♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, February 28, 2009

Berkelah @ Williamstown

Hari ni kitorang gi berkelah, kat Williamstown. Ni kali kedua aku jejakkan kaki kat sana. Masa gi sana last year, memang best. Permandangan cantik. Naik cruise lagi! Cuma... satu pekara yang tidak diingini terjadi. Hehehhe... Tapi gi kali ni lagi best. Siap berkelah tepi pantai Williamstown yang cantik dan bersih lagi... Memang bersih... pantai bersih... airnyer pun bersih... jernih!

Kitorang *my family, family En. Din, family kak Mie, family kak Sham, Fiza & Hamzah, serta anak-anak dara Main Drive* bertolak dari rumah en. Din lebih kurang pukul 2.30 petang. Konvoi 4 buah kereta. Lebih kurang 1 jam perjalanan, kitorang tiba di pantai Williamstown. Cuaca sangat baik. Matahari terang benderang tapi sejuuuukkkkk... Angin menderu-deru. Projek pertama kitorang, mestilah makan duluuuuu!!!


Selesai mengisi perut, semua dah tak sabar-sabar nak pijak air. Terutamanya budak-budak ler. Tau-tau jer dah berendam. Niesreena pun sama. Punyalah excited tengok pantai. "Nak tamdi, nak tamdi, yeeeeee..." sambil lompat-lompat & tepuk-tepuk tangan. *tamdi tu maknanya mandi yer kengkawan. Niesreena sebut tamdi walaupun dah berulang kali mama & ayah ajar sebut mandi ;p huhuhu...*

Aku dan Niesreena main air kat tepi-tepi pantai jer. Aku memang tak berniat nak berendam pun sebab malas nak bilas-bilas dan salin-salin baju pas mandi. Tapi bila tengok orang lain sedap berendam rasa macam nyesal plak tak bawak baju spare. Hehehhe... Walaupun tak mandi, basah lah jugak sekerat seluar aku. Mana tak nyer... bawak Niesreena main air... makin lama Niesreena tarik aku makin dalam... paras pinggang dia. Aku pun apa lagi... basahlah jugak!


Niesreena seronok sangat! Lebih-lebih lagi bila ombak nak dekat dengan Niesreena, nanti Niesreena lompat. Pastu terbahak-bahak Niesreena gelak. Seronok sangat dia! Ajak naik pun tak nak walaupun dah mengigil-gigil kesejukkan.

Neezam pun lama berendam. Bukan main seronok lagi Neezam berenang. Mana tak nyer, dah lama hajat Neezam nak mandi pantai kat oz ni, baru hari ni tercapai. Dah tu mandi dengan ramai anak-anak dara plak tu. Sukalah dia! Hehehhe... bagi cannnn...

Bila naik ke tepi pantai, masing-masing kesejukkan dan kelaparan. Termasuklah kedua-dua Khairun aku ni. Nasib baik ada mee kak Gee yang sedap tu. Walaupun sambil menggigil-gigil kesejukkan, Niesreena boleh makan sampai tiga pinggan! Lapar sangatlah tu...


Lebih kurang pukul 5 lebih kitorang bergerak meninggalkan pantai Williamstown yang cantik dan bersih tu. Tapi sebelum balik ke city, kitorang menyinggah dulu kat Waterfront Williamstown ni. Port diorang parking kapal. Kapal lanun pun ada! ;p Cantik tempat ni. Banyak sangat burung laut. Swan hitam pun ada. Cantik! Niesreena seronok kejar burung-burung kat sana.

Aaaaaa... seronoknyer hari ni... tapi penat... biasalah! Disaat aku menulis post ni, Neezam & Niesreena sedang lawan berdengkur. Penat sangatlah tu. Nasib baik aku tak berendam sama tadi, kalau tak mesti aku yang menang berdengkur malam ni. Hehehhehe...


*juliet le sweetheart : lain kali bleh gi lagi!



Thursday, February 26, 2009

Teringat semasa dulu...

Semakin lama, semakin tak sabar aku nak tengok rupa baby yang bakal dilahirkan ni. Mesti cute macam Niesreena gaks! Hehehhe...

Ramai orang kata Niesreena cute ikut muka ayah dia, harap-harap kali ni baby boy aku ni cute macam aku plak lah yer... ;p Ada orang kata, kalau anak perempuan ikut muka ayah, sejuk... begitu jugak sebaliknya... Hmmmm... kalau anak perempuan ikut muka mak *macam aku ni* panas lah ek? Boleh percaya ker? Hmmm... sejuk ke, panas ke, yang penting didikan ibu bapa terhadap anak-anak... Betul tak? Betul... betul... betul... hehehhehe...

