♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, April 30, 2009

The day he was born

27hb April 2009; alarm handphone aku berbunyi tepat pada pukul 4.30 pagi. Sebelum bangun meninggalkan katil aku sempat usap-usap dan cium dahi Niesreena. Hari ni, Niesreena akan jadi kakak. Dah tak jadi anak tunggal mama lagi... Entah kenapa rasa macam kesian plak kat Niesreena...

Lepas mandi, aku sediakan bekal makan untuk Niesreena; speghetti bolognese, favourite Niesreena. Lepas siap semua barang-barang. Aku kejutkan hubby. Kitorang tinggalkan rumah lebih kurang pukul 6.30 pagi. Niesreena masih mamai-mamai lagi dalam kereta. Mungkin Niesreena berfikir, "nak kemanalah mama dan ayah ni pepagi buta..."

Hubby tinggalkan aku kat Northpark Hospital sementara dia gi hantar Niesreena ke rumah en. Din. Sedih nak tinggalkan Niesreena kat rumah orang. Tak tau lah macam mana keadaan Niesreena ditinggalkan kat rumah orang sebab Niesreena tak pernah berpisah dengan kitorang.

Bila dah register kat midwifery unit, midwife bawak aku ke bilik aku; bilik nombor 47. Best giler bilik kat sini, macam hotel. Siap ada 2 katil; single bed untuk patient dan double bed untuk partner. Kejap tu aku call Neezam, bagitau nombor bilik dan tanya pasal Niesreena. Neezam dah on the way dan katanya Niesreena ok jer. Leka main-main dengan anak-anak en. Din. Kebetulan anak-anak en. Din pun bangun awal pagi sebab nak ke sekolah.

Kejap tu Neezam sampai dan midwife pun mula siapkan aku untuk ke operation theater. Then doktor anaesthetist @k@ doktor bius datang melawat aku kat bilik. Dia bagitau pada aku dan Neezam apa yang akan dia lakukan. Katanya dia akan lakukan spinal. Dia terangkan serba sedikit pasal spinal pada aku dan Neezam; apa akan dia buat kat aku dan apa akan aku rasakan kesan daripada spinal ni.

Pukul 8.15 pagi, aku ditolak ke OT. Dada aku mula dub dab dub dab... Seram sejuk rasanya... Nasib baik Neezam sentiasa berada di samping aku. Kalau tak mesti lagi takut rasanya.

Bila aku dibawa masuk ke OT, Neezam tak der disamping aku sebab Neezam hanya boleh masuk bila doktor dah buat spinal kat aku. Lebih kurang 8.30 pagi, doktor Pahuja, gyne aku tiba kat OT, begitu jugak doktor bius tadi. Turut sama dalam OT tu doktor Rubi iaitu doktor baby dan sorang doktor lagi. Ish... ramai tol doktor. Tu tak termasuk midwives dalam 3 orang dan 2 orang attendent. Suhu dalam OT sangat sejuk tapi tak sesejuk OT kat HKL dulu. Punyalah sejuk. Aku mengigil-gigil sampai terketar-ketar gigi.

Masa doktor cucuk jarum untuk wat spinal, terasa sangat sakitnya. Last time aku wat epidural tak rasa sakit pun. Mungkin masa tu sebab sakit contraction nak bersalin yang aku rasakan tu lebih sakit daripada kena cucuk jarum. Lepas doktor dah wat spinal barulah Neezam masuk ke OT. Lega rasanya bila nampak muka suami tercinta.

Aku terbaring dan tawakal jer. Tak tau lah apa yang doktor-doktor tu tengah wat dengan perut aku disebalik tabir biru tu. Neezam pun mesti berdebar-debar. Neezam duduk di belah kiri kepala aku. Sentiasa memberikan kata-kata semangat dan suruh aku selawat banyak-banyak.

