♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, March 31, 2009

Gambar passport punya cerita

Sejak akhir-akhir ni aku selalu tengok-tengok balik gambar-gambar lama Niesreena dan baca semula post-post lama pasal Niesreena kat blog aku. Pastu tengok-tengok gambar lama yang ada kat komputer ni. Sajer jer, nak ingatkan semula kenangan membesarkan Niesreena, dan tengok semula wajah-wajah baby Niesreena. Sebab tak sabar plak rasanyer nak tengok muka baby boy aku ni cam ner. ;p Tetiba... aku terjumpa satu gambar ni... Hehehehhe... Gambar yang ada high sentimental value walaupun... hmmmm... cam ner nak cakap... tak lah comel pun... hehehhe...

Nak tau ceritanya?

Haaaaa... pasal nak ambil gambar passport Niesreena. Punyalah susah dan kelakar! Hehehehe...

Masa tu Niesreena baru berusia 2 minggu. Sebab nak buat passport Niesreena, so, kenalah dapatkan gambar passport Niesreena dulu.

Masa nak gi kedai gambar, Niesreena tidur. Neezam kata, "tak per... Kat kedai gambar tu nanti boleh kejutkan Niesreena.". Hmmmmm... bila dah sampai kat kedai gambar. Niesreena masih tidur. Kitorang pun kejutkanlah Niesreena. Masalahnya, Niesreena tak bukak mata pun. Puaslah kitorang kejut. Macam-macam cara; siap sapu air kat muka Niesreena tapi Niesreena tak jaga jugak. Nyenyak betul Niesreena tidur! So, tak bolehlah nak tangkap gambar Niesreena sebab gambar untuk passport mesti nampak anak mata. So, dengan hampanya kitorang pun bawaklah Niesreena balik rumah.

Tapi...

Sebaik sajer tiba kat laman rumah... turun jer dari kereta... Niesreena terus celik. So, Neezam ajak pergi semula ke kedai gambar tu, sementara Niesreena bangun. Nasib baik kedai gambar tu dekat; 5 minit perjalanan dengan kereta.

On the way, Niesreena masih terjaga. Tapi... bila parking jer depan kedai gambar tu... Niesreena tidur semula!!! Haiyo... Puaslah kitorang kejut. Tak nak gak bukak mata. Nak marah pun ada rasanya, nak gelak pun ada... Si kecik ni pandai pulak nak main-main dengan mama dan ayah dia.

Hmmmmmm... bila dah kejut-kejut tak bangun gak... Terpaksalah kitorang balik rumah semula! For the second time! Hampa!

Tapi...

Bila sampai rumah, Niesreena celik semula.

Aaaaaarrrrgggghhhh!!!

Geram jer rasa. Neezam masih tak berputus asa. Ajak balik ke kedai gambar tu semula. Aku dah tak larat nak ikut. Maklumlah... masih dalam pantang 2 minggu. Ceasar plak tu. Memang tak larat. So, adik-adik Neezam dan Neezam jer yang bawak Niesreena ke kedai gambar tu semula. For the third time!!!

Kata diorang, Niesreena tidur semula masa on the way. Tapi dikejutkan jugak! Masa terbuka sikit mata Niesreena, sempatlah photographer kedai tu snap gambar Niesreena.

Tapi...

Hasil gambarnya sangatlah kelakar. Aku tergelak-gelak tengok. Dah lah nak buat gambar kat passport. Gambar plak sangat mengujakan. Hehehehhehe... Nak tengok? Haaa... tengoklah gambar kat bawah ni!

Amacam? Sangat kelakar. Nampak sangat muka ngantuk. Siap ternganga lagi. Sian anak mama... Hehehhe...

Walaupun gambar tak berapa lawa, tapi ada sentimental value tu. Nanti Niesreena dah besar mesti dia tanya, naper gambar dia cam tu. Hehehhee... Bleh lah aku cerita kat dia kisah sepertimana aku tulis di atas. Macam mana susah payah ayah Niesreena nak dapatkan gambar yang mengujakan itew! Huhuhu...

*juliet le sweetheart : ramai orang kata Niesreena ikut muka ayah, harap-harap baby aku ni ikut muka mama dia plak lah yer... :D

Sunday, March 29, 2009

Artis Melayu wajar tunjuk contoh ikutan baik

Artikel Neezam semalam adalah rentetan daripada aksi sepasang artis bukan muhrim yang berlagak melebihkan aksi laki bini. Sebenarnya ramai jer *samada artis, atau bukan artis* yang berperangai macam diorang ni. Tapi aku menyampah sangat bila baca kat Hip, bila wartawan suruh komen gambar aksi diorang yang OBVIOUSLY memang sedang berpeluk... sah sah lekap giler! Tapi bleh dengan selamba kodok si artis lelaki ni jawab "kami berbisik, bukan berpeluk!" Dia ingat orang ni bodoh ke haper tak tau nak bezakan cam ner bisik, dan cam ner berpeluk.

So, inilah hasil tulisan Neezam. Semoga menjadi sedikit pedoman kepada kiter semua...

Artis Melayu wajar tunjuk contoh ikutan baik

SEBAGAI seorang manusia beragama Islam, seharusnya kita menunjukkan budi pekerti mulia dan berpegang teguh kepada ajaran Islam. Lebih-lebih lagi jika kita adalah 'public figure' seperti ahli politik, ketua masyarakat, alim ulama dan sebagainya.

Antara golongan berpengaruh dalam menjadi idola masyarakat termasuklah golongan selebriti atau artis. Memang tidak dinafikan dunia selebriti adalah dunia penuh warna-warni, termasuk gosip dan fitnah.

Sebarang ‘cerita panas’ yang dikhabarkan dalam dunia glamor ini perlu disiasat ke akar umbi untuk mengesahkan kebenarannya. Namun, jika terbukti benar wujud perlakuan negatif yang ditunjukkan oleh artis tanah air, ia sememangnya menjadi igauan ngeri kepada masyarakat.

Berkaitan dengan isu ‘role-model’ di kalangan artis, saya terpanggil untuk memberikan respon kepada artikel hiburan dalam ruangan Hip yang disiarkan Berita Harian baru-baru ini.

Saya yakin ramai pembaca artikel ini menggeleng-gelengkan kepala tanda kesal dengan nada jawapan artis lelaki berbangsa Melayu yang ditemubual itu (saya rujuk sebagai artis ‘L’). Lebih menjelikkan apabila menatap gambar ‘tidak sopan’ antara artis ini dengan seorang lagi artis wanita (saya rujuk sebagai artis ‘P’) melalui artikel yang sama.

Jawapan yang diberikan oleh artis ‘L’ sepanjang temubual itu saya kategorikan sebagai jawapan ‘tidak menjaga sensitiviti masyarakat’, ‘tidak cerdik’ dan ‘dangkal pengetahuan agama’. Maaf jika bahasa saya terlalu kasar, namun itulah hakikatnya.

Ironinya, kedua-dua mereka bukanlah muhrim, namun lagak dan keintimannya tak ubah seperti sepasang suami isteri. Tidakkah artis ‘L’ sedar bahawa komennya itu adalah satu cubaan menegakkan benang yang basah?

Terang-terangan semua perbuatannya itu adalah salah pada perspektif moral dan budaya, bahkan sesuatu yang haram di sisi Islam iaitu mendekati zina.


*juliet le sweetheart : artis melayu sekarang dah banyak terikut-ikut cara artis barat...


Saturday, March 28, 2009

Nuha Amni & Niesreena si koala

Cuaca hari ni sangat panas. So, aku decide untuk tak gi kemana-mana. Neezam jer yang terpaksa keluar sebab gi lawan bola sepak friendly kat mana ntah petang tadi. Kebetulan hubby Lindah, Kamal pun main gak. Team Neezam lawan team Kamal lah. So, sebelum ke sana, Lindah sekeluarga serta Umie datang singgah kat rumah.

Dah lamaaaaa sangat tak jumpa Nuha. Rasanya since Nuha buat majlis potong jambul kat Barnes Way dulu. Selalu tengok Nuha kat blog ummi Nuha jer. Bila jumpa depan mata, eeeeee... geramnya... comel tol! Putih melepak! Rasa nak geget-geget jer pipi dia. Hehehhehe...

~Siti Nuha Amni yang cute miut!~

~Aunti Umie, auntie Lindah & Nuha, mama Niesreena & Niesreena~

Aku seronok tengok gelagat Nuha satu hal *suka masa tengok Nuha joget bila dengar lagu... hehehhe...*; aku kelakar tengok gelagat Niesreena pun satu hal gak. Hehehehe... cam konpius jer. Niesreena ni, jap ada watak kakak yang sayang kat adik, jap ada watak kakak garang, hmmmm... kalau watak kakak kedekut tu... memang dah selalu sangat aku tengok! Tak tau nak wat cam ner dah! Kedekut sangat barang mainan dia. Sampaikan boleh berebut dengan Nuha. Tapi bila mintak lama-lama skit barulah Niesreena ulur. Kedekut tol! Ntah ikut perangat saper ntah... ;p

Tapi kejap-kejap kang diusap-usapnya Nuha, pastu cium. Macam sayang jer kat adik. Tapi biasalah, bila tanya kat Niesreena, "nak baby?" jawabnya still, "tak nak!" Haiya! Cam ner ni? Lagi sebulan jer Niesreena nak dapat adik tapi still tak nak baby lagi.

Pastu bila Nuha plak nak pegang-pengang Niesreena, tetiba Niesreena kata, "no!" siap tunjuk jari telunjuk lagi. Pastu berleter apa ntah, aku pun tak paham. Amboi! Garang betul! Sentuh pun tak boleh? Garangnya kakak Niesreena...