Tadi, aku tengok-tengok semuala gambar-gambar Niesreena yang lama-lama... Comey sangat! Aku suka sangat tengok pipi dan mata Niesreena yang cantik tu. Jendul Niesreena sah-sah ikut jendul ayah dia. Hehehhe...












*juliet le sweetheart : Niesreena semakin membesar pun semakin comel gaks...



Wednesday, February 25, 2009

L.O.S.T!!!

Mungkin ada yang tak tahu, aku ni sebenarnyer memang peminat setia citer LOST. Minat giler! Dari first season sampailah season terbaru ni, season kelima, aku masih setia ikuti citer ni.

Tadi, aku baru berkesempatan tengok siri baru LOST ni kat channel 7. Mungkin dah masuk episod 2 atau 3 kot. Entah. Last week aku tak tau plak dah ada LOST baru. Kat Malaysia memang tak siar lagi.

Seriously aku kata... aku semakin lost tengok citer ni. Arggghhhhh pening! Tengok tadi, membuatkan otak aku puas jugak berfikir sebab nak ingatkan apa yang jadi last time (keempat-empat season yang lepas!) *satu hal* dan nak ingatkan semula nama-nama watak yang kurang penting, tetiba jadi penting pulak dalam siri baru ni *satu hal lagi!*. Adiuh!

Tengok siri tadi, "Jughead", banyak pulak watak-watak baru yang muncul. Dah nak habis citer baru tau rupanya diorang back to the past.

Bila tak paham, aku mulalah buka wikipedia, baca jalan citernyer. Kekadang tu baca skrip lagi. Bukak lagi dua tiga website LOST. Mengalahkan orang buat research. Hehehhe... Baru paham! Walaupun banyak lagi klu-klu yang memeningkan dan menimbulkan tanda tanya, tapi still puas hatilah. Hmmmm... kalau nak puas hati lagi bukak youtube. Tengok 2, 3 kali lagi. Hehehhe... Habislah byte internet ni tengok LOST jer. Shhhhh... jangan bagitau Neezam eh... kui kui kui...

Malam Isnin yang lepas pulak, aku sempat tengok siri baru Desperate Housewives. Tapi sian tengok Eva Longoria yang wataknyer dicomotkan. Selekeh tol! Anak-anak dia pulak gemuk-gemuk. Huhuhu... Memang best! Tapi rasanya aku dah tertinggal 2, 3 episod gak. Tak per... tak per... nanti download kat internet. Hehehhee...

Malam esok ada Grey's Anatomy baru plak. Bestnyer! Sumer siri baru. Banyak lagi siri baru yang aku tunggu ni; Ugly Betty, Samantha Who?, Cashmere Mafia, etc... Hehehe...



*juliet le sweetheart : suka tengok spa Q 2!




Tuesday, February 24, 2009

Cium anak pun boleh dapat pahala

Untuk dikongsi bersama...

Cium anak pun boleh dapat pahala

Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium."

Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? " Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu". Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi". Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."



*juliet le sweetheart : memang suka cium Niesreena yang semakin nakal tu... :)



Monday, February 23, 2009

Upin & Ipin

Niesreena ni memang sukaaaa sangat tengok kartun. Masa kat Malaysia hari tu senanglah, ada astro. Favourite channel Niesreena sudah semestinya Astro Ceria, Cartoon Network, Disney Playhouse, Disney Channel, semualah channel kartoon. Itu yang membuatkan aku terfikir, "bila balik Melbourne nanti manalah ada citer kartun 24 jam". Jadinya, aku pun belilah cd-cd upin & ipin ni. Memang best! Jangankan Niesreena, aku pun suka tengok keletah-keletah budak-budak kembar tu. Lagipun citernyer banyak pengajaran untuk budak-budak. Betul? Betul... betul.. betul...

Bila nak tengok citer upin & ipin, Niesreena mesti kata "Nak betui, betui, betui". Hmmmm... pahamlah tu. Suruh aku pasang cd upin & ipin, sebab upin & ipin kan suka cakap "betul, betul, betul". Tapi masalahnyer sekarang... Niesreena asyik nak tengok citer yang sama berulang kali. Huhuhu... aku pulak yang bosan. Sampai naik hafal dialog tau. Huhuhu... Tapi yang bagusnya bila aku pasang cd tu, Niesreena reti duduk diam, tak kacau aku buat kerja. Cumanya bila aku nak tengok citer lain, Niesreena nak tengok jugak upin & ipin. Ish! Kacau... kacau...


