♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, March 7, 2009

Makan dan makan lagi ;p

Hari ni kitorang dijemput menghadiri breakfast kat rumah kak Farizal dan abang Hamdan. Jarang sebenarnyer orang jemput minum pagi tapi seronok gaks! Ramai kengkawan @k@ kakak-kakak dan abang-abang, yang datang; orang lama dan orang baru. Dan yang pastinyer, bilangan bebudak lebih ramai daripada bilangan mak bapak budak.

Macam biasa, walaupun dijemput datang makan, tapi semua yang datang turut membawa makanan. So, banyak sangat pilihan makanan. Macam breakfast kat hotel! Best! Best! Tuan rumah buat nasi kuning *kalau tak salah namanyer*. Nasi ni ala-ala nasi dagang. Sedaaaapppp...

~Apalah yang Pak Tam kusyuk sangat cerita tu~

~Cerita kaum ibu lain plak~

~Bebudak dan terselit gak mak-mak budak yang kusyuk tengok cerita mermaid~

~My beloved Mr. Hubby~

~Mrs. Juliet le sweetheart yang semakin montel! Yup! That's me! ;p~

Walaupun niatnyer datang breakfast, tapi lepak punyerlah lama... sampai ke tengahari... Biasalah, bila dah jumpa kengkawan, dari satu cerita ke satu cerita tak habis-habis. Tuan rumah tak berhenti-henti buat air; berteko-teko! Niesreena, walaupun demam, tapi seronok gak main dengan kengkawan. Macam dah baik jer demamnyer... tapi still dedar skit.

~Mila, my little princess; Niesreena, dan Uda~

~Niesreena playing with her friends~

Lepas 'brunch' kat rumah kak Farizal. Neezam bawak aku ke tempat yang sangaaaaatttt 'istimewa'. Hehehhehehe... Rasa seronok tidak terperi ketika itew! :D

Neezam bawak aku gi airport. Apa yang istimewanyer? Hehehe... sebab kat airport ni lah ada kedai donut Krespy Kream yang terdekat dengan rumah kitorang. Ingat tak post aku yang lepas? Keteringinan yang melampau! Huhuhu...

Hehehehhe... Dapatlah jugak aku sedozen donut KK ni... sedaaaaapppppp...

~My favourite original glaze. Cedapnyerrrrr...~

~Yummie assorted!~

Baik sungguh hati Neezam. Selalu cuba gak dapatkan aper yang aku nak. ;p Teringat masa mengandungkan Niesreena dulu. Lagi dasat! Aku mengidam macam-macam; nak makan lala, Neezam cari sampai ke Melaka; nak makan murtabak singapore, Neezam cari sampai JB! Nasib baik tak sampai Singapore! Hehehhe... Dasat ek nafsu makan aku... hehehhe... nasiblah bang dapat bini macam ni ;p


*juliet le sweetheart : terima kasih abang. Luv you sooooo much!



6 comments :

Verde said...

wahhhhh...dah dapat dah krispy kreme yg dihajati Wink
embrace ur pregnancy!

*juliet le sweetheart said...

Yup! Lepas jugak hajat! :)

lindahpadlee said...

Ya allah Julie..apa kes ekoni kurus?...eko kena morning sickness ker?..anyways, you look sweet jerk mengandungni...betullah kata umie...lah si neezam pun dah potong rambut ker...
ini membuatkan aku tak sabar nak jumpa eko orang karang..:D
anyways, Nuha dah ok..biasalah duk meragam jerk kan...k kim salam semua...
p/s: sal eko pakai spek mata ah?..curios nak tau...

*juliet le sweetheart said...

Kurus? Merepek ler... Aku rasa makin tembam adalah. Hehehhe... Nway, aku memang specky ler. Selalunyer pakai contact lens sebab tu ko tak perasan kot. ;)
Baguslah Nuha dah ok. Sian budak kalau kembung perut... Bebila datang city nanti singgahlah rumah aku. Lama dah tak jumpa Nuha. TEngok gambar jer. Muka dia sebijik ikut walid dia ek... Comel! :)

Neezam aka laki kau said...

lepas, memang lepas hajat....dulu, kini dan selamanya lepas je hajat si julie...hajat laki dia je belom lepas... nak qada hajat a.k.a melepas.. ;p

*juliet le sweetheart said...

Hajat aper yang belum lepas tu kanda? Meh dinda tolong qadakan... Jangan hajat 'si bujang 3' sudah ler yer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top