Penat nak layan Niesreena sekarang. Lebih-lebih lagi sejak dah pandai cakap ni. Becok betul mulut dia. Nak suruh senyap pun susah. Yang paling peningkan aku si Niesreena ni suka panggil aku dan Neezam untuk tengok aksi dia. "Mama... mama... ayah... ayah..." keep calling sampai kitorang pandang, selagi kitorang tak pandang, selagi tu Niesreena akan panggil. Then buat aksi. Suruh kitorang tengok.

Kalau nak mintak satu-satu benda tu, Niesreena akan sebut berulang-ulang kali sampai Niesreena dapat benda yang dia nak tu. Naik marah aku jadinya. Dah cakap dah kat Niesreena, "cakap sekali jer, mama paham ok..." tapi Niesreena yang tak paham-paham. Kekadang tu menyanyilah. Ntah lagu apa-apa ntah Niesreena nyanyi, pastu suruh kitorang tepuk. Adoooiii... Penat nak layan. Susah sekarang ni aku nak concentrate tengok tv, kecuali kalau Niesreena tidur. Hehehhee... Neezam lagilah cian. Susah nak concentrate study kalau kat rumah...

Sekarang ni, Niesreena giler nak tangkap gambar. Tak boleh cakap Niesreena comel skit, mesti Niesreena kata "gambar...". Suruh orang tangkap gambar dialah tu. Pastu buat aksi bukan-bukan. Pastu Niesreena plak sibuk nak jadi camera girl. Haiyoooo! Risau gak tengok Niesreena gunakan kamera kesayanganku itew. Bila tengok hasil tangkapan Niesreena, sangat kelakar. Banyak gambar jari dia jer. Sebab jari Niesreena tutup lens kamera tu. Pastu siap pusing kamera tu, tangkap gambar diri sendiri. ;p

~Suka kalau orang nak snap gambar dia~

~Mulalah buat macam-macam aksi~

~Niesreena si koala~

Ha... ni lagi satu kegemaran Niesreena. Main lompat-lompat atas katil. Memang tak boleh ditegah. Tapi tadi... hehehhe... Niesreena geli hati sangat masa melompat atas katil sebab Niesreena tengok rambut dia pun terbang sama. Macam sayap! *Sebelah katil ada cermin besar, so Niesreena boleh nampak dia melompat* Hehehhee... Aku dan Neezam pun tergelak sama.

Mana tak nyer... sepanjang hari tu Niesreena ikat rambut tocang dua. Then Niesreena bukak. Dah jadi macam koala dah rambut dia. Pastu main lompat-lompat atas katil. Rambut pun terbang cam sayap. Niesreena pun gasak gelak. Tengoklah video ni...


Hmmm... dari cerita pasal Nuha, tercerita pasal Niesreena plak. ;p

Nway; Lindah, Kamal & Umie, terima kasihlah sudi datang melawat mak buyung ni yer. :) Seronok main dengan Nuha. Nanti bila Niesreena dah ada little brother bleh main sama-sama lagi. Harap-harap masa tu Niesreena dah pandai berkongsi dan tak kedekut lah yerk! :)


*juliet le sweetheart : tengoklah jam kat dinding *dalam video tu* pukul berapa... hehehhe... nampak sangat kitorang tak participate Earth Hour malam tadi... kantoi! ;p


Friday, March 27, 2009

Alahai... lepat pisang...

Hahaha... Hari ni tercapai gak hajat makan lepat pisang. Timaceh yer kak Gee, sebab susah-susah jer buatkan lepat pisang yang sedap ni. :)

Sebenarnya, aku ni bukanlah minat makan lepat pisang pun *sebelum ni*. Tapi bila first time makan lepat kak Gee masa hari main rounders ari tu, terasa macam... waaaaah... sedapnyer! Hehehe... Mungkin sebab lepat kak Gee ni nipis dan comel. So, makan terasalah nikmatnyer. Hehehhe... Sedap! Serius!

Lagi pun kengkadang selera ni 'gatal' skit. Time berlambak lepat pisang kat Malaysia, tak pandang pun. Bila dah susah nak cari kat sini, baru terhegeh-hegeh nak makan sangat! ;p

Hari Rabu yang lepas, Neezam gi meeting MSA. Balik tu bawak balik pizza jer. Boring... *Sebenarnya tak expect Neezam bawak balik apa-apa pun...* Pastu Neezam kata ada banyak makanan tadi; lepat pisang pun ada. "Lepat kak Gee ke? Naper tak bawak balik?" Hehehehe... itulah soalan aku bila dengar ada lepat pisang yang sedap tu. Tapi Neezam kata semua dah licin. Waaaaa... cedih! :(

Sebenarnya dah lama ngidam nak makan lepat kak Gee, tapi takut nyusahkan kak Gee nak buat. Tapi sebab macam dah terliur sangat... Neezam order gak kat kak Gee. :)

Malam tadi, Neezam balik dari study circle, bawak balik lepat. Waaaaahhhhh... suka!!! Sangat sedap!!! Lepas jugak hajat aku... Hehehehe...


*juliet le sweetheart : pagi ni mr. hubby sediakan breakfast. Bihun goreng yang sangat sedap! Serius! Thank you dear! I ♥ U so much!!!



Thursday, March 26, 2009

Kenapa 28 April?

Rentetan daripada post aku yang lepas, ada ramai kengkawan yang tanya; Kenapa 28 April? Apa yang istimewanya tarikh tu?

Well... tak der yang istimewa pun tarikh tu sebenarnya. But it will be a special date, a very special date when the baby comes out, of course! :)

Sebenarnya tarikh tu bukanlah aku atau Neezam yang pilih. Tapi gyne yang kasi atas sebab-sebab berikut:

♥ 1 ♥

Bila dah compom nak buat c-section, tarikhnya mesti cepat dua minggu daripada due date baby yang sepatutnya. Alasannya, tak nak aku tetiba rasa sakit nak terberanak sebab high risk bagi aku dan baby sebab aku tak buleh bersalin normal. *berapa banyak 'sebab' daaaa...*

♥ 2 ♥

Gyne tu doktor pakar dan dia sendiri yang akan wat c-section kat aku nanti dan dia hanya available kat Northpark Hospital tu pada hari Selasa jer setiap minggu. Hari-hari lain service dia kat hospital private kat city. Apa ntah nama hospital tu.

So, disebabkan dua sebab-sebab di atas, dapatlah tarikh 28 April tu.

Kalau boleh aku dan Neezam nak 6 Mei. Sebab Niesreena dan Neezam lahir 6hb; Neezam, 6 Febuari & Niesreena, 6 Disember. Manakala aku plak lahir bulan 6. So, kononnya 6 tu macam signifikan jer dengan kitorang. Konon... Hehehehe... Tapi tak per lah...

Apa-apa pun tarikhnya, aku berdoa agar semuanya akan selamatlah. Doakanlah semuanya selamat yer kengkawan.


*juliet le sweetheart : baby boy sangat aktif di dalam belly, Niesreena sangat aktif sekarang ni, aku? penat...



Tuesday, March 24, 2009

28 April 2009

Kitorang baru jer balik daripada jumpa gyne. The same doctor as last time; Dr. Pahuja, kat Northpark Private Hospital.

Memandangkan kitorang dah kompom dengan keputusan kitorang, that I will go with c-section, so, kitorang telah pun mendapat tarikhnya.

28 April 2009

Lebih kurang sebulan dari sekarang! Dan cepat 10 hari daripada due date!

Perasaan aku sekarang? Hmmmmm... tak keruan! Rasa seronok pun ada, risau pun ada, terkejut pun ada... Terkejut sebab tetiba due date cepat plak; risau plak pasal Niesreena ni, tak tau nak tinggalkan dengan saper masa hari tu nanti, dan rasa seronok sebab bermacam sebab! Hehehe...

Well, banyak jugak yang gyne terangkan tadi. Katanya waktu bersalin nanti Neezam boleh masuk labour room dengan aku; to be by my side. Then bolehlah Neezam tengok bila baby kuar dari belly ni nanti. Boleh potong tali pusat lagi. Tu pun kalau Neezam beranilah. Hehehhee... Aku takut Neezam jer yang pengsan waktu tu nanti. Muahahahahaha...

Dan untuk pengetahuan semua, gyne ni jugak akan lakukan c-section tu nanti. She said, she is the best doctor and I should'nt be worried. Lega gak bila dia cakap cam tu. Sekurang-kurangnya mengurangkan jugaklah kerisauan aku ni. :) Then aku tanya gak samada dia akan lakukan epidural, atau pengsankan aku satu badan. Tapi katanya dia akan lakukan spinal. Spinal? First time aku dengar. Sebab last time aku wat epidural dan kak Azni plak pernah pengsan satu badan. Tapi kata gyne, spinal lebih kurang jer macam epidural and much more better.

Hanya satu suntikan spinal jer yang diperlukan dan separuh daripada badan aku akan tak rasa apa-apa masa ceasar nanti. Kesan suntikan spinal lebih cepat daripada epidural. Maksudnya; aku tak kan rasa sakit contraction secepat mungkin sebaik sahaja spinal dan ia akan bertahan lebih kurang 1-2 jam. Tadi aku baca gak kat internet, perbezaan antara spinal dan epidural. Ramai yang kata spinal lebih baik. So, ok lah... Lega...

Lega jugak pasal urusan dengan OSHC. Untuk labour memang compom 100% covered even kat private hospital. Dan yang bagusnya kat sini, cost untuk bersalin normal atau ceasar sama jer. Tak macam kat Malaysia; yang bezanya sampai beribu-ribu hengget. Lebih-lebih lagi kalau bersalin kat hospital private. Urusan dengan OSHC pun semuanya dah diserahkan kat hospital. So, sekarang ni pihak hospital akan berurusan terus dengan OSHC. Harap-harap smoothlah semuanya.

