♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, March 1, 2009

Makan-makan @ Pak Tam's

Makan free lagi! Kali ni kat rumah pak Tam plak. Pekena nasi ayam. Sedaaaapppp!!! Disamping nasi ayam, ada banyak lagi makanan lain. Biasalah kengkawan kat sini semuanyer rajin-rajin belaka. Kalau ada yang buat open house, mesti ada jugak yang datang bawak juadah untuk dikongsi bersama. Memang best! Kitorang, bawak bihun goreng jer. Tu pun Neezam yang masak. Sedaaaapppp... Liciiiinnnn... Hehehe... Aku cuti masak hari ni... Sebab penyakit "M" melanda! ;p

Seronok bila jumpa kengkawan. Tak lah rasa bosan sangat. Walaupun diorang semua dari pelbagai peringkat usia *hari ni pasangan aku dan Neezam, tetamu yang termudalah...* tapi tetap ngam... boleh masuklah... Masing-masing banyak berkongsi cerita dan pengalaman.

Aku seronok jugak tengok Niesreena. Waktu-waktu macam ni lah Niesreena boleh jumpa dengan kengkawan yang usia lebih kurang dia. Seronok dia main-main. Nampak excited sangat! Kalau dok rumah asyik tengok muka mama dan ayah dia yang garang jer ni kan... Mesti bosan! Hehehhe...

Balik tadi kak Nor tapaukan nasi ayam. Tq kak Nor! Hehehhee... Best! Best! Tak payah masak lagi malam ni. ;p


*juliet le sweetheart : suka makan ayam goreng madu air tangan Neezam... sedaaaappppp...



No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top