♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, June 18, 2008

Tak sihat lagi *sigh*

Akhirnya Niesreena tidur jugak… Dari tadi asyik main jer walaupun mata dah lama tunjukkan tanda-tanda mengantuk. Manalah Niesreena tak mengantuk… Niesreena bangun awal sangat, sama-sama dengan kitorang sembahyang subuh pagi tadi. Terus aktif… main… tengok wiwi…

Cam tu lah Niesreena setiap hari. Aktif jer setiap masa walaupun sebenarnya badan dia tak sihat. Since last week Niesreena demam. Temperature badan Niesreena naik 37.8. Warm jer bandan dia. Ditambah pulak dengan batuk dan selsema. Tapi alhamdulillah, sekarang ni badan Niesreena dah kebah. Cuma selsema dan batuk yang masih tak baik-baik lagi.

Bila Niesreena tidur, boleh dengar bunyi mukus yang ada kat dalam hidung dia. Sesekali Niesreena batuk. Batuk Niesreena tak berhenti-henti membuatkan sekali sekala Niesreena marah sebab tidur dia terganggu. Kesian anak mama…

Masalah aku sekarang ni ialah Niesreena susah nak makan ubat. Tu yang buatkan aku marah sangat kat dia. Bila tau jer aku nak bagi ubat, habis mulut dia ditutup rapat-rapat, tangan meronta-ronta. Puas main earoplane dengan Niesreena tapi dia tak nak nganga jugak! Aku cuba masukkan ubat dalam susu atau jus. Tapi dia tau plak. Mungkin sebab rasa susu jadi lain. So, dia tak nak plak minum susu atau jus tu. Geram betul… Aku cuba bagi waktu dia tidur. Mula-mula jer dia telan. Pastu… dikuncinya mulut dia. Nak wat cam ner ek? Hmmmm… hanya Neezam jer yang berjaya bagi dia makan ubat setiap kali.

Hopefully Niesreena akan cepat sembuh. Tak tahan tengok Niesreena sakit. Kesian kat dia…



*juliet le sweetheart : risau...


3 comments :

Ayah Niesreena said...

ayah dah berjangkit demam niesreena – coughing2 manja sekarang ni.. tunggula satu dua hari lagi, batuk kul kul kul plak tiba– :*

Mas said...

Julie.. nak share nih... try kasi dia main2 ngan ’sryinge’(btul ke ejaan nih..hentam jek r..) tuh... pstuh amalkan mkn minyak ikn kod.. insyaallah susah nak kena selsema n batuk n demam...

*juliet le sweetheart said...

tq for the tip mas...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top