum tinggalkan Uni Mews, Neezam sempat cakap kat minah ni, yang Neezam akan dapatkan legal advise. Tapi minah ni, dengan sombong dan angkuhnya cakap "do whatever u like". Lagi mencabar kitorang!

Balik dari Uni Mews, Neezam ceritakan semua yang berlaku kat aku. Geram betul rasanya... Aku kata kat Neezam, walaupun si penipu tu cakap "do whatever u like", tapi aku rasa sedikit sebanyak dia mesti ada rasa cuak gak dengan gertakkan Neezam tu.

Dan telahan aku benar belaka! Sebab...

Pagi tadi, pagi-pagi buta lagi Neezam dapat e-mail dari Uni Mews...

* * * * *

Neezam *dah tak der 'Dear Neezam' atau 'Hi Neezam' dah... hehehe*

I have decided to release you from May 1st. You only have outstanding bills
which total $362.05 to pay. You have a bond of $910 so your refund is
$547.95. Please provide me with your postal address so I can forward you the
bond form

Thank you
Taryn

* * * * *

Haaaaaaa... tau takut! Aku dah agak dah. Mesti dia cuak punyer dengan gertakan Neezam tu. 'Do whatever u like' konoooooonnnnn... Mesti malam tadi dia tak tidur malam pikirkan apa tindakan yang Neezam akan ambik. Hehehe...

Alhamdulillah... apa-apa pun aku bersyukur sangat. Masih ada rezeki kitorang untuk dapatkan semula duit bond tu. Tabik spring kat Neezam sebab berjaya mendapatkan semula hak kitorang. Aku harap si penipu ni kotakan janjinya dan pulangkan duit kitorang tu...

Dan terima kasih kepada kengkawan yang banyak berikan pendapat dan sokongan pada Neezam terutamanya... (^^)


*juliet le sweetheart : hilang dah asap atas kepala...



Sunday, May 17, 2009

Ole! Ole! Ole! Oleeeeee... Kita menang... Kitalah juara!

Memula ingat tak nak ikut. Ye lah... hari ni baru hari yang ke-20 aku berpantang. Lagipun aku malas nak dengar kalau ada kengkawan yang bising-bising aku keluar tak habis berpantang ni kan. Tapi... alaaaaaaa... aku nak gak ikut... nak bagi sokongan... semangat kedesabundooraan! Kalau boleh nak main lagi! Tapi apakan daya... Hehehe...

So, pagi tadi aku ikut gak hubby ke Albert Park untuk pertandingan futsal campuran yang julung-julung kali diadakan; Mixed Match Futsal Cup 2009. Pertandingan ni actually untuk orang Malaysia tapi ada gak Singaporean dan Indonesian yang turut serta.

Desa Bundoora hantar 2 team kali ni; Desa Bundoora United dan Desa Bundoora FC. Tapi tadi tetiba 'terwujud' plak satu lagi team; team yang sangat comel; Desa Bundoora Junior! Semua playernyer ialah warga cilik Desa Bundoora. Hehehehe...

Dah berminggu-minggu diorang semua ni berlatih. Tak kira hujan, panas, ribut, petir, tetap gak turun berlatih. Tapi walau bagaimanapun, nasib tak menyebelahi kitorang tahun ni. Tak der rezeki... so, paham-paham ajerlah maksud aku yer ;p

Walaupun tiada kemenangan yang berpihak kepada kedua-dua pasukan, tapi semua warga desa, samada players atau penyokong memang enjoy hari ni. Pasukan kitorang paling ramai yang datang bagi sokongan. Tak kira usia; kecik, besar, tua, muda! Semua ada! Dan penyokong termuda tentulah baby Naufal diikuti dengan Niesreena. :) Memang penuh dewan dengan berbondong-bondong manusia yang memakai baju hijau, kuning, putih. Kitorang siap berpiknik lagi kat tepi dewan tu. Macam-macam makanan ada; mee goreng, ayam goreng, nasi goreng, meggi goreng, nasi lemak, kuih-muih, apam balik, macam-macam lagi lah! Rojak buah pun ada! Hehehhehe... respectlah warga Desa Bundoora! Memang best!!!

Aku rasa antara saat-saat yang paling best tadi *selain best makan! ;p*, bila team Desa Bundoora Junior main. Semua bebudak kecik lawan dengan players lawan yang semuanya berusia 20-an. Yang bestnya, penjaga gol Desa Bundoora Junior dapat bentes banyak cubaan pihak lawan untuk menjaringkan gol dan team Desa Bundoora Junior dapat gak menjaringkan 1 gol! Hehehe... Masa gol satu tu, ramai giler yang bersorak! Paling riuhlah masa tu. Mana tak nyer, yang golkan tu budak primary school, yang menjaga gol tu plak uni student. Muahahhahaha... bayangkanlah...

Apa-apa pun memang enjoylah. Bagi aku kitorang tetap menang.

Menang sorak!

Menang makan!

Menang bergambar!

Hehehehehe...

Bila dah kalah; ada lah gurauan nak menyedapkan hati; "bukan tak nak menang... medal ada 10 jer... kalau menang kang berebut medal plak... so, bagi can kat team lain..." hehehhehehe... iyooooooolah tu! :)

Siap tumpang bergambar dengan pingat orang... hehehhehe...

Memang enjoylah tadi! Dan yang peting, perjumpaan macam ni dapat merapatkan lagi silraturrahim bukan sahaja antara masyarakat Malaysia kat sini tetapi jugak merapatkan lagi hubungan antara warga Desa Bundoora!


*juliet le sweetheart : gatal jer nak main gak tadi... hehehe...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top