*juliet le sweetheart : betul... betul... betul...



Sunday, February 22, 2009

Stroller ler pulak

Ok... memandangkan aku akan ada seorang lagi baby on the way, aku berniat untuk cari satu stroller baru. Kalau boleh aku nak cari stroller yang boleh tolak sekali dua orang Khairun lah kan... bukan Khairunneezam k! Rabak stroller kang... hehehhe... Tapi, masalahnyer, stroller double ni selalunya besar dan berat kan? Kang susah pulak nak masukkan dalam bonet kereta kami yang chomel tu. Nak bawak naik tram pun susah gak. Silap-silap memang tak boleh masuk pun.

Actually aku berkenan sangat dengan stroller Phil & Teds ni. Tapi tak pernah jumpa pun kat mana-mana shopping complex! Tengok orang tolak selalulah tapi takkan nak tanya beli kat mana plak kan? Hehehhe...


Second choice, Maclaren MX3 ni. Cantik tak? Stroller ni boleh dipasang dengan toddler seat. So, Niesreena bolehlah dok kat toddler seat tu. But still, stroller ni besar dan berat walaupun tak sebesar dan seberat double stroller. Hmmmm... tapi rasanya masih boleh masuklah bonet kereta and of course tram.


Aku dah tengok dah stroller ni kat Toy r Us. Memang berkenanlah. Tapi aku masih berkira-kira lagi samada nak beli atau tak. Sebab... Niesreena ada tiga lagi stroller lain! Hehehehe... banyak kan? Giler ar aku ni. Aku ingat nak let go ketiga-tiga stroller tu. Ada sesaper nak? Special price aku bagi. Buy two, free one! Hehehe... Hmmmm... tapi stroler sweet cherry yang Niesreena selalu pakai tu, bila aku berniat nak beli stroller baru jer, dia terus buat hal. Rosaklah pulak. Tetiba jer roda belakang dia jam! Tak nak jalan! Merajuk kot ek? ;p

So, sekarang ni masih berkira-kira lagi. Harap-harap nanti jumpalah jugak stroller Phil & Teds tu...

Nway, ni koleksi terbaru Guess hobo aku. Hehehe... cantik kan? Hadiah daripada suami tercintalah... apa lagi... Si dia memang paham kesukaan aku. Suka! Thank you sayang!



*juliet le sweetheart : kadang-kadang tu masa cari tak jumpa, bila dah tak mencari jumpalah pulak. Setuju?



Saturday, February 21, 2009

Picnic @ Bundoora Park

Ramainya Malaysian!

Empat bulan kitorang tinggalkan Bundoora, bila balik jer, ada ramai sangat muka-muka baru warga desa Bundoora. Ramai sangat! Alhamdulillah, bagi aku upacara makan-makan @ picnic kat Bundoora Park yang dirancang oleh en. Din ni sangatlah menjadi. Tahniah kepada semua yang menjayakan picnic petang tadi.

Eeemmmm... sebenarnya walaupun tadi dah berkenalan dengan ramai warga desa yang baru, tapi tak semua aku hengat. Hehehe... Ada lah sorang dua. Saper ek? Kak Ramiaida, kak Suzana, kak Suraini, kak Sham, Ping, Jamilah dan suaminya, Mahathir. Saper lagi ek? Tak ingat ler... Ramai sangat ;p Tu belum masuk budak-budak lagi. Ramai giler!

Di samping berkenalan dengan kenalan baru, kitorang jugak dapat berjumpa semula dengan kengkawan lama yang turut sama hadir. Seronok betul! Dapat jugak berkenalan dengan baby kak Tasha & Aleh yang baru jer 55 hari. Majda Farihah yang sangatlah montelnyer! Geram tol pipi dia! Rasa nak geget-geget! ;p

Aaaa... waktu ni juga barulah berjumpa dengan Nita dan familinya. Coursemate aku masa kat UTM dulu. Skarang Nita sedang sambung study kat La Trobe. Tak sangka berjumpa semula kat sini.

Selain berjumpa dengan orang yang tersangat ramai, banyak jugak makanan Malaysia yang disajikan. Maklumlah, bila picnic berkonsep potluck ni memang akan banyak sangat makanan dan semuanya sedap-sedap. Kuih keria petang tu sangat sedap. Saper yang buat ek? Aku bawak laksa johor jer. Liciiiinnnnn... heehehe...

