♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, September 10, 2008

Checklist Aidilfitri

Sempena raya tahun ni aku nak...

Cat rumah
Tukar sofa baru
Langsir baru
Meja makan baru
?

Ooooppppp stoppppp! Itu adalah checklist angan-angan yang belum kesampaian yer... hehehhe... not this year and perhaps not next year either! huhuhu...

Mana buleh nak cat rumah atau tukar furniture baru kat sini sebab rumah aku ni memang dah fully furnished dan memang tak boleh suka-suka hati aku untuk tukar-tukar furnitures. Setakat nak ubah-ubah selera mengikut feng shui tu bolehlah. Kalau pun boleh nak tukar perabot kat rumah ni, aku rasa tak tercapai jugak angan-angan tu sebab dok sini 3 tahun jer. Buat aperlah nak bazir-bazir duit tukar-tukar ek? Baik aku simpan bawak balik Malaysia nanti. Lagi bagus! Lagi best!

Nway, aku tetap ada checklist untuk raya kali ni, yang tak melibatkan tukar segala harta benda atau segala mak nenek di rumah ni. ;p

~ Checklist Aidilfitri '08 ~

Baju-baju raya (bukan baju kurung) Niesreena - checked!
Baju kurung Niesreena
Baju kurung aku
Tudung aku
Baju melayu hubby
Songkok
Duit raya - checked!
Kuih-muih raya
Beg tangan - checked!
Kasut raya Niesreena
Kasut raya aku

Maybe setakat ni itu ajerlah yang aku teringat... Masalahnya sekarang... masih sempat ke aku nak mendapatkan semua itew? Aku gerenti kalau baju-baju kurung dan baju Melayu tu memang dah tak sempatlah nak tempah bila aku balik nanti. So, terpaksa beli yang dah siap. Hmmm... Aku ni kureng suka sikit beli baju kurung dah siap sebab rasanya macam kureng selesa. Aku suka tempah gak. Tapi rasanya tak sempat dah ek? Lagi seminggu jer nak raya mesti dah tak der tailor nak ambik tempahan kan? Beli yang dah siap ajerlah nanti gamaknya...

Kuih-muih raya, of course main tunjuk-tunjuk ajer lah nanti yer. Tak der maknernyer nak buat sendiri. Harap-harap famili mertua aku yang rajin berjalan tu sudilah membawa aku ke Parit Raja lagi tahun ni. Nak borong segala macam kerepek best-best kat sana. Yummie!

Memula aku ingat nak beli kasut dari sini jer. Tapi punyalah susah nak cari kasut kat sini sebab kebanyakkannya menggunakan kulit 'three doted' tu. Eeeee... menyampah! Bukan tak der yang lawa... banyak jer yang lawa-lawa dan berkenan di hati tapi sebab kulit b*b* tu yang tak tahan... Menci! So, cari kat Malaysia tanahairku jugaklah nampak gayanya...

Kasut Niesreena pulak sebenarnya dah beli dah. Tapi biasalah... bila beli awal-awal ni, dah 'terpakai' dululah pulak. Baru pakai sekali dah nampak tak lawa. Tak bestlah kan... So, nak try cari gak sebelum balik ni.

Apa lagi ek? Songkok... Ye kena beli gak songkok baru for my beloved hubby. Songkoknya yang satu tu kat sini dah lunyai dek dibuat main Niesreena. Tapi ntah hubby nak beli ke tak...

Hmmmm... tu jer kot setakat ni... Ada yang aku missed tak kengkawan?



*juliet le sweetheart : 10 more days to go! Yey!


4 comments :

i.s.z.a.n said...

ni nak bgtau beli handbag baru ke apa ni? heeeeeee

*juliet le sweetheart said...

Iszan, beg tangan yang 'tak begitu baru dan tak begitu lama' dibelilah... ;p Tahun ni jer dah 2 beg tangan aku beli tapi jarang pakai. Nak beli lagi? Hahaha... Lupakan sajerlah...

lindahpadlee said...

aloooo..alooo..julie..apa.kes, apa kes eko tak bilang ngan aku yang eko ada blog ah..hehehehehhe..boleh aku lawat..hehehehehehe..comeylah blog eko..aku baru nak start menbloggingni..so bolehlah aku tambah member n linkni..kikikikiki..tak lama lagi balik msia kan?..wah best!!!!! mesti eko dah siap pack2 barang kan..

*juliet le sweetheart said...

Lindah, aku baru berpindah ke blogger @ blogspot ni last week... tension dengan friendster dah... merajuk! huhuhu... mehlah sama-sama kite memblogkan diri yer puan lindah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top