Kejap tu aku dengar doktor kata "here he comes!". Takbir biru atas dada aku diturunkan sedikit. Alhamdulillah! Baby Naufal dah selamat dilahirkan! Aku tak nampak baby Naufal sepenuhnya. Aku hanya nampak kakinyer ajer. Kemudian aku dengar suara baby Naufal nangis. Tapi sekejap jer... Midwife bagi baby kat Neezam. Aku tak sabar sangat nak tengok baby. Diorang kat sebalik tabir. Aku dengar Neezam mengazankan baby. Terharu rasanya...

Then Neezam bawak baby Naufal pada aku. Aku cium baby Naufal yang masih lagi berselaput dengan bendalir putih. Nampak baby Naufal terkebil-kebil cuba bukak mata. Comel sangat! Muka baby Naufal sama macam muka Niesreena dulu. Gembira sangat bila nampak baby Naufal. Alhamdulillah... Naufal sihat dan sempurna.

15 minit aku terbaring lagi sementara doktor-doktor tu jahit perut aku semula. Aku nampak diorang jahit semula perut aku kat cermin lampu. Seram jer... Tapi berani-berani jugak nak tengok.

Petang tu Neezam basuh uri dan tanam uri kat rumah en. Din. Pengalaman pertama Neezam basuh uri. Uri Niesreena dulu, mak aku yang basuh dan tanam kat KL. Dulu mak hampir termuntah sebab bersihkan uri. Nasib baik Neezam ok jer. Kata Neezam, memula tu macam seram gak sebab ramai orang kata mesti akan muntahnyer. Tapi alhamdulillah, Neezam ok jer...

Alhamdulillah... segalanya selesai dengan selamat. Baby Naufal comel sangat. Rambutnya lebat, kulitnya pun bersih. Bersyukur sangat... Terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan kitorang, terutamanya suami dan keluarga tersayang...



*juliet le sweetheart : letih dan ngantuk jer sepanjang hari...



Wednesday, April 29, 2009

Khairunnaufal bin Khairunneezam

♥ Nama Penuh ♥

Khairunnaufal bin Khairunneezam

♥ Nama Manja ♥

Naufal

♥ Jantina ♥

Lelaki

♥ Tarikh Lahir ♥

27hb April 2009

♥ Masa Lahir ♥

9.17 pagi

♥ Tempat Lahir ♥

Northpark Private Hospital, Bundoora

♥ Berat ♥

3.065 kg

♥ Kaedah Lahir ♥

Ceasarian




*juliet le sweetheart : Alhamdulillah... bersyukur sangat ke hadrat Allah swt...



Sunday, April 26, 2009

Menjemput diri sendiri

(^^)

Istilah menjemput diri sendiri adalah perkara biasa kat desa Bundoora ni. Dan semua orang seronok menjemput diri sendiri ke rumah orang. Orang pun suka bila ada tetamu yang menjemput diri sendiri ke rumah diorang. Hehehhe...

Petang tadi en. Din satu famili menjemput diri sendiri ke rumah kitorang. ;) Yang bestnyer, kak Gee yang rajin ni mesti bawak makanan. Bak kata orang, di mana ada kak Gee, di situ ada makanan. Hehehehe... Kak Gee bawak tomyam. Kebetulan plak, teringat aku masa sehari sebelum melahirkan Niesreena, aku pekena tomyam gak; meal terakhir aku sebelum bersalin. ;p

Malam tu plak, kitorang dijemput ke rumah abang Ashraf dan kak Jumie. Diorang ajak pekena asam pedas ayam. My favourite! Asam pedas kak Jumie memang best. Maklumlah asam pedas orang Melaka. Teringat kat asam pedas mak aku yang sedap tu.

Sebenarnya, kak Jumie wat asam pedas asam pedas tu on request. Lepas makan asam pedas kak Jumie masa gi apple picking ari tu rasa asam pedasnya sedap sangat. Aku nak wat cam tu tak pernah jadi. Akhirnya aku cakap kat Neezam, "sedapnya kalau dapat asam pedas ayam kak Jumie. Boleh ke kalau nak mintak kak Jumie masakkan?" ;p Sukati aku jer ek? Hehehhe... Neezam pun sampaikan hasrat hati beta tu pada suami kak Jumie dan sampaikan pulak pada kak Jumie. So, dapatlah aku merasa asam pedas tu hari ni. Sehari sebelum bersalin! Hehehhe... Orang kata, mengidam last minit.