Sebenarnya ada ramai lagi kengkawan lama yang tak dapat hadir pada upacara petang. Harap-harap upacara macam ni dapat diadakan lagi bagi mengeratkan lagi silraturahim.

~Antara yang hadir *Pic: credit to Ping. Aku bawak camera tapi tak sempat nak snap!~



*juliet le sweetheart : cuaca sedang tak menentu di Melbourne!


Friday, February 20, 2009

Sedapnya!

Sedap wooooo... Dah lama tak pekena ice cream ni... sedap giler! Lebih-lebih lagi bila makan masa cuaca tengah panas ni kan... Pergh!

Masa kat Malaysia hari tu ada gak jual ice cream Bulla ni kat Giant tapi mahal giler! Sampai 40 hengget. Terbantut selera jadinya. Kat sini, harga ice cream ni aud$4.99 jer. :) Boleh beli semua periasa yang ada! Hehehe...

Favourite aku ialah Bulla cookies & cream. Sedap... Bulla Rich Choc Chips pun sedap jugak. Aaahhhh... Boleh dikatakan sumer sedaplah. Hehhehe...



*juliet le sweetheart : nak cikit?



Thursday, February 19, 2009

Busy as a bee!

Alhamdulillah kitorang dah selamat tiba di Bundoora semalam. Tapi penat masih tak hilang lagi. Lebih-lebih lagi bila tengok keadaan rumah yang berhabuk. Aduih... naik selsema hidung aku.

Semalam kitorang tiba lebih kurang pukul 11 pagi kat Melbourne Airport. En. Din dan anaknya Syahidah dah siap sedia menunggu kitorang. :) Dan seperti yang kitorang jangkakan, cuaca kat sini memang agak panas. Tapi kata en. Din, ada minggu-minggu sebelum ni cuaca lagiiiii panas dan lebih teruk lagi bila berjerebu disebabkan bush fire yang terjadi sekitar Victoria ni.

Dari airport, en. Din bawak kitorang ke rumah dia... makan... hehehhehe... Best! Best! Memang tengah lapar sangat masa tu. Mana taknya, dalam flight makan tengah malam jer. Tu pun tak sedap! Kat rumah en. Din, kak Gee dah sediakan nasi tomato. Sedapppp...

Petang tu en. Din hantar kitorang ke Uni Mews. Rindunya tengok rumah. Tapi yang tak tahannya sebab berhabuk-habuk. Maklumlah, rumah dah lama tak berpenghuni.

Hari ni, kitorang keluar membeli-belah barang-barang dapur. Full lah balik kabinet-kabinet dapur dan peti ais yang dah lama kosong tu...

Penatnya... banyak lagi kerja mengemas yang belum sudah. Lebih-lebih lagi baju-baju Niesreena. Banyak giler! Sampai tak tau macam mana nak susun dalam almari tu. Hmmm... tapi salah aku gaks... masa beli baju Niesreena tak hengat dunia... bila dah banyak, aku jugak yang pening kepala. ;p

Ok lah nak sambung mengemas... ada sesaper nak tolong?


*juliet le sweetheart : banyaknyer kerja nak buat...


Thursday, February 12, 2009

The baby is a ...

Pregnant kali ni aku jarang mengupdate blog pasal baby dalam perut aku. Sian baby Khairun yang baru ni. Berbanding masa mengandungkan Niesreena, boleh dikatakan tiap-tiap bulan mesti aku update perkembangan Niesreena masa dalam perut. Sebab masa tu aku kerja. So, selalu mengadap pc dan update blog. Tapi tak sia-sia aku rajin update masa tu, sebab sekarang ni, kalau ada masa aku mesti baca semula pasal perkembangan Niesreena dulu dan comparekan dengan mengandung sekarang.

Macam mengandungkan Niesreena dulu, memula uri aku kat bawah dan masa usia kandungan 7 bulan barulah uri naik ke atas. Kali ni uri pun kat bawah lagi, tapi alhamdulillah, tadi gi scan lagi, dan uri pun dah naik. Insya Allah, kalau ada rezeki bolehlah aku bersalin normal. Amin...

