♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, January 4, 2009

Dugaan demi dugaan

Assalamualaikum wbt...

Dah terlalu lama aku tak mengupdate blog aku ni. Dah jadi rumah tinggal dah ek... Siap dengan kerawang-kerawang labah-labah lagi. Aduuuhhhh... nampak gayanya jenuhlah aku nak 'membersihkan' dan menyerikan semula blog tersayang ni. :)

Banyak sebab yang menyebabkan aku tak terupdate blog aku ni.

Sejak balik bercuti dari Kuching beberapa minggu yang lepas, Niesreena dilanda demam yang teruk. Berhari-hari Niesreena terlantar kat hospital. Kesian permata hati aku tu. Memula Niesreena warded kat HKL dari 21 - 24 Disember. Lepas disahkan sehat semula oleh doktor, kitorang pun balik ke Segamat.

Lepas sehari dua, demam Niesreena berulang semula. Asal malam jer demam, siang demamnya agak kebah. Malam temperaturenya naik setinggi 39++ darjah! Laporan kesihatan dari HKL yang lepas mengatakan terdapat bakteria dalam kandungan darah Niesreena, tapi tak pasti bakteria jenis apa. Demam Niesreena berulang-ulang. Aku dan hubby susah hati dan sedih sangat tengok keadaan Niesreena. Tak seaktif dan seceria selalu. Niesreena nampak lemah sangat dan asyik terbaring jer. Kemudian Niesreena mula muntah-muntah dan cirit-birit pulak. Kesian sangat tengok Niesreena. Nampak sangat Niesreena kelaparan. Tapi asal masuk jer apa-apa, mesti muntah balik. Minum air masak sikit pun boleh termuntah balik! Lebih banyak pulak yang keluar dari yang masuk. Niesreena nampak letih sangat. Badan pun mula susut, muka pun dah mula cengkung. Then Niesreena was warded again at Segamat Hospital.

Masuk hospital Segamat, Niesreena masuk air. Empat botol semuanya. Dan alhamdulillah Niesreena dah stop muntah-muntah dan cirit-birit. Demam Niesreena pun mula berkurangan. Lima hari Niesreena warded. 1hb yang lepas Niereena dah boleh keluar.

Alhamdulillah, hari ni Niesreena dah kembali aktif dan ceria seperti biasa. Selera makan Niesreena pun semakin bertambah-tambah. Susu pun dah minum banyak macam biasa. Mulut dah mula pok pek pok pek lebih dari biasa. :) Senang hati aku... Alhamdulillah... Aku bersyukur sangat bila tengok Niesreena dah kembali sihat.

Aku pulak, batuk masih tak baik-baik. Walau bagaimanapun dah mula kurang jugaklah dari beberapa minggu yang lepas. Penat batuk! Tidur pun tak lena. Asyik terjaga jer sebab batuk. Harap-harap dalam masa beberapa hari ni hilanglah batuk ni. Hmmmm... kalau boleh dalam masa beberapa jam ni hilanglah batuk ku ini... Or dalam beberapa minit ni... kalau dalam beberapa saat ni lagi bagus! Hilanglah batuk!!!

Selain kesihatan Niesreena yang terjejas, banyak lagi dugaan yang aku dan Neezam terima sejak akhir-akhir ni. Selepas satu-satu. Kadang tu tak lepas pun, tapi bertimpa-timpa pulak. Membuatkan aku sendiri pun tak sihat. Berat badan aku pun makin turun. Bila buat maternity check-up kat klinik, nurse selalu marah aku sebab berat badan aku yang asyik turun jer. Dua minggu sekali aku terpaksa berulang ke klinik untuk check-up sebab keadaan kesihatan aku yang tak berapa baik. Sian baby dalam perut ni. Kadang-kadang masalah-masalah yang berlaku di sekeliling aku menyebabkan aku terlupa ada baby yang perlu aku ambil berat dalam perut aku ni. Mama minta maaf sangat sayang...

Sekarang ni kandungan aku dah masuk 5 bulan. Aku dah dapat rasa baby bergerak-gerak. Aktif sangat terutamanya pada waktu malam. Niesreena pulak hairan jer tengok perut aku yang makin membesar ni. Sesekali Niesreena selak baju aku untuk tengok ada apa dalam baju aku sampai jadi 'besar' sangat perut mama Niesreena ni. Mesti Niesreena ingat mama ada simpan makanan dalam baju. Hehehe...

Emosi aku sekarang ni sangat kurang stabil disebabkan masalah-masalah yang berlaku. Dugaan-dugaan yang berlaku sejak akhir-akhir ni adalah dugaan terbesar yang pernah aku alami dalam hidup aku. Amat besar dan amat berat aku terima. Lebih-lebih lagi disaat aku tengah mengandung ni. Sian baby dalam perut. Mesti dia turut dapat merasakan keperitan yang aku rasakan sekarang ni.

Apa pun aku bersyukur kerana dikurniakan suami yang amat menyanyangi aku. Sentiasa berada di sisi aku ketika aku sangat memerlukan bahu untuk menangis. Bersyukur kerana mempunyai anak yang ceria, yang sentiasa menghiburkan hati aku yang duka.

Ya Allah... kuatkanlah semangatku untuk menghadapi segala dugaan yang Engkau berikan ini. Sesungguhnya inilah dugaan yang besar yang pernah aku terima dariMu, ya Allah...


*juliet le sweetheart : tahniah buat kak Tahsa & Aleh yang dikurniakan seorang puteri pada hari tahun baru yang lepas.


9 comments :

i.s.z.a.n said...

babe, just hang in there..aku doakan sumernya kembalik ok, sabar yer ;) salam sayang utk niesreena

lindahpadlee said...

welcome back to Melbourne Julie...aku dego jugak cet adari umie..alhamdullilah dia dah ok...eko jagalah dia ek..:D

GG said...

Julie.. semoga tabah mengharungi cabaran.. kita doakan semuanya kembali OK.. don't be too stress with ur problem.. take care..

Heda said...

salam julie...siannya kt ko.. moga tabah menghadapi ujian Allah S.W.T..
tahniah psl baby yg dh 5 bln tu... jaga diri bebaik...

Zura said...

Salam.. Julie.. Kita doakan semuanya baik2 belaka. Insya'Allah batuk2 tu sebab pembawakan budak je tu. Macam kita mengandungkan Afiq dulu seminggu batuk tak berhenti2. Takut gak ingatkan semput ke. Alhamdulillah berhenti sendiri batuk tu. Awak take care ye.

kak emi said...

alhamdullillah reena dah ok ye... julie pon take care.. (rindu la reena)

MaLyN said...

Alhamdulillah..lega dengar reena dh sihat
awak sabar byk² k
batuk tu maybe pmbawakan baby
ada kwn saya batu dr mula peknen sampai deliver..sian gak tgk coz memang tak slesa kan?
p/s dinner appt ngn zai next wik still proceed kan? tak sabar nk jmpa korang :)

*juliet le sweetheart said...

Kengkawan, tq... :)

Ayah Niesreena said...

forever like this...i will be. nothing will change.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top