Ramai jugak orang kat rumah kak Jumie tadi; ada famili kak Azni dan kak Rami serta family en. din yang sama-sama datang dari rumah kitorang tadi.

Sedap betul pekena asam pedas. Diorang kata, makan puas-puas. Pukul 12 malam dah nak kena puasa, esok bersalin pastu kena berpantang plak. Lama tu tak boleh nak makan asam pedas lagi.

Esok, d-day! Beberapa hari ni aku berdepan dengan kata-kata caci maki orang yang kutuk aku bersalin ceasar. Tak paham betul aku. Aku yang nak bersalin, tapi orang lain plak yang sebuk-sebuk tak tentu pasal. Tak puas hati sebab aku tak bersalin normal. Masalahnyer sekarang, perut aku atau perut diorang yang nak kena toreh? Pastu melarat plak gi kutuk post-post aku yang lepas-lepas. Siap kata gaya penulisan aku berlagaklah, mentang-mentang aku dok overseas, so berlagaklah... nak menunjuk-nunjuklah... Ye ke? Sorrylah kalau ada yang berangapan macam tu. Macam ni lah... kalau tak puas hati, janganlah baca blog aku ni. Aku tak suruh pun. Dan aku pun malas nak layan perangai orang berfikiran tak matang macam tu. Korang letaklah komen-komen kutuk-kutuk aku tu. Memang aku tak tau saper yang tulis macam tu tapi ingat... Allah maha mengetahui...

Ok! Malas nak fikir benda bebukan. Esok aku nak gi berjuang! Hehehe... Tak sabar nak jumpa baby boy aku ni. Jumpa esok yer sayang! Mama nak tidur duluuuuuu...


*juliet le sweetheart : perasaan bercampur baur... gumbira + takuuuutttt... Doakanlah keselamatan kami yer... :)



Saturday, April 25, 2009

My very own

Tq abang... suka sangat!

Kata abang... Ni hadiah pindah rumah baru. Hehehhe... Bleh?

Dan lappy ku ini diberi nama Q since ada huruf 'Q' kat atasnya! Love it!

Thursday, April 23, 2009

"Beranak normal la wei"???

Assalamualaikum... :)

Lamaaaaaa sangat tak menjenguk blogku ini, apatah lagi nak mengupdate. Aku tersangatlah bz dan penat minggu ni. Macam-macam benda yang perlu disettlekan sebelum menjelang d-day yang tinggal beberapa hari jer lagi ni. Dalam bz-bz ni pun sempat gak aku berjalan ke beberapa tempat. Ramai gak kengkawan yang marah... Marah-marah sayang... hehehehe... Diorang risau... kot-kot aku terberanak masa berjalan-jalan kang wat nayer jer kan. ;p Well, terima kasihlah kengkawan kerana mengambil berat. :)

Sebenarnya pagi ni pun aku just curi-curi masa untuk mengupdatekan blog ni. Mungkin sebab perasaan amarah + sedih yang tak dapat dibendung, aku gagahkan gak untuk tulis post kali ni.

Malam tadi...

Hubby : Sayang, cuba tengok blog awak ni...

Aku : *curious... sambil berjalan ke pc, sambil berfikir... kenapa? Ada orang hacked blog aku ke?*

Hubby : Baca ni...

Ni keratan dari oggix shout box aku...

Aku terkedu dan terkesima kejap bila baca msg tu. Aku cuba fikir orang jenis apa yang tulis msg macam ni... Senangnyer dia cakap kan... Memula rasa marah sangat, pastu tetiba rasa sedih...