Cuma aku risau pasal Niesreena ni. Dengan saper aku nak tinggalkan masa hari tu nanti. Walaupun hanya untuk satu hari, tapi aku macam susah hati jer nak tinggalkan Niesreena dengan orang. Bukan aper... aku tak nak menyusahkan orang yang bakal menjadi 'mangsa' tu nanti. Hehehe... Sebab aku takut nanti Niesreena nangis cari mama dan ayah dia, kang susah plak orang tu. Aku pun tak pernah tinggalkan Niesreena sebelum ni. Sedihnya rasa nak kena berpisah dengan Niesreena. Hmmmm... kalau boleh nak jer aku bawak Niesreena masuk labour room gak nanti. Tapi... mimpi jer lah!

Ya Allah! Lebih kurang sebulan jer lagi! Memang tak sabar sangat nak kuarkan baby ni. Tak sabar nak tengok muka baby boy ni. Tak sabar nak tengok penerimaan Niesreena cam ner nanti. Tak sabar nak rasa lega dah tak der baby dalam belly! Sebab baby ni sangat aktif berlari-lari kat dalam belly ni. Terasa sangat penat dan ngilu dan letih! Kengkadang rasa nak nangis! Tapi aku tahu, sebenarnya bila baby bergerak aktif tu maksudnya bagus lah kan. Daripada dok diaaaaaammmmm jer ek. Lagipun tu satu rahmat dan nikmat yang tak semua orang boleh rasa. :)

Hmmm... buat masa ni barang-barang baby yang basic dah settle. Cuma ada lah dua tiga lagi on the list yang masih tak checked lagi. Maybe hujung minggu ni nak lengkapkan semuanya.

Arrrggghhhh... tetiba rasa macam tak ready lagi! Ye ke? Eh entahlah... macam banyak jer benda nak pikir. Macamkanlah nak dapat first baby ek? ;p Entahlah! Bila pikir-pikir balik, susah gak nak bersalin kat luar negara ni. Banyak benda kena pikir; cost lah, insurans lah, etc... Sedara mara pun tak der untuk 'disusahkan'. Dan tak sampai hati plak nak menyusahkan kengkawan. Aduih... pening... pening...

Ha... sebelum aku mengakhiri post aku kali ni. Just nak bagitau keterkesimaan aku tadi terhadap parking ticket machine kat Northpark ni tadi. Kui kui kui... Terkesima dan terkejut aku dibuatnya bila tengok kat menu tu ada pilihan bahasa Melayu! Ye! Bahasa Melayu! Bukan bahasa Indonesia! Tapi bahasa Melayu. Pergh! Bangga seh! Ye lah... Selalunya diorang gunakan bahasa Indonesia. Hehhehehe... So dengan perasaan terkesima dan jakunnyer, aku pun snap a few pics of that machine. Boleh? Hehehhe... Memang tak der kerja dah aku ni... ;p

Oooooo ye... the 'best' part was... mesin ni demand bayaran tangkap gambar dia. Hehehhehe... Mesin ni telah menelan aud$4 duit Neezam. Hahahhahahah... Marah giler enche Neezam. ;p



*juliet le sweetheart : tak tau nak menggambarkan perasaan sekarang ni



Monday, March 23, 2009

"jatuh... sakit... ark... nangis..."

Malam tadi tengah aku leka tengok tv, Neezam leka wat kerja dan study; tetiba jer terdengar bunyi jatuh. Rupa-rupanya Niesreena jatuh dari atas meja dan menangis.

Bila aku dokong Niesreena yang sedang menangis, tetiba aku tengok baju aku berdarah. Ya Allah! Cuak kitorang jadinya. Banyak sangat darah! Ingatkan jatuh biasa jer; terhantuk ke kan. Tapi rupa-rupanya kepala Niesreena luka. Agak besar jugak lukanya; berlubang. Tak pastilah lubangnya dalam atau tak. Tapi darah asyik keluar jer tak berhenti-henti. Letak minyak gamat pun, minyak tu habis kena darah gak.

Niesreena tak berhenti-henti menangis. Mesti sebab terasa sakit akibat luka tu. Ya Allah! Hanya Allah jer tahu perasaan aku masa tu. Rasa menyesal sangat sebab terleka tentang Niesreena. Menyesal sangat! Aku mati kutu tak tau nak buat apa. Rasa macam nak nangis jer. Nak bawak gi klinik pun, kat sini bukannya ada klinik yang bukak 24 jam. Pukul 5 petang semua premis dah tutup. Bukan macam kat Malaysia.

Neezam tuam kepala Niesreena yang berdarah dan bengkak tu dengan ais untuk berhentikan darah. Tapi masih gak darah mengalir, tapi kuranglah sikit, tak sebanyak memula darah keluar. Sampai Niesreena tidur malam tadi, darah masih mengalir.

Pagi ni, alhamdulillah, dah tak der darah keluar lagi. Kepala Niesreena jer ada bengkak sikit dan terlepek tompok darah kering kat rambut-rambut dan sekeliling luka Niesreena tu.

Pastu Neezam cakap kat Niesreena, "gi panjat meja tu lagi". Niesreena jawab, "jatuh... sakit... ark... nangis...". Masa Niesreena sebut "ark" tu, Niesreena siap lentok kepala dan tutup mata lagi; kononnya aksi jatuhlah tu. Ermmm tau pun. Harap-harap Niesreena dah serik dan tak panjat-panjat lagilah lepas ni.


*juliet le sweetheart : tak tahu apa yang membuatkan lubang luka tu



Sunday, March 22, 2009

My kg

Hari ni aku nak bercerita pasal berat! Berat aku yang semakin ringan!

Adoi ai!

Bila aku timbang berat pagi tadi, aku tengok berat aku turun 1.5kg daripada last time aku timbang. Haiya... turun lagi. Susah hati aku. Orang risau berat naik, aku risau berat turun. Boleh?

Bukan risau aper... risau baby dalam perut ni... tak membesar ke? Tapi aku tengok perut aku ni memang semakin membesar. Baby pun semakin lasak!

Actually berat aku sekarang ni lebih ringan daripada aku memula ngandung ari tu. Masa bulan puasa yang lepas, memang berat turun banyak. Sampai 5 kg. Pastu bila tau pregnant, memang berat ada naik. Tapi sikit sangat. Pastu turun semula. Sampaikan aku kena marah dengan nurse masa kat Malaysia hari tu sebab diorang ingat aku tak makan. Pas tu 2 minggu sekali kena wat check-up semata-mata untuk check berat. Pelik gak tak naik. Padahal kat Malaysia hari tu memang asyik makan jer. Dah tu, masa tu pun raya kan... sakan lah makan. Tapi berat naik sikiiiiiit sangat.

Balik Melbourne ni ingatkan berat semakin naik, tapi semakin turun gak. Haiya! Macam mana ni? Apa dah jadi dengan berat aku ni? Risau... risau...

Actually, memang dari sekolah aku memang jenis chubby. Antara kengkawan aku, aku lah antara yang berisi. Tapi tak lah gemuk. *tak nak ngaku tu... huhuhu...* Masa kat UTM, kurus lah sikit. Sikit jer! Tu yang boleh sangkut kat Neezam tu. Huhuhuhu... Kalau aku gemuk masa tu, mesti Neezam tak pandang. ;p Hehehehe...

~2003; gambar masa konvo. Tiga tahun kat UTM asyik bercinta, berat badan memang naik jer. Dah tu kuar dating asyik makan jer. Hehehhe...~

Masa kahwin, kurus jap. Serius! Maklumlah... nak kahwin. Giler-giler ar diet. Tak lah kurus kerempeng. Tapi kurus ler gaks! Sikiiiittt...

~2005; 11 Dec; nampak kurus tak? Aku yer... bukan enche Neezam. My hubby memang maintain chubby dari mula kenal dulu. Hehehehe...~

Tapi masa ngandung Niesreena, memang naik baaaaaaaaanyak sangat. Naik sampai 20 kg! Pastu lepas bersalin, turun 10 kg jer. Lagi 10 kg? Stay ok! Memang tak nak turun-turun. Naik lagi ada lah! Hehehhe... ;p Lebih-lebih lagi bila dah sampai sini; bila musim sejuk, asyik makan jer. Lagilah naik berat badanku ini. Hehhehehe...

~2006; tengoklah aku. Dah lah gemuk, selekeh plak tu. Hehehehe... tapi orang kata kalau ngandung baby girl memang malas skit nak solek-solek ni. Btui ker? Atau aku jer yang malas? ;p~

~2008; ke'chubby'an terserlah! Berat badan memang tak nak turun sejak bersalin sampailah ngandung semula!~

Pelik bila sekarang ni asyik turun jer... Nasi; hari-hari aku makan. Vitamin; hari-hari aku telan, siap makan additional vitamin lagi. Full cream milk, cheese, makanan berminyak; semua aku lantak. Tapi naper berat turun gak? Nak kata aku nampak kurus... tak jugak! Memang nampak montel + montok + gemuk; semualah! Part mana yang turun pun aku tak tau lah...

~2009; masa ni ngandung 5 bulan. Berat badan asyik turun jer. Nampak kurus tak?~

Kenapa turun ek? Ok ker ngandung-ngandung ni berat turun?


*juliet le sweetheart : bila giler berdiet, berat tak turun; bila asyik makan, berat tak naik!


Saturday, March 21, 2009

Kenduri

Pagi-pagi lagi kitorang dah bergegas ke pasar Preston. Kena cepat! Sebab pukul 12 kena gi rumah abang Ashraf dan kak Jumie plak sebab diorang wat kenduri doa selamat. Lebih-lebih lagi diorang mintak Neezam lead majlis, bacakan doa sikit-sikit. So, kenalah sampai on time.

