♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, March 5, 2009

Usrah

Masa kat Malaysia ari tu, aku selalu dapat e-mail desabundoora yahoogroups, jemputan ke study circle yang diorang wat tiap-tiap minggu kt desa bundoora ni. Hmmm... malam ni baru dapat join. Study circle kali ni difasilitate oleh 'ustazah' Umie. :)

Dah lama aku tak join discussion ala-ala usrah ni. Teringat masa kat UTM dulu; masa sem 1, rajin join usrah dengan kengkawan. Pastu makin lama makin malas sebab... ngeh ngeh ngeh... rahsia! *Masa sem 1 tu pun diorang kata usrah tu diwajibkan. Tu yang terpaksa merajinkan diri... ;p Eh... tapi kalau tak diwajibkan pon aku akan join gak... Betuuuullll...*

Sebenarnyer banyak faedah yang boleh diperolehi dengan join-join usrah macam ni. Selain dapat menambahkan pengetahuan dan berkongsi pengalaman kiter jugak dapat mengeratkan lagi silraturahim. Betul tak murid-murid... :)

Selepas aktiviti perbincangan dan solat maghrib semestinyerlah aktiviti makan-makan. Wajib tuuu... Sedangkan aktiviti memecahkan lemak pun ada makan-makan ni kan pulak diskusi kan. Mestilah ada makan, dan semestinyerlah konsep portluck supaya tak menyusahkan tuan rumah iaitu kak Gee & en Din. Hmmmm... kali ni aku bawak karipap jer...

~Antara tetamu yang comey-comey~

~Hmmm... nampak tak aku yang comey dan semakin tembam itew~

~Kak Gee dan En. Din the tuan rumah~

Oh ya... lupa nak bagitau... study circle ni terdiri daripada kaum comel-comel jer @k@ kaum wanita yer... So, malam tadi Niesreena ditinggalkan kat rumah bersama 'abam'nyer... 'Abam' Niesreena sms mama Niesreena, kata Niesreena cari mamanyer seperti orang giler. Alaaa... cian anak mama... baru tinggal beberapa jam...

Ha... dikesempatan ni jugak aku nak berkongsi apa yang aku dapat kat e-mail tadi dengan korang semua. Semoga dapat memperbetulkan cara kiter berdoa lepas ni.

Cara berdoa yang betul

"Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa. Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan Allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik. Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah. Berikut dikongsikan beberapa panduan tatacara berdoa yang diturunkan oleh ustaz Abdullah. "

  1. Angkat tangan paras dada

  2. Rapatkan kedua-dua belah tangan. Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. "Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur 'ba' . Titik 'ba' letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya. Maka malaikat yang menjaga hufur 'ba' bernama 'Har Hayaail'. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan" .

  3. Duduklah dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar.

Wassalam.



*juliet le sweetheart : aduih... malam ni teruk plak batukku...



No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top