Aku bukannya tak nak cuba bersalin normal tapi dah tak boleh! Si penulis msg tu ingat aku suka-suka hati jer ke nak serah perut ni untuk diBELAH! Sukati dia jer... Aku dah fikir pro & con bersalin secara normal atau ceasar. Kalau boleh memang aku nak normal; cepat baik, tak nyusahkan Neezam yang sibuk dengan study dia tu untuk jaga aku lama-lama, tak nyusahkan Neezam jaga makan pakai anak-anak, tak menyusahkan Neezam buat kerja-kerja urusan rumah...

Berbanding dengan ceasar... dah lah akan menanggung sakit yang lebih lama lepas bersalin, luka lambat baik, tak boleh nak aktif-aktif sangat pastu, dan kemungkinan luka terbuka semula pun ada *macam terjadi kat aku last time bersalin, luka terbuka semula 1cm!*. Cumanya waktu bersalin tu jer lah tak rasa sakit macam bersalin normal. Tapi aku still dah pernah rasa sakitnya contraction bersalin normal tu last time.

Eeeeee... tetiba rasa sedih... rasa macam diri ni kureng sebab tak boleh bersalin normal. Salah ke bersalin ceasar? Berdosa ke? Dah tu dah tak boleh... dah tak der pilihan... nak wat cam ner?!

Nway, as a blogger aku paham... Ramai jer pembaca yang datang menjenguk ke blog-blog orang lain yang tak dikenali. Suka-sukati jer nak tinggalkan msg yang bukan-bukan kat blog orang. Msg macam tu pun boleh dikira baik dan berlapik lagi lah... Betul tak?

Buat anonymous bergelar LAAA...

"Berdoalah kau atau mungkin isteri kau, adik beradik kau, kaum kerabat kau, tak terima nasib yang sama dengan aku. Tak der pilihan lain. Memang kena serah perut untuk diBELAH!

Tapi... if one day, jika ditakdirkan Allah swt, kau atau mungkin isteri kau, adik beradik kau, kaum kerabat kau, ada yang terkena nasib seperti aku ni... ingatlah msg yang kau pernah tinggalkan kat blog aku ni! Pastu... haaaaa... lu pikir lah sendiri!"

Sebenarnya... bila fikir-fikir balik, macam buang masa jer aku tulis post ni. Wat per lah nak melayan orang tak matang macam tu kan... Tapi jauh di sudut hati aku ni... eeeeee... rasa marah dan sedih! Dan aku rasa dia pun terjumpa blog aku secara tak sengaja pun.

Buang masa jer nak sedih-sedih ek... :)

Nway kengkawan, sebenarnya ada banyaaaaaaaakkk citer nak citer.... Walaupun obviously citer dah basi sebab dah seminggu aku peram tapi aku akan update gak -- backdated post of course! Aku akan post citer mengikut tarikh; gi Lakes Entrance, gi apple picking, pindah rumah, etc! Oh ya... dan juga hutang tag cik SZ. Sorrylah Suzi... assignment tak siap-siap... ;p

So, nantikan post-post backwards aku k! Hehehehhe...

Oh ya... sebelum aku stop... just nak inform... the next msg kat oggix shout box aku tu, honestly bukan ditulis oleh aku mahupun my hubby k. But obviously seorang kawan yang marah dengan msg si LAAA tu and IPnya dari NSW. Terima kasih kerana memahami...



*juliet le sweetheart : 1st post from my new home! :)



Wednesday, April 22, 2009

Last day at University Mews

Penatnya...

Dua hari berturut-turut berulang ke Uni Mews. Rumah lama kitorang tu dah kosong. Sumer barang dah selamat dipindahkan ke rumah baru. Dua hari ni kitorang bertungkus lumus untuk membersihkan rumah jer lah. Rumah ni tak lah kotor sangat pun, cuma perlu dibersihkan lagi sikit-sikit. Kitorang harap bila tuan rumah tengok rumah bersih, dia akan pulangkan full bond. Atau mungkin potong sikit jer untuk carpet cleaning. Hopefully...