Balik dari pasar lebih kurang pukul 11, cepat-cepat bersiap, dan terus shoot ke rumah diorang. Nasib baik sempat sampai on time, tapi ramai yang tak datang lagi. Tuan rumah pun masih sibuk menyediakan juadah. Yum yum... Macam-macam ada... Cendol pun ada! Home made plak tu. Yummie! Buat aku tak sabar nak tunggu waktu makan. Hehehe...

~Kaum-kaum ibu; lepaking dulu sementara menunggu tetamu yang lain sampai~

~Kak Jumie de tuan rumah, cantik berbaju kurung; masih sibuk di dapur~

~Fiza and baby Ikhlas yang hensem; Fiza kena selalu practise dengan baby sebab nak dapat baby beberapa bulan lagi. Hehehe...~

~Mama and Niesreena; makan time! Hmmmm... dah licin dah pun!~

~Cuba tengok Niesreena tu, pandang pelik jer kat auntie Farizal~

~Kak Gee *middle* de cendol's tokeh! Cedap cendol kak Gee buat!~

~Kak Sham and Kak Azni; posing ala-ala manja gitu! Comey tol! Hehehe...~

~En. Din & Wak Hamdan; nampak sangat diorang ni kekenyangan. ;p~

Ok, teka-teki; Dalam banyak-banyak gambar kat atas, kenapa gambar Neezam tak der terselit satu pun? Tau jawapannya?

Jawapannya; sebab Neezam yang snap semua gambar di atas, sebab tu gambar Neezam tak der. Harap maklum...

Sian laki aku... Dah lah pakai smart-smart, tapi gambar dia satu pun tak der. Huhuhu...


*juliet le sweetheart : Insya Allah akan wat kenduri bila baby boy dah kuar melihat dunia nanti yer kengkawan. Tungguuuuuu...



Friday, March 20, 2009

Mendidik anak resam berjiran

Lama jugak enche Neezam 'puasa' menulis artikel ke surat khabar. Setelah sekian lama, hari ni ada terselit artikel enche Neezam di surat khabar Utusan Malaysia di bahagian Rencana.

Meh kita sama-sama baca dan hayatinya...

Mendidik anak resam berjiran

Oleh KHAIRUNNEEZAM MOHD NOOR

PEPATAH Melayu ada menyebut: "Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat." Ia merujuk kepada kepentingan hidup bertunjangkan kemuafakatan, kesefahaman dan tolak ansur.

Nilai muafakat itu pula lebih signifikan maksudnya dalam konteks hidup berjiran kerana golongan ini merupakan antara orang paling dekat dengan kita.

Keharmonian hidup berjiran merupakan tuntutan syariat Islam. Rasulullah SAW turut bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya." (Riwayat Al-Bukhari).

Mengambil berat akan resmi hidup berjiran sebenarnya perlu dipupuk pada anak-anak sejak mereka kecil.

Anak-anak perlu dididik akan siapakah jiran mereka dan apa pentingnya hidup berjiran. Mereka juga perlu diberitahu bahawa jiran itu terbahagi kepada beberapa kategori dan setiap kategori mempunyai hak tersendiri.

Menurut Rasulullah SAW kategori pertama ialah jiran bukan Islam yang mempunyai satu hak iaitu hak berjiran. Kedua ialah jiran beragama Islam yang mempunyai dua hak iaitu hak sebagai jiran dan juga hak sebagai saudara seagama.

Sementara ketiga, jiran beragama Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan, yang memiliki tiga hak iaitu hak sebagai jiran, saudara Islam dan keluarga. Perbezaan hak-hak ini perlu dijelaskan kepada anak-anak.

Jika sejak kecil anak-anak dididik mengenai hak jiran, mereka akan terus menjunjung nilai murni hidup bermasyarakat seperti yang disyariatkan Islam.

Banyak perkara yang kita sebagai ibu bapa boleh terapkan kepada anak-anak berkaitan erti kemanisan hidup berjiran. Antaranya ialah:

- Menggalakkan anak-anak bersikap merendah diri, tidak sombong serta menghormati jiran.

- Menegah anak-anak daripada berburuk sangka, menimbulkan fitnah, mengumpat serta mencerca jiran tetangga.

- Memupuk budaya bertanya khabar dan menziarahi jiran terutamanya apabila mereka sakit atau ditimpa kesusahan. Namun mereka juga perlu dididik mengenai masa-masa yang tidak sesuai untuk menziarahi jiran.

- Mendidik agar 'ringan tulang' membantu jiran yang memerlukan sebarang pertolongan. Ia termasuk sokongan berbentuk material, fizikal dan moral.

- Menegah anak-anak daripada mengganggu dan merosakkan hak jiran. Misalnya membuat bising, membuang sampah atau mengambil hak milik jiran.

- Menggalakkan mereka menyertai program komuniti seperti solat berjemaah, bertadarus dan bertahlil, kendurikendara, gotong-royong dan sebagainya. Mereka perlu difahamkan mengenai keburukan bersifat seperti 'kera sumbang'.

- Setiap masalah perlu diselesaikan mengikut syariat dan tidak diperbesar-besarkan sehingga menjadi kronik. Sifat berdendam juga perlu dibuang dan disemarakkan dengan sifat bertolak ansur dan mudah memaafkan.

Apa yang lebih penting adalah ibu bapa sendiri perlu menunjukkan teladan terbaik kepada anak-anak dalam hal kehidupan berjiran.

Sekiranya kita sendiri bermasam muka, bermusuhan dan sering mengasingkan diri daripada bertemu atau menegur sapa jiran tetangga, tidak hairanlah jika anak- anak turut berbuat sedemikian.

Janganlah kita hanya sedar kepentingan hidup berjiran setelah kita berdepan dengan ujian yang memerlukan kita menagih bantuan mereka.


*juliet le sweetheart : sri lankan depan rumah aku ni mesti tak tau hidup berjiran, sebab tu asyik memekak tanpa fikirkan jiran-jiran sebelah menyebelah! Elok kalau dia reti baca artikel ni. Hehehe...



Thursday, March 19, 2009

Penemuan menarik

Ye! Penemuan menarik hari ini. Bukan aku yang discovered tapi my mr. hubby. Hehehhe...

Bukak Utusan Malaysia hari ini, bahagian forum yer murid-murid... Atau klik jer kat tajuk bawah tu...

* * * * *

Ada kakitangan awam berniaga waktu kerja

SAYA bersetuju dengan luahan hati Akmar Hayati dari Putrajaya mengenai sikap kaki tangan awam yang makan dan minum tidak tentu masa pada waktu bekerja. Saya juga merasa terpanggil untuk berbicara tentang etika kerja kakitangan awam yang dilihat teruk berbanding dengan pekerja-pekerja swasta.

Mereka ini bukan sahaja makan, minum tidak tentu masa, malah turut melakukan urusan-urusan peribadi di waktu pejabat. Contohnya, berniaga, menjual pakaian, kuih pada waktu pejabat.

Juga datang kerja lewat, balik awal, ponteng kerja dan pelbagai lagi. Malah sesetengah kakitangan awam turut keluar pejabat pada pukul 12.00 tengah hari dengan alasan untuk mengambil anak sekolah dan masuk pada pukul 2.30 petang selepas selesai menghantar anak ke sekolah KAFA.

Tidak bolehkah urusan persekolahan anak ini diselesaikan dengan menggunakan khidmat bas atau van sekolah untuk menghantar dan mengambil anak sekolah?

Sekiranya perkara ini dilakukan pada setiap hari, ditolak waktu makan dan minum, bersembang dan berbual kosong, membaca surat khabar, berapa jam sangatkah waktu kerja yang berkualiti buat golongan ini?

Sesetengah kakitangan awam juga sangat berkira apabila kebetulan datang awal setengah jam dan balik lambat setengah jam, terus dibuat tuntutan kerja lebih masa. Tidak fikirkah berapa banyak waktu yang telah dihabiskan untuk urusan peribadi?

Mengkhianati amanah dengan menghabiskan banyak masa dengan minum atau membuat kerja tidak berfaedah bermaksud makan gaji buta. Bila makan gaji buta ia akan menyentuh pula persoalan apakah gaji yang diterima itu setimpal dengan kerja dan usaha yang dilaksanakan?

Saya tidak nafikan bukan semua anggota perkhidmatan awam bersikap begitu. Namun jika sebahagiannya bersikap sambil lewa dan acuh tidak acuh, maka sudah pasti ia akan menjejaskan imej dan integriti keseluruhan kakitangan awam itu sendiri.

Dicadangkan juga agar ketua-ketua jabatan bersikap tegas menangani masalah-masalah yang berlaku di kalangan kakitangannya sendiri.

Kita perlu fikirkan adakah sumber pendapatan yang diperoleh halal untuk digunakan bagi menyara kehidupan diri, isteri dan anak-anak? Bila sumber tidak halal menjadi tunjang menyara kehidupan, maka keberkatan hidup itu secara automatiknya ditarik oleh Allah SWT dan mengundang berlakunya gejala-gejala negatif dalam diri seorang dan kelangsungan hidup keluarga yang ditanggungnya.

Perubahan minda dan membuang sikap-sikap negatif amat perlu bagi seluruh warga perkhidmatan awam. Barulah nanti kita layak dipanggil warga perkhidmatan awam yang berintegriti, produktif, efisyen dan memiliki minda kelas pertama.

PENCINTA NEGARA
Kuala Lumpur

* * * * *

Apa yang menariknya pada artikel ni? Apa penemuan menariknyer? Haaaa... ni lah bak kata pepatah; hanya jauhari mengenal manikam.

