♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, March 6, 2009

Badminton kembali

Akhirnya SARA siap jugak direnovate. Tak lah nampak sangat pun apa yang barunyer kat SARA ni. Cuma lantai dan bumbungnyer jer yang semakin berkilat. Bola-bola *termasuk bola Neezam* yang tersangkut kat bumbung SARA ni pun telah diclearkan. Sian bola tu... ingatkan akan teruslah berkubur kat SARA tu, tapi dah entah kat mana ntah ek...

Setelah sekian lama, sejak SARA direnovate, hari ni barulah diorang main badminton semula. Malangnyer ramai yang tak datang tapi still enjoy! Neezam, memang seronok kalau dapat bersukan macam ni, sebab ni lah masanyer Neezam dapat membakar lemak-lemak yang Neezam kumpul masa kat Malaysia dulu. Huhuhu...

Oh ya... Nak criter criter klakar jap... Tadi masa baru sampai kat SARA, jumpalah Tipah. Baru jumpa Tipah sejak balik dari Malaysia hari tu. Pastu Tipah pun cakap ler, "Eeeeee... perut dah besar..." sambil kitorang bersalaman. Well, obviously Tipah mension that statement kat aku ler kan... Tapi, hehhehehe, masa Tipah cakap ayat tu Tipah terpandang kat Neezam. Yang klakarnyer... Neezam ingat Tipah kata perut Neezam yang semakin membesar *memang ye jugak!* Hahahaha... Neezam macam terkesima jugak. Neezam kata "perut aku ker?" then Tipah kata "perut kak Julie ler..." Hehehhehe... klakar giler aku rasa waktu tu. Rasa nak gelak guling-guling. Mana tak nyer, sebelum balik ke Malaysia yang lepas, Neezam memang kurus sangat. Balik Melbourne kali ni, berat badan Neezam memang naik. *Sorry yer bang... termengumpat plak... ;p*

Dah! Balik semula kepada citer badminton. Hmmmm... aku ingat nak main. Seronok dan geraaaaaammmmm jer tengok diorang main. Gatal jer nak masuk gelanggang. Tapi... hmmmm... lupakan ajerlah... dalam masa beberapa bulan ni aku kena masuk kelab penyokong jer sambil membesarkan berat badan.

~Aktiviti Niesreena *dan aku*; ketika diorang sumer sibuk membakar lemak, kitorang plak sibuk menambah lemak. Huhuhuhu...~

Oh ya... malam tu, pas pekena nasi Briani kat Bismi, tetiba jer ada dengar cerita Melbourne dilanda gempa bumi. Ramai jugak kengkawan kat Bundoora ni yang rasakan gegarannyer. Hmmm... kitorang kat Bismi tak rasa pulak. Agaknyer sebab kusyuk sangat makan kot. Melbourne ni kawasan gempa ke? Rasanyer tak kan? Eeeee... takut plak dengar...


*juliet le sweetheart : cuaca semakin tak menentu...



No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top