Selepas siap membersihkan semua tiap ceruk rumah, kitorang pun pulangkan kunci pada office. Sedih gak rasanya walaupun tinggal cuma setahun jer kat sini. Kawan-kawan pun ramai. :( Kat sini jugaklah kitorang tengok macam-macam perkembangan Niesreena dalam masa setahun ni. Dari Niesreena tak sampai nak capai atas meja snooker tu, sampai dah boleh masukkan bola snooker dalam lubang dia dah. *Meja snooker kat comman room. Tempat ayah Niesreena selalu lepaking dengan kengkawan bujang dia* :) Banyak kenangan kat rumah ni. Sedihlah plak...

Sebelum meninggalkan Uni Mews, kitorang sempat tangkap gambar sikit-sikit sebagai kenangan terakhir...

Sayang kat rumah ni. Harap-harap rumah ni akan dapat tenant yang lebih baik akan datang. Bye bye rumah... We'll missing u... Huhuhu...



*juliet le sweetheart : Uni Mews settle... nak kemas rumah baru plak, dan jugak beg ke hospital... penatnyer mengemas!



Tuesday, April 21, 2009

Apple goreng

Kat rumah ada banyak sangat stok apple sebab gi apple picking ari tu. Walaupun dah agih-agihkan apple kepada kengkawan yang tak gi, tapi still ada banyak lagi stok apple kat rumah. Sampai dah tak larat dah nak makan apple. Hhehehehe...

So, untuk menghabiskan stok apple yang ada, aku buat apple goreng untuk minum petang ni. Pernah rasa? Sedaaaappppp... First time aku rasa apple goreng ni kat rumah kak Farizal, kak Gee yang buat. Kreatif betul kan. Rasa apple goreng ni lebih kurang macam pisang goreng gak. Tapi kat sini susah nak dapat pisang yang sesuai untuk digoreng. Pisang tanduk, pisang nipah memang tak jumpalah kat sini. So, goreng apple pun ok lah kan...

Senang jer nak wat apple goreng ni. Macam goreng pisang gak.

Dan ni kalau ikut resepi akulah... Tepung gandum, telur sebiji, garam & serbuk kunyit. Dan aku suka letak gula sikit supaya tak lah terasa sangat kalau apple tu masam. Seterusnya, gorenglah macam biasa dengan minyak sederhana besar. Bila apple dah masak nanti apple tu akan jadi lembut macam pisang.

Inilah hasilnya...


Pastu makan lawankan dengan sambal kicap dan cili padi. Sedap... Cubalah...


*juliet le sweetheart : suka cuba resepi yang senang-senang



Monday, April 20, 2009

Bersyukur dorong insan lebih tawaduk

Artikel enche Neezam yang kedua dalam bulan ni. Kat paper Berita Harian bahagian Agama. Meh lah kiter baca...

Bersyukur dorong insan lebih tawaduk

Oleh Khairunneezam Mohd Noor

ALLAH menganugerahi banyak nikmat kepada manusia. Dengan sifat maha pengasih dan penyayang-Nya, manusia dapat merasai kelazatan pelbagai nikmat kurniaan Allah yang bersifat keduniaan (duniawi) dan akhirat (ukhrawi).

Firman Allah bermaksud: "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah an-Nahl, ayat 18)

Nikmat Islam dan iman adalah kurniaan Allah paling berharga dan tidak semua manusia dapat mengecapi kedua-duanya. Sesiapa yang memilikinya harus bersyukur dan menjaganya sebaik mungkin.

Seseorang yang bersyukur dengan nikmat Islam dan iman tidak berasa susah sekalipun miskin atau melarat kerana jiwa raganya cukup kaya serta rasa dekat dengan Allah. Nikmat Islam dan iman menjadi benteng teguh untuk mencegah seseorang mendekati kemungkaran. Nikmat Islam dan iman juga faktor penyelamat kehidupan di dunia dan akhirat. Namun, kita biasa mendengar 'nikmat hanya dirasai apabila kita kehilangannya'. Inilah keadaan biasa dalam kehidupan manusia yang mungkin terlupa atau tidak mahu bersyukur tatkala hidupnya bahagia dianugerahi pelbagai nikmat Allah.