Bila Neezam baca artikel ni, Neezam macam kenaaaaaaallll jer antara ayat-ayat yang digunakan tu *yang berwarna merah tu lah*. Rupa-rupanya ayat tu diambil bulat-bulat daripada artikel Neezam kat Utusan Malaysia, 20hb Mei 2008; Budaya Keluar Minum.


* * * * *

Budaya keluar minum

Oleh KHAIRUNNEEZAM MOHD. NOOR

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail dalam titahnya pada istiadat penganugerahan darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-65 baru-baru ini menggesa para penjawat awam supaya tidak mementingkan diri sebaliknya sentiasa mengutamakan kepentingan awam. Baginda turut bertitah bahawa penjawat awam perlu sentiasa mengamalkan budaya kerja berkualiti serta sanggup berkorban demi kemakmuran rakyat dan negara.

Demi menyahut aspirasi murni Tuanku Syed Sirajuddin, kakitangan awam harus membuang jauh-jauh sifat mementingkan diri dan amalan negatif yang mampu mencalarkan nilai integriti dan merendahkan keberkesanan perkhidmatan seperti merasuah, curi tulang, ponteng kerja dan birokrasi. Tidak ketinggalan amalan keluar minum yang nampaknya masih begitu kental menghantui diri kakitangan awam.

Sebagai pelanggan atau orang awam, mungkin ada dalam kalangan kita selalu merungut-rungut dan berasa meluat mendengar alasan 'pegawai sedang minum' apabila ingin menyelesaikan urusan penting dengan sesetengah jabatan kerajaan.

Apatah lagi bila kita sedang dihambat masa dan sesuatu urusan itu hanya memerlukan tempoh yang singkat untuk diselesaikan. Bertambah sakit hati lagi apabila datang berurusan pada waktu pagi, diminta oleh pegawai di kaunter untuk datang pada sebelah petang, dan apabila datang pada sebelah petang, diminta untuk datang pada keesokan hari semata-mata kerana pegawai pergi minum.

Budaya keluar minum dalam kalangan kakitangan awam ini sememangnya masih galak berlaku. Cubalah jenguk restoran, warung dan kafetaria yang berhampiran dengan pejabat-pejabat kerajaan pada hari-hari bekerja. Boleh dikatakan bahawa tempat-tempat makan ini memang tidak akan sunyi dengan pelanggan yang turun minum, rata-ratanya kakitangan awam.

Tidak menjadi keanehan juga jika kita bertemu dengan sebilangan kakitangan awam yang berkali-kali datang ke kedai makan hanya untuk minum sambil 'bergebang' membuang masa!

Tiada salahnya untuk berehat seketika pada waktu bekerja. Daripada perspektif saintifik, diakui bahawa penggunaan domain-domain afektif (perasaan dan emosi), psiko motor (fizikal) dan kognitif (pemikiran) seseorang itu mempunyai hadhadnya. Ia perlu disegarkan semula dengan cara berehat seketika untuk mengelakkan unsur-unsur negatif berlaku seperti stres dan kelesuan.

Namun, yang silapnya apabila keperluan dan kelonggaran untuk berehat itu disalahgunakan seterusnya mengganggu kelancaran urusan pejabat terutamanya jika berurusan dengan pelanggan secara langsung. Itu sebabnya apabila diajukan persoalan tentang fenomena waktu minum dalam kalangan kakitangan kerajaan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam melahirkan rasa kurang senangnya dan mahukan mekanisme kawalan dan tindakan proaktif diambil oleh semua pihak.

Menurut beliau, kakitangan awam perlu sentiasa tepat pada masanya dan mengutamakan pelanggan bukannya membuang masa dengan berbual-bual perkara tidak berfaedah di kedai makan sehingga boleh menimbulkan prasangka buruk daripada masyarakat.

Sebagai kakitangan awam, mereka perlu ingat bahawa tugas yang dipikul adalah suatu amanah yang diberikan oleh kerajaan dan rakyat. Akan peri pentingnya sifat amanah ini disebutkan dengan jelas melalui Firman Allah SWT dalam Surah al-Anfaal, ayat 27, bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)."

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ketahuilah! Tidak beriman bagi sesiapa yang tidak amanah."

Bukan sekadar tidak beriman bahkan tergolong dalam golongan orang munafiklah adanya bagi orang yang tidak amanah seperti sabda Rasulullah SAW dalam satu hadis lain: Ada tiga tanda munafik, apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianati.'

Mengkhianati amanah dengan menghabiskan banyak masa dengan minum atau membuat kerja tidak berfaedah bermaksud makan gaji buta. Bila makan gaji buta ia akan menyentuh pula persoalan apakah gaji yang diterima itu setimpal dengan kerja dan usaha yang dilaksanakan?

Bahkan perlu juga difikirkan adakah ia halal untuk digunakan bagi menyara kehidupan diri, isteri dan anak-anak? Bila sumber haram menjadi tunjang menyara kehidupan, maka keberkatan hidup itu secara automatiknya ditarik oleh Allah SWT dan mengundang akan berlakunya gejala-gejala negatif dalam diri seseorang dan kelangsungan hidup keluarga yang ditanggungnya.

Demi membendung budaya minum pagi yang mencacatkan kesempurnaan perkhidmatan jabatan kerajaan ini, semua pihak sebenarnya perlu melaksanakan perubahan. Pihak pengurusan dalam jabatan-jabatan kerajaan perlu mewujudkan dan mengaktifkan penggunaan pantri dalam pejabat. Peralatan paling asas untuk memasak air, memanaskan makanan dan menyimpan makanan boleh disediakan seperti cerek, ketuhar gelombang mikro, peti sejuk dan sebagainya.

Dicadangkan juga agar ketua-ketua jabatan tegas mengatur waktu rehat dan minum para pekerjanya agar perjalanan perkhidmatan dan operasi pejabat tidak terganggu. Dengan cara ini, produktiviti dan kualiti perkhidmatan kakitangan awam akan tetap mantap sepanjang hari dan urusan pelanggan berjalan lancar kerana akan sentiasa ada pegawai atau kakitangan yang berada di kaunter atau di pejabat.

Jika ada kakitangan yang masih kerap keluar minum dan membuang masa kerjanya, maka menjadi peranan ketua jabatan dan rakan-rakan sekerja untuk menegur dan memperingati mereka agar mengubah sikap dan memberi fokus terhadap tugas.

Sebagaimana yang diamalkan oleh sebilangan organisasi, para pekerjanya menyumbangkan sedikit wang dan berkongsi membeli makanan dan minuman ringan untuk diletakkan di pantri. Ada juga dalam kalangan pekerja yang sama-sama membawa pot-luck dari rumah masing-masing dan bertukar-tukar juadah makanan di pantri pejabat.

Langkah ini bukan sahaja menjimatkan masa untuk berjalan dan melepak di kafetaria, bahkan menjimatkan kantung poket daripada membelanjakan duit membeli air dan makanan di kafetaria. Begitu juga, silaturrahim sesama rakan sekerja dapat dieratkan.

Perubahan sikap dalam hal keluar minum ini perlu dimulakan dan seterusnya dikekalkan. Kita tidak mahu orang awam berterusan berpegang kepada stigma 'pegawai kerajaan suka keluar minum'. Jika kita benar-benar berpegang kepada konsep mencari pendapatan halal dan beramanah seperti mana yang digariskan syariat Islam, pasti kita akan berjaya mengubah sikap negatif sebegini. Barulah boleh kita nanti layak dipanggil sebagai kakitangan awam yang berintegriti, produktif dan memiliki minda kelas pertama.

* * * * *

Sama tak? *yang berwarna oren tu* Sama kan... Hehehhehee... Well, actually Neezam tak kesah pun. Ye lah... tu maksudnya penulis tu gunakan artikel Neezam tu sebagai rujukan. Bagus lah kan... Cumanya, kenapalah dia tiru bulat-bulat ayat Neezam tu? Plagiat namanya...


*juliet le sweetheart : tak kesah pun...



Monday, March 16, 2009

Bollywood

Malam tadi aku tengok 'So You Think You Can Dance, Australia'. Persembahan pertama adalah tarian bollywood. Bestnyer! Nak nak diorang gunakan lagu Jai Ho -- AR Rahman & Pussycat Dolls, sound track citer 'Slumdog Millionare' tu. Entah kenapa ek... bagi aku tarian India memang 'agak' mengujakan. Samalah masa aku tengok Sehati Berdansa masa kat Malaysia ari tu. Tengok Fauzi & Lisda menari bollywood, rasa macam... waaaaaa... best! Sebab liuk lentok badan penari dia kot ek?

Hmmmm... sebenarnyer, dari masa kat UTM lagi memang aku minat tengok citer hindustan. Tak der lah minat giler-giler... tapi minat lah gak. Hehehhe... Ingat lagi... masa tahun 1 kat UTM, kat Kolej Tun Fatimah, masa tu lah kengkawan aku, termasuklah aku, giler-giler tengok citer hindustan ni. Masa tu famous citer 'Dil To Pagal Hai', then 'Kuch Kuch Hota Hai'. Ha... aku mula minat citer hindustan ni masa tengok citer KKHH lah. Pastu memang selalu lepak ngan kengkawan tengok citer hindustan. Sebab masa tu aku rasa citer hindustan dah masuk revolusi baru *konon!!!*. Cewah! Hehehhehe... dah tak der pesen menari tukar-tukar baju kejadah sumer, pastu sumer penari pakai baju samaaaa jer... borink hindustan sebelum tu... sama macam citer tamil jer...