Jantina baby pun dah tau. Seronoknya! Insya Allah lelaki! :) Dapatlah sepasang. Syukur alhamdulillah... Sebenarnya aku tak sangka sangat dapat baby boy, sebab orang kata kalau mabuk teruk, maybe perempuan dan aku memang selalu muntah-muntah sampailah ke hari ni. Tapi masa scan tu, memang nampak anunyer. Jelas! :) Ni kali ketiga scan baru nampak jantina. Masa pertama kali scan tu masih kecik lagi. So, tak berapa jelas. Tapi yang bestnyer, dari mesin scan tu nampak baby melambai-lambaikan tangan dia. Doktor pun excited tengok. Hehehhehe... Bagai tanda perjumpaan pertama yang ceria! Kali kedua scan pulak, baby tengah bersujud. Tengah solat agaknyer. Hehehhe... Semoga menjadi anak yang soleh kelak. Amin...

Bila dah tau jantina, aku dan Neezam terpaksalah buang list nama baby girl. Yang pastinya nama tu mesti bermula dengan Khairun. Ikut nama ayah dia.

Hmmmm.... Aku harap kali ni aku dapatlah bersalin normal. Senang nak dijaga dan cepat baik. Aku kesiankan Neezam jer nanti; terpaksa menjaga aku dan dua Khairun masa aku dalam pantang nanti kat sini. Apa-apa pun aku harap segala urusan akan dipermudahkan. Korang doa-doakanlah yer... :)

Sekarang kandungan aku dah nak masuk 7 bulan atau lebih tepat lagi 27 minggu. Baby memang sangat aktif bergerak terutamanya bila aku baring dan waktu malam. Macam berlari-lari jer dalam perut aku. Seronok, lebih-lebih lagi bila kongsi waktu dia bergerak tu dengan Neezam. Tengok senyuman kat muka Neezam membuatkan aku rasa bangga sangat! Hehehhe..

Niesreena pulak bila tengok perut aku yang membesar ni mesti kata "perut besar". Bila aku tanya Niesreena, "nak baby?", jawabnyer mesti "tak nak!". Haiya! Camner nanti?


*juliet le sweetheart : tak kesah dapat baby boy atau girl, yang penting keluarga aku bahagia...



Friday, February 6, 2009

Selamat Ulangtahun, sayang

"Abang...


Selamat harijadi yang ke 29 tahun

I ♥ you soooooo muchy muchy!


♥ Sayang"

Tahun ni tak der apa yang istimewa untuk suami tersayang. Kesian Neezam... Aku macam sebuk jer dengan macam-macam hal. Lebih-lebih lagi dah nak balik ni... Sorry sayang...

Thursday, February 5, 2009

...

Hati aku lega sangat sekarang ni. Walaupun tak semua masalah aku ni selesai dengan baik, seperti yang aku harapkan, tapi aku tetap rasa lega.

Alhamdulillah, aku diberikan juga petunjuk dari Allah s.w.t. Mungkin aku dah lakukan apa yang terbaik, bukan sajer untuk diri aku sendiri, tetapi jugak untuk orang-orang yang aku sayangi dan cintai. Mungkin!

Kekadang aku terlupa... Ego sering menguasai diri semua orang. Membuatkan manusia susah nak mengaku kesilapan sendiri samada sengaja atau tak tersengaja yang dah dilakukan. Begitu jugak aku. Memang betul kata pepatah, rambut sama hitam, hati lain-lain. Kadang-kadang apa yang kite rasakan atau kite buat tak sama dengan apa yang orang fikirkan dan tafsirkan.

Kekadang aku jugak terlupa... Ada ajer orang-orang di sekeliling kita yang kadang-kadang berasa kurang senang dengan apa yang kita ada. Rasa kurang senang yang bukan membuatkan diorang berusaha untuk dapatkan apa juga yang kita ada tapi diorang cuba melenyapkan apa yang kita ada. Pelik sungguh hasat dengki manusia. Aku lupa... membuatkan aku kurang berhati-hati!

Memang susah nak jaga hati orang. Lebih-lebih lagi nak jaga hati orang yang kite sayangi. Tapi... mungkin tanpa aku sedari, pada masa yang sama diorang juga cuba untuk menjaga hati aku, dan rupa-rupanya susah juga nak jaga hati aku. Hmmmm... Apapun, aku tetap sayang sangat kat diorang, dan aku harap diorang juga akan terus menyanyangi aku.

Kejadian yang berlaku banyak memberikan aku pengajaran dan keinsafan. Sekarang ni aku hanya mampu bertawakal. Aku serahkan sajer pada Allah swt. Dan biar masa yang menentukan segalanya. Cuma aku harap, akan datang, keadaan akan menjadi bertambah baik, seperti yang aku impikan... seperti yang aku harapkan...


*juliet le sweetheart : sorry...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top