Golongan itu juga dipanggil sesetengah orang sebagai lupa daratan atau kufur nikmat. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi dan Kami jadikan untuk kamu padanya (pelbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amat sedikit kamu bersyukur. Apabila nikmat ditarik balik oleh-Nya, barulah seseorang mahu menangisi dan menyesal kealpaan untuk bersyukur kepada Allah ketika dilimpahi nikmat tidak terhitung." (Surah al-A'raaf, ayat 10)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Rebutlah lima perkara sebelum hadir lima perkara; masa mudamu sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati." (Hadis riwayat al-Hakim)

Rasulullah SAW memberi isyarat kita perlu mensyukuri nikmat Allah. Kita juga diisyaratkan untuk terus tawaduk melaksanakan ibadah kepada-Nya walaupun dalam keadaan senang, bukan hanya ingatkan Allah apabila susah.

Kita wajib mensyukuri nikmat Allah tanpa mengira miskin atau kaya, tua atau muda dan lelaki atau perempuan. Syukur tanda tunduk kepada Allah satu-satunya Tuhan yang berhak disembah. Ini selaras firman Allah bermaksud: "Syukurlah terhadap nikmat Allah jika kamu sungguh-sungguh menyembah-Nya." (Surah an-Nahl, ayat 144)

Konsep bersyukur menurut Imam al-Junaid ialah menyalurkan segala nikmat Allah ke arah kebaikan dan kebajikan, bukan kemungkaran atau kemaksiatan. Untuk itu, KH M Syueb Ushul menyarankan kita menyerlahkan kesyukuran dengan hati, ucapan dan perbuatan. Bersyukur melalui hati ialah menanam azam menyalurkan nikmat itu untuk beramal kepada Allah, membuat kebajikan kepada manusia dan makhluk, selain tidak putus mengingati-Nya.

Mensyukuri nikmat secara lisan, ialah dengan lidah yang basah mengucapkan dan memperbanyak zikrullah. Akhirnya, mensyukuri nikmat melalui perbuatan mendorong tindak-tanduk melaksanakan ibadah kepada Allah sepenuh rela, tawaduk serta melaksanakan amar makruf nahi mungkar.

Diriwayatkan Saidatina Aisyah bahawa beliau memerhatikan Rasulullah SAW beribadah penuh khusyuk siang dan malam sehingga bengkak kaki Baginda, lalu beliau bertanya: "Ya Rasulullah, mengapakah engkau tidak henti-henti beribadat kepada Allah? Maka Rasulullah SAW menjawab: Tidakkah aku sepatutnya menjadi hamba yang bersyukur?"

Bayangkan Rasulullah SAW, semulia-mulia manusia yang dijamin kedudukannya di syurga, tidak putus menzahirkan syukur terhadap nikmat Allah. Baginda terus beramal sepenuh hati, perkataan dan perbuatan. Apatah lagi kita manusia biasa yang masih perlu diperhitungkan timbangan dosa dan pahala di akhirat, apakah kita tidak mahu menyerlahkan kesyukuran sehebat kualiti manifestasi kesyukuran Rasulullah SAW terhadap nikmat pemberian Allah.

Andainya kita mampu menerbitkan rasa syukur terhadap nikmat Allah secara istiqamah, yakinilah dengan izin-Nya, segala amal diberi ganjaran pahala dan syurga. Bahkan Allah menjanjikan nikmat kurniaan-Nya kepada kita berlipat gandakan. Namun, lain pula halnya apabila seseorang tidak tahu atau tidak mahu bersyukur seperti tidak berterima kasih apabila menerima pemberian orang lain.

Apakah perasaan pemberi hadiah jika orang yang menerimanya berat mengungkapkan perkataan 'terima kasih' bahkan perbuatannya juga jauh daripada menunjukkan rasa menghargai hadiah itu.