Selain KKHH, aku minat sangat citer 'Mujhse Dosti Karoge' lakonan Rani, Kareena dan Hithik. Jalan citer dia memang best! Tapi aku paling tak suka tengok kalau citer hindustan yang gabung dengan citer omputeh; macam citer 'Bride and Prejudice' lakonan Aish tu. Memang tak suka tengok citer gabung macam tu sebab walau macam mana pun jalan citernyer, mesti akan tunjukkan yang orang hindustan ni bagus sangat. Macam nyampah jer... Hehehhehe... Tapi nyampah-nyampah pun, kengkadang tetap nak tengok gak. Boleh tak?

Kecelaruan minda sungguh!

Eh... tetiba jer tercerita pasal citer hindustan plak. K chiow dulu sebelum aku mengarut lebih panjang lagi! Muahahhahahaa...


*juliet le sweetheart : tunggu vcd 'Slumdog Millionare' kuar



Sunday, March 15, 2009

Bargain hunting

Sebelum ni beberapa kali gak aku dengar tempat yang dipanggil 'Trash & Treasures' ni tapi tak pernah sampai pun. Maklum ler, rumah kitorang dah fully furnished, kecik plak tu, so memang tak der niat ler nak cari-cari barang rumah kan... Diorang kata T&T ni macam pasar car boot sale ler; macam kat Camberwell tu. Kalau nasib baik dapat barang baru tapi harga memang murah giler, kalau barang second hand pun biasanyer elok-elok lagi. Kena pandai pilih ler. Actually, aku memang minat gak gi tempat-tempat cam tu, suka tengok-tengok tapi takut terbeli jer. Mana plak nak sumbatkan dalam istana beta yang 'besar giler' ni. Hehehhe...

Kebetulan semalam kitorang ke rumah Nita, pun diorang ada sebut pasal T&T ni, dan yang paling membuat aku terkesima bila Nita kata dia beli microwave kat T&T ni dengan harga aud$2 jer. Ye! aud$2! Bukan typing error yer kengkawan. Jenama samsung plak tu. Tak terkujat kitorang mendengarnyer. Hehhehehe... Hmmmm... apa lagi! Neezam pun plan baiknyer untuk follow diorang ke sana hari ni.

So, pukul 10 pagi tadi kitorang gerak dari rumah ke T&T kat Coburg. Tapi hari ni tak banyak orang bukak boot. Nita kata biasanyer memang banyak sangat. Mungkin sebab cuaca hari ni yang ala-ala mendung dan berangin macam nak hujan. So, tak ramai yang berniaga. Tapi ramai sangat jumpa orang Malaysia!

Walaupun tak ramai yang berniaga, aku dapat ler grab satu rocker/bouncer untuk my baby boy. Aud$15 jer. Tu pun sebab aku tak pandai tawar kot. Memang tak dapat kurang sesen pun. Hampeh tol!!! Tapi aud$15 tu memang murah giler ar. Walaupun second hand, condition bouncer ni nampak elok lagi. Kain lapiknyer pun still nampak bersih dan baru. Bolehlah... Alaaaa... lagipun benda macam ni pakai beberapa bulan jer, pastu dah tak muat. Wat per ler nak beli mahal-mahal ek. Sebenarnyer tak der niat pun nak cari bouncer, tapi dah jumpa, murah plak tu... hmmmm... apalagi! Grab jer ler!

Niesreena plak, macam biasa mesti ada gak satu untuk dia. Dapat ler satu... eeee... apa ek nama kejadah tu... ala-ala skate board tapi ada handle. Tau tak apa nama kejadahnyer itew? ;p

Lepas pusing-pusing dan shopping-shopping, kitorang luncheon kat Es Teller. Kebetulan Nita dan family dia sejak datang Melbourne ni tak pernah makan kat luar. Asyik masak jer sebab tak tau kat ner kedai halal.

~Nita dan anak-anaknya; Adam & Safiya, Niesreena & aku kat Es Teller~

Nita ni sebenarnyer coursemate aku kat UTM dulu dan sama-sama major Software Engineering dulu. Kebetulan plak dia dapat offer sama uni dengan Neezam kat sini. Setelah sekian lama tak jumpa, akhirnyer berjumpa jauh kat Melbourne ni. Kebetulan sungguh ek.

Memandangkan cuaca ala-ala mendung dan sedap untuk orang masuk bawak selimut, kitorang decided untuk balik jer lepas makan. Ingat nak pusing-pusing city tadi tapi tak sedap plak kalau hujan masa berjalan kan. So, next time jer ler...

Sampai rumah jer kitorang sumer beradu. Maklum lah... perut pun dah kenyang, cuaca pun mendunnnnnngggg jer. Best tidur dengan cuaca macam ni. Di atas katil yang empuk, di dalam selimut yang tebal. Nyamannyer...

So... itulah aktiviti aku hari ni. Boring? Hehehhe... Membaca blog aku adalah di bawah tanggungan dan risiko sendiri. Sebarang tuntutan ganti rugi masa anda membaca tidak akan dilayan. Nasib ler... hehehhe...


*juliet le sweetheart : hunting for a new house!



Friday, March 13, 2009

Sayonara

Hari ni, seorang lagi kawan kitorang back for good. Terkejut dan sedih gak bila dengar Dayang nak balik sebab semalam baru Dayang bagitau yang dia akan balik dan tinggalkan bumi Melbourne ni untuk selama-lamanyer... :( Terkilan sangat sebab tak sempat nak jumpa Dayang sebelum dia balik hari ni. Tapi sempat jugaklah call Dayang tadi.

Beberapa hari lepas ada terserempak dengan Dayang kat Bundoora Park, tapi aku dalam kereta dan sempat lambai jer.

Apa-apa pun, kepada Dayang, tahniah sebab berjaya menghabiskan pengajian awak kat sini. Tq for everything & wish you best of luck! Harap-harap kiter akan berjumpa lagi kat Malaysia nanti. Insya Allah...

~Tipah, Kak Fizoh, Dayang, Umie & aku; kenangan masa perlawanan badminton MASCA 2008 @ Melbourne University. Aku & Dayang pasangan beregu, dapat tempat ketiga... ~


*juliet le sweetheart : seronok bila dengar kengkawan dah habis belajar...


Thursday, March 12, 2009

Dia buat hal lagiiiii!!!

Eeeeee... bengang giler beb malam tadi! Ni hal jiran ler ni... si india depan rumah ni. Tak habis-habis buat bising!!! Dari dulu tak berubah!!!

Dalam minggu ni dah beberapa kali buat party. Party atuk dia mampos kot. Kot dia dapat harta kat Sri Lanka tu berbillion-billion US dollar agaknyer kan, tu yang tak henti-henti celebrate tu agaknyer! Tension! Tension!

Sebelum-sebelum ni dia wat party, siang malam, kitorang sabaaaarrrr jer. Memekak-mekak... Terjerit terlolong sampai malam-malam buta! Tapi kitorang sabaaaarrrr gak. Aku dan Neezam pikir, "ah tak per lah... sekali sekala dia nak wat party." Takkan kitorang nak larang plak kan? Tapi makin lama, makin melampau plak si india ni kan. Menguji kesabaran sungguh! Agaknyer diorang ingat kitorang senyap macam kitorang ni tak kesah kot diorang buat bising. Tak pun diorang ingat kitorang ni pekak kot, tak dengar segala bunyi yang datang dari appartment diorang tu.

Tapi malam tadi... memang menguji kesabaran. Memang dah pecah meletop-letop tahap kesabaran maksima dah! Macam gunung berapi yang meletus... tau dak!

First step, kitorang wat ler report kat RA. Sms 2 kali; dah ler tak berjawab, datang pun tidak. RA ni pun satu! Nak kena maki gak agaknyer! Eeeeee... sabar lagi... Kitorang call pulak... Selamba kodok jer pompuan ni kata,

"They have right to party until midnight." Aik?! Bila masa pulak ada regulation baru ni? Kalau ikut kat handbook appartment ni, tak der plak kata boleh memekak terjerit terlolong sampai pukul 12 malam. Tapi tertulis yang setiap residents kena respect resident lainnyer privasi terutamanyer tak bleh sesuka nak memekak waktu malam.

Tapi mungkin sebab nak sedapkan hati aku, si RA ni kata dia akan gi gak appartment 17 ni, suruh diorang slow down skit ler konon. Beberapa minit lepas tu, dia datang. Tapi... sound kat mamat-mamat india dan negrito tu ala-ala gedixxxx jer... sambil gelak-gelak! Tak serius langsung! Manalah diorang nak dengar kata. Agaknyer datang gatal dia kot bila tengok jantan-jantan kat rumah tu! Eeeeee... sabar jer lah. Bunyi radio pun slow sekejap jer. Tak sampai seminit, bila RA tu berambus, dah kuat balik sound dia. Ok... sabar lagi... fine! Sebab masa tu pukul 11.20 pm. Kalau lepas tengah malam diorang memekak gak, aku akan report lagi!

Tik... tok... tik... tok... masa berjalan lambat jer aku rasa. Mata ngantuk, tapi tak bleh tidur sebab gegendang telinga aku ni tak berhenti-henti bergegar. Macam nak pecah pun ada rasanyer! Geraaaaammmmmm jer! Nasib baik Niesreena dah tidur sebelum diorang start memekak tadi. Kalau tak mahu celik gak Niesreena waktu tu. Cuma beberapa kali jugak lah Niesreena terbangun bila diorang menjerit-jerit.

Pukul 12, diorang masih terpekik-pekik lagi. Tak per... bagi can beberapa minit lagi. 12.30 am, masih tak berubah! Neezam call RA, tapi si RA bodoh ni tak datang pun! Tapi tadi angkat tepon. Sambung membuta agaknyer!

