♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, September 11, 2008

Hijrah

Nampak gayanya selain aku, ada beberapa orang lagi kengkawan blogger ku yang berhijrah, meninggalkan blog friendster dan berpindah ke blogspot ni. Bagus... bagus... marilah kiter beramai-ramai memeriahkan blogspot ni yer kengkawan...

Selain kengkawan yang berhijrah, ramai jugak kengkawan yang bz menukar-nukar layout atau template dan menghias-hias blog memasing. Maklumlah... kan dah nak raya. Semua pun nak berwajah baru ler kan, baru segar sikit. Bukan setakat baju baru, blog pun baru! Hehehe...

Sebenarnya sebelum-sebelum ni ada jugak aku berkira-kira untuk berhijrah. Lebih-lebih lagi bila tengok blogger.com ni macam menarik jer kan. Tapi sebab sayang sangat kat blog friendster sebab dah lama sangat berblog kat sana dan sayang kat post-post terdahulu, so aku tetap setia. Sehinggalah tragedi menyanyat hati itew berlaku yang menyebabkan aku tak fikir panjang dah, terus pindah... bye bye friendster... huhuhu...

Actually, dulu pun dah berpatang arang dengan blog friendster. Bayangkan aku mula berblog atau bergelar blogger sejak tahun 2004, tetiba semua post-post lebih setahun aku tu hilang! Tension! Tension! Tapi masa tu tak kenal lagi blogspot ni. So, tonggong jer setia dengan blog friendster.

Seperti blogger baru yang lain, memula aku gunakan template sedia ada di blogger.com ni, tapi macam ramai giler gunakan template yang sama. Busanlah kan... So, bagi mencabar 'kekretivitian' aku, *cewah!* aku pun membzkan diri dan membazirkan masa browsing template-template yang sesuai. Kalau boleh nak yang simple jer, neat and nice. Dan yang penting, aku tak pernah jumpa lagi orang pakai template yang sama!

Surf punya surf, then aku jumpa dengan laman web sml.com ni. Banyak template yang cute! Ada beberapa layout yang aku berkenan, tapi dah digunakan oleh kengkawan blogger yang lain. So, tak mau lah kan... Tak kan nak tiru plak. Tak rock ar kan?!

~ Mc Ja's blog ~

~ Ann Hani's blog ~

Comel kan kedua-dua blog tu...

Then surf lagi... dan jumpa dengan laman web comel ni. Bagai cinta pandang pertama, aku terus jatuh cinta pada satu template ni. Of course template yang sedang aku pakai sekarang ni lah. So, apa lagi, download ler, tepek kat 'rumah baru' aku ni. Dengan sedikit bekalan dan tempias-tempias ingatan masa belajar Sofware Enginering dulu, aku pun renovate ler sikit *alaaa... semua orang boleh buat sebenarnyer... huhuhu... poyo...* supaya 'rumah baru' ni lapang sikit. Kalau tak sempit sangat bagi aku yang sedang membesar bagai johan ni. ;p So, inilah hasilnya blog baru aku... Simple jer... Korang suka tak? Ramai yang kata comey. Hehehe... Tq! :)

Selain kedua-dua laman web template blog percuma kat atas nun, ada beberapa lagi laman web yang menyediakan template-template yang cantik-cantik seperti kat pyzam.com, blogcrowds.com dan eblogtemplates.com.

~ Zai's blog... aku suka kombinasi warna hitam merah tu... ~

So, hopefully, post aku kali ni dapatlah membantu kengkawan yang sedang bz menghias 'rumah' samada nak cat baru ker atau nak tepek wallpaper baru jer, sempena nak raya ni. Poyo jer ek? Tak kesahlah... aku memang dah tak der kerja lain nak buat. Hehehhe... Tapi ingat yer kengkawan, jangan copy template kengkawan yang lain... Tak rock ok!

Oh ya... aku akan import semua post-post aku yang kat friendster blog dulu ke rumah baru ni yer kengkawan. So, jangan tetiba terkujat plak tengok post-post aku tetiba berlambak plak kat sini yer. Hehehhehe...

So, selamat berblog!

*juliet le sweetheart : mr. hubbyku, tak nak tukar jugak ker? ;p


4 comments :

Zai said...

Thanks Julie atas komen. Blog awk ni comel sgt, mcm mana awk buat ek?..hehehhe..

Juliet Le Sweetheart said...

Thanks Julie atas komen. Blog awk ni comel sgt, mcm mana awk buat ek?..hehehhe..

Fadillah said...

Cayalah.....aku nyer template ni ambik jer kat internet..pemalas nak usaha coding bagai..tak ingat dah.otak dah berkarat dah julie..rajin betul ko.

Juliet Le Sweetheart said...

Aku ni dok rumah tak der kerja lain. Dah tu bulan puasa ni. Malas nak wat kerja letih-letih. Lepak depan pc jer...

back to top