Begitu juga persoalannya, apakah layak seseorang terus menerima nikmat dan rahmat Allah jika dia tidak tahu berterima kasih atau bersyukur? Malang nasib seseorang apabila rasa syukur tidak diterbitkan dalam hati, lidah mahupun perbuatan kerana balasan azab Allah sangat menyeksakan.

Hal ini selaras firman Allah bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." (Surah Ibrahim, ayat 7)

Nikmat perlu disyukuri bukan disalahgunakan ke arah kemungkaran dengan menjadikan hawa nafsu dan tipu daya syaitan sebagai nakhoda dalam jiwa serta pemikiran. Nikmat dianugerahkan Allah perlu dianggap pendorong untuk lebih khusyuk dan tawaduk mengabdikan diri kepada-Nya dan memperteguhkan tahap keimanan demi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.


*juliet le sweetheart : bersyukur sangat sebab Allah swt permudahkan banyak urusan aku dan suami di kala aku sarat ni...


Sunday, April 19, 2009

Picnic Desa Bundoora

Pagi tadi ramai sangat orang datang ke rumah; rumah kitorang kat Uni Mews ni. Semua datang untuk tolong pindah barang ke rumah baru. Terima kasih sangat kepada yang datang membantu. Terima kasih jugak pada kawan-kawan yang susah payah menyediakan juadah tengahari ni. Macam-macam ada; sup kambing kak Tasha yang sedap tu, kuih muih dari kak Gee, dan macam-macam lagi. Hmmmm... nasib baik ada orang datang bawak makanan sebab juadah yang aku masak tak cukup. Hehehhe... Sebab aku ingatkan 3, 4 orang jer yang akan datang menolong. Rupanya tersangatlah ramai orang yang sudi membantu. Baik betul diorang ni...

Alhamdulillah setakat ni semua barang yang besar-besar dah pun selamat dipindahkan ke Waterdale. Ada lagi barang kat Uni Mews tapi barang kecik-kecik jer. Mungkin lagi 2, 3 kali angkat dengan kereta kecik kitorang tu boleh settle lah. Insya Allah...

Petang tadi pulak kitorang ke Bundoora Park. Warga desa Bundoora buat picnic hari ni. Aku dengan selamba datang berlenggang kangkung. Datang bawak perut jer! Tak bawak apa-apa juadah potluck pun. Tak sempat nak masak dan penat sebenarnyer. So, aku datang makan jer lah! ;p

Cuaca sejuuuuuuuukkkkk sangat petang tadi. Beberapa hari sebelum ni cuaca panas, even pagi tadi pun panas. Tetiba jer petang tadi cuaca berubah menjadi sangat sejuk. Memang tak boleh nak jangka cuaca kat sini.

Macam biasa kalau dah acara berkumpul macam ni ada banyak sangat makanan; laksa sarawak, kek, speghetti, mee goreng, chicken pai, etc... Sedap! Selain makanan yang beraneka jenis, bagusnya join aktiviti macam ni sebab dapat merapatkan lagi silraturahim antara kitorang. Dapat jugak berkenalan dengan warga desa yang baru tiba ke Melbourne ni.

Hmmm... sekarang ni dah ramaaaaaiiii sangat orang Malaysia yang berkumpul kat sini. Seronok! Tak macam masa kitorang memula sampai <> 2 tahun lepas. Tak ramai Malaysian. Famili pun ada kitorang dan famili kak Fadz Zizi jer, yang lain semua bujang. Tu pun tak ramai. Berbanding dengan sekarang ni, berlipat kali ganda ramainya dari 2 tahun yang lepas.

~Enche Neezam mempengerusikan majlis dan membacakan doa~

~Penuh satu pondok tu dengan warga desa Bundoora. Bebudak apa lagi... main jer lah~

~Aktiviti favouriteku... makan... hehehhe... Turut sama en. Din & Amy serta bebudak kecik yang nampak gayanya hanya tengok kitorang makan. Hehehe...~

~Bebudak kalau dah main memang tak ingat nak makan~

~Ibu Jumie & ibu Hada~

~Anak-anak dara & mak dara. Boleh beza tak mana satu anak dara, mana satu mak dara? ;p~

~Kakak-kakak yang sedang bertungkus lumus untuk mendapatkan tittle DR~

~Sebahagian daripada warga desa yang hadir~

~Ex-neighbours kitorang kat Uni Mews~

~Lagi warga desa Bundoora~

~Barisan bapak-bapak Mithali... ;p~



*juliet le sweetheart : 1st night at our new appartment... ZZZzzzzzzz...