Banyak kali Neezam cakap kat aku, "tak per lah sayang... sabar jer lah..." Hmmm... ye lah... sabar je lah... Tapi rupa-rupanyer, Neezam yang hilang sabar. Lebih kurang 15 minit pastu, tetiba jer Neezam bangun dari kerusi study dia dan keluar dan ketuk pintu rumah depan. Terkejut gak aku. Aku dengarlah Neezam sound mamat-mamat tu supaya respect skit kat jiran. Lagipun dah pukul 1 pagi! Aku dengar ler jugak diorang kata "relax man... relax man..." Relax kepala atuk dia kan?!!! Saper bleh relax kalau dah 5 jam straight memekak. Dah tu bukan malam tadi jer... malam-malam sebelum tu tak kira lagi!

Hehehhehehe... Bangga gak ngan Neezam sebab berani sound diorang. Ye lah... bukan aper... ntah diorang tengah mabuk ke... haper ke kan... tak cari pasal namanyer? Dah tu diorang dah ler ramai... Besar-besar plak tu! Tapi puas hati lah. Memang mati ler bunyi radio pastu. Tapi still dengar ler diorang borak-borak, tapi dah tak macam kena sawan jerit-jerit dah lah. Pastu barulaaaahhhhh aku bleh tidur dengan lenanyer... :) *Tq abang! You are my hero! Hehehehe...

Hmmmm... ingatkan cerita malam tadi habis kat situ jer... tapi... pagi ni kitorang dapat plak email dari office appartment ni...

* * * * *

--- On Wed, 3/11/09, University Mews wrote:

From: University Mews
Subject:
To: "Khairunneezam Mohd Noor"
Date: Wednesday, March 11, 2009, 6:45 PM

Hi Neezam,

I understand there was noise complaints made about your neighbour in apartment 17 last night. I have spoken with the resident today and had a stern conversation with him regarding noise which I hope will make him more respectful of his neighbours. I have also suggested to your neighbour that if it is possible perhaps he could move his tv and stereo to another wall in the apartment as at the moment they back on to your bedroom wall.

I have no problems with you approaching your neighbour directly about the noise. However I was informed that you raised your voice quite loudly and seemed extremely worked up when you spoke with him. While I completely understand your impatience with the situation it is not appropriate to speak to your neighbour while you are so angry. If you are unable to to approach him and remain calm I would encourage you to contact the residential assistant and they can approach on your behalf.

If you have any questions or concerns regarding this matter please let me know.

Regards,
Taryn

University Mews
1251 Plenty Rd
Bundoora
Victoria 3083
PH: 03 9466 8215
Fax: 03 9466 8522http://www.universitymews.com.au/

* * * * *

Bengang beb! Mengadu gak rupernyer diorang tu. Diorang yang salah... kitorang jugak yang kena 'sound'. Apalagi... Neezam pun reply baeeeekkk punyer!

* * * * *

--- On Wed, 3/11/09, Khairunneezam Mohd Noor wrote:

From: Khairunneezam Mohd Noor
Subject: Re:
To: "University Mews"
Date: Wednesday, March 11, 2009, 8:01 PM

Taryn,

It is really easy for you to advise me such thing without experience yourself what my daughter, my pregnant wife and I faced almost everyday! You will not know our feelings when almost every night we need to be 200% patient and tolerant to noises made by our neighbour. I admit my unethical way of confronting them, a bit harsh, however I don't think that my voice was too loud. Just think of this --- My daughter didn't wake up because of my voice yesterday (as Sanjay mentioned that it is loud eh?) and she slept soundly without being irritated by my voice. However, she woke up 4-5 times because of noises and shouts made by the tenant of apt 17 and his friends. The loud sounds which come from their television or radio is not a big issue for us. It's up to them to put it anywhere in their house include in their own toilet... we don't mind and we don't even care. But, they need to control their own voice and their conversation not to be too loud until we could hear every single word they say from our bedroom!

Another thing Taryn, you mentioned 'If you are unable to approach him and remain calm I would encourage you to contact the residential assistant and they can approach on your behalf.' We had sent phone message twice to the on-duty RA last night and called her also twice to complain about this matter. How many times you think is appropriate for us to call RA to complain! 10 times? 100 times? We knew that she had come here to talk to the apt 17's tenant to remain quiet after mid-night, they still partying and make noises even worse after mid-night. We knew that the RA had did her job last night, but it's not enough.

Put your self in my position, as a studying father, one of the best time to do my reading, writing or any academic activities is when my daughter fall asleep. How could I be 100% focus on my work if my daughter were crying over and over again? How could I studying with noises and disturbances which they (my beloved neighbour) as normal and well-behaved people could control? And now put yourself in my wife's position, she's on her 31st week of pregnancy, she would be easily irritated and disturbed by any noises or something when she's sleeping because at this moment, her feeling becomes really really sensitive. Based on all this, and uneffective action taken by the RA last night, I myself confronted Sanjay and asked him to control the condition. Everybody has his limit. I reached my limit last night. You know what, at the moment his apartment's door opened for me, I saw that 2-3 of his friends ran away towards the bedroom while laughing as this matter is not actually a serious thing to them? And you said it is not appropriate to confront somebody else when I am angry? So, what? After the RA wasn't able to fix the problem, it's my RESPONSIBILITY AS THE LEADER OF MY FAMILY to do what is right! You may ask Sanjay again, I talked to him nicely, and I gave him a SMILE! I think what made him said that my voice was so loud last night maybe because of I need to speak louder than the volume of his television so that he could LITERALLY UNDERSTAND THAT I WAS BEGGING HIM TO CONTROL HIS APARTMENT'S CONDITION.

Finally, I want to apologise you if any of my words here is not appropriately mentioned. We just want to have our privacy, have our piece of mind living here in university Mews as what you promised us in your website and your handbook. I believed that you as the management of this apartment will be always serious on taking care of ALL THE TENANTS' PRIVACY especially tenants' with small kids.

I will see Sanjay myself and apologise him if he think that "I speaked too loud to him" last night, you just don't worry about that. I always want to live in peace and harmony with all my neighbours, and I can't be individualistic and so selfish towards them.

Nevertheless, a person who have a good and balanced judgement will always listen from both parties when something happened between them. Not only listen and believe one party's explanation. We believed and will always believe that you're not this kind of person.

Thanks for your e-mail.

Regards,
KHAIRUNNEEZAM MOHD NOOR
Graduate School of Management
La Trobe University
Bundoora Victoria
Australia 3086

* * * * *

Ambik kau!!! Banyak ler jugak kata-kata sinis kat situ. Tu pun kalau si Taryn ni geti bahasa lah.

*sighsss*

Hmmmm.. petang tadi kebetulan Neezam terserempak dengan mamat india malam tadi tu @k@ the appartment 17 tenant tu, kat parking lot. Sempat gak lah Neezam cakap kat dia, agar kejadian malam tadi tak berulang lagi. Hmmmm... entah mamat tu paham ke tak. Kalau dah dasar kaki party, memang susah nak berubah!

Eeeee... aku harap diorang ni pindah lah dari sini... tak pun... kitorang ingat, kitorang jer lah yang nak pindah dari sini. Nak cari tempat yang aman damai dan tenteram skit. Hehehehe...

*juliet le sweetheart : orang mengandung ni kena banyak bersabar, tapi sampai tahap mana?

Wednesday, March 11, 2009

Yummilicious pancake

Aduih! Kengkadang buntu nak fikir nak masak apa setiap hari.

Pagi ni aku buntu plak nak wat breakfast apa. Bosan gak makan cereal jer... nasi goreng pun bosan gak... jemput-jemput? Pun bosan gak! Nasi lemak, mee goreng, bihun goreng? Leceh ler nak wat pepagi ni... Hehehhe... Kan best kalau ada gerai tepi jalan yang jual sumer tu kat sini. Order jer nak makan apa; macam kat Malaysia ler kan.

Pikir nyer pikir... akhirnyer aku decide untuk wat penkek... tapi... ingat-ingat luper plak cam ner nak wat... so, taram jer lah aper yang ingat....

Alhamdulillah... jadi dengan jayanyer dan yang penting memang yummilicious ler!

So, sementara ingat ni, aku nak tampal resepi yang mudah ni kat blog aku ni. Next time bleh refer semula. :) Korang pun bleh lah cuba bebila nanti.

Plain penkek istimewa!

Bahan-bahan : Self-raising flour 3 cawan, telur sebiji, susu segar 2 cawan, garam secukup rasa, bleh gak tambah esen vanila untuk bagi wangi... Blah gak tambah serbuk coklat untuk perisa coklat, atau jagung... sedaaaapppp...

Cara-caranyer : Adunkan semua bahan dalam bowl dan masak menggunakan non-stick pan selama beberapa minit sehingga masak. Tak perlu diterbalikkan...


Bila siap bolehlah disaji samada bersama-sama madu, maple syrup, chocolate fudge, aiskrem, atau buah-buahan such as banana, strawberry, kiwi... Sedap... Bebudak mesti suka sebab Niesreena pun suka...

Pagi ni kitorang makan penkek dengan madu dan susu pekat manis... Yummy... yummy... :)



*juliet le sweetheart : nak masak aper pulak tengahari nie... Any idea?



Tuesday, March 10, 2009

Normal or ceasar?

Hari ni aku ada temujanji pertama dengan gyne kat Northpark Private Hospital; Dr. Pahuja.
Untuk temujanji pertama ni gyne terangkan kat kitorang serba sedikit prosidur-prosidur biasa bersalin kat hospital ni; temujanji, labor, cost, insurans, etc...

Then pasal bersalin, gyne tanya kat aku samada aku prefer untuk bersalin secara normal atau ceasar. Sebab first pregnancy aku dulu aku bersalin secara ceasar because of failed progress. Aku cakap ler aku prefer normal, tapi kalau tak boleh, barulah ceasar. Sadly, gyne kata kat hospital ni diorang tak boleh buat prosedur macam tu. Apa ntah dia sebut nama prosedur tu something like 'trial **** delivery'. Tapi gyne kata kalau aku nak try gak, gyne tu akan referkan aku kat hospital lain. Ooooohhh... pulak! Malas ler aku... So, setelah berbincang dengan hubby, kitorang decided to go with ceasar.