Saturday, April 18, 2009

Apple picking

Jalan sakan mak buyung ni kan... Hehehhhehehe... Hari ni jalan lagi!

Hari ni kitorang join warga Desa Bundoora yang lain gi apple picking kat Coldstream. Kawasan ladang epal ni terletak tak jauh dari Bundoora, lebih kurang 40km jer. Perjalanan tak sampai satu jam pun.

Hari ni Neezam tak drive. Lega hubby ku itew bila Hamzah ajak car pool dengan dia sebab penat drive 2 hari berturut-turut kelmarin dan semalam pun tak lega lagi. So, bleh lah rehat sikit. Hehehe...

Sebelum tiba kat ladang epal, kitorang singgah kat satu kawasan park ni. Cantik tempat ni. Ada sungai yang jernih sangat. Airnya pun sejuk. Mungkin sebab tu kawasan ni dipanggil Coldstream ek.

Lepas snap gambar sikit-sikit *agenda wajib!*, kitorang pun bertolak ke ladang epal. Ada banyak sangat pokok epal dan pelbagai jenis pokok epal yang ada. Tapi waktu kitorang datang ni musim petik epal jenis pink lady.

Untuk petik epal kat sini bayarannya aud$18 sebakul. Isilah sepenuh-penuh bakul dan sesambil petik tu boleh makan sekali. Buah epal pink lady ni kebanyakannya tak lah manis sangat pun. Ada rasa masam-masam sikit tapi sangat berair. Sedap dan sangat rangup. Seronok sambil petik epal sambil makan buah epal. Lebih-lebih lagi makan buah yang memang fresh, dipetik sendiri dari pokok. Buah epal pink lady ni besar. Makan sebiji dah terasa kenyang.

Lepas masing-masing dah kepenatan dan puas petik epal. Kitorang ke park yang kitorang gi tadi semula untuk makan dan solat. Ingatkan semua orang dah kekenyangan makan epal tapi rupa-rupanya semua orang kelaparan. Termasuklah aku! Hehehe... Lebih-lebih lagi tengok makanan semuanya sedap-sedap. Siap ada asam pedas ayam dan nasi panas tu. Sedap gilos! Terliur aku dibuatnya.

Selesai makan dan solat, ahli rombongan semua berpisah. Kebanyakannya pulang balik ke Bundoora tapi kitorang ke St Kilda. Cuaca punyalah sejuk lebih-lebih lagi angin dari laut. Lepak sekejap kat sini untuk tengok sunset.

Alang-alang dah sampai ke St Kilda, kitorang singgah solat maghrib kat Malaysia Hall yang terletak tak jauh dari St Kilda ni. Nasib baik Mazlee ada kat sana. Berani betul si Mazlee ni tinggal sorang-sorang kat banglo besar tu.

~Mr. Hamzah, Mr. Neezam & Mr. Mazlee @ Malaysia Hall~

~Ladies...~

Destinasi terakhir kitorang pada hari ini ialah ke Block M untuk dinner. First time aku sampai kat sini. Sebelum ni aku dengar namanyer ajer tapi tak pernah sampai pun. Punyalah terkejut bila aku tengok menu dia. Nama pelik-pelik jer. Nak order pun macam tak confident jer. Hehehehe... cuba tengok list menu dia kat bawah ni.

~Senarai menu yang sangat mengujakan~

~Kak Fizoh dan Umi dengan menu nasi ayam bakar~

Pack betul jadual aku hari ni. Penat sangat... Esok pun hari yang memenatkan jugak...


*juliet le sweetheart : 10 hari lagi!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top