Actually, aku sedih ar jugak sebab nampak gayanyer aku memang tak berpeluang merasa bersalin normal. Hmmmm... tapi kalau ikutkan ceasar lagi senang; bila tiba masanyer gi jer hospital, belah jer perut ni, kuarkan baby tanpa rasa sakit pun. Siap boleh pilih tarikh lagi. Orang kata lepas bersalin yang rasa sakit. Tapi aku dulu memang tak rasa sakit pun even lepas bersalin. Cuma kena lebih berjaga-jaga dan berpantanglah; tak boleh lasak-lasak dan ambil masa lebih lama berpantang berbanding dengan bersalin normal. Dulu berbotol-botol aku minum pati ikan haruan dan gamat, tapi kalau kat sini, mana nak cari? Dari Malaysia hari tu aku beli yang pil jer, tapi kalau dapat pati lagi bagus kan...

Dulu pun, jahitan aku terbukak semula lepas seminggu bersalin. Terbuka 1cm, tapi tak sakit. Tu lah... tak jaga bebetul kan... Kuar ar darah. Seram gak aku tengok. Ingat-ingat pun rasa nak pengsan jer. Then gi klinik, tampal balik. Pastu siap bleh main tarik-tarik benang jahit tu bila luka dah kering. Huhuhuhu... lemah semangat eden...

Lagi satu aku risau, kalau pantang lama-lama maksudnyer Neezam pun kena korbankan masa yang lama gak untuk jaga aku dan anak-anak. Terpaksa korbankan masa study dia. Sian plak kat dia.

Lagi satu *berapa banyak 'lagi satu' daaaa*... kalau bersalin secara ceasar ni, tak berpeluang ler aku nak pakai bekung, makan jamu, apa kejadah semua tu... rugi jer beli ari tu... So, susahlah nak turunkan berat badan semula. Tak der harapan ler nak kurus. Tak boleh nak lasak-lasak bersukan; main futsal, badminton, etc... Huaaaaaaaaa... cedih!

Dulu aku pernah gak berborak dengan kengkawan; ramai yang prefer bersalin ceasar sebenarnyer, sebab ceasar tak rasa sakit. Diorang kata kalau bersalin normal sakitnyer macam nak putus nyawa jer rasanyer. Well, actually dulu aku sempat gak rasa sakit contraction tu; 6 jam woooo dalam labor room dulu; 6 jam ler aku rasa sakitnyer. Tu tak termasuk masa sakit sebelum masuk labor room lagi. Memang sakit ler. Rasa nak putus jer pinggang ni. Hmmmm... kalau tahu memang tak boleh bersalin normal, awal-awal lagi aku dah suruh ceasar. Tak lah berjam-jam nak tanggung rasa sakit tu kan.

Pastu pasal nak kurus tu, diorang kata lepas 6 bulan masa yang sesuai untuk sessi menguruskan badan sebab masa tu luka operation dah bebetul kering *hopefully!*. Tapi sebelum 6 bulan tu pun bleh kurangkan berat badan sebenarnyer. Kena jaga makan je lah kan. Tapi perut jer lah... kalau tak bernasib baik... boroi ler gamaknyer... silap-silap macam menggandung 4 bulan jer rupanyer... Huhuhu... sadissss... sadissss...

Haaiiiii... entahlah.... *sighssss*

Apa-apa pun sekarang ni aku tawakal jer lah kepada Allah swt. Mungkin tu yang terbaik untuk aku. Mungkin tu rezeki aku. So, tak per lah... Janji baby boy aku ni selamat dan sihat. Betul tak kengkawan?

Betul... betul... betul... Hehhehehe...

Pas balik dari gyne tadi, kitorang singgah Bundoora Park jap. Bawak Niesreena main-main. Kebetulan ada gak kengkawan Malaysian kat sana. Bukan Niesreena jer seronok main... ayah Niesreena pun punyalah seronok mengalahkan budak-budak. Hehehhe... Aku? Lepak jer... mengenangkan nasib. Hehehhe...

*juliet le sweetheart : so, which one is better; normal or ceasar?

Monday, March 9, 2009

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul

1430 Hijrah

* * *

Sunday, March 8, 2009

Dari satu destinasi ke satu destinasi

Hari ni cuaca sangat cantik; cerah dan berangin. Setelah beberapa hari tak nampak sinaran cahaya matahari, hari ni baru terasa bahangnyer.

Macam biasa, kitorang kalau hujung minggu memang tak sah kalau tak kemana-mana. Memula tu kitorang rancang nak ke city, nak tengok mumba festival kat Yarra. Tapi memandangkan Niesreena tak berapa sihat, kitorang decide untuk cancel ke city. Tak der rezeki nak tengok mumba fest lagi tahun ni. May be tahun depan lah kot. Insya Allah...

Kebetulan hari ni jugak ada jemputan lunch kat rumah kak Sham dan abang Din Hogan kat Lalor. So, lepas mengemas rumah, kitorang pun ke sana. Yup! Makan free lagi. Alhamdulillah... rezeki... :)

~Abang Din, Neezam dan Ustaz Razak @ abang Din's~

Lepas makam, borak-borak, lepak-lepak, kitorang ke Savers plak. Janji dengan family en. Din kat sana. Aku ingat nak cuci mata jer, tapi ter'grab' pulak satu kepala lampu dan baju baby. Hmmmm... memang tak sah kalau tak balik tangan kosong dari Savers. Mesti ada jer yang nak dibeli. Tu pun nasib baik tak terbeli baju dan toys Niesreena lagi memandangkan baju dan toys Niesreena memang dah berlambak-lambak kat rumah. Sampaikan aku yang pening nak mengemas.

Dari Savers kitorang menjemput diri sendiri ke rumah kak Jamie dan abang Ashraf plak kat Epping. Kitorang ke sana bersama-sama family en. Din. Eeeee... suka sangat rumah kak Jamie; layout dia cantik, backyard bersih, dan karpet dia pun best; gebuuuuu...

~Kitorang @ Kak Jamie's~

Punyerlah rancak dan seronok berborak... Sampai penat aku jadinyer... Terpaksa aku ajak Neezam balik. Tapi cian kat Niesreena, tak nak balik... masih nak main-main lagi. Seronok dengan anak-anak kak Gee dan kak Jamie. Tapi terpaksa jugak dibawa balik secara paksa rela. Hehheheh... Mama dah penat ler sayang...

Naik kereta jer, Niesreena terus terlena, sehinggalah ke saat ni. Neezam pun dah ikut Niesreena beradu. Aku pun nak menyusul gak pas ni. Letih!!! Hari minggu yang sangat meletihkan... tapi best!!!


*juliet le sweetheart : ZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...



Saturday, March 7, 2009

Makan dan makan lagi ;p

Hari ni kitorang dijemput menghadiri breakfast kat rumah kak Farizal dan abang Hamdan. Jarang sebenarnyer orang jemput minum pagi tapi seronok gaks! Ramai kengkawan @k@ kakak-kakak dan abang-abang, yang datang; orang lama dan orang baru. Dan yang pastinyer, bilangan bebudak lebih ramai daripada bilangan mak bapak budak.

Macam biasa, walaupun dijemput datang makan, tapi semua yang datang turut membawa makanan. So, banyak sangat pilihan makanan. Macam breakfast kat hotel! Best! Best! Tuan rumah buat nasi kuning *kalau tak salah namanyer*. Nasi ni ala-ala nasi dagang. Sedaaaapppp...

~Apalah yang Pak Tam kusyuk sangat cerita tu~

~Cerita kaum ibu lain plak~

~Bebudak dan terselit gak mak-mak budak yang kusyuk tengok cerita mermaid~

~My beloved Mr. Hubby~

~Mrs. Juliet le sweetheart yang semakin montel! Yup! That's me! ;p~

Walaupun niatnyer datang breakfast, tapi lepak punyerlah lama... sampai ke tengahari... Biasalah, bila dah jumpa kengkawan, dari satu cerita ke satu cerita tak habis-habis. Tuan rumah tak berhenti-henti buat air; berteko-teko! Niesreena, walaupun demam, tapi seronok gak main dengan kengkawan. Macam dah baik jer demamnyer... tapi still dedar skit.

~Mila, my little princess; Niesreena, dan Uda~

~Niesreena playing with her friends~

Lepas 'brunch' kat rumah kak Farizal. Neezam bawak aku ke tempat yang sangaaaaatttt 'istimewa'. Hehehhehehe... Rasa seronok tidak terperi ketika itew! :D

Neezam bawak aku gi airport. Apa yang istimewanyer? Hehehe... sebab kat airport ni lah ada kedai donut Krespy Kream yang terdekat dengan rumah kitorang. Ingat tak post aku yang lepas? Keteringinan yang melampau! Huhuhu...

Hehehehhe... Dapatlah jugak aku sedozen donut KK ni... sedaaaaapppppp...

~My favourite original glaze. Cedapnyerrrrr...~

~Yummie assorted!~

Baik sungguh hati Neezam. Selalu cuba gak dapatkan aper yang aku nak. ;p Teringat masa mengandungkan Niesreena dulu. Lagi dasat! Aku mengidam macam-macam; nak makan lala, Neezam cari sampai ke Melaka; nak makan murtabak singapore, Neezam cari sampai JB! Nasib baik tak sampai Singapore! Hehehhe... Dasat ek nafsu makan aku... hehehhe... nasiblah bang dapat bini macam ni ;p


*juliet le sweetheart : terima kasih abang. Luv